Subject: Jom ke Fiesta Mangga 2013 @ Menara Kuala Lumpur / Let’s Join Mango Festival 2013 @ Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menganjurkan Fiesta Mangga @ Menara Kuala Lumpur bermula dari 17 hingga 19 Mei 2013 di Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur.
Pesta ini akan dibuka mulai dari jam 10 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah PERCUMA kepada semua pengunjung.
Objektif utama Fiesta Mangga di Menara Kuala Lumpur diadakan adalah untuk meningkatkan permintaan mangga dan memperluaskan pasaran ketika musim mangga pada bulan Mei dan Jun khususnya di sekitar Lembah Klang. Program seumpama ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk mempromosikan ‘Kempen Makan Buah-Buahan Tempatan’.
Terdapat pelbagai variasi mangga di Fiesta Mangga @ Menara Kuala Lumpur seperti Chokanan, Maha, Harumanis, Perlis Sunshine atau lebih dikenali sebagai Sala, Masmadu, Waterlilly dan Lemak Manis. Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan produk tempatan mangga seperti jus, jeruk, ais krim dan vacuum fried mango.
Bagi memeriahkan lagi pesta ini, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti pameran serta demonstrasi masakan tempatan berasaskan mangga, pertandingan teka silang kata, kuiz dan kemunculan maskot mangga bagi menghiburkan para pengunjung.
Jadi, jangan ketinggalan untuk bersama-sama keluarga dan sahabat-handai untuk menikmati hidangan buah-buahan yang sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat ini.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-2072 1219 atau 03-2020 5499 dan layari laman web www.menarakl.com.my atau ‘like’ facebook rasmi Menara Kuala Lumpur www.facebook.com/officialmenarakl
Bagi pihak Menara Kuala Lumpur
Komunikasi Korporat Kumpulan Telekom Malaysia Berhad Dear colleagues,
Menara Kuala Lumpur in collaboration with the Federal Agriculture Marketing Authority (FAMA) will be organizing Mango Festival @ Menara Kuala Lumpur from 17 to 19 May 2013 at 1Malaysia Cultural Village, Menara Kuala Lumpur.
The festival will be held from 10 am to 6 pm and admission is FREE for all visitors.
The main objective in organizing this Mango Festival 2013 @ Menara Kuala Lumpur is to increase and expand the market demand during mango season from May to June especially in Klang Valley. This festival is in line with government’s effort to promote ‘Eat Local Fruit Campaign’.
There are few different varieties of mango during the festivals such as Chokanan, Maha, Harumanis, Perlis Sunshine or as known as Sala, Masmadu, Waterlilly and Lemak Manis. Apart from that, all visitors also can buy local made mango products such as juices, pickles, ice-cream and vacuum fried mango.
There are several of activities have been planned, such as local’s cooking demonstration, puzzle competition, quizzes and an appearance from mango mascot to hype up the event.
So don’t miss out to bring your family and friends to Menara Kuala Lumpur to enjoy the fresh local fruits during the Mango Festival 2013 @ Menara Kuala Lumpur.
For more information, please call 03-2072 1219 or 03-2020 5499 and visit Menara Kuala Lumpur official website at www.menarakl.com.my or ‘like’ our official Facebook fan page at www.facebook.com/officialmenarakl
On behalf of Menara Kuala Lumpur
Group Corporate Communications Telekom Malaysia Berhad |
|