Satu pengkongsian yang menarik dari SIM
--- On Wed, 30/12/09, Fauziah Mohd Noor <fauziahuia@yahoo. com>
wrote:
From: Fauziah Mohd Noor <fauziahuia@yahoo. com>
Subject: [sim] CATATAN : Guru saya dan pelajar-pelajar saya
To: sahabatInteraktif@ yahoogroups. com
Date: Wednesday, 30 December, 2009, 2:13 PM
assalamualaikum
dan salam sejahtera untuk semua sahabat dan warga SIM. Semoga semuanya
sentiasa di dalam keberkatan dan rahmat Allah yang Esa. Begitu pantas masa
berlalu, kita telah berada di penghujung tahun 2009 dan sedang melangkah ke
ambang 2010. Anak-anak yang telah bercuti panjang kini akan kembali ke
sekolah, bertemu guru-guru lama dan baru serta berjumpa kawan-kawan sekolah
yang mungkin dirindu.
Saya tidak mahu bercakap tentang azam baru kerana masih ada azam lama saya
yang tidak tercapai. InsyaAllah, di samping menambah sedikit azam baru saya
bertekad perlu mencapai azam lama. Saya ingin bercerita tentang 2009 yang
banyak memberi kenangan manis kepada saya.Bukan tidak ada kenangan
pahit...tetapi jika yang manis itu lebih banyak bertandang di dalam
kehidupan kita, biarlah yang pahit itu tinggal sebagai kenangan dan
pengajaran buat saya.
Kali ini saya ingin bercerita tentang pensyarah saya dan pelajar2 saya. Di
kalangan pelajar2 saya, saya dikenali sebagai pensyarah yang garang dan
kuat berleter. Tetapi leteran saya datang di dalam bentuk cerita. Sejujurnya, sikap ini saya warisi daripada
pensyarah saya yang amat saya kasihi iaitu Dato' Profesor Dr Mahmud Zuhdi.
Saya tidak menyebut beliau sebgai bekas pensyarah kerana bagi saya tidak
ada istilah 'bekas' (ex lecturer/ex teacher) untuk seorang pensyarah atau
guru. Mereka tetap guru-guru dan pensyarah-pensyarah kita sampai bila-bila.
Selagi hayat dikandung badan..budi mereka
dikenang jua.
Satu kenangan paling manis mengenai Profesor Mahmud Zuhdi yang saya panggil
ustaz sejak di AIUM dulu ialah pada tahun 2005. Saya tidak pernah
bertemu beliau sejak tahun 1995 tetapi hanya pada tahun 2005 apabila saya
menghadiri satu persidangan yang dianjurkan oleh USIM. Saya hadir agak
lewat dan tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada mengambil
tempat paling depan bersama sahabat baik saya Dr Ramizah. Ustaz baru
memulakan pembentangan kertas kerja beliau pada waktu itu..dan semasa
beliau mengupas tajuk kertas kerjanya, ustaz sempat berkata, "betul
tak fauziah?"
Bayangkan bagaimana gembiranya perasaan saya waktu itu kerana seorang
pensyarah yang sudah 10 tahun tidak bertemu dengan saya masih ingat nama
pelajarnya. Masakana tidak gembira kerana ustaz mempunyai puluhan ribuan
pelajar tetapi beliau masih ingat nama saya. Saya hanya melemparkan
senyuman kepada ustaz dari tempat duduk saya.
Selepas sessi soal jawab, beliau diiringi oleh penganjur untuk beredar dari
dewan persidangan. Saya tidak tahu bagaimana ingin merakamkan rasa kasih
dan sayang kepada guru saya ini. Kebetulan, ada sekeping kad kecil di dalam
beg saya dan saya cepat-cepat menulis satu nota ringkas di kad tersebut.
"Ustaz..saya mungkin tidak akan
mampu menjadi seorang tokoh ilmuan seperti ustaz. Tetapi insyaAllah.. saya
yakin saya mampu menjadi seorang guru sebaik ustaz." Kad itu saya
hulurkan kepada ustaz ketika beliau melintas tempat duduk saya. Dan seingat
saya, itulah hadiah pertama daripada saya kepada pensyarah yang amat banyak
budi dan jasanya kepada saya. Saya
katakan beliau seorang pensyarah yang baik kerana beliau bukan saja
mengajar kami di dalam kelasnya, tetapi beliau banyak mendidik pelajar2nya
dengan cerita beliau. Untuk ustaz dan isterinya Datin
Faezah...kalian berdua adalah guru yang amat istimewa. Sebab itulah saya
menamakan anak kedua saya Amir Zuhdi...mengambil keberkatan seorang guru
yang memiliki hati dan pekerti yang mulia.
Prof. Mahmud Zuhdi boleh dikatakan antara tokoh ilmuan yang boleh dipanggil
golongan muda yang berani menyuarakan pendapat-pendapat baru tetapi beliau
tidak pernah merendah-rendahkan kebolehan ulama terdahulu.
Pelajar-pelajar saya..mereka adalah anak-anak saya dan adik-adik saya. Di
sini saya ingin menyebut beberapa nama pelajar di ruang yang terhad dan
masa yang terbatas ini. Pertamanya, Ahmad Fadhil dari Trengganu yang kini
berada di Islamabad
sebagai atache bersama anak dan isterinya yang juga lulusan UIA, fakulti
Ekonomi. Uniknya Ahmad Fadhil ini adalah kerana dia tidak pernah belajar di
dalam kelas saya.tetapi dia selalu datang ke pejabat saya dan bertanya
pendapat saya tentang itu dan ini. Ketika cuti, dia selalu menghantar sms
dan bertanya khabar sambil bercerita tentang ibu dan ayahnya di kampung.
Saya masih ingat ketika dia grad dari UIA 3 atau 4 tahun lepas, dia
menghantar ucapan terima kasihnya kepada saya. Saya membalas smsnya dan
menulis, "Fadhil, awak tidak
terhutang apa-apa dengan saya. Saya tidak pernah mengajar awak."
Tetapi Fadhil menajwab sms saya dengan menulis " Madam, siapa kata
saya tidak terhutang budi dgn madam? Bukankah, madam selalu luangkan masa
utk mendengar masalah saya?mendengar keluhan saya..mendengar cerita
saya? Saya terhutang masa madam.Banyak masa madam luangkan utk saya.
Bukankah itu juga budi? Kalau orang berbudi, kenapa kita tidak
berbahasa?"
Sms itu mengajar saya satu perkara...budi bukan saja di dalam bentuk
material tetapi masa dan kesanggupan orang lain mendengar masalah kita juga
adalah budi. Terdetik di hati saya, bertuahnya ibu yang dan ayah yang
berjaya mendidik anak setulus Ahmad Fadhil. Thn 2007 dia melangsungkan
pernikahan di Trengganu dan saya bersama anak2 ke Kuala Trengganu utk
meraikan hari gembiranya. Dia bertanyakan kepada saya, "madam nak menginap
di hotel mana?" Dan saya memberitahu Fadhil..saya mahu menginap di
rumah ibubapa Fadhil. Sehari saya dan anak-anak tinggal di rumahnya,
bersama keluarganya. Rumah kampung yang dihiasi dengan keindahan budi
bahasa dan ramah tamah keluarganya. Ketika dia dan isterinya Nor menghantar
saya dan anak-anak menaiki bas, berulang kali dia mengucapkan terima kasih
kerana sudi datang meraikan hari gembiranya. April 2009, saya mendapat sms
daripada Fadhil... " Madam, saya telah menjadi seorang ayah. Nor telah
selamat melahirkan baby perempuan.saya telah hantar gambar baby ke email
madam."
Bulan Jun 2009 saya membawa anak-anak saya ke rumah mertua Fadhil di Shah
Alam untuk melihat anak sulungnya. Terpancar kegembiraan di wajah dia dan
isteri melihat saya dan anak2 datang melawat orang baru dalam hidup mereka.
Dan hari itulah dia memberitahu saya dia akan berangkat ke Islamabad pada bulan Julai bersama isteri
dan anaknya. Terdetik rasa sedih di hati saya..tapi saya gembira melihat
kejayaan Fadhil dan kebahagiaannya. Ketika di Islamabad, Fadhil masih
menghantar sms kepada saya..walaupun hanya sekali sekala. Tapi itu sudah
cukup menyakinkan saya..dia tidak pernah melupakan saya yang dianggapnya
sebagai seorang kakak. Semoga dia dan keluarganya sentiasa dilindugi dan dirahmati
Allah ketika berada di perantauan. "Kalau
orang berbudi..kenapa kita tidak berbahasa?" Itu ayat
Fadhil yang terus tersimpan di hati dan fikiran saya. Sahabat-sahabat SIM
boleh mengenali beliau di blog beliau..nafastari.
Keduanya..Nani Abdul Rahman yang kini bertugas di Khazanah. Nani adalah di
antara pelajar pintar di Kulliyah Undang-undang, UIA. Bahasa Inggerisnya
berhabuk..tetapi perkara yang menarik
hati pensyarah-pensyarah bukanlah kepintaran dan kehebatannya berdebat dan
berhujjah. Tetapi budi bahasanya dan sifat merendah dirinya. Setiap kali
bertembung dengan pensyarah2 dia tidak pernah lupa mengucapkan salam.
Walaupun pensyarah2nya tersalah nahu bahasa Inggeris ketika mengajar..dia
tidak pernah tersenyum atau mentertawakan pensyarah2nya. Dia
amat menghormati orang yang lebih tua dan menghormati kawan-kawan. Nani
adalah contoh pelajar yang diibaratkan seperti padi...makin tunduk makin berisi. Berita terakhir yang
saya dengar, Nani telah selamat menamatkan pengajian Sarjananya di Harvard
Universiti.
Ketiganya,pelajar saya Pang Chuin Keat...yang berasal daripada Penang. Dia di antara pelajar berbangsa China yang
amat ramah dan baik budi bahasanya. Saya mengajarnya pada bulan
April-Julai2009. Tetapi sebelum menjadi pelajar saya setiap kali bertembung
dengan saya di koridor universiti.. dia pasti akan tersenyum dan bertanya
khabar. "Madam apa khbar?" Sesekali dia menghantar sms
mengucapkan terima kasih kerana telah mengajarnya dan ada ketikanya dia
mengirimkan sms..meminta restu utk kejayaannya. Bulan lepas..dia datang ke
ofis saya ketika saya sedang bersiap ingin ke kelas pada pukul 9 pagi. Saya
bertanya dia..."macamana dengan result exam you?" . Sambil
meminta izin utk duduk,dia berkata.."ALHAMDULI LLah madam, saya dapat
3.0 yang melayakkannya lulus dengan Kepujian Kelas Dua. Saya mengucapkan
tahniah kepada Pang..dan yang mengharukan saya dia sempat berkata. "
Madam, saya yakin kejayaan saya adalah berkat restu guru-guru saya..."
Dan saya melihat ada airmata yang bergenang di matanya. Saya hampir menitiskan
airmata...dan saya beritahu dia..."Pang, awak adalah anak dan pelajar
yang baik. teruskan sikap baik awak ini.jangan sombong bila dah kerja
nanti. Always be honest and humble (jujur dan merendah diri) '". Dan
dia menganggukkan kepala sambil mengucapkan terima kasih sebelum kami
sama-sama beredar dari ofis saya.
Terdetik di hati saya...kalau seorang
pelajar berbangsa China
boleh memiliki budi bahasa sebaik Pang..kenapa ada anak-anak melayu yang
tidak tahu menghormati guru dan pensyarah mereka? Kenapa ada pelajar2
melayu yang tidak pernah memberi salam bila bertemu dengan guru-guru
mereka? kenapa ada pelajar2 melayu yang tidak pernah mengucapkan terima
kasih kepada guru2 mereka. Sama-samalah kita mencari jawapannya.. ..
Bagi saya..saya tetap berpegang teguh kepada kata-kata, biar miskin harta
asal jangan miskin budi bahasa bahasa. Biar tidak cantik rupa..tetapi
cantik akhlak dan budinya..Di mana bumi di pijak..di situ langit dijunjung.
ada dua perkara penting yang saya belajar..Orang yang tidak mengasihi tidak
akan dikasihi. orang yang tidak tahu menghormati tidak akan dihormati.
Keduanya didiklah anak-anak kita dengan budi bahasa yang tinggi.kerana di
situ terletak nilai seorang manusia.
Salam sayang saya untuk semua guru2 saya dan para pelajar saya..In the
past, present and future. kepada semua warga dan sahabat2 SIM..selamat
meneruskan perjuangan di tahun 2010.semoga esok yang datang akan jauh lebih
baik daripada hari ini. Semalam adalah sejarah...esok adalah masa depan.
Samapi bertemu lagi.
Wassalam
Dr Fauziah.
|
Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail. com.
Forum [NaqibNet Diskusi] ini adalah fokus dan khusus
kepada mel-e dan perkongsian maklumat berbentuk diskusi sahaja. Pentadbiran
forum ini adalah di bawah Pejabat Setiausaha Agung JIM.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program
dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

|