Program Usahawan Al-Falah (Perniagaan Sewa Khemah)

42 views
Skip to first unread message

fikri aziz

unread,
Jun 27, 2009, 3:51:02 AM6/27/09
to surau-a...@googlegroups.com
Assalamualaikum wbt.
 
"Program Usahawan Al-Falah"- Perniagaan Sewa Khemah.
 
Terlebih dahulu ribuan terima kasih kepada para kariah surau al-falah yang berminat untuk membuat anjakan paradigma didalam mengubah ekonomi umat islam serta diri insyallah untuk bersama-sama menjayakan satu perniagaan berkonsepkan berjemaah yang pastinya dituntut di dalam islam.
 
Pertama sekali, Konsep perniagaan ini hanya menggunakan nama "Program Usahawan Al-Falah" atas sebab program ini tiada didaftarkan dimana-mana pejabat pendaftaran syarikat atau persatuan atau koperasi dan ini sebagai langkah permulaan untuk mendapatkan sokongan daripada pihak kariah surau al-falah. Nama  Program Usahawan Al-Falah ini diambil daripada nama surau al-falah yang berbawa maksud kejayaan. salah satu objektif perniagaan seumpama ini adalah sebagai suatu platfom untuk kita menjalinkan semangat perpaduan dan permuafakatan.
 
Setelah perbincangan dibuat oleh beberapa kariah di surau al-falah tempoh hari lalu, perbincangan tersebut telah pun mendapat kata sepakat untuk menjadikan program ini sebagai perniagaan "Perniagaan Sewa Khemah" bertujuan untuk menjana ekonomi ummah terutamanya untuk ahli khariah Taman Puncak Jalil.
 
Oleh yang demikian, untuk menjayakan program ini, program ini bergerak secara berjemaah dan menawarkan peluang untuk ahli kariah menjadi rakan kongsi iaitu melabur sebanyak RM 2,500.00 untuk menjadi pemegang saham & pelabur. Program Perniagaan Sewa khemah ini memerlukan pelabur dan pemegang saham untuk turut serta dalam pengurusan, pentadbiran, operasi dan pemasaran bagi menjana keuntungan serta mengetahui perjalanan perniagaan.
 
Untuk khariah yang berminat, silalah balas e-mail ini serta berikan nama penuh & alamat. Jika para khariah ingin mengetahui perjalanan program ini dengan lebih lanjut silalah hubungi Hang Mokhtar, Kiyai Arshad atau Fikri Aziz untuk mendapatkan maklumat. Penyertaan amatlah digalakkan.
 
Para Khariah yang berminat juga bolehlah datang ke Surau Al-Falah pada 28/06/2009 (ahad malam isnin selepas solat isyak) untuk perbincangan, mesyuarat dan pembentangan kertas kerja ringkas program usahawan al-falah. perbincangan akan diadakan di serambi hadapan surau.
 
"Marilah Menuju Kejayaan"
 
Yang Benar,
 
Fikri Aziz
 
 
Nama Pemegang saham / Pelabur terkini yang berminat;
 
1) En Mokhtar (Hang Mokhtar)
2) En Arshad (Kiyai Arshad)
3) Tn Hj Misri Darmo (Cikgu)
4) Tn Hj Zulkipley (Angkasa)
5) En Fikri Aziz
6) Tn Hj Baharuddin (Tun Baha)
7) En Rosman Ahmad
8) Tn Hj Hassan
9) En Zaidi
10) En Shukri (PPZ)
11) En Suffian (Abg Hensem)
 
* nama yang tiada bolehlah e-mail kepada saya maklumat diri. terima kasih.

fikri aziz

unread,
Jun 27, 2009, 11:48:23 AM6/27/09
to surau-a...@googlegroups.com
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages