SALAM 1 MALAYSIA.
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Rukun Negara, UniKL dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional, Jabatan Perdana
Menteri, JPNIN Kuala Lumpur dan Pusat Keusahawanan UniKL akan menganjurkan
Pertandingan Perniagaan 1 Malaysia (PP1M) yang bertemakan “Perniagaan Asas Perpaduan Kaum”.
Butiran lanjut mengenai program ini adalah seperti berikut:-
Program : Pertandingan Perniagaan 1 Malaysia (PP1M)
Tarikh : 20 Disember-24 Disember 2012
Tempat : Kampus UniKL, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur
Masa : 5 hari
Pendaftaran : 19 Disember 2012 mulai jam 3.00 petang hingga 7.00 malam
Sehubungan itu, pihak kami mengalu-alukan penyertaan tuan/puan dan tarikh tutup penyertaan adalah sebelum15 Disember 2012