21. Merekalah orang-orang yang merugikan diri-diri mereka, dan batal lah apa yang mereka telah ada-adakan.
22. Tidak syak, bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang paling rugi diahkirat.
23. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan tunduk kepada Tuhan mereka, adalah mereka itu ahli syurga yang mereka akan kekal padanya.
24. Perumpamaan dua golongan itu, seperti orang buta dan orang tuli, dengan orang yang melihat dan yang mendengar, adakah sama dua-dua nya(dalam) perumpamaan ? tidak kah kamu mahu ingat ?
25. Dan sesungguhnya kami telah utus Nuh kepada kaumnya. (ia berkata); “sesungguhnya aku ini pengancam yang nyata bagi kamu”.
26. “bahawa janganlah kamu sembah melainkan Allah, (kerana) sesungguhnya aku takut (ditimpa) atas kamu azab hari yang pedih”.
27. Lalu berkata kepala-kepala kafirin dari kaum nya; “kami tidak pandang mu, melainkan (sebagai) seorang manusia seperti kami, dan kami tidak lihat yang mengikut mu, melainkan oang-orang yang rendah dari antara kami dengan tidak berfikir, dan kami idak lihat kamu lebih mulia dari kamu, malah kami anggap kamu orang-orang pendusta”.
28. Ia berkata; “Hai kaumku! Bagaimana kah fikiran kamu, jika adalah aku atas kebenaran dari Tuhan ku, dan ia beri rahmat kepada ku dari sisinya, lalu digelapkan (keterangan) itu buat kamu ? apakah bisa kami paksa kamu (menerima) nya, pada hal kamu tidak suka padanya ?”.
29. “Dan hai kaumku ! aku tidak minta harga kepada kamu tentang itu, (kerana) tidak ada balasan ku, melainkan (terserah) kepada Allah, dan bukan aku ini pengusir orang-orang yang beiman, sesungguhnya mereka akan bertemu Tuhan mereka, tetapi aku melihat kamu sebagai kaum yang bodoh”.
30. “Dan, hai kaum ku! Siapakah yang akan menolong akan daku dari (seksaan) Allah, jika aku usir mereka ? apakah kamu tidak mahu sadar?”.
http://www.facebook.com/groups/533474800002942/doc/540428505974238
31.