Assalamu'alaikum wrt,
Alhamdulillah, penyertaan & sumbangan sdr/i dalam Ihya' Ramadhan tahun lepas telah menjayakan perancangan Pondok Aur China, spt dilampirkan.... Jazakallahu khairan kathira.
Sekali lagi tahun ini, Pondok Aur China akan melaksanakan program Ihya' Ramadhan - tilawah Al-Quran, bacaan Al-Ikhlas dan zikir tahlil. Program akan dipimpin oleh Tok Guru Hj Abdul Rahman @ Abdul Rahim Omar (Baba Rahim) bersama pelajar-pelajar pondok, seperti detail di bawah:-
Tempat: Pondok Aur China, Pasir Mas, Kelantan
Tarikh: 2 - 27 Ramadhan 1434H (11 Julai – 5 Ogos 2013)
Masa: (1) 8:15 pagi - 11:15 pagi
(2) 2:15 ptg - 4:15 ptg
Sdr/i dipelawa mengambil bahagian dan peluang untuk berbakti kepada arwah ahli keluarga yang telah tiada (terutamanya ibu dan ayah yang telah meninggal dunia) dengan menghadiahkan pahala tilawah al-Quran (20 kali khatam), surah al-Ikhlas (lebih 70,000 kali) dan zikir tahlil (lebih 70,000 kali). Borang penyertaan spt dilampirkan. Sumbangan boleh dimasukkan melalui akaun pondok:-
Bank Rakyat: Nombor akaun
22-088-107928-3
Nama Akaun: Pembinaan Masjid Pondok Aur China
Nota:-
- sumbangan RM20 bagi setiap seorang arwah
- pendaftaran seberapa ramai arwah diterima
- sila emailkan senarai nama arwah kepada yusoff...@gmail.com
- sumbangan sdr/i akan disalurkan untuk majlis berbuka puasa di pondok, pengurusan & kebajikan pondok, pembiayaan pelajar miskin & anak yatim dan kos pengurusan bagi menjayakan program ini.
Sebarang pertayaan sila hubungi Ustaz Mohamed Khairudi Mohamed Alwi (013-6393219) atau Yusoff Talib (013-3684294).
Jazakallah……
Yusoff Talib
b/p Pondok Aur China