41. Tidak kah engkau mengetahui, bahawa se nya Allah itu beribadat kepadanya apa-apa yang dilangit-langit dan bumi dan burung yang bersayap, masing-masing tahu sembahayang nya dan perjalanan nya, dan Allah itu mengetahui apa-apa yang mereka kerjakan.
42. Dan bagi Allah lah kekuasaan langit-langit dan bumi, dan kepada Allah lah tempat kembali (makhluk).
43. Tidak kah engkau lihat, bahwa Allah membawa mega, kemudian ia kumpulkan diantara nya, kemudian ia jadikan dia bersusun, lalu engkau lihat hujan turun dari celah-celah nya, dan ia turunkan salji dari langit (iaitu) dari gunung-gunung disana, lalu ia berikan dia kepada siapa yang ia kehendaki, dan ia palingkan dia dari siapa yang ia kehendaki, (ialah mega yang) sebenar kilatnya hampir menghilangkan pandangan-pandangan ?.
44. Allah mengulang-mengulang kan malam dan siang, sesungguhnya ditentang itu ada pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai pemandangan-pemandangan.
45. Dan Allah telah jadikan tiap-tiap makhluk merayap, dari air, maka sebahagian dari mereka berjalan atas perutnya nya, dan sebahagian dari mereka berjalan atas dua kaki, dan sebahagian dari mereka berjalan atas empat, Allah menjadikan apa yang ia kehendaki, kerana sesungguhnya Allah berkuasa atas tiap-tiap suatu.
46. Sesungguhnya kami telah turunkan ayat-ayat yang menerengkan, kerana Allah memimpin siapa yang ia kehendaki kejalan yang lurus.
47. Dan mereka berkata; “ kami telah beriman kepda Allah dan kepada Rasul dan kami taat”, kemudian sudah itu, segolongan dari mereka berpaling, kerana mereka bukan orang-orang mukmin.
48. Dan apabila diajak mereka kepada Allah dan Rasulnya buat menghukum diantara mereka, tiba-tiba segolongan dari mereka berpaling.
49. Tetapi jika mereka mempunyai hak (yang hendak dituntut), mereka datang kepada (Rasul) itu secepat-cepat nya dengan taat.
50. Apakah dihati-hati mreka ada penyakit, atau kah mereka ragu-ragu, atau kah mereka takut Allah dan Rasulnya akan menzalimi mereka ? (tidak) bahkan mereka itu ialah orang-orang yang zalim.
51.