RAHMADHAN KARIM. Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa pada anda dan keluarga. Semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik dari tahun2 yang lepas.
Alhamdulillah, berkat sokongan anda, HCFPP telah berjaya mengumpul dana yang mencukupi setiap tahun untuk membolehkan kami menjalankan pelbagai aktiviti dakwah, pengislaman dan sokongan
kepada muallaf di sekitar Pulau Pinang.
Pada tahun ini, sekali lagi HCFPP akan menganjurkan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) yang merupakan kali ke-8 MIPHC dan akan diadakan seperti berikut :
Tempat : Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas
Tarikh : Sabtu, 10hb Jun 2016 (15 Ramadhan 1438)
Masa : ⏱5.00 PM to 11.00 PM
Tujuan utama majlis ini diadakan adalah
(1) untuk menjana dana untuk aktiviti dan operasi HCFPP
(2) untuk meraikan saudara kita yang telah kembali kepada Islam.
(3) meraikan keluarga saudara kita yang belum Islam
(4) memberi peluang pada orang ramai untuk berkongsi pahala
Majlis tahunan ini akan lebih bermakna lagi kerana muallaf digalakkan untuk menjemput ahli keluarga, saudara-saudara dan kawan-kawan yang belum Islam untuk bersama-sama merasakan kemeriahan berbuka puasa.
Bantulah kami menguruskan muallaf sekitar Pulau Pinang ini dengan menghulurkan sumbangan. Dana yang diperolehi akan memudahkan dan merancakkan lagi pelaksanakan aktiviti dakwah HCFPP pada tahun hadapan.
Sila maklumkan pembelian kerusi/meja/sumbangan ikhlas serta kehadiran anda kepada:
📲 013 - 489 4595 (Pn. Noor)
📲 019 - 471 7312 ( Cik Joanne)
📲 012 - 550 3272 (Encik Khaw)
atau maklumbalas emel ini untuk tujuan rekod kami. ⚠PENTING⚠
Bayaran hendaklah dibuat ke akaun berikut :
Akaun Bank:
Hidayah Centre Foundation
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
12113010057861
✅Pakej Meja - RM1000 (10 orang semeja)
✅ Pakej Kerusi - RM100
✅Sumbangan ikhlas amat dialu-alukan.
📢Mohon war-warkan kepada semua capaian yang ada. Semoga setiap sumbangan anda akan diberkati Allah SWT. 🙂