Assalamu'alaikum
wrt,
Alhamdulillah, penyertaan & sumbangan sdr/i dalam Ihya' Ramadhan 1434H lepas, telah menjayakan perancangan Pondok Aur China; antaranya, mengecat semula Masjid Pondok Aur China, membantu menyiapkan kediaman TG Baba Rahim, majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung, membantu ibu tunggal, warga emas & anak-anak fakir miskin, disamping memanjangkan jariah kepada pelajar-pelajar (anak-anak yatim) di Madrasah Aitam.... Jazakallahu khairan kathira.
Sekali lagi tahun ini, Pondok Aur China akan melaksanakan program tilawah Al-Quran, bacaan Al-Ikhlas dan zikir tahlil. Program akan dipimpin oleh Tok Guru Hj Abdul Rahim Omar (Baba Rahim) bersama pelajar-pelajar pondok, seperti detail berikut:-
Tempat: Pondok Aur China, Pasir Mas, Kelantan
Tarikh: 2 - 27 Ramadhan 1435H (30 Jun – 25 Julai 2014)
Masa: (1) 8:15 pagi - 11:15 pagi
(2) 2:15 ptg - 4:15 ptg
Sdr/i dipelawa mengambil bahagian dan peluang untuk berbakti kepada arwah ahli keluarga yang telah tiada (terutamanya ibu dan ayah yang telah meninggal dunia) dengan menghadiahkan pahala tilawah al-Quran (20 kali khatam), surah al-Ikhlas (lebih 70,000 kali) dan zikir tahlil (lebih 70,000 kali). Borang penyertaan spt dilampirkan. Sumbangan boleh dimasukkan melalui akaun pondok:-
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Nama Akaun: Pondok Aur China
Nombor akaun: 0312 0010 0013 72
Sebarang pertayaan sila hubungi Ustaz Mohamed Khairudi Mohamed Alwi (013-6393219) atau Yusoff Talib (013-3684294). Sila emailkan borang penyertaan kepada yusoff...@gmail.com
Semoga Allah memberkati kita di bulan Sya’ban, dan menyampaikan kita ke bulan Ramadhan.
Jazakallah……
Yusoff Talib
b/p Pondok Aur China