FW: JEMPUTAN BUAT LIPUTAN ORANG ASLI BUAT BLOCDATE JALAN BALAK

5 views
Skip to first unread message

ramanaa marimuthu

unread,
Apr 10, 2014, 11:56:14 PM4/10/14
to tamanneg...@googlegroups.com
Dear All,

FYI. Rgds.


Date: Fri, 11 Apr 2014 10:29:09 +0800
Subject: Re: FW: JEMPUTAN BUAT LIPUTAN ORANG ASLI BUAT BLOCDATE JALAN BALAK





2014-04-11 6:41 GMT+08:00 anyi emang <anyi...@hotmail.com>:



Date: Fri, 11 Apr 2014 00:15:24 +0800
Subject: Fwd: JEMPUTAN BUAT LIPUTAN ORANG ASLI BUAT BLOCDATE JALAN BALAK
From: shafi...@gmail.com
To: anyi...@hotmail.com



---------- Forwarded message ----------
From: Shafie Dris <shafi...@gmail.com>
Date: 2014-04-10 20:18 GMT+08:00
Subject: Re: JEMPUTAN BUAT LIPUTAN ORANG ASLI BUAT BLOCDATE JALAN BALAK
To: Lawrence Yong Meng Kheong <lawr...@malaysiakini.com>, Isabelle Lai <isabe...@thestar.com.my>, Siti Kasim <siti...@gmail.com>, foon...@thestar.com.my




2014-04-10 19:58 GMT+08:00 Shafie Dris <shafi...@gmail.com>:

ORANG ASLI BLOCKADE TERHADAP PEMBALAK
TERKINI setakat pukul 6:00 10 April 2014 - Orang Asli daripada Kg Pasu dan Kg Penderas, Kuala Krau, sedang membuat Sekatan Jalan Balak (Blockade) di Tanah Dan Wilayah Adat mereka, berikutan ke engganan Pej Hutan tidak melayan tuntutan penduduk mahu menyelasaikan secara perbincangan dengan penduduk

https://www.facebook.com/shafiedris/posts/632061193541512?notif_t=like


2014-04-10 17:15 GMT+08:00 Shafie Dris <shafi...@gmail.com>:



---------- Forwarded message ----------
From: Shafie Dris <shafi...@gmail.com>
Date: 2014-04-10 17:09 GMT+08:00
Subject: JEMPUTAN BUAT LIPUTAN ORANG ASLI BUAT BLOCDATE JALAN BALAK
To: Shufiyan Shukur <sh...@malaysiakini.com>, Arvind RajRaj <rwin...@gmail.com>, Arul Prakkash <arlp...@gmail.com>, zula...@malaysiakini.com, Lynn D'Cruz <ly...@malaysiakini.com>, Colin Nicholas <colin...@gmail.com>


Salam perjuangan

Saya Shafie Dris, Penyelaras Jaringan Orang Asli Pahang

Menjemput rakan-rakan Media untuk membuat liputan Orang Asli akan membuat sekatan jalan balak (Blocdate) di Tanah Wilayah Adat Kg Pasu dan Kg Penderas, Kuala Krau Temerloh Pahang.

Pukul 10:00 pagi wakil penduduk membuat aduan Polis di Balai Polis Kuala Krau, bagi menghalang pihak Polis menggangu blockate mereka dan tuntutan untuk berdialog tidak di layan oleh Pej Hutan

8:00 pagi blocdate bermula di jalan keluar kayu balak dalam Kg Orang Asli Pasu sehinga kerja-kerja di berhentikan

Bersama ini saya serta kronologi kes

Bersama ini saya lampirkan dokumen kes Orang Asli Kg Pasu dan Kg Penderas telah membantah pembalakkan yang berlaku yang di takrifkan dalam Wilayah Tanah Adat Kg Pasu dalam kawasan Dusun Tak Depuk (Dusun Tuk Depuk)

Pada: 2 April kira-kira 2:00 ptg AJK Bertindak Tanah Adat Kg Penderas dan Kg Pasu telah mengadakan 1 mesyuarat tergempar di Kg Penderas membincangan apakah tindakkan yang harus dilakukan terhadap pembalakkan

Hadirin mesyuarat daripada kedua-dua Penduduk Kg bersetuju yang membantah pembalakkan tersebut, tidak kurang 2 jam daripada mesyuarat penduduk telah datang ke sebuat kongsi balak yang juga sebuah matau balak untuk bertemu pengusaha, tetapi pengusaha tidak ada ketika itu

Link berkaitan semasa di Matau
http://www.youtube.com/watch?v=CX_mUCfj6sk&feature=share&list=UUJ6qJveTiHZACfqSvr_nf_A&index=1


Selepas itu saya telah menghubungi Tok Batin Kg Pasu, bertanya situasi pembalakkan, adakah balak tersebut ada mendapat persetujuan Tok Batin atau tidak?

Jawabpan daripada Tok Batin Raman Chang ketika itu, memang beliau membenarkan balak tersebut dan beliau meminta saya jika mahu duit sila tulis surat bagi kepada tauke balak, katanya.

Saya mahu menemubual beliau dalam video respon kepada isu balak tetapi beliau tidak mahu, alasanya nanti kamu marah, katanya, bila saya tanya kenapa? sebab saya benarkan balak itu, katanya.

Selepas itu saya menjelaskan kepada beberapa penduduk Kg yang membantah, bahawa pembalakkan tersebut di persetujui oleh Batin Raman,jika mahu duit sila tulis surat bagi kepada tauke balak, katanya.

Tetapi penduduk Kg bertekad untuk membantah secara bersurat dengan merujuk kepada minit mesyuarat, dan 4 Orang telah membuat aduan Polis di Balai Polis Kuala Krau berkenaan pembalakkan, dengan alasan balak tersebut tidak ada maklumat awal bebas dan telus

Pada sebelah malam Islan dan bebarapa Orang lagi telah didatangi Batin Raman memberitahu bahawa tauke balak mahu berjumpa 4 orang pengadu di Matau Balak 3 April jam 8:00 pagi, tetapi 4 pengadu dan penduduk minta Batin Raman agar menanguhkan perjumpaan dengan tauke balak kerana mereka mahu serah surat kepada S/U Sultan kerana di percayai balak tersebut dibawah kauta Sultan Pahang.

Pada 3 April AJK Bertindak telah menyerahkan surat bantahan melalui tangan kepada Tuan Haji Nor Hashim S/U Sultan Pahang ketika itu ada perjumpaan di Sg Kiol dan menghantar surat bantahan tersebut melalu Pos Laju kepada pihak-pihak berkenaan

Pada masa yang sama berlaku di Kg Pasu, tauke balak telah menemui penduduk lain yang tidak tahu penangguhan perjumpaan dan memberi RM 1000 dan pihak Polis minta benner di serahkan kepada Polis.

Pada petang tersebut 4 Orang pengadu telah didatangi Batin Raman dan membarikan surat tulisan tangan agar datang ke Pondok Pej Hutan Kuala Krau untuk di bawa ke Temerloh, tetapi 4 Orang pengadu tersebut tidah tahu tujuan untuk apa dan jumpa siapa

Maka pada sebelah malam 3 April telah penduduk Kg telah mengadakan mesyuarat khas dan mengambil keputusan untuk tidak datang ke Temerloh sepertimana yang di jemput malah penduduk jemput Pengarah Pej Hutan agar berdialog bersama penduduk Kg tarikh yang di jadualkan pada 9 April 2014, Bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Pasu, tetapi Pengarah tidak datang sebaliknya wakil Pej Hutan telah datang dan memberitahu perkara yang sama iaitu minta 4 Orang pengadu agar datang ke Pondok Pej Hutan Kuala Krau dan mereka akan di bawa ke Temerloh, tetapi penduduk tidak bersetuju.

Dalam perjumpaan terbaru ini pada 9 April penduduk telah membuat kata putus, esok 10 April penduduk akan membuat blockade di jalan keluar balak kerana Pej Hutan tidak layan tuntutan mereka.

Oleh demikian saya mohon rakan-rakan media supaya dapat hadir untuk membuat liputan berkenaan blockade tersebut, kerana ini merupakan sejarah yang pertama Orang Asli Pahang membuat blockade.

TERKINI 10 April 2014 - Orang Asli daripada Kg Pasu dan Kg Penderas, Kuala Krau, sedang membuat Sekatan Jalan Balak (Blockade) di Tanah Dan Wilayah Adat mereka, berikutan ke engganan Pej Hutan tidak melayan tuntutan penduduk mahu menyelasaikan secara perbincangan dengan penduduk semalam

Sebaliknya mengulangi pendirian mereka iaitu meminta wakil-wakil yang membuat aduan supaya datang ke Temerloh sejak 7 April dan semalam.

Sebelum Blockade pagi tadi 23 Orang Asli daripada Kg Pasu dan Kg Penderas, Kuala Krau. telah membuat laporan Polis di Balai Polis Kuala Krau.

Sebentar tadi jam 2:30 ptg kelihatan kereta peronda Polis berkejar ke lokasi, harap-harap Orang Asli yang berjuang mempertahan Wilayah Dan Tanah Adat dan menuntut keadilan itu tidak di apa-apakan.

https://www.facebook.com/shafiedris

Berikut isi kandungan aduan Polis oleh 23 Orang Asli ialah:-

Merujuk pada repot yang bertarikh 2/04/2014 No. Repot K.KRAU/000319/14. Pejabat Hutan tidak mengambil tindakan memberhentikan kerja – kerja pembalakan dengan segera dan tidak melayan tuntutan penduduk Kampung Pasu dan Kampung Penderas untuk mengadakan dialog pada 9 April 2014. Maka dengan itu penduduk kampung akan mengambil tindakan membuat sekatan jalan balak pada.

1. Tujuan sekatan jalan balak di buat adalah:-

1.1. Menuntut Kerja – kerja pembalakan di hentikan dengan segera kerana :-

1.2. Tidak menurut Keizinan Berasaskan Makluman Awal, Bebas dan Telus ( Izin – MABT ) yang terkandung di dalam UNDRIP.

1.3. Memusnahkan Wilayah dan Tanah Adat Orang Asli Kampung Pasu dan Kampung Penderas.

1.4. Memusnahkan kawasan tadahan air.

1.5. Tidak menghormati sensitivi masyarakat Orang Asli terutama mengenai makam-makam dan perkuburan lama untuk kesinambungan pengamalan adat, kerohanian masyarakat Orang Asli.

2. Tuntutan Penduduk Kampung Pasu dan Kampung Penderas :-

2.1. Menarik Balik Lesen – Lesen, Kebenaran Yang Di Berikan Kepada Kontraktor.

2.2. Membayar Pampasan Menurut Perlembagaan Persekutuan Terhadap Kerugian, 2erosakan Wilayah dan Tanah Adat.


2.3. Membatalkan Rizab - Rizab Bertindih dengan Wilayah dan Tanah Adat Orang Asli.


2.4. Iktiraf Wilayah dan Tanah Adat Orang Asli Menurut Peta Komuniti.

Tujuan aduan ini di buat untuk makluman pihak berkenaan dan untuk rujukan undang - undang. Sekian. Ini sahaja aduan saya.


Shafie
0189471068





--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Environment & Climate Change Committee" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to bcecc2012_13...@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/d/optout.


--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Environment & Climate Change Committee" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to bcecc2012_13...@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/d/optout.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages