AnNisa (131-140),
131. Dan bagi Allah lah apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa di bumi, dan sesungguhnya kami telah pesan kepada mereka yang diberi kitab dahulu daripada kamu dan (juga kepada) kamu, “hendaklah kamu berbakti kepada Allah, kerana jika kamu kufur, maka sesungguhnya bagi Allah lah apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi, dan adalah Allah itu kaya, terpuji”.
132. Dan bagi Allah lah apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi, dan cukuplah Allah sebagai pengawal.
133. Jika ia kehendaki, nescaya ia hampuskan kamu, hai manusia ! dan ia akan adakan orang-oang lain, kerana adalah Allah, atas yang demikian itu, amat berkuasa.
134. Barang siapa mahu ganjaran dunia, maka disisi Allah ada ganjaran dunia dan akhirat, dan adalah Allah itu pendengar, pengelihat.
135. Hai orang-orang yang beriman ! jadilah manusia yang mendirikan keadilan, yang jadi saksi kerana Allah, walau pun atas diri-diri kamu atau dua ibubapa (kamu) dan keluarga (kamu) yang hampir jika ia kaya atau pakir, maka Allah lebih hampir kepada mereka berdua. Lantaran itu, janganlah kamu turut hawa, sebab dikuatiri kamu akan berpaling (dari kebenaran), kerana jika kamu putar persaksian atau kamu berpaling, maka sesungguhnya adalah Allah itu amat mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
136. Hai orang-orang yang beriman ! berimanlah (sunguh-sungguh) kepada Allah dan rasulnya dan (kepada) kitab yang ia telah turunkan aas rasulnya dan (kepada) kitab yang ia telah turunkan dahulu, kerana barang siapa tidak percaya kepada Allah dan melaikat dan kitab-kitab nya dan rasul-rasul nya dan hari kemudian, maka sesungguhnya sesatlah ia satu kesesatan yang jauh.
137. Sesungguhnya orang yang beriman, kemudian kufur, kemudian beriman, kemudian kufur, kemudain bertambah kekufuran mereka, Allah tidak akan beri ampun bagi mereka dan tidak akan ia unjuk kan bagi mereka satu jalan.
138. Khabarkan lah kepada orang-orang itu bahawa adalah bagi mereka azab yang pedih.
139. (ialah munafik-munafik) yang mengambil kafir-kafir sebagai ketua, tidak mukmin. Apakah mereka cari kemuliaan disisi mereka (yang kafir) itu pada hal sesungguhnya sekelian kemuliaan itu adalah bagi Allah?.
140. Dan sesungguhnya ia telah turunkan atas kamu didalam kitab ini; “bahawa apabila kamu dengar ayat-ayat Allah, tidak dipercayai dan diperolok-olok, maka jangan lah kamu duduk berserta mereka, hingga mereka masuk didalam golongan yang lain, kerana sesungguhnya kamu, diwaktu itu, serupa mereka”. Sesungguhnya Allah akan kumpulkan orang-orang munafik dan kafir sersama-sama jahanam.
[] http://www.facebook.com/groups/149680165073652/doc/423544377687228
141.