Be
careful of Bihun Cap berikut: BIHUN
CAP KETUPAT BIHUN CAP LANGSAT BIHUN
CAP KETUPAT BIHUN CAP CILI BIHUN CAP
CABAI BURUNG
PERHATIAN
KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !! TERHADAP
JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK
GELUGOR, SEBERANG PRAI)!!
PULAU
PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG
BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. ( Co. No. 365216-T) yang terletak
di :-
Lot 1123, Tingkat Selamat 6 Kampung Selamat,
Tasek Gelugor Seberang Prai 13300. P.Pinang.
Kilang yang berkeluasan
4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta
orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan
jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama CAP CILI,
CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini
TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari
JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan
pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau
Pinang.
3kg bihun CAP CABAI
BURUNG

Bihun atau
laksa CAP CILI, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG

Cop
halal yang tidak pernah mendapat kelulusan
Apabila logo atau cop
halal kelihatan di bungkusan produk makanan, ia menunjukkan suatu
perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu iaitu 'Halal',
'Ditanggung Halal' atau 'Makanan Islam' atau difahami bahawa
orang-orang Islam dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan
tersebut. Logo halal yang sah dari JAKIM mempunyai
a) bintang berbucu lapan
di tengah-tengah bulatan; b) perkataan Arab – "
حلآل " di
tengah bintang; c) diikuti tulisan rumi "HALAL"; d)
bulatan logo tertulis perkataan " Malaysia " dalam
tulisan Rumi dan ماليزيا dalam
perkataan Arab; e) dua bintang kecil berbucu lima
diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab
tersebut.
Manakala logo halal
JAIN/MAIN: a) di bawah tulisan rumi "HALAL" terdapat kod
pendaftaran logo halal bagi negeri: i. huruf "H" yang
bermaksud Halal ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan
Pendaftaran Negara iii.contoh : H-10 'H' bermaksud
Halal '10' melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor
 Cop
logo halal yang benar
Oleh itu, bagaimana persoalan
ini terjadi?
Lebih memeranjatkan
lagi, terdapat pusat ternakan babi yang keluasannya lebih kurang 2
ekar yang mampu menternak beratus ekor babi dalam satu masa
bersebelahan kilang bihun tersebut dan hanya dipisahkan dengan
pagar.. Betapa dekat dan hampirnya kilang memproses bihun ini
dengan pusat ternakan babi sehingga berkongsi pagar. Pastinya
keadaan kawasan tersebut tidak dapat digambarkan dan tidak INDAH
seperti nama kilang tersebut lebih tepat lagi 'INDAH KHABAR
DARI RUPA '. Dan ini lari dari cop halal yang digunakan
kerana premis makanan bersebelahan kawasan najis. Diketahui,
pemilik Kilang Bihun Beras Indah dan pusat ternakan babi
mempunyai hubungan persaudaraan dan tidak perlu terkejut segalanya
mereka berkongsi bersama sepert! i pagar, longkang , saluran air
bumbung dan juga sistem kumbahan.
Keadaan di dalam pusat
ternakan babi yang bersebelahan kilang BIHUN BERAS INDAH Sdn Bhd,
Tasek Gelugor, Seberang Prai Utara.

Gambar pandangan dari
ladang kelapa sawit. Anak panah kiri menunjukkan kilang BIHUN
BERAS INDAH dan anak panah kanan menunjukkan pusat ternakan BABI
dan mereka juga berkongsi saluran air dari bumbung.
Difahamkan pihak kilang tersebut mendapat bekalan air
untuk memproses bihun dan laksa dengan cara menyedut air dari
bawah tanah bagi menjimatkan kos. Pernahkah anda terfikir
kesucian air yang digunakan? . Bagaimana pula dengan keadaan
bihun yang diproses dengan meggunakan air yang pastinya sedikit
sebanyak mengandungi air najis. Ini seumpama kita memakan najis
babi dan sekali lagi bertentangan dengan cop halal yang digunakan
kerana memproses menggunakan alat yang tidak bebas dari najis.
Kita sebagai pengguna beranggapan bahawa dengan memakan bihun cap
cili atau apa- apa sahaja cap, kita tidak perlu ragu-ragu! seperti
kita memakan daging yang berkemungkinan merupakan daging babi.
Malangnya tanpa kita sedari kita telah menikmati dengan enaknya
bihun perisa babi. Apakah perasaan pengguna yang telah menikmati
bihun tersebut. Betapa jijik dan kotornya perasaan para pengguna.
Selain itu, pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang
ini hanya dipisahkan dengan pagar dan mereka turut disyaki
berkongsi sistem kumbahan yang sama.
Figure 9 Paip air di
dalam gambar sebenarnya telah di kunci ketat dan saluran air yang
tersembunyi merupakan sambungan untuk sumber air bawah tanah
Bagaimana pula dengan suara hati penduduk tentang
pencemaran bau yang langsung tidak menyenangkan? Sejauh lebih 2
km bau busuk dari pusat ternakan babi tersebut boleh dihidu.
Bayangkan penerimaan dan penderitaan yang ditanggung penduduk
setempat selama ini. Kita tidak perlu terkejut sekiranya kesihatan
penduduk terjejas akibat pencemaran bau dari kandang penternakan
babi.
Selain daripada itu juga, kerana ingin mengaut
keuntungan, terdapat segelintir peniaga tempatan sering menyalah
gunakan atau mengambil kesempatan dengan membeli produk dari
kilang tersebut. Lebih memeranjatkan lagi terdapat pembeli atau
pemborong yang beragama Islam seringkali dilihat! datang ke kilang
tersebut membeli hasil keluaran mereka Adakah pembeli ini hanya
memandang ringan keadaan sekeliling atau tidak pernah tahu
kewujudan pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang
tersebut atau mereka ini tidak pernah sensitif dengan HALAL
& HARAM? Sanggup sungguh mereka mengkhianati saudara
sesama Islam mereka atau dengan kata lain betapa tidak berilmu dan
jahilnya rakyat Malaysia yang beragama Islam tersebut!!

Kelihatan pemborong yang
beragama Islam turut membeli produk keluaran Kilang Bihun Beras
Indah tersebut
Lagi penipuan yang Kilang Bihun Beras Indah
lakukan dengan meletakkan alamat pendaftaran syarikat iaitu:-
1-G-2,
Sri Pelangi, Jalan Bukom, 10150 Penang.
Bungkusan
bihun yang berbeza dengan alamat sebenar untuk tujuan mengelirukan
pihak pengguna. Sepatutnya pemilik yang ingin mendaftarkan kilang
mereka perlu meletakkan alamat kilang mereka seperti kilang
BIHUN BERAS INDAH meletakkan alamat mereka di Jalan
Tingkat 6, Kampung Selamat . Mengapa mereka ingin mengelak
dengan meletakkan alamat lain? Ini kerana Kampung Selamat memang
dikenali ramai dengan kawasan penternakan babi yang sangat besar
Jika
dilihat begini, bagaimana kilang ini berjaya mendapat
lesen?

Alamat yang tertera pada
bungkusan tidak sama dengan alamat kilang Bihun Beras Indah bagi
tujuan menutup atau mengaburi pengguna
Yang menjadi tanda
tanya, bagaimana Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. ini boleh
mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP)
memandangkan pusat ternakan babi ini telah wujud lebih dari 10
tahun dan atas alasan apa kilang Bihun Beras Indah ini dibenarkan
beroperasi? Adakah mereka telah disuap atau disogok? Ataupun
dengan kata lain rasuah di bawah meja? Tidak pelikkah anda
bagaimana mereka boleh membuka kilang tersebut dan bertahan hingga
ke hari ini? Mustahil sama sekali jikalau kita fikir dengan kepala
otak kita sendiri. Tidak logik!!!!!!
Malahan,
menurut sumber yang diperolehi, kira-kira 2 tahun lepas iaitu
dalam tahun 2005 pihak Kementerian Perdagangan da! n Hal Ehwal
Pengguna - P.Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang dan Majlis
Agama Negeri P.Pinang pernah membuat serbuan terhadap kilang bihun
Beras Indah tersebut. Malangnya sehingga kini kilang ini masih
mampu beroperasi seperti biasa. Mengapa keadaan ini terjadi?
Perlukah mereka diserang beribu kali baru boleh ditutup atau
kerajaan kita terlalu lembut dan kalah dengan sebuah kilang
bihun?!!
Penipuan seterusnya, kilang ini juga mengeluarkan
produk bihun dan laksa yang berjenama CAP CILI, CAP KETUPAT
dan CAP LANGSAT untuk dua pelanggan tetap beliau
iaitu:-


KIM LOONG
HUAT SDN. BHD. yang
beralamat No.3565, Jinjang Utara , 52000 K.L
ZAKARIA
DAN ANAK-ANAK SDN. BHD. yang
beralamat No. 22,24,26, Tingkat Perusahaan Utama
1, Taman Perindustrian Bukit Tengah , 14000 Bukit Mertajam.
Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd masih mengeluarkan
bihun di bawah nama Zakaria Dan Anak Anak Sdn Bhd, iaitu
Cap Langsat, meskipun sudah sekian lama syarikat ini tidak
lagi beroperasi.
Jika diteliti, kedua-
dua produk ini juga mempunyai tanda "halal" dalam tulisan jawi dan
rumi.
Dimanakah
kuasa yang dapat menghalang perbuatan ini!!! JAKIM ?? KPDNHEP ??
ataupun MPSB itu sendiri .
Kerajaan
wajib menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas serta
memastikan bahawa sebarang penggunaan Tanda, Logo, Cop mahu pun
perkataan rumi atau jawi yang memberi maksud Suci, Bersih, Makanan
orang Islam atau Ditanggung Halal yang tidak diluluskan oleh pihak
JAKIM wajib dikenakan tindakan mahkamah. Jika tidak dikawal dan
masih berterusan ia akan memberi kesan negatif kepada Negara
Malaysia memandangkan Negara kita merupakan Negara Islam dan
pengeluar produk HALAL di dalam dan di luar Negara.
Pandangan tepi kanan
kilang BIHUN BERAS INDAH – betapa luas dan besarnya kilang ini
Ladang kelapa sawit yang
berjiran sebelah dengan kilang BIHUN BERAS INDAH dan kandang
penternakan babi
Pandangan dari hadapan
dan papan tanda Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd
|