From: Mohd Nor Azman Hj Seeni Mohamed
Sent: Monday, July 04, 2011 9:01
AM
To: Mohd.Fadzli
bin Mohd.Nanyan; Imran Abu Talib; Mohd Zainul Arifin Mohd Yusof; Md Nazri bin Md Nor; Azhar
bin Salleh; Mohd Nazri bin Embong;
Leesahairi bin Md Ghazali; Mohammad Fikri bin Ibrahim; Mohd
Zaidi bin Mansor; Salam bin Merni;
Wan Syazeli bin Wan Mat; Hazel bin Halim; Mohammad
Shah b Mubarak Khan; Noorhidayat b.
Mat Saruan; Muhammad Hafidz bin
Jamil; Mohd Nor Abu;
Noramin b. Ismail; Muhammad Anas bin Zulkifli; Mundzir
bin Abdul Halim; Megat Azizi Megat
Ardi; Zaiful Amran Aman;
Affendy B Mohd Nila; Azman bin Mohd Zaini
Subject: FW: Wanita Melayu Akhir
Zaman
Assalamualaikum wbt
Untuk makluman rakan2 serta FYFA untuk laki2 yang dah ada berumah tangga…
Jgn lupa dosa bagi isteri2 adalah tanggungjawab suami sekiranya pembetulan tidak dibuat..
Marilah kita memperjuangan AGAMA ISLAM kita…TAKBIR……ALLAHUAKBAR..3
From: Nizam Yakoop - Consumer & Commercial Credit Admin, Northern
Region [mailto:niz...@bankislam.com.my]
Sent: Friday, July 01, 2011 6:09
PM
To: (aida...@yahoo.com);
Mohd Nor Azman Hj Seeni Mohamed;
Azim (azim_...@yahoo.com); azmi28...@yahoo.com; (zaha...@gmail.com); Boy
(panaiku...@yahoo.co.in);
Hafiza (nur_p...@yahoo.com);
Hussain (hussain...@gmail.com); Nadiya
(nadia...@yahoo.com); Shiken (firs...@yahoo.com);
Syakila (shakil...@yahoo.com); (rozi...@maybank.com.my); Shida (ros...@epf.gov.my)
Subject: FW: Wanita Melayu Akhir
Zaman
From: Rosniyati Yahaya
- Consumer Banking Centre, Northern Region
Sent: Friday, June 24, 2011 3:33
PM
To: All Northern Region; Zairil
Zainol - Butterworth; Fathin Hamimah Mokhtar - Branch Mgr, Alor Setar 2; Zainul
Harris Zainul Idris - Banking Service Mgr. Alor Setar 2; Siti Kamariah Abdul
Halim - PFE, Kepala Batas; Azziayatul Farahani Roslan - PFE, Kepala Batas; Siti
Sukarni Salleh - Jitra; Intan Syuhadah Abd Rahim - PFE, Bandar Baru Perda; Siti
Nor Jiha Md Deris - Consumer & Commercial Credit Admin, Southern Region;
Azmiah Ismail - AM, HR Relationship; Khairul Azmi Mohamed Esa - Business
Support Executive, Perak Region; Mohd Noor Jab - Regional Consumer Business
Manager, Northern Region; Rosli Baharuddin - Regional Consumer Business
Manager, Northern Region
Subject: Wanita Melayu Akhir Zaman
AS SALAM…
***SEBAGAI PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI & SAUDARA2 SE ISLAMJ
|
|
|
** Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar.
Jangan Lucahkan Baju Kurung Anda

Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan

Pakailah Baju Labuh Ketika Diluar Rumah

Leggings Ketat Mencemar Maruah Wanita Bertudung

Wanita Islam, Tolong Berhenti Tempah Baju Kurung Jarang !
Wanita, Tolonglah Pakai Baju Yang Labuh Menutup Punggung

Pakai Baju Kurung WAJIB Pakai kain Dalam...Jangan Lupa..!
Apa Matlamat Sebenar Fesyen Muslimah ? Untuk Tayang Kecantikan Ke ??

DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!

KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM
APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA
1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang
pakai tudung tapi tak sembahyang.."
Jawapan:
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup
aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa
besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..
2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."
Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam
dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam
ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt
pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan
wanita Islam ?
3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"
Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada
paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib
menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA
untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum
hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh
dipaksa dan dihukum sepatutnya..
4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"
Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak
pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai
baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu
kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?
5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?
Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga.
So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi
(macam bonggol unta) tu...
|
Respon anda |
|
Keluar ke tempat awam. Pandang sana, pandang sini, begitu mudah sekali lelaki-lelaki Islam mendapat dosa kering melalui mata mereka. Sumber dosa kering itu bukan sahaja datang dari wanita –wanita kafir, tetapi disebabkan oleh wanita-wanita Islam sendiri yang tidak memelihara aurat dengan sempurna. Takut rasanya untuk keluar rumah. Banyak sekali sumber-sumber dosa mata. Istighfar !
|
Respon anda |
|
Saya ingin
mengajukan anda satu persoalan.
Wajarkah kita (golongan yang menegur)
memberi masa kepada seseorang wanita Melayu Islam (yang telah baligh ) sehinggalah mereka benar-benar bersedia
menutup aurat mereka dengan sempurna ?
Bayangkan ini:
Semua tahu solat itu tiang agama. Perkara pertama di dalam rukun Islam. Tidak
layak seorang itu mengaku Islam tetapi tidak pernah solat dan selalu tinggal
solat. Adakah kewajiban solat lima
waktu wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa
? Jika seseorang itu sudah baligh...?
Apabila seseorang yang sering meninggalkan solat lima waktu telah dinasihati dan ditegur agar
dia mengambil berat akan ibadat solatnya dan dia sedar akan kebenaran itu.
Adakah (si peninggal solat itu) layak dan wajar meminta tempoh masa dari
masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan setiap solatnya
? ATAUPUN, sepatutnya, (si peninggal solat) itu wajib segera insaf dan terus
mendisiplinkan dirinya 'on the spot' untuk mematuhi semua solat lima waktu tanpa
melengah-lengahkan masa ?
Bolehkah memperlahan-perlahankan kewajiban solat setelah ditegur dan dinasihat
?
Aplikasi teori di atas:
Semua tahu wanita Islam WAJIB memelihara
aurat. Berdosa besar jika wanita Islam membenarkan mana-mana
bahagian tubuhnya dinikmati melalui fizikal dan pandangan mata oleh
lelaki-lelaki bukan suaminya. Ramai wanita sedar bahawa fesyen ketat, sendat,
singkat dan jarang itu tidak dibenarkan di dalam Islam. Dan ramai juga tahu,
sepertimana aurat wanita diperlihara di dalam solat, begitu jugalah aurat
mereka di kehidupan harian. Adakah kewajiban
memelihara aurat di kalangan wanita Islam wajar diberikan
kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa sehingga mereka
benar-benar bersedia ?
Jika seseorang itu sudah baligh...?
Apabila seseorang wanita yang sering mendedah dan mempermainkan aurat telah
dinasihatkan agar dia segera mengambil berat akan auratnya dan dia sebenarnya
sedar akan kebenaran itu. Adakah (si wanita pendedah aurat itu) layak dan wajar
meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat
menyempurnakan kewajiban memelihara auratnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si wanita
pendedah aurat itu) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya
mematuhi tatacara berpakaian wanita mengikut Islam tanpa melengah-lengahkan
masa, kerana ia adalah arahan ALLAH ?
Bolehkah memperlahan-lahankan kewajiban memelihara aurat setelah ditegur dan
dinasihat ?
Jadi, satu lagi persoalan saya ajukan.
Kewajiban menutup aurat. Wujudkah istilah menutup aurat secara perlahan-lahan ?
Wujudkah istilah 'slow-slow' tutup aurat..? Jauh di sudut hati, rasa belum puas
untuk menayang kecantikan diri dan rasa tidak sanggup meninggalkan koleksi
pakaian sendat dan ketat yang sekian lama digemari.
|
Respon anda |
|
Sebelum saya
memulakan entri ? Saya ingin mengajukan satu soalan.
Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Betulkah ?
Reaksi penulis: "Bodohnya....jika dalam dunia
realiti mereka harap sebegitu daripada lelaki-lelaki..."
Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan
anak-anak gadis Melayu Islam kita. Maksud mudahnya ialah kegemaran meng-upload
gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh dilihat ramai
orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang memuji kecomelan
dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang dianugerahkan Allah ayu dan
cantik serta potongan badan yang memikat, mereka sedar akan ramai pengunjung
terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. Kesannya, anak-anak gadis ini
rasa bangga diri dengan kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan
meng-upload lebih banyak gambar dengan aksi posing yang lebih memikat.


Malangnya, bagi anak-anak gadis Melayu Islam kita, trend 'pemujaan diri
sendiri' adalah satu aktiviti suka-suka dan mendapatkan keseronokan semata-mata.
Mereka tidak sedar akan bahaya apabila gambar-gambar cantik dan manja mereka
di-upload secara bebas di ruang internet. Terdapat ramai lelaki gila seks,
miang, mata keranjang dan stalker di luar sana
yang setiap hari menyelongkar blog-blog kepunyaan perempuan dan akaun Facebook
perempuan cantik, kemudian melihat foto-foto yang mencuci mata dan menaikkan
nafsu mereka. Apabila mereka berminat dengan gambar-gambar tertentu, mereka
akan 'save' ke dalam PC mereka untuk dilihat-lihat pada masa hadapan.
Ada akibat yang
lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata keranjang ini
kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, seksi dan manja
anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai bahan rangsangan
untuk *ber 'masturbasi'. Anda
pasti tahu apa itu *'masturbasi',
tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya harga diri
anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata ini. Bagi
lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, wajah yang
comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar.
Maka, berhati-hatilah. Blog ini hanya mampu menasihat.
* maaf, perkataan sedikit kesat
..........................................................
Stupidity #1
Pergi sekolah bertudung. Di tempat kerja pun bertudung. Kebanyakan masa dia
bertudung
Apa yang bodohnya: Bila dalam bilik dia tanggal tudung,
boring-boring dia pergi ambil kamera digital /kamera handphone, 'snap' gambar
sendiri yang tak pakai tudung, lepas tu upload dalam Facebook atau blog
peribadi. Dalam album online dia, secara sengaja telah memberi perbandingan
percuma gambar dia bertudung dan tak bertudung, mana yang lebih cantik.
Stupidity #2
Allah memang anugerahkan dia rezeki muka yang lawa. Ditambah pula dengan susuk
tubuh yang cantik. Rezeki halal untuk suaminya yang sah suatu hari nanti, (bukan untuk ditayang-tayangkan) . Apa yang bodohnya:
Mentang-mentang dia tahu dia perempuan lawa dan dia perasan ramai lelaki minat
tengok dia. Dia mula jadi GEDIK iaitu menunjuk-nunjuk tarikan kecantikan dan
kewanitaannya agar lelaki-lelaki lebih berminat melihatnya. Dia berani pakai
baju sendat, jeans sendat dan fesyen Mulismiah pelik, selepas itu posing dalam gaya yang manja dan
kemudian upload gambar-gambar tersebut dalam Facebook atau blog peribadi supaya
ramai orang dapat tengok.
Stupidity #3
Muka yang comel dan lawa Allah anugerahkan kepada dia. Ramai lelaki yang
melihat memang akan terpersona. Pakaian dia tidaklah sendat dan seksi, tetapi
masalah dia ialah gemar 'snap' gambar wajah sendiri yang comel cun itu dan
upload ke dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok.
Lelaki-lelaki gila seks pun tengok muka juga, mereka memang suka yang cantik
dan comel, yang hodoh mereka tak ingin. Awas !
Stupidity #4
Wanita Melayu Islam kategori ini adalah yang paling melampau dan juga paling
hipokrit. Bertudung sebab nak pergi sekolah dan ke tempat kerja sahaja. Apa yang hipokritnya:
Bila keluar jalan-jalan di bandar, dia buka tudung, pakai jeans sendat atau
legging, baju sendat siap boleh nampak lurah buah dada. Pergi clubbing dan
berparti sosial, lepas tu ambil gambar sendiri dalam keadaan begitu dan upload
dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok.
Stupidity #5
Lelaki dan perempuan jika sudah berkahwin sudah halal pegang-pegang dan
peluk-peluk. Itu memang diakui. Apa yang bodohnya: Banyak kes, suami isteri berposing
dalam keadaan manja bermesraan, pakaian si isteri tersayang pula sendat dan
ketat di dalam baju persandingan, kemudian diambil gambar mereka. Jika untuk
tatapan diri sendiri dan keluarga terdekat memang OK. Tetapi, ada juga pasangan
yang gatal meng-upload gambar romantis mereka itu ke dalam Facebook dan blog.
Kalau pakaian si isteri imej 'ala-ala alim agama', mungkin selamatlah, tetapi
yang ini baju kain satin, potongan sendat dan jarang pula tu. Alamat, stalker
curi dan kena fantasi lah !
Jika berbalik kepada Islam, Islam ternyata melarang wanita-wanita Islam
bermegah-megah dengan daya tarikan seksual dan kecantikan yang mereka ada.
Allah memberikan nikmat kecantikan wajah dan tubuh badan kepada wanita-wanita
tertentu sebagai ujian kepada nafsu kaum lelaki dan juga ujian terhadap
wanita-wanita terbabit. Ini kerana Allah mengarahkan wanita-wanita Islam agar
memelihara aurat sepenuhnya dan memastikan kecantikan fizikal dirinya hanya
dapat dinikmati dengan sangat seronok oleh lelaki yang halal baginya iaitu sang
suami suatu hari nanti.
Menunjuk-nunjuk kecantikan, membawa padah pada harga diri sendiri.
Renung-renungkan. Selamat beramal.
|
Respon anda |
|
Tudung baru
ditempah disarungkan ke kepala. Badan dipakaikan dengan set baju kurung corak
istimewa yang dibeli dari butik Muslimah tersohor. Muka disolek dengan
'make-up” yang tebal dan warna gincu yang menggoda. Beberapa 'pose' yang comel
dan menawan diberikan kepada si pengambil photo. Akhirnya, sebuah imej Muslimah
yang ayu dan anggun siap sedia diabadikan dalam bentuk gambar. Tidak puas untuk
sekadar tatapan sendiri, gambar yang cantik berbusana itu dimuat-naik ke laman
sosial dan blog sendiri agar dapat dilihat oleh rakan-rakan dan
pelawat-pelawat. Pujian dan komen yang indah dari pelawat lantas membuatkan
diri bangga di atas kecantikan yang dimilikinya.

(Gambar Hiasan)
Semakin ghairah golongan Muslimah mempertontonkan kecantikan mereka, maka semakin hilanglah hikmah dan pesona kebaikan di sebalik tujuan sebenar menutup aurat ( Hijab ) yang sebenarnya sebagaimana yang diwar-warkan oleh Islam.
Situasi bermegah-megah dengan kecantikan ini ditambah lagi dengan kemunculan kerjaya dan hobi yang berasaskan elemen kecantikan, dandanan dan paparan wajah yang dijalankan secara full-time ataupart-time, seperti model busana muslimah, jurumekap dan jurugambar ( photographer). Permintaan dari pasangan raja sehari untuk mengabadikan momen bersejarah dengan pelbagai aksi dan sisi juga tidak kurang hebatnya terutama ketika musim cuti sekolah di mana banyak majlis resepsi dan perkahwinan diadakan. Tidak mengapa andai ia sekadar untuk simpanan peribadi dan tatapan kaum keluarga semata-mata, akan tetapi bila ianya dikongsi untuk tatapan umum di laman maya, maka sudah pasti ada keburukan tanpa sedar tercipta darinya.
Perlu wanita-wanita Islam sedari bahawa Hijab itu adalah lambang kemuliaan. Ia bertindak sebagai benteng yang kukuh untuk menjauhkan seorang gadis dari maksiat, gangguan lelaki jahat dan seterusnya meninggikan darjat kemuliaannya di tengah-tengah masyarakat. Inilah yang membezakan darjat kemuliaan antara muslimat mukminat dan wanita-wanita JAHILiah kerana wanita JAHILiah, tatkala mereka keluar dari rumah, mereka ingin tampil berbeza dan lebih cantik dari wanita yang lain. Mengejar pujian dan sanjungan adalah matlamat utama terutama dari lelaki-lelaki yang tertarik dengan kejelitaan dan keindahan mereka.
Hijab itu adalah pesona kesucian hati. Peranan ini diiktiraf sendiri oleh ALLAH SWT kerana dengan ‘hijab’ yang benar, ia mampu melindungi pemakainya dari dilihat oleh lelaki secara tidak wajar seterusnya meleburkan keinginan-keinginan syahwat yang mungkin timbul dari pandangan mata tersebut. Dengan ini, mata yang ter’hijab’ dapat menjamin kesucian hati pemiliknya dan orang-orang yang berurusan bersama mereka.
Tujuan memakai busana Muslimah (tudung, baju kurung, jubah) sudah lari dari tujuan asalnya. Tidak percaya ? Lihat sendiri di tempat kerja, majlis keraian dan kenduri kahwin.
Hari ini, kita dapat menyaksikan pelambakan fesyen baru tudung dan pakaian Muslimah serta kewujudan butik-butik Muslimah moden tumbuh pesat bagaikan cendawan. Adakah fenomena ini benar-benar berasaskan matlamat memelihara aurat dan melahirkan seorang Muslimah yang memiliki sifat malu, rendah diri dan penuh kesederhanaan ? ATAUPUN fenomena fesyen Muslimah sekarang ini lebih bersifat trend untuk kelihatan mempersona dan bergaya di hadapan masyarakat yang lebih berpaksikan amalan ingin menunjuk-nunjuk kecantikan ?
..................................
Idea dan penulisan dipetik dari:
http://diehatefan.wordpress.com
|
Respon anda |
|


Nasihat:
Baju lengan panjang banyak dijual di pasaran. Harga pun mampu dibeli. Ingatlah
bahawa, lengan wanita itu aurat.
So, ia wajib ditutup dengan baju lengan panjang yang 'lapang' BUKANNYA dibalut
dengan 'legging tangan' yang ketat. T-shirt lengan pendek pakai di rumah
sahaja...

Nasihat:
Wahai wanita Islam di luar sana,
tidak kira betapa cantik dan jelitanya kamu, jangan kamu sesekali bersolek melampau dan berfesyen
melebihi kesederhanaan seorang Islam. Pakaian Muslimah BUKAN
untuk dipertanding dan dipuja-pujakan...sebaliknya untuk mencari kemuliaan dan
kesederhanaan..

Kesilapan besar:
Memakai tudung untuk menutup rambut itu satu pahala. Masalahnya pada masa yang
sama mereka memakai seluar jeans yang SENDAT menampakkan alur bentuk dari betis
ke punggung ke sana
ke mari, menggoda nafsu lelaki.
Fesyen Islamik dan fesyen SEKSI MENGIURKAN haram digabungkan.
Nasihat:
Kalau kemaruk nak pakai jeans jugak, belilah jeans design lelaki. Jeans lelaki
selalunya lebih lapang...takkan tiada langsung seluar yang loose di pasaran...?
|
Respon anda |
|

Kesilapan besar:
Apa tujuan sebenar pakai hijab ? Apa tujuan pakai tudung ? Apa tujuan fesyen
Muslimah ?
Sudah pastinya UNTUK MEMELIHARA AURAT bukannnya UNTUK KELIHATAN SEKSI ! Tudung
sudah OK..! Apa pasal gatal sangat mahu pakai skirt macam bukan Islam.
Nanti, mini skirt pun mahu dicuba...?
Kononnya tak mahu nampak kaki, jadi ganti dengan memakai LEGGING hitam ketat.
Hakikatnya, LEGGING ketat itu masih menampakkan bentuk betis yang sangat
ketara. Ia ibarat betis yang telanjang.
Nasihat:
Pakailah blouse labuhhhh dengan tudung...
Tak payah menggatal nak pakai skirt...!
..................................................................................................

Kesilapan besar:
Sudah bergelar isteri orang. Sudah ada anak. Pergi jalan-jalan dengan family,
pakai tudung sudah BAGUS...baju lapang pun sudah OK....masalahnya untuk cover
bahagian bawah pakai LEGGING hitam yang ketat pulak...!! Ibarat betis yang
telanjang...
Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan fesyen ketat-ketat wahai
makcik-makcik di luar sana
ooiiii...!! Itu tutup aurat main-main namanya..
......................................................................................

Kesilapan besar:
Tudung sepatutnya dipadankan dengan pakaian lain yang menepati ajaran Islam
BUKANnya dipadankan dengan baju T-Shirt sendat dan singkat yang menampakkan
bentuk badan. Lebih tak sesuai dan kurang ajar, jika tudung dipakai bersama
seluar jeans ketat.
Nasihat:
Kesopanan pakaian dan maruah diri NO 1.....
Soal kecantikan dan fesyen letak NO.2...
......................................................................................................

Kesilapan besar:
Wanita Melayu kerja pejabat di Malaysia
ramai pakai style ketat sendat macam ni. Kain sudahlah jenis yang
lembut...sendat di bahagian punggung pulak tu...Kemudian mereka pakai pula baju
korporat yang pendek lagi kontot tidak cover punggung sepenuhnya. Kesannya,
bagi sang lelaki peluang tengok bentuk punggung mereka dengan percuma..
Nasihat:
Pakailah baju atau blouse yang labuhhhhhhhh...!!
................................................................................................................

Kesilapan besar:
Takkan tak tahu LEGGING itu fabriknya nipis, bila diregang menjadi jarang.
Ketatnya pula tahap melampau. Warna pula sama dengan warna kulit atau putih.
Bila dikenakan air, jadi basah....maka akan ternampaklah seluar dalam yang
dipakai di dalam. Itupun nasib kalau pakai seluar dalam...
Takkan tak tahu, seluar anda sendiri sudah basah lencun..? Takkan tak sedar
seluar dalam anda sudah ternampak...? Kenapa anda tidak pergi tukarrrrr seluar
mandi yang lebih tebal...?
Ini bukan suatu yang membanggakan......Istighfar ! Istighfar !
..........................................................................................................

Kesilapan besar:
Gambar di atas adalah satu bentuk penghijrahan yang salah di sisi Islam. Hijrah haruslah berubah ke arah
perkara yang betul mengikut syariah Islam. Contohnya, daripada tidak bertudung kepada 'imej bertudung
dan menutup aurat', barulah betul. Bukannya daripada sudah elok bertudung dan
berpakaian longgar kepada imej baru berbaju sendat dan memakai LEGGING
ketat..???
Istighfar......
.......................................................................................................................

Kesilapan besar:
Memakai seluar jeans ketat, kemudian memakai T-shirt yang pendek@singkat iaitu
tidak menutup hingga ke bahagian bawah punggung. Maka, akan ternampak jelaslah
bentuk punggung mereka, walaupun mereka secara fizikalnya mereka berseluar.
Nasihat:
Sebagai wanita Islam, setiap baju yang dipakai untuk keluar rumah haruslah
labuh menutup ke paras bawah punggung.
...........................................................................................................................

Kesilapan besar:
Setelah bangkit dari duduk atau membongkok, sesetengah wanita lalai dan terlupa
melabuhkan semula hujung bajunya. Kesan buruknya, akan ternampaklah bentuk
punggung mereka di tempat awam. Akan tetapi, terdapat juga segelintir wanita
gedik yang sengaja menarik hujung baju mereka ke atas untuk tujuan nampak
punggung demi menarik perhatian lelaki. BENGONG.
Nasihat:
Terlupa ? Jangan terlupa...!! Baju mesti dilabuhkan semula setiap kali selepas
duduk atau membongkok di mana sahaja.
|
Respon anda |
|
1. Baca ini dan fahami ini dahulu.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang,
di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini
dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak
dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak
perjalanan lima
puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)
2. Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimanakah pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas ??
Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman.
..................................................................................................................
Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:
1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...
3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..
5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..
11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..
Apa macam ? BENGONG tak alasan-alasan golongan wanita sebegini ?
......................................................................................................................
Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai tubuh badan wanita.
Renung-renungkan soalan-soalan ini.
1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?
4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan
wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu
lelaki ?
Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang
nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan
mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau
jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita
adalah seks.
Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka
mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih
menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib
dilindungi
..............................................................................................................................
TUDUNG TETAPI KAIN BELAH

Golongan sebegini, kononnya memakai kain, tetapi lelaki boleh melihat betis mereka
yang putih melepak apabila mereka berjalan berlenggang-lenggok. Apa gunanya
bertudung tetapi seksi ?
Nasihat: Sebab itulah Islam
suruh wanita pakai kain lapang yang labuh menutup keseluruhan kaki mereka.
TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT


Golongan sebegini gemar memakai T-shirt yang sangat sendat hingga mengikut
bentuk pinggang dan dada mereka. Bentuk payudara mereka pun boleh nampak jelas
dari luar. Apa gunanya bertudung jika begitu ?
Nasihat: Sebab itulah Islam
suruh wanita pakai baju yang lapang dan longgar supaya bentuk pinggang dan
payudara mereka tidak kelihatan jelas dilihat oleh lelaki bukan muhrim.
TUDUNG TETAPI BAJU KURUNG/ KEBAYA JARANG


Pakai baju kurung yang jarang di luar, kemudian pakai anak baju@singlet yang
seksi di dalam. Lengan dan bahagian atas dada mereka boleh nampak tembus dari
luar. Di majlis kenduri kahwin dan hari raya, ramai wanita Islam pakai
sebegini. Apa gunanya bertudung ?
Nasihat: Sebab itulah Islam
suruh wanita memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang lebih tebal
supaya tidak tembus dalam.
TUDUNG + BAJU KURUNG / KEBAYA KETAT



Golongan sebegini gemar menempah dan memakai baju kurung atau kebaya
sealak-alak badan, betul-betul 'just nice' mengikut saiz bentuk badan mereka. Tidak
longgar sedikit pun. Bila berjalan dan duduk boleh nampak bentuk betis, peha,
punggung, dada, coli dan seluar dalam mereka akibat terlalu sendat. Fenomena
ini banyak dilihat di majlis-majlis kenduri kahwin dan hari raya kita. Apa
gunanya bertudung ?
Nasihat: Sebab itulah Islam
suruh wanita memakai baju, kain dan seluar yang lapang dan longgar supaya lebih
mudah bergerak, di samping memelihara maruah.
TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT + SINGKAT


Sudahlah pakai T-shirt yang sendat, singkat dan pendek pula tu. Hanya di atas
paras punggung mereka. Bila berjalan dan berdiri boleh nampak bentuk bulat
punggung mereka. Apa gunanya bertudung jika berpakaian merangsang nafsu pada
masa yang sama ?
Nasihat: Sebab
itulah Islam suruh wanita melabuhkan baju mereka sehingga bawah paras punggung
supaya dapat melindungi bentuk punggung mereka dari dilihat jelas oleh lelaki.
TUDUNG TETAPI PAKAI LEGGING

Kontras paling BENGONG zaman kini. Tudung pakai, kononnya mahu menutup aurat.
Kadangkala baju pun sudah tutup aurat. Satu masalah besarnya ialah mereka pakai
LEGGING pula di bawah. Bila sudah pakai LEGGING, maka lelaki akan nampak jelas
bentuk betis dan peha mereka kerana LEGGING itu sangat ketat. Kalau pakai baju
singkat, boleh nampak alur seluar dalam mereka. Kalau fabrik legging itu nipis sangat,
boleh nampak warna kulit peha mereka. Aduhai....apa gunanya bertudung ?
Nasihat: Sebab itulah Islam
suruh wanita pakai kain atau seluar yang lapang dan longgar untuk melindungi
bentuk betis, peha dan punggung mereka apabila di luar.
TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANG, SENDAT,
SINGKAT DAN KETAT.
APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN RASA HORMAT DAN SEORANG WANITA YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU
SERAKAH ? MANA
SATU PILIHAN ANDA ?
Setelah Membaca Blog Ini, Insyaallah Saya Akan Menegur Dan Memastikan Ahli Keluarga, Isteri Dan Anak Perempuan Saya Tidak Akan Memakai Jeans Sendat, Baju Singkat, T-Shirt Sendat dan Leggings Di Khalayak Ramai Demi Maruah Mereka
Bantu Kempen Ini !
<a href="http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/" target="_blank"><img src="https://lh5.googleusercontent.com/_LuYg2VEv-LQ/Ta3AUcP-6PI/AAAAAAAAALc/jk2tvRRO_6Q/seksi%20itu%20seksa.png" alt="Kempen Legging" /></a>
<a href="http://leggingseksi.blogspot.com/" target="_blank"><img src="https://lh4.googleusercontent.com/_LuYg2VEv-LQ/Ta3AYqjQsfI/AAAAAAAAALk/3FnxWIOuUSY/fesyen%20muslimah%20seksi.png" alt="Kempen Legging" /></a>
<a href="http://leggingseksi.blogspot.com/" target="_blank"><img src="https://lh3.googleusercontent.com/_LuYg2VEv-LQ/Ta3AWiIbu2I/AAAAAAAAALg/kIl7KnIbviY/siswi%20bebas%20leggings.png" alt="Kempen Legging" /></a>
<a href="http://leggingseksi.blogspot.com/" target="_blank"><img src="https://lh4.googleusercontent.com/_LuYg2VEv-LQ/Ta2_9UJZD7I/AAAAAAAAALY/MCnnHRfFEGI/budaya%20memakai%20leggings.png" alt="Kempen Legging" /></a>
<a href="http://leggingseksi.blogspot.com/" target="_blank"><img src="https://lh6.googleusercontent.com/-8q00Hh1SD6Y/TbBUgF6lf2I/AAAAAAAAAzo/5y9gyLy_u3c/s288/tudung%2Bpakai%2Blegging%2Bketat.png" alt="Kempen Legging" /></a>
<a href="http://leggingseksi.blogspot.com/" target="_blank"><img src="https://lh3.googleusercontent.com/-Kg8rZVsW49M/TbMND7G8zNI/AAAAAAAAALw/8zkyM_kk0kk/s288/tudung%2Bshawl%2Bonline.png" alt="Kempen Legging" /></a>
<a href="http://leggingseksi.blogspot.com/" target="_blank"><img src="https://lh4.googleusercontent.com/-MQRs-g1jda0/TbMRDZAbCgI/AAAAAAAAAL0/qx1BqZ8FnOU/s288/shawl%2Bcardigan%2Bblogspot.png" alt="Kempen Legging" /></a>

Jom Berdakwah
Kami Antara Penyokong Mesej Yang Disampaikan Blog Ini
|
|
|
|
Psikologi
Niat utama
penulis adalah untuk menegur dan menasihat wanita-wanita Islam kita, tetapi
mungkin bagi segelintir pihak ia kelihatan 'keras' dan 'terus-terang'.Namun,
motifnya satu iaitu untuk MENDESAK
wanita-wanita Islam menjauhkan diri dari fesyen-fesyen mencemarkan.
Sumber grafik di blog ini adalah hasil carian di ruang-ruang internet.
Gambar-gambar di dalam blog ini bukan bertujuan untuk mengumpat mana-mana
individu. Sebaliknya, penulis memikirkan perlu untuk meletakkan bukti-bukti
yang bersifat realiti supaya pembaca-pembaca
jelas dan faham akan mesej yang cuba
diperjuangkan blog ini dan untuk
membuktikan bahawa penyakit aurat ini adalah benar-benar berlaku di dalam
masyarakat Islam. Dari segi kebekersanan penyampaian mesej pula kita
tidak dapat menolak bahawa gambar-gambar adalah lebih mudah difahami dan
diingati berbanding kata-kata. Ambil pengajaran.
Mohd Nadzir Bin Abdul Rahman
Ict Service Desk Analyst, GICT, Proton Sdn Bhd
( 03-8026 9222 03-8026 9222 È 013-273
7667 7 03-8026
9633 * nadz...@proton.com
(بَلِّغُوْا عَنِّي وَِلَوْ آيَة) - رواه البخاري
Maksudnya : “Sampaikanlah (apa-apa yang telah kamu perolehi) daripadaku
walaupun hanya sepotong ayat”.
(H.R. Bukhari)
This e-mail and any files transmitted with
it is legally privileged and confidential and intended solely for the use of
the individual or entity to whom it is addressed. If you are not the intended
recipient, you are hereby notified that you have received this e-mail and any
files transmitted with it in error and that any use, dissemination, forwarding,
printing or copying of this e-mail and any files transmitted with it is
strictly prohibited.
If you have received this e-mail and any files transmitted with it in error,
please notify the sender immediately and delete the email.
Views, opinions, conclusions or other information contained in this email which
are not related to the business of Bank Islam Malaysia Berhad shall not be
taken as reflective of or endorsed by it.
NOTIFICATION
Privileged/confidential information may be contained in this
e-mail and any attachment(s). If you are not the intended
recipient, any use of, reliance on, reference to, disclosure
of, alteration to or copying of the information for any purpose
is prohibited. Any information not related to TNB's official
business is solely the author's and does not necessarily
represent TNB's view and is not necessarily endorsed by TNB.
TNB shall not be liable for any loss or damage caused by any
illegal activities under the law and/or improper use of e-mail
including but not limited to liability related to the content
of the e-mail(including viruses and other malicious codes,
harassment and defamation ) or related to its dissemination.
TNB is not responsible for any unauthorised changes made to
the information or for the effect of such changes.