FW: Fw: Ceramah by a Chinese Ustaz - menarik...

153 views
Skip to first unread message

arjabir

unread,
Oct 16, 2010, 9:55:17 AM10/16/10
to surau-a...@googlegroups.com

 Sent: Friday, October 15, 2010 3:14 PM

Subject: Fw: Ceramah by a Chinese Ustaz

 

Bagaimana hendak berdakwah kepada penganut Buddha dan masyarakat cina? Banyak dakwah gagal kerana kita tiada ilmu mengenai apa yang kita dakwah, tiada maklumat mengenai agama lain.

 

Ramai orang terlepas pandang sedangkan Buddha adalah antara agama terbesar di dunia, manakala masyarakat cina hanya salah satu kaum yang menganutnya. Buddha terdapat di Kemboja, Thailand, Myanmar, Tibet, Laos, Buthan, Nepal, China, Taiwan, Hong Kong, Monggolia, Sri Langka, Vietnam, Singapura, Jepun, Korea dan Malaysia. Semua negara di atas kecuali Malaysia menjadikan Buddha agama majoriti.

 

Salah faham pertama, penganut Buddha adalah masyarakat cina. Buddha asalnya dari India, bukan China. Malahan, penganut Buddha ada banyak bangsa yang anutinya, termasuk masyarakat melayu di kepulauan Jawa.

 

Salah faham kedua ialah Buddha merupakan satu agama. Hakikatnya Buddha bukan agama tetapi satu ajaran falsafah. Ia suatu kepercayaan tetapi bukan agama. Contoh lain Taoism dan Confucianism juga bukan agama tetapi kepercayaan.

Buddha tidak mempunyai tuhan. Sidra Gautama Buddha adalah seorang pendeta. Oleh

kerana itulah ajaran Buddha banyak menekankan konsep moral dan etika. Selagi manusia ada nafsu, maka akan melakukan kejahatan. Buat baik dibalas baik dan sebaliknya, ia tertakluk kepada hukum Karma.

 

Buddha mempunyai dua aliran iaitu Hinayana dan Mahayana. Hinayana bermaksud Roda Kecil manakala Mahayana bermaksud roda besar. Masyarakat cina di Malaysia banyak menganut Buddha aliran Mahayana. Aliran Hinayana diikuti masyarakat di Thailand dan Kemboja.

 

Terdapat dua perkara pokok yang membezakan Hinayana dan Mahayana.

1.     Hinayana menyembah Buddha. Mahayana pula percaya Buddha boleh menjelma kepada pelbagai bentuk. Oleh sebab itulah patung Buddha tidak sama bentuknya. Ada yang kurus dan ada yang buncit. Ada lelaki dan ada wanita. Patung Buddha wanita itu adalah Guayin.

 

2.     Hinayana mengatakan tebus dosa melalui diri sendiri, ini bermakna setiap penganut Hinayana perlu menjadi sami sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Mahayana pula percaya dosa boleh ditebus melalui orang lain, sebab itulah penganut Buddha Mahayana membayar sami di tokong untuk diampuni dosa mereka.

 

Mengenai masyarakat cina pun kita tak faham, macam mana nak berdakwah? Kita tidak faham kerana wujud persepsi masyarakat dan salah faham yang dah lama tertanam. Contohnya istilah Cina buta. Kenapa guna cina buta? Dalam islam perkataan cina buta tidak ada, penerangan ada lah. Orang lain pun buta juga. Cina mampus. Kenapa guna perkataan mampus? Untuk bangkai haiwan pun kita kata mati. Tukar persepsi, kata lah cina meninggal ke, cina mati ke. Cina babi. Babi itu tidak semua cina makan. Bangsa lain pun makan juga, melayu pun ada yang makan. Ha, lagi satu. Cina komunis. Memang Chin Peng itu cina tapi pengerusi komunis melayu. Ada satu regimen, regimen komunis ke 10 semua kumpulan itu orang melayu. Tukar persepsi.

 

Dulu semasa di Kepulauan Jawa, mencari makanan halal memang susah. Tapi ada cara. Kita makan apa yang sami Buddha dan Hindu makan. Kenapa? Sebab sami Buddha dan Hindu yang “pure” (asli) tidak makan daging, mereka vegetarian. Ia penyelesaian terdesak tapi efektif.

 

Bagaimana untuk berdakwah kepada masyarakat cina/penganut Buddha? Ada tiga perkara utama apabila berdakwah dengan masyarakat ini.

 

Pertama ialah memperbetulkan dahulu persepsi terhadap masyarakat cina dari segi agama dan kedudukan masyarakat cina. Betulkan persepsi negatif yang mengatakan cina penipu. Bagaimana cina boleh berjaya? Ini kerana masyarakat cina ada sistem perniagaan. Belajar dari masyarakat cina. Sedar atau tidak, apabila dakwah ke atas masyarakat cina berkesan, secara tidak langsung ekonomi umat Islam akan turut meningkat. Masyarakat cina belajar berniaga daripada masyarakat arab.

 

Ada dua orang nelayan, satu nelayan melayu dan satu nelayan cina. Dua-dua menangkap ikan di laut yang sama. Tapi bagaimana boleh nelayan cina beli rumah, kereta, tapak perniagaan sedangkan nelayan melayu sikit dapat? Ini kerana nelayan cina pergi ke laut dalam menangkap ikan mahal-mahal manakala nelayan melayu menangkap ikan di perairan. “Melukut di tepi gantang.” Cina mementingkan margin untung yang besar.

 

Kalau nak dikira rajin, dua-dua rajin. Siapa kata melayu malas? Penjajah British yang kata melayu malas untuk pecah belahkan melayu dengan bangsa lain. Melayu yang jadi penoreh getah, nelayan dan pesawah padi semuanya rajin. Kalau malas tak mungkin boleh lakukan kerja yang sukar macam tu. Silapnya hanya kaedah.

 

Satu lagi perumpamaan. Kenapa penternak ikan melayu untung sikit-sikit tapi penternak ikan cina boleh kaya raya hingga nama syarikat masuk papan bursa saham? Ini kerana jenis ikan itu. Penternak ikan melayu ternak Tilapia, Ikan Keli yang mana harga sekilo hanya kurang RM10. Penternak cina ternak ikan Kelisa. Seekor mencecah RM20,000.00. Tahu ke tak tahu? Target margin keuntungan yang besar.

 

Kedua, kenali masyarakat cina dan kepercayaan mereka. Tidak semua masyarakat cina beragama Buddha, ada kepercayaan lain. Masyarakat cina juga ada menganut Taoism, Confucianism, Pemujaan, Agama Pembangunan Akhlak, Nicherian Shoshul, Lisme dan banyak lagi. Taoism itu adalah kesejahteraan alam. Yin dan Yang. Taoism memuja keramat. Siapa yang dipuja di dalam tokong kecil warna merah tu? Ada yang memuja wali dan ulama Islam terdahulu. Itu sebab ada nama tokong Aji Amad, Aji Assan.

 

Antara yang terkenal ialah tokong Laksamana Cheng Ho. Laksamana Cheng Ho ini orang islam. Cheng Ho itu gelaran yang Maharaja China bagi pada dia. Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sampo, nama ayahnya Ma Haji. Beliau ialah ahlul bait (keturunan Rasulullah s.a.w) generasi ke 32. Ma itu maksudnya Muhammad. Itulah sebabnya jika sesiapa melawat tokong Laksamana Cheng Ho tidak boleh bawa makanan haram seperti Babi dan Arak sebab Islam melarang umatnya memakan makanan haram.

 

Malahan penemuan terbaru membuktikan ada Maharaja China yang beragama Islam di zaman Laksamana Cheng Ho. Beliau tidak pernah memakan masakan selain dari masakan isterinya yang merupakan seorang muslim, malahan membina masjid di dalam Kota Larangan. Tambahan lagi di dalam masjid itu Maharaja ini menulis 100 perkataan memuji Rasulullah s.a.w. (Maklumat lain boleh dapatkan di buku beliau terbitan MACMA)

 

Apabila berdakwah, tekankan bab aqidah terlebih dahulu bukannya bab feqah. Ramai yang menekankan bab feqah sedangkan aqidah masih goyah. Bab feqah ini boleh dikompromi selagi tidak bercanggah dengan aqidah. Sebab itulah wujudnya pelbagai mazhab dan pendapat. Bab makanan, pemakaian walhal bab anjing pun ialah bab feqah.

Berkenaan anjing, ada ulama kata anjing tidak boleh dipegang dan dimakan (sudah pasti) . Ada yang kata anjing tidak boleh dipegang hanya ketika basah, ketika kering dibolehkan. Ada yang kata bahagian anjing yang tidak boleh dipegang hanyalah di bahagian air liurnya. Ini menunjukkan kompromi.

 

Macam bab gajah, saya tanya anda, gajah halal dimakan atau tidak? Tahu ke tak tahu? Boleh ke tak boleh? Jawapannya boleh dan tak boleh. Ada ulama mengatakan gajah tidak boleh dimakan sebab gadingnya itu taring yang boleh digunakan membunuh musuh. Ada yang kata boleh sebab kaedah permakanan gajah tapi perlu disembelih terlebih dahulu. Susah juga nak sembelih gajah ni.

 

Pokoknya, kompromi boleh dilakukan ikut kesesuaian. Kebanyakan nama cina tidak perlu ditukar dan tidak menjadi masalah kerana kebanyakan maksud nama ialah perkara baik-baik. Ini tidak sama macam penganut agama hindu kerana nama mereka dikaitkan dengan tuhan mereka macam Shiva, Brahma, Subramaniah. Betul tak Ustaz Fitri? Kemudian, ajar mereka bersolat dahulu bukannya terus desak suruh berkhatan. Berkhatan itu sunat, memanglah sunat yang dituntut. Tapi belajar solat dahulu. Ajar perkara wajib sebelum memulakan yang sunat iaitu bersunat. Nama pun bersunat.

 

Yang ketiga, kenali sifat masyarakat cina. Perangai masyarakat cina bukan semuanya sama. Orang cina yang berada di China ada 52 buah etnik. Etnik terbesar ialah Han, Hui pula campuran China dan Arab, kemudian ada Li, Urghur, Meow, Uzbek, Salar dan banyak lagi. Yang datang ke Malaysia majoritinya adalah Han.

 

Han pula ada 13 sub-etnik iaitu :-

1.     Hokkien – banyak di Pulau Pinang, Pangkor, Klang

2.     Kantonis – banyak di Ipoh

3.     Hakka – banyak di Seremban

4.     Tiu Chiew

5.     Hok Chiew – banyak di Setiawan

6.     Hailam – banyak di Kuala Terengganu

7.     Foo Chow – banyak di Sarawak

8.     Heng Hua – banyak di Kuching

9.     Kongsi

10.   Honan

11.   Chaw Ann

12.   Kongsai

13.   Shanghai

 

Kalau nak kenal mereka, perlu kenal dari dialek. Mandarin adalah bahasa pengantara antara etnik. Mandarin bukan sub-etnik. Setiap etnik mempunyai perwatakan dan perangai yang tidak sama. Foo Chow sangat agresif, degil, panas baran dan memang boleh bawa bertumbuk. Hailam sangat lembut, saya pun dari keturunan etnik Hailam. Sebab itu saya luar nampak garang, tapi hati lembut. Mungkin kerana kelembutan ini banyak masyarakat cina Hailam memeluk agama Islam. Di dalam masyarakat cina memang wujud monopoli ekonomi.

 

Monopoli ekonomi adalah perkara biasa bagi masyarakat cina. Sekiranya satu etnik dah monopoli satu perniagaan, contohnya jual barang kedai. Maka etnik lain tidak dapat masuk ke dalam bidang yang sama. Jika bangsa cina sendiri tidak bagi bangsa sendiri masuk dalam perniagaan yang sama, apatah lagi bangsa lain.

 

Buku ini (Buku Confucianism from the Perspective of a Muslim) diberi secara percuma kepada ahli seminar yang hadir. Ini kerana ada orang sudah sponsor buku ini. Masa pameran anjuran MACMA memang ramai yang sponsor tapi yang sponsor adalah korporat cina bukan islam. Kalau syarikat muslim yang lain memang susah nak minta tajaan.__,_._,___

 

Ahya Ahya

unread,
Oct 18, 2010, 2:31:41 AM10/18/10
to surau-a...@googlegroups.com
emkoi...emkoi.. ah jak (sap sap soi lo),gwa manyak cuka ni info lo bole blajar bahasa cina.(man man lo)..tapi oo..lu ala leti kalo itu cina punya cakap ka..(kang hai le ma)..


From: arjabir <arj...@gmail.com>
To: surau-a...@googlegroups.com
Sent: Saturday, 16 October 2010 21:55:17
Subject: {Surau al-Falah} FW: Fw: Ceramah by a Chinese Ustaz - menarik...
--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Surau al-Falah" group.
To post to this group, send email to surau-a...@googlegroups.com.
To unsubscribe from this group, send email to surau-al-fala...@googlegroups.com.
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/surau-al-falah?hl=en.

arjabir

unread,
Oct 19, 2010, 10:35:31 AM10/19/10
to surau-a...@googlegroups.com

Salam,

Bagus idea tuan ni. Kalau ada jemaah kita yg pandai bahasa lain. Arab, mandarin, tamil ke…  apa kata buat kelas bahasa kat surau. Kawan x sampai tahap buleh ajar bahasa French lagi…

 

wsm

zolke...@yahoo.com

unread,
Oct 19, 2010, 10:43:57 AM10/19/10
to surau-a...@googlegroups.com
W'salam...saya setuju tetapi kita kena fikir dulu jumlah jemaah berkurang selepas Ramadhan...hinggakan Hj Hassan tak nak adakan kelas pengajian biasa hingga selepas raya hari...tak berbaloi kita bayar utz kalau anak murid kurang 10 kerat... Harap virus ni dapat dipulihan oleh AJK n pegawai SAF !!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: "arjabir" <arj...@gmail.com>
Date: Tue, 19 Oct 2010 22:35:31 +0800
Subject: RE: {Surau al-Falah} FW: Fw: Ceramah by a Chinese Ustaz - menarik...

Nasrul Muhaimin

unread,
Oct 19, 2010, 10:10:02 PM10/19/10
to surau-a...@googlegroups.com
alfalah, ni men ke yi cuo tao! ( you all can do it!)
 

Regards,
Nasrul Muhaimin b Mohd Zain



2010/10/19 <zolke...@yahoo.com>

Sofian Yahaya

unread,
Oct 19, 2010, 10:11:51 PM10/19/10
to surau-a...@googlegroups.com
SALAM
 
saya cadang nak buat kelas komputer percuma untuk anak-anak saf. Budak2 pun boleh kira meramaikan jemaah, wakil utk mak bapak yg tak dapat datang... 

2010/10/19 <zolke...@yahoo.com>

man...@yahoo.com

unread,
Oct 20, 2010, 1:37:16 AM10/20/10
to Surau
Salam,

Mo man tai(no problem)

Regards

Mr Rosman

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


From: Nasrul Muhaimin <helang...@gmail.com>
Date: Wed, 20 Oct 2010 10:10:02 +0800

Ahya Ahya

unread,
Oct 20, 2010, 2:45:27 AM10/20/10
to surau-a...@googlegroups.com
tepat skali Hj...ttp skrg ni masuk waktu solat awal,kengkdg
sy pon xsempat nk giSAF..mcm Ajak tu sempoi ajer... xpe dia pakai baju 2 lapis mcm mamak maiden he..he...kalo xcaya cuba pratikan jgn marah BRO nnti xde org dtg kenduri ha..ha...


From: "zolke...@yahoo.com" <zolke...@yahoo.com>
To: surau-a...@googlegroups.com
Sent: Tuesday, 19 October 2010 22:43:57

Ahya Ahya

unread,
Oct 20, 2010, 2:38:02 AM10/20/10
to surau-a...@googlegroups.com
wslm
amma serik.....rombo nalareke...ensem"
ttp ana risau ensem kdg2 jrg2..


From: Sofian Yahaya <pian....@gmail.com>
To: surau-a...@googlegroups.com
Sent: Wednesday, 20 October 2010 10:11:51

Sofian Yahaya

unread,
Oct 21, 2010, 1:05:23 AM10/21/10
to surau-a...@googlegroups.com
ana pergi berdagang di negeri yg jauh...
 
di kluang johor, bahau negeri 9, gurun kedah, bintulu sarawak dan jakarta indonesia...

2010/10/20 Ahya Ahya <ahy...@yahoo.com.my>
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages