SUMBANGAN DERMA KILAT: PEMBEDAHAN BYPASS JANTUNG SEGERA YDP IKRAM SPT

7 views
Skip to first unread message

Alfa Red

unread,
Nov 3, 2017, 10:14:08 AM11/3/17
to ikr...@googlegroups.com, sukarelawan_aktivi...@googlegroups.com, gema-p...@googlegroups.com
KONSISTEN TURUN KE MEDAN AMAL MEMBANTU GOLONGAN MEMERLUKAN, KINI ALLAH MENGUJI DIRINYA SENDIRI

Sukar rasanya untuk menerima berita minggu lepas, bahawa saudara ir Roesli ini dimasukkan ke wad akibat serangan jantung di rumah beliau. Mengenali beliau pada tahun 2012 di satu program IKRAM Pulau Pinang, sehingga ke sekarang, cukup untuk saya menyaksikan bahawa beliau seorang yang amat komited dan konsisten dalam medan dakwah dan tarbiyah!
.
.
.
SIAPA IR ROESLI INI?
Berumur 46 tahun, beliau merupakan aktivis Pertubuhan IKRAM malaysia Negeri Pulau Pinang, dan telah mengikuti tarbiyah IKRAM ( dahulunya JIM) semenjak tahun 90an. Semenjak bersama JIM sehingga ke IKRAM, betapa banyaknya program kemasyarakatan yang telah disertai oleh beliau, samada anjuran IKRAM sendiri atau organisasi luar.
 
Kini beliau merupakan YDP IKRAM kawasan Seberang Perai Tengah(SPT), satu jawatan yang sebenarnya amat berat untuk dipikul, tetapi beliau terus menjalankan amanah tersebut dengan cemerlang.
.
.
.
NAK SEBUT SEMUA PROGRAM YANG PERNAH BELIAU SERTAI DAN KELOLA?
Saya rasa tak perlu lah. Kerana TERLALU BANYAK program yang disertai beliau, sehingga terlalu malu rasanya untuk saya mengulang kembali semua program, sedangkan diri saya sendiri tidak mampu menyaingi beliau. 😭😭 program terakhir yang beliau sertai sebelum Allah menguji beliau dengan sakit serius ini adalah Bantu Orang Susah (BOS 2.0) yang disertainya beberapa hari sebelum diserang sakit jantung. MasyaAllah, beliau bersama-sama orang-orang muda dalam Pertubuhan GEMA Pulau Pinang begitu bersemangat mengagihkan segala bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan.
.
.
.
Apa terjadi kepada beliau sebenarnya?
Selepas beberapa hari beliau di wad, akhirnya doktor pakar mengesahkan melalui ujian angiogram bahawa 3 salur darah ke jantung beliau rosak ( dikenali sebagai 3 vessels disease) dan memerlukan PEMBEDAHAN BYPASS SEGERA, dan kos keseluruhan adalah RM55,000!! Allahu... 😢😭
Takaful beliau hanya dapat membiayai RM20,000, dan kini kami dalam misi mencari dana sebanyak RM35,000 untuk meringankan beban keluarga beliau! 
.
.
.
Tuan puan sahabat handai atau sesiapa sahaja, yang mengenali beliau atau mungkin pernah mengenali beliau secara sengaja atau tidak sengaja, kini beliau memerlukan bantuan anda. Tidak kira berapa yang anda berikan, sebenarnya akan memberikan sejuta makna bagi beliau dan keluarga. Beliau telah banyak membantu orang yang memerlukan, dan kini beliau pula memerlukan bantuan anda.. ayuh tuan puan, mari menyumbang!
.
.
.
BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG?
Sebuah organisasi di bawah IKRAM, i-Bantu telah melancarkan sebuah Donation Drive( sumbangan derma kilat) bagi mengumpul dana untuk beliau. Anda yang ingin menyumbang, boleh terus bank-in/ transfer ke akaun berikut 👇🏻👇🏻:

5573 8040 7795
MAYBANK
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

Setelah anda selesai membuat sumbangan, minta jasa baik tuan puan untuk memaklumkan kepada:

Bendahari i-Bantu Pulau Pinang
Hafiz : 013 638 5021
Atau
S/U i-Bantu Pulau Pinang
Nazir : 011 2948 5146

Sumbangan anda amat bermakna buat keluarga beliau dan keseluruhan keluarga IKRAM Pulau Pinang dan IKRAM malaysia!
Terima kasih, jazakumullah khairan kathira.

Jawatankuasa Belia & Remaja IKRAM Pulau Pinang
03 November 2017

Inline image 1

--
______________________________________________________________________________________________
Gusar Telefon Hilang? backup data telefon anda, Gunalah dropbox. Saya sudah, anda bila lagi? reply email saya untuk pertanyaan :)
Ketahui lebih lanjut drop box dan daftar di https://db.tt/cAiSsrqm
________________________________________________________________________________
Muhamed Fared

Setiausaha NGO IKRAM Daerah Barat Daya
JK Belia & JK Media
Youtube: IKRAM Pulau Pinang

P.Setiausaha NGO GEMA Negeri Pulau Pinang
https://www.facebook.com/GEMAPulauPinang
Youtube: GEMA Pulau Pinang
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages