Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS PENGURUSAN BAJET BERASASKAN OUTCOME (OBB) ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan Kursus pada ketetapan berikut :
|
Bil |
Tajuk |
Gred |
Tarikh |
Tempat |
|
i. |
Kursus Pengurusan Bajet Berasaskan Outcome (OBB) |
Terbuka |
15 hingga 17 Mac 2016 |
Institut Semarak Felda Bangi, Selangor Darul Ehsan |
3. Sehubungan dengan tu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPT amat berbesar hati sekiranya pihak YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ tuan/ puan dapat mencalonkan satu (1) orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan satu (1) orang Pegawai dari Kumpulan Pelaksana untuk hadir ke kursus tersebut. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat berkaitan dengan kursus di atas.
4. Perhatian dan kerjasama Tuan /Puan berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
NOOR AZRA BINTI SUPARMAN
UNIT LATIHAN
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
(03-8870 5266
6 03-8870 6874