Kepada;
Pensyarah Modul
Cc.
Pengarah
Timbalan Pengarah Akademik
Ketua Program Unit Pengajian Am
Ketua Program Unit Teknologi Maklumat
Ketua Program Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara
Ketua Program Unit Pengoperasian Perniagaan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
2. Hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti Hulu Langat bagi Sesi Jun 2018, Pensyarah Modul diingatkan untuk memantau Penilaian Berterusan dari semasa ke semasa.
3. Sehubungan dengan itu, Pensyarah Modul perlu mengisi Borang Pemantauan PB seperti di lampiran bagi pelajar-pelajar bermasalah. Ini bagi mengelakkan kes pelajar memperolehi Peratus Kehadiran melebihi 80% TETAPI memperolehi Markah PB 0% . Borang ini hanya perlu diisi bagi pelajar bermasalah PB untuk tindakan selanjutnya.
4. Tarikh akhir Penghantaran Borang Pemantauan PB (Minggu 1 - Minggu 7) adalah pada/sebelum 30 Ogos 2019.
Sekian, untuk perhatian dan tindakan. Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Unit Peperiksaan
Kolej Komuniti Hulu Langat
Jalan Prima Saujana 2/G,
Taman Prima Saujana
43000 Kajang, Selangor
Tel: 0387370037 ext.129/130
Fax: 0387370027