Kepada;
Semua Pensyarah Kursus Sesi Disember 2019
Salinan kepada;
Pengarah
Timbalan Pengarah Akademik
*Ketua Program STM
*Ketua Program SPP
*Ketua Program SPU
*Ketua Unit Pengajian Am
*Penyelaras Moderasi Program
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
1. Unit Peperiksaan dan Penilaian KK Hulu Langat mengambil maklum surat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bertarikh 24 Mac 2020 (Ruj: MQA.100-2/2/1 Jld. 30 (04)) serta Garis Panduan PdP & Penilaian Politeknik dan Kolej Komuniti PKP 2020 adalah berkaitan.
2. Sehubungan itu, bersama ini disertakan untuk rujukan dan tindakan lanjut;
i) Langkah Proses Penilaian Pensyarah Kursus yang digunakan khusus untuk semester Disember 2019 SAHAJA.
ii) Pindaan Takwim Peperiksaan dan Penilaian dengan tarikh akhir proses berikut;
1 Mei 2020 (Jumaat) : Tarikh akhir Penilaian & *Moderasi Markah
30 Mac - 1 Mei 2020 : Tarikh Key-in Markah Penilaian & *Analisa CLO Kursus
3 Mei 2020 (Ahad) : LOCK i-Sems
iii) Surat MQA dan Garis Panduan PdP & Penilaian Politeknik dan Kolej Komuniti PKP 2020
3. Unit Peperiksan dan Penilaian mengambil maklum Pemantauan PB daripada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) melalui Media Telegram (Zon Aktif) pada 24 Mac 2020 yang lalu ;
dan Pensyarah Kursus dikehendaki mematuhi beberapa perkara;
i) Komponen sumatif dalam penilaian berterusan perlu merangkumi tidak kurang daripada 70% daripada keseluruhan penilaian pelajar dan memenuhi hasil pembelajaran (CLO) yang ditetapkan
ii) Bagi kursus-kursus yang tidak memenuhi keperluan komponen sumatif 70%, pensyarah perlu menambah kaedah-kaedah penilaian lain mengikut kebijaksanaan seperti take-home exam, open-book exam, tugasan akhir dan sebagainya bagi mencukupkan peratusan tersebut;
iii) Segala bentuk penilaian yang telah dilaksanakan perlu disimpan (contohnya: hasil penilaian beserta skema pemarkahan atau rubrik yang berkaitan bagi tujuan pengauditan)
iv) Penilaian Berterusan (PB) yang belum dilengkapkan boleh menggunakan kaedahkaedah pembelajaran jarak jauh (remote) seperti penilaian melalui tugasan, perbincangan berkumpulan secara online dan pembelajaran kendiri, mengikut kesesuaian. Pendedahan komponen amali boleh dilaksanakan melalui video, virtual simulation atau kaedah-kaedah lain yang bersesuaian.
4. Sebarang bantuan dan pertanyaan tentang Pindaan Konfigurasi SRKP (Rujuk Attachment) atau boleh disalur kepada; i) Ketua Program/Unit
ii) Penyelaras Peperiksaan Unit
SPU : Fardanadia bt Sulaiman
STM : Jaslin Azira bt Jaafar
SPP : Nor Hidayah bt Ahmad Damanhuri
P.Am : Nisha a/p Sandrasegaran
Sekian, terima kasih
"Kerana sesudah kesulitan itu ada kemudahan" : Al-Insyirah Ayat {5}
"Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari penyakit sopak, gila dan kusta dan penyakit-penyakit yang buruk": Riwayat Abu Daud (1554)
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah;
Unit Peperiksaan
Kolej Komuniti Hulu Langat
Jalan Prima Saujana 2/G,
Taman Prima Saujana
43000 Kajang, Selangor
Tel: 0387370037 ext.129/130
Fax: 0387370027