Umum | Antara Kedai Muslim dan Kedai Non-Muslim

4 views
Skip to first unread message

Media ISMA Johor

unread,
Mar 11, 2015, 1:00:30 AM3/11/15
to tazkirah-dan-isu-semasa-umat-islam
Dipetik dari posting facebook page Tarbiah Sentap, March 3, 9:49pm.


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 

Inline image 1

Gamar hiasan


Saya kalau pergi ke mana-mana kedai (terutama kedai telefon dan komputer), saya akan utamakan kedai Muslim dan Melayu dulu selagi ada.

Malah saya sanggup berjalan jauh semata-mata nak cari kedai orang Islam.

Tetapi..

Dalam banyak-banyak kedai terutama Melayu, hanya sedikit saja yang mesra dengan pelanggan. Yang lain semua masam mencuka je dengan pelanggan.


Malah lagi sedih ada yang marah pelanggan tentang perkara yang tak sepatutnya marah pun.

Tak seperti kebanyakkan kedai non Muslim, yang mesra pelanggan bagai.

Saya tak tahu di mana silapnya, tetapi kalau ada pekedai Melayu yang baca status saya ni, muhasabahlah dalam-dalam.

Walaupun saya adalah pelanggan tetap kedai-kedai Melayu dan orang Islam, tetapi saya juga ada hak untuk dilayan dengan baik sebagai pelanggan.

Saya utamakan kedai Melayu dan Muslim WALAUPUN kebanyakkan barangan mereka sedikit mahal, sebab ;

1. Saya tahu sebab apa barang jadi mahal terutama kedai orang Islam. Saya faham juga isu supplying chain. Kalau korang nak tahu, korang kena banyak membaca dan tanya pekedai-pekedai.

2. Duit yang saya belanjakan di kedai mereka, mereka akan guna untuk bayar zakat, atau sekurangnya mereka akan guna untuk pendidikan agama anak-anak mereka.


Selain daripada rolling modal.

Jadi saya nampak duit saya akan manfaat ke mana.

Sebab tu saya utamakan kedai Melayu dan Muslim. Tetapi tolonglah ubah perangai atau attitude. Saya tak kisah bayar mahal, tapi at least bagilah servis perkhidmatan yang cemerlang.

Takkan itu pun tak boleh?

Penat? Pelanggan pun penat juga. Tapi kita kena tahu dan pandai mengawal emosi.

wallahua'lam.

---

*Nota kaki tangan : Muslim tu boleh jadi Bangla, pakistan, Nepal. Orang Melayu dah pasti majoriti Muslim.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages