Google Groups no longer supports new Usenet posts or subscriptions. Historical content remains viewable.
Dismiss

[INDONEWS] Fw: Bagian 1 Sultan Abdul Hameed Kedua dan Kejatuhan Khilafah Islam -

3 views
Skip to first unread message

INDONews (s)

unread,
Apr 6, 2000, 3:00:00 AM4/6/00
to
----------------------------------------------------------
FREE Subscribe/UNsubscribe Indonesia Daily News Online
go to: http://www.indo-news.com/subscribe.html
- FREE - FREE - FREE - FREE - FREE - FREE -
Please Visit Our Sponsor
http://www.indo-news.com/cgi-bin/ads1
-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0
Free Email @KotakPos.com
visit: http://my.kotakpos.com/
----------------------------------------------------------

Sultan Abdul Hameed Kedua dan Kejatuhan Khilafah Islam

Muqaddimah

Sultan Abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21hb. September
1842. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1918. Nama penuh beliau adalah
Abdul Hameed Khan Kedua bin Abdul Majeed Khan. Beliau adalah anak kedua
kepada Sultan Abdul Majeed I (daripada isteri keduanya). Ibunya meninggal
dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hameed boleh berbahasa Turki,
Arab dan Farsi disamping mengetahui bahasa Perancis. Beliau telah
mempelajari beberapa buah buku kesusasteraan dan puisi. (Muzakkarat (Diari)
As-Sultan Abdul Hameed) Semasa bapanya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa
saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak kekal lama dalam
jawatan Khalifah. Dia telah dipaksa berhenti daripada jawatan khalifah dan
selepas itu dibunuh oleh musuh politik Uthmaniah. Penggantinya adalah Sultan
Murad, anak kepada Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada
jawatan dalam masa yang singkat kerana tidak layak.
Khalifah Abdul Hameed II

Sultan Abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21hb. September
1842. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1918. Nama penuh beliau adalah
Abdul Hameed Khan Kedua bin Abdul Majeed Khan. Beliau adalah anak kedua
kepada Sultan Abdul Majeed I (daripada isteri keduanya). Ibunya meninggal
dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hameed boleh berbahasa Turki,
Arab dan Farsi disamping mengetahui bahasa Perancis. Beliau telah
mempelajari beberapa buah buku kesusasteraan dan puisi. (Muzakkarat (Diari)
As-Sultan Abdul Hameed) Semasa bapanya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa
saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak kekal lama dalam
jawatan Khalifah. Dia telah dipaksa berhenti daripada jawatan khalifah dan
selepas itu dibunuh oleh musuh politik Uthmaniah. Penggantinya adalah Sultan
Murad, anak kepada Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada
jawatan dalam masa yang singkat kerana tidak layak.

Pada 31hb. Ogos 1293Hijriyah (1876) , Sultan Abdul Hameed dilantik menjadi
Khalifah menggantikan abangnya, Murad V. Ummat memberikan baiah dan ketaatan
kepadanya. Pada masa itu, dia berumur 34 tahun. Dari tahun 1877 hinggalah ke
tahun akhir beliau memerintah iaitu 1909, beliau menetap di Istana Yildiz.
Abdul Hameed menyedari, seperti beliau jelaskan dalam dairinya, tentang
pembunuhan bapa saudaranya, dan pertukaran kepimpinan yang kerap adalah
disebabkan adanya komplot menentang Daulah Islamiah (Negara Islam).

Para sejarawan gemar mengkaji dengan amat mendalam tentang perwatakan Abdul
Hameed. Dia telah diberikan jawatan kepimpinan sebuah negara besar yang
berada dalam keadaan tegang dan genting. Dia telah menghabiskan masa lebih
daripada tiga puluh tahun yang penuh dengan komplot dalaman dan luaran,
peperangan, revolusi, peristiwa-peristiwa dan perubahan-perubahan yang
berterusan. Abdul Hameed meluahkan perasaannya dalam hasil karya dan
sajaknya. Di sini dipaparkan contoh sajak tulisannya yang telah diambil
daripada buku "Ayahku Abdul Hameed", hasil karya anak perempuannya, Aishah.

Terjemahan sajaknya,
"Ya Tuhanku aku mengetahui Engkau Yang Maha Esa (Al Aziz) dan tiada lain
melainkan Engkau Yang Maha Esa,
Engkaulah Yang Mana Esa dan tiada yang lain
Ya Tuhanku pimpinlah aku dalam masa kepayahan ini
Ya Tuhanku jadilah penolongku dalam masa yang genting ini".

Pelbagai cabaran yang dihadapinya

Masalah pertama yang Abdul Hameed hadapi adalah Midhat Pasha (1822-1885).
Terdapat dakwaan bahawa Midhat adalah dari kaum Yahudi Dunnama, sama seperti
Mustafa Kamal. Midhat Pasha telah terlibat secara rahsia dalam penyingkiran
bapa saudaranya, Abdul Aziz. Tidak lama selepas dilantik sebagai Khalifah,
Abdul Hameed diberi kuasa, dia telah melantik Midhat Pasha sebagai Ketua
Majlis Menteri kerana Midhat Pasha amat terkenal pada masa itu. Abdul Hameed
perlukan jaminan untuk kekal berkuasa. Midhat Pasha adalah gabenor yang
cekap tetapi keras kepala orangnya. Midhat juga merupakan seorang Dunama
anggota Freemason (Inthilaq, Mei 1994)

Sultan Abdul Aziz telah menjadi Khalifah dalam tahun 1861 dan disingkirkan
dalam tahun 1876. Empat hari selepas beliau disingkirkan, beliau telah
meninggal dunia. Para sejarawan merasa pasti bahawa beliau mati syahid
disebabkan angkara golongan 'Turki Muda' yang telah berkumpul sebelum itu
untuk membunuhnya dan kemudian membohongi rakyat dengan mengatakan beliau
telah membunuh dirinya. Ketika pemerintahan Abdul Aziz, banyak kemajuan
telah dicapai. Pasukan tentera Khilafah Usmaniyah membuat persiapan dengan
segera untuk menjadi pasukan yang ketiga terkuat di dunia pada masa itu dan
kekuatan tentera darat diperkuatkan hingga mencapai 700,000 orang tentera.
Tentera Khilafah Usmaniyah menyusun kemunculan persenjataan askar dengan
membina banyak sekolah yang penting contohnya sekolah yang mempersiapkan
untuk peperangan ofensif dan defensif dan juga sekolah tentera (di peringkat
menengah).

Sultan Abdul Aziz juga telah melawat Mesir, Perancis, Britain dan Prussia.
Tujuan kunjungan ke Eropah ialah untuk mempengaruhi Perancis supaya berpihak
kepada Daulah Usmaniyah dan supaya Perancis tidak berpihak kepada Rusia dan
juga bertujuan untuk menghimpunkan negara-negara Eropah untuk menentang
Rusia. Pada zamannya juga terbit 'majalah al-ahkam al-adaliyah" yang
dikelolakan oleh Ahmad Jaudat Pasha dan juga dibukanya Terusan Suez.
(Sahwatu Al-Rajulal Marredh Au Al-Sultan Abdul Hameed (Kebangkitan Orang
Sakit) oleh Dr. Mouaffaq Bany Al-Marjeh)

Tidak lama kemudian, Britain mengusulkan diadakan persidangan di Istanbul
yang dihadiri oleh para duta kuasa-kuasa besar dengan tujuan untuk
mewujudkan 'perdamaian' di rantau Balkan dengan memperkenalkan beberapa
cadangan baru . Persidangan itu telah memaksa Khilafah Uthmaniyah untuk
melaksanakan beberapa reformasi. Maka, Midhat Pasha telah menjalankan
reformasi-reformasi domestik tersebut. Beliau mewujudkan sebuah jawatankuasa
yang terdiri daripada 16 orang pegawai awam, 10 orang ulamak dan 2 orang
pegawai tentera berpangkat tinggi. Beliau mempertanggungjawabkan kepada
jawatankuasa itu tugas untuk merangka perlembagaan negara. Setelah
mengharungi pelbagai masalah, jawatankuasa itu akhirnya meluluskan draf
perlembagaan yang mendapat inspirasi dari perlembagaan negara Belgium. Ia
dikuatkuasakan di bawah tajuk Qanun Assas (iaitu Undang-undang asas) pada 23
Disember. Maka, ia menjadi perlembagaan rasmi negara iaitu perlembagaan
negara Belgium dan dengan memberi pertimbangan terhadap beberapa aspek
Islam, ia menjadi perlembagaan negara Islam.

Pengisytiharan perintah khas diraja mengenai Qanun Asasi itu dilakukan dalam
tahun 1876. Suatu perhimpunan diadakan pada petang hari pengisytiharan itu
di kediaman Midhat Pasha bukan untuk membincangkan tentang urusan negara
tetapi untuk berpesta minum arak dan mereka yang menghadiri pesta itu
membuat bising akibat mabuk. Midhat Pasha juga dalam kemabukan dan beliau
memang dikenali sejak zaman mudanya lagi sudah lazim minum arak.(halaman 58,
Sahwatu Al-Rajulal Marredh Au Al-Sultan Abdul Hameed (Kebangkitan Orang
Sakit) oleh Dr. Mouaffaq Bany Al-Marjeh)

Oleh kerana perlembagaan itu dikira sebagai sistem demokrasi iaitu
undang-undang kufur dan sebagai sistem demokrasi yang bercanggah dengan
Islam dan oleh kerana undang-undang itu sendiri bertentangan dengan Islam,
jika ia dilaksanakan, pelaksanaannya bermakna penghapusan sistem Khilafah
dan bererti mewujudkan sebuah negara yang serupa dengan negara Eropah lain
seperti Belgium yang mempunyai perlembagaan yang menjadi sumber
perlembagaan. Maka, perlembagaan itu tidak dilaksanakan dan Abdul Hameed,
para ulamak serta tokoh-tokoh Islam yang lain menentangnya. Khilafah mula
mengelak dari melaksanakan perlembagaan itu dan mengelak dari memenuhi
desakan kuasa-kuasa besar. (Kaifa Hudimat Khilafah, Abdul Qadim Zallum)

Midhat telah disokong oleh golongan yang berpengaruh dalam Majlis Syura.
Dengan bantuan golongan ini, dia telah berjaya meluluskan resolusi untuk
berperang menentang Russia. Abdul Hameed tidak dapat menghalang mereka.
Sekiranya dia cuba menentang mereka, dia mungkin akan disingkirkan tetapi
mereka masih mahu menyalahkan Abdul Hameed terhadap semua kekalahan
disebabkan daripada peperangan tersebut yang tidak dirancang dengan baik.
Abdul Hameed tidak menginginkan peperangan pada masa tersebut. Daulah
Islamiah sangat tenat untuk terlibat dalam peperangan. Abdul Hameed juga
dapat mengesan tipu helah dan permusuhan Britain. Beliau juga mendapati
bahawa Britain telah menghubungi pegawai-pegawai Khilafah. Midhat Pasha
sering berurusan dengan Britain dan beliau adalah orang yang mendalangi
dasar untuk bergantung kepada negara-negara Barat.
Konsul British di Beirut menghantar telegram ke London pada 28 Julai 1880
mengatakan,
"Risalah-risalah pemberontakan telah tersebar, Midhat Pasha didakwa menjadi
puncanya, sementara itu keadaan masih tenang, laporan terperinci akan
diposkan".

Kuasa-kuasa besar khasnya Britain berusaha gigih untuk menghancurkan
Khilafah dan mereka berusaha untuk mempastikan pelaksanaan perlembagaan
sekular yang didrafkan oleh Midhat Pasha. (Kaifa Hudimat Khilafah, Abdul
Qadim Zallum) .Abdul Hameed menggunakan pertelingkahan di antaranya dengan
Midhat Pasha untuk mengurangkan populariti Midhat Pasha. Akhirnya dia
berjaya melepaskan dirinya daripada belenggu Midhat. Midhat dibicarakan di
sebuah taman dalam Istana Yildiz dalam tahun 1881. Beliau telah didakwah
kerana mengatur pembunuhan Sulan Abdul Aziz. Ibu Sultan Abdul Aziz turut
menjadi saksi dalam perbicaraan itu. Akhirnya, Midhat didapati bersalah dan
dipecat dalam bulan Februari 1877. Midhat telah dibuang negeri ke Eropah.
Ada sumber yang mengatakan beliau dibuang negeri ke Taif, di selatan Makkah.
Rakyat dan ahli politik menyambut baik langkah itu.

Seterusnya Abdul Hamid mengalihkan perhatian terhadap musuh luar negara
Daulah Islam Uthmaniah. Melalui kebijaksanaannya, dia telah mampu meramalkan
bahawa revolusi komunis akan berlaku di Rusia dan ia akan membuatkan Rusia
lebih kuat dan lebih merbahaya. Pada masa itu rantau Balkan yang merupakan
sebahagian daripada Daulah Islam Uthmaniah sedang berhadapan dengan dua
bahaya iaitu Rusia dan Austria. Abdul Hameed cuba untuk membangkitkan
penduduk rantau Balkan dan menyedarkan mereka tentang bahaya yang bakal
dihadapi. Dia hampir berjaya membuat perjanjian dengan negeri-negeri Balkan
tetapi bila perjanjian mencapai peringkat akhir, empat buah negeri Balkan
mengambil keputusan yang berasingan dan mengenepikan Daulah Islam Uthmaniah.
Perubahan ini adalah disebabkan pengaruh Barat dan Russia . Dengan bantuan
kewangan Barat, dalam tahun 1878 rantau Balkan mendapat 'kemerdekaan'
(Daulah Islamiyah, Taqiyuddin an-Nabahani).

Abdul Hameed menyedari bahawa komplot untuk memusnahkan Negara Islam
Uthmaniah lebih besar daripada yang disangkakan. Ia melibatkan usaha dari
dalam dan dari luar Negara Islam. Pada sangkaannya beliau berjaya
menghapuskan sepenuhnya ancaman dari dalam selepas menyingkirkan Midhat
Pasha dan orang-orangnya tetapi dia berhadapan pula dengan Awni Pasha, Ketua
Majlis Para Menteri (Alsadr Alazam ) dan juga salah seorang Ketua Tentera.
Kemudian Abdul Hameed mendapati bahawa Awni Pasha mengambil wang dan hadiah
daripada Britain dan terlibat dalam penyingkiran Abdul Aziz (bapa saudara
Abdul Hameed) telah didedahkan kepada Abdul Hameed.

Awni Pasha cuba mengheret Daulah Islam Uthmaniah ke dalam kancah perang
Bosnia tanpa persetujuan Abdul Hameed. Abdul Hameed mengetahui jika
peperangan berlaku, Rusia, England, Austria, Hungari, Serbia Montenegro,
Itali dan Perancis akan menyerang kerajaan Uthmaniah secara serentak dan
memastikan Bosnia dirampas.

Awni Pasha telah memberi maklumat yang salah kepada Abdul Hameed mengenai
saiz tentera Uthmaniah di Bosnia. Dia mendakwa bahawa terdapat 200,000 orang
askar yang bersiap sedia tetapi apabila Abdul Hameed meminta penjelasan
daripada Jeneral yang lain dan mendapati hanya ada 30,000 orang askar, untuk
menghadapi lebih 300,000 orang askar musuh. Pada masa itu, rakyat menyukai
Awni dan Abdul Hmeed tidak boleh menyingkirkannya daripada jawatan kerana
itu akan membahayakan kestabilan dalaman Daulah Islamiah.

Kuasa-kuasa Barat, menyedari bahawa mereka mempunyai kekuatan yang melebihi
Khilafah Uthmaniah dengan sokongan daripada empat buah negara Balkan
(Romania, Serbia, Montenegro,Austria-Hungari). Akibatnya, Bosnia dan Greek
terlepas dan terpisah daripada Daulah Islam Uthmaniah.

Abdul Hameed mendedahkan kesalahan Awni Pasha dan menyingkirkannya. Ummah
menerima langkah ini. Mahkamah mendapati bahawa Awni bersalah terhadap
dakwaan-dakwaan di dalam komplot menentang Daulah Islam Uthmaniah dan
membantu kuasa luar seperti England.

Perancangan Jahat Yahudi untuk Menghancurkan Khilafah

Kejatuhan Orang Sakit Eropah (Daulah Islam Uthmaniah) tidak dapat dielakkan.
(Gelaran 'Orang Sakit Eropah' telah diberikan oleh pemerintah Rusia, Tsar
Nicholas 1 dalam tahun 1833) Semua pihak mahukan sebahagian daripadanya dan
tidak ketinggalan juga Yahudi. Orang-orang Yahudi yang menjadi warga Daulah
Islamiah adalah pelarian daripada negara-negara Eropah seperti Sepanyol dan
Portugal selepas pemerintah Islam di Andalus dikalahkan oleh tentera
Kristian dan seterusnya berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap
orang-orang Islam dan Yahudi. Di bawah undang-undang yang kejam yang
dilaksanakan oleh raja-raja kristian di Sepanyol, lebih dari 4,000 orang
Yahudi telah dibunuh di bandar Seville sahaja dalam bulan Jun 1391. Dalam
bulan April 1482, orang-orang Yahudi dikenakan perintah berkurung di
penempatan mereka dan tidak dibenarkan sama sekali tinggal di luar. Pada
bulan Mac 1492, suatu perintah dikeluarkan yang mengarahkan orang-orang
Yahudi di Sepanyol sehingga 31 Julai untuk menerima agama kristian atau
diusir keluar dari Sepanyol. Dianggarkan 50,000 Yahudi memeluk kristian
dalam keadaan dipaksa akibat perintah itu dan antara 165,000 dan 400,000
Yahudi dipaksa meninggalkan Sepanyol tanpa dibenarkan membawa barang-barang
kepunyaan mereka.

Yahudi melarikan diri ke Daulah Islamiah. Mereka menyadari bahawa Daulah
Islamiah melaksanakan undang-undang Allah SWT, menjamin perlindungan,
keamanan dan kemakmuran ke atas mereka . Umat Islam menyambut kedatangan
mereka dan membantu mereka menetap dalam Daulah Islamiah serta mengambil
berat terhadap mereka. Layanan ke atas Yahudi oleh Daulah Islamiah menarik
minat Yahudi dari seluruh Eropah barat untuk berhijrah. Seorang sejarawan
mengatakan,"Dalam tempoh masa yang pendek, ketika kekejaman pasukan salib
(kristian) mencapai kemuncaknya, sebuah dunia baru yang gemilang telah
terbuka kepada mereka di bawah sinaran perak bulan sabit (Daulah Islamiah)
yang berkilauan." Sejumlah masyarakat Yahudi yang besar di Istanbul, bekas
ibukota Khilafah Uthmaniyah menjadi saksi kepada penghijrahan secara
besar-besaran yang berlaku dalam Khilafah malah Khalifah pada ketika itu
menggambarkan kekejaman orang-orang Sepanyol sebagai tindakan "bodoh" dan
sebagai " memperkayakan wilayahku". (Political Views On Palestine, Abu
Ghazi) Malangnya, mereka telah mengkhianati perlindungan yang diberikan oleh
Khilafah.

Israel sebagai 'tanah air' bangsa Yahudi dengan lambang 'David Star' berdiri
secara rasmi pada 1948 dengan sokongan PBB sepenuhnya. Tetapi secara tidak
rasmi, mereka sudah merencanakan untuk mendapatkannya kembali selepas tanah
Palestin dimiliki umat Islam sejurus penaklukannya pada zaman Umar ibn
al-Khattab pada 13 Hijrah. Ia dikuasai bangsa Eropah selama tujuh abad
bermula dari 63 Masehi (Ibn Katsir, Al-Bidayah wa an-Nihayah, jld 12).

Ada tiga tempat pilihan bagi Yahudi Eropah untuk dijadikan tanah air tempat
berdiri negara mereka yang dijanjikan Eropah sebagai kuasa dunia ketika itu
iaitu Palestin, Uganda di Afrika dan Surinam di Amerika Latin. Dengan
pelbagai pertimbangan di antaranya tanah asal mereka, akhirnya mereka
memilih Palestin.

Mengenai percubaan hijrah bangsa Yahudi ke Palestin atau Sina dari Eropah,
sudah banyak dicatat sejarah Islam bermula dengan larangan penghijrahan
berkenaan oleh Khalifah Salim al-Awwal dari Khilafah Othmaniah pada 1517
Masehi. Ia diikuti anaknya Sulaiman pada 1566. Sultan Abdul Hameed
mengetahui perancangan jahat Yahudi. Ketika Yahudi Russia mahu berhijrah ke
Palestin dalam tahun 1882, Persatuan Rakan-rakan Zion membuat permohonan
kepada majlis Uthmani di Rusia untuk menetap di Palestin. Ia dihalang oleh
Sultan Abdul Hamid II bahkan beliau mengisytiharkan larangannya secara umum
pada 28 April tahun itu juga dengan mengatakan: "Dengan ini Khilafah
Uthmaniyah mengisytiharkan kepada semua Yahudi yang berniat untuk berhijrah
ke Turki bahawa mereka tidak akan dibenarkan tinggal di Palestin. " Larangan
ini dibantah oleh Duta Besar Amerika ke Othmaniah bahkan beliau meminta
dibatalkan. Yahudi semakin marah dan mereka mula menghantar beberapa
delegasi untuk menemui Abdul Hameed tetapi setiap delegasi pulang dengan
tangan kosong malah setiap delegasi diberi tamparan lebih hebat jika
dibandingkan dengan delegasi sebelumnya.

Pada tahun 1895/6, sebuah buku bertajuk Der Judenstaat (Negara Yahudi)
karangan Dr Theodore Hertzl (1869-1904) , seorang Zionis dari Hungary,
diterbitkan demi memadamkan api anti-Yahudi di Eropah.Dalam buku itu beliau
berhujjah bahawa orang-orang Yahudi mesti mempunyai negara sendiri yang
menerima kedatangan semua Yahudi dari negara-negara yang menolak atau
menindas mereka. Yahudi mengadakan persidangan pertama di Switzerland pada
29-31 Ogos 1897 demi meletakkan batu asas penubuhan negara Yahudi di
Palestin. Persidangan itu berjaya diadakan hasil penat lelah Herzl dan
Weizmann dan dihadiri oleh 204 para jemputan. Dalam persidangan itu mereka
memutuskan untuk menubuhkan Israel di Palestin. (Rujuk, sebagai contoh, Dr
Jamal A Hadi, At-Tariq ila Bait al-Maqdis, II/17-21. Buku ini mengandungi
tiga jilid dan cetakan pertamanya pada 1987. Ia adalah buku sejarah umat
Islam dan penulisnya adalah profesor sejarah di Institusi Pengajian Tinggi
di Mesir). (a)
(b) (c)
(a) Theodore Hertzl : Pelopor Gerakan Yahudi (b) Buku yang ditulis
olehnya (c) makamnya

Selepas persidangan itu, pergerakan Yahudi menjadi semakin aktif dan ini
menyebabkan Sultan Abdul Hameed mengeluarkan pengisytiharannya yang
termasyhur dalam tahun 1900 untuk tidak membenarkan orang-orang Yahudi yang
datang ke Palestin untuk tinggal lebih dari 3 bulan.

Pada tahun 1901 pemilik Bank Yahudi, Mizray Qrasow dan dua orang pemimpin
berpengaruh Yahudi yang lain datang menemui Abdul Hameed. Mereka menawarkan
kepadanya untuk:-

(1) Membayar kesemua hutang Daulah Islam Uthmaniah yang berjumlah 23 juta
pound emas Britain.
(2) Membangunkan angkatan laut Daulah Islam Uthmaniah untuk melindungi
Khilafah yang menelan belanja 230 juta Franc emas.
(3) 35 juta lira emas tanpa faedah untuk membantu kemakmuran Daulah Islam
Uthmaniah.
(4) Membina sebuah universiti Uthmaniyah di tanah suci.

Sebagai tukarannya:
(1) Membenarkan Yahudi melawat Palestin bila-bila masa mereka suka dan
boleh menetap selama mana mereka mahu "untuk melawat tempat-tempat suci"

(2) Membenarkan Yahudi untuk membina penempatan-penempatan di mana mereka
tinggal dan mereka mahu di tempatkan berhampiran Al-Quds (Jerusalem).

Abdul Hameed enggan menerima tawaran itu dan enggan berjumpa dengan mereka.
Dia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha dan jawapannya
adalah:-

"Katakan kepada Yahudi biadap itu, hutang negara Uthmaniah bukan sesuatu
yang memalukan. Perancis menpunyai hutang dan itu tidak menjejaskannya.
Al-Quds (Jerusalem) menjadi sebahagian daripada tanah Islam semasa Umar bin
Al-Khattab menakluk bandar itu dan aku tidak akan mencatat sejarah yang
memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan mengkhianati
tanggungjawab dan kepercayaan rakyat. Yahudi boleh simpan wang mereka.
Pemerintah Othmaniah tidak akan berlindung di dalam istana yang dibuat
dengan wang musuh-musuh Islam." Dia juga menberitahu mereka supaya pergi dan
jangan datang semula untuk berjumpa dengannya. Askar-askar Yahudi menawan
al-Quds dalam peperangan tahun 1967

Pada tahun 1901 juga, Abdul Hameed mengeluarkan perintah melarang sebarang
tanah di Palestin dijual kepada Yahudi. Tindakan Abdul Hameed ini menepati
sabda Rasulullah SAW: "Imam adalah perisai (pelindung) yang dibelakangnya
kamu berperang dan mendapat perlindungan."
Sultan juga malah memperketatkan peraturan "Paspot Merah" yang
mempersulitkan kewujudan pendatang-pendatang Yahudi di Palestin. (Majalah
Inthilaq, 1994)

Yahudi tidak berputus asa dengan Abdul Hameed, dalam tahun yang sama, iaitu
1902, pengasas pergerakan Zionis, Theodor Hertzl, mengetuai delegasi untuk
mengunjungi Istanbul dan cuba untuk menemui Abdul Hameed. Dr Hertzl meminta
Sultan Abdul Hameed menyerahkan Palestin kepada Yahudi dan sebagai mengenang
jasanya, Yahudi akan memberinya 150 juta pound sterling. Ini adalah cubaan
keduanya untuk mempengaruhi Abdul Hameed selepas cubaannya yang pertama
dalam tahun 1896 menemui kegagalan. Abdul Hameed enggan untuk berjumpa
dengannya. Maka mereka menemui Ketua Majlis Menteri, Tahsin Pasha dan
mengemukakan cadangan mereka. Abdul Hameed menyuarakan ketegasannya melalui
Ketua Majlis Menteri; " Nasihatkan Dr. Hertzil supaya jangan meneruskan
rancangannya. Aku tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini kerana
ianya bukan milikku, ianya hak ummat Islam, Umat Islam telah berjihad demi
kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka.
Yahudi boleh simpan wang dan harta mereka. Jika Daulah Khilafah Islamiah
dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa
membayar harganya. Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusuk
pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan
daripada Daulah Islamiah. Ianya adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku
tidak akan memulakan pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup" .

Theodore telah melakukan enam kunjungan ke Istanbul dalam usahanya untuk
membeli Palestin tetapi semuanya menemui kegagalan. Jawapan Khalifah Abdul
Hamid dalam bentuk telegram kepada Theodore Hertzl (daripada Kongres Zionis
Kedua) pernah diterbitkan oleh Hertzl dalam akhbarnya 'Die Welt'. Beberapa
perubahan dalam telegram itu dilakukan oleh editor akhbar tersebut sebelum
ia diterbitkan. (http://www.abebooks.com/home/stillmanbooks/home.htm)

Dengan penyertaan Yahudi dan Zionis dalam konflik itu maka barisan musuh
semakin kuat. Hari- hari terakhir negara Uthmaniah telah hampir bermula.
Wang Yahudi adalah satu aset yang penting untuk membiayai penghapusan Daulah
Islam Uthmaniah bagi menubuhkan negara Zionis di Palestin iaitu negara yang
sangat dikehendaki oleh Yahudi, walau apa jua pun risiko yang akan mereka
hadapi.

Tambahan
(Sedangkan zionisme politik bermula dari kedatangan orang-orang
Yahudi-Arkenazim pada tengah abad ke-19. Selanjutnyua pada tahun 1881
berdiri gerakan Chovevei Zion (Pencinta Zion). Gerakan ini melakukan
pemindahan orang-orang Yahudi Arkenazim ke Palestina, terutama pada tahun
1882-1884 dan 1890-1891. Upaya pemindahan Yahudi ke Palestina juga dibiayai
oleh seorang pengusaha besar Baron de Rothschild.

Sementara itu, terdapat seorang yang bernama Theodor Hertzl yang memunculkan
isu Zionisme ke permukaan melalui bukunya "Der Judenstaat" pada tahun 1896.
Sejak saat itu ia berusaha mewujudkan impiannya. Ia pun membentuk Die Welt,
akhbar Zionis untuk mendukung usaha-usahanya.

Pada 29-31 Agustus 1897, dilaksanakan Kongres Zionis pertama di Basle,
Swiss. Dalam pertemuan ini hadir sekitar 197 delegasi yang terdiri dari kaum
ortodoks, nasionalis, liberalis, atheis, kulturalis, sosialis, kapitalis.
Mereka menghasilkan "Protokol Basle" yang merupakan tujuan-tujuan gerakan
tersebut.

Selanjutnya, gerakan-gerakan Zionis disatukan di bawah bendera Pertubuhan
Zionis. Mereka membentuk Jewish Colonial Trust, sebuah bank yang merupakan
instrumen finansial bagi organisasi zionis. Tahun 1902 dibentuk perusahaan
bagian dari Jewish Colonial Trust, yaitu Anglo-Palestine Company. Institusi
lainnya ialah Jewish National Fund, yang dicetuskan oleh Hermann Schapira
pada kongres pertama dan disetujui pada kongres keempat di London tahun
1900.)

Selain strategi secara langsung menemui Khalifah Abdul Hamid dalam usaha
untuk merampas Palestin, kaum Yahudi juga melancarkan strategi melalui
gerakan Freemason. Gerakan ini mempunyai hubungan yang kuat dengan
perkembangan pertubuhan "Ittihat we Terrakki " (IWT) (al-Ittihad wa
al-Tarraqqi: Persatuan dan Kemajuan) yang berkembang amat pesat di Salonika
Turki. Anggota-anggota jawatankuasa pertubuhan IWT itu dikenali dengan Turki
Muda (Young Turks) yang berdampingan rapat dengan tentera dan banyak
anggotanya yang merupakan orang Yahudi dan Cypto Yahudi Salonika. Untuk
menjalankan aktiviti pertubuhan itu, mereka mendapatkan sokongan kewangan
dari orang-orang Dunama iaitu sekelompok Yahudi yang memeluk Islam tetapi
secara sembunyi tetap mempertahankan keYahudiannya (Amini, 1978, h. 125)
(Inthilaq, 1994). Para anggota persatuan itu juga menekan Khalifah supaya
mengembalikan perlembagaan 1879 yang dirancang oleh Midhat Pasha seorang
Dunama anggota Freemason. Mereka berjaya melakukan demikian hingga
perlembagaan itu dikembalikan semula oleh Khalifah Abdul Hamid dan parlimen
yang dibubarkan diwujudkan semula.

Peranan Negara-negara Barat Dalam Menghancurkan Khilafah

Yahudi juga meminta bantuan Britain untuk menjadikan impian mereka suatu
kenyataan. Setelah Abdul Hamid II digulingkan pada 13 Mac 1909 maka
perjalanan memudahkan penubuhan negara Yahudi di Palestin bermula apatah
lagi dengan adanya revolusi Arab yang menentang Othmaniah pada 10 Jun 1916.
Pada 2 November 1917 Arthur J Balfour, Menteri Luar Britain dengan
persetujuan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Wilson menjanjikan kepada
bangsa Yahudi tanah Palestin sebagai negara mereka kelak. Pada tahun 1917
itu juga, Britain berperang dengan Khilafah Uthmaniyah untuk merampas
wilayah Gaza di Palestin.

Janji Balfor di atas selari dengan kenyataan pemimpin komunis Rusia, Lenin,
sebulan sebelumnya (minggu pertama Oktober) iaitu ketika dia berhasil
meruntuhkan (pemerintah) kekaisaran Russia ketika dia berkata: "Wahai
Yahudi, sesungguhnya kemenangan kita sudah semakin hampir. Pada hari ini
kita telah memegang kekuasaan dunia dengan menguasai Russia. Sebelum ini,
Russia adalah tuan kami dan sekarang mereka menjadi hamba kami." (Dr
Abdullah Azzam, Hamas, 14). Maka bermulalah penghijrahan Yahudi ke Palestin
dengan pelbagai kemudahan yang disediakan Eropah, Russia dan Amerika.

Britain dan Perancis sejak lama lagi mahu menghancurkan Daulah Islam
Uthmaniah, tetapi istilah 'Jihad' masih lagi cukup bertenaga untuk
membuatkan seluruh Eropah menggeletar. Eropah masih gerun terhadap 'Orang
Sakit Eropah' (Daulah Islam Uthmaniah). Contohnya, Perancis pernah merancang
mengadakan pementasan drama teater yang diambil dari hasil karya Voltaire
(seorang pemikir Eropah) yang menghina Rasulullah SAW. Drama itu bertajuk
"Muhammad atau Kefanatikan" dan disamping mencaci Rasulullah SAW, ia juga
menghina Zaid dan Zainab. Sebaik sahaja mengetahui berita pementasan itu,
Abdul Hamid memberi amaran kepada pemerintah Perancis melalui dutanya di
Paris supaya memberhentikan pementasan drama itu dan mengingatkan akan kesan
politik yang bakal dihadapi oleh Perancis jika ia meneruskan pementasan itu.
Perancis dengan serta merta membatalkannya. Kumpulan teater itu datang ke
England untuk merancang melakukan pementasan yang serupa dan sekali lagi
Abdul Hamid memberi amaran kepada England. England menolak amaran itu dengan
alasan tiket-tiket telah pun dijual dan pembatalan drama itu adalah
bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) rakyatnya. Perwakilan
Uthmaniyah di England mengatakan kepada England bahawa walau pun Perancis
mengamalkan 'kebebasan' tetapi mereka telah mengharamkan pementasan drama
itu. England juga menegaskan bahawa kebebasan yang dinikmati oleh rakyatnya
adalah jauh lebih baik dari apa yang dinikmati oleh Perancis. Setelah
mendengar jawapan itu, Abdul Hamid sekali lagi memberi amaran:
" Saya akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengisytiharkan
bahawa England sedang menyerang dan menghina Rasulullah kami! Saya akan
isytiharkan Jihad al-Akbar (Jihad yang besar)."
Britain dengan serta merta melupakan dakwaannya mengamalkan "kebebasan
bersuara" (freedom of speech) dan pementasan drama itu dibatalkan. Walau pun
Khilafah Usmaniyah berada dalam keadaan tenat namun ia masih lagi dihormati
di arena antarabangsa dan perkataan "jihad" menggerunkan kuasa-kuasa besar
Barat. Abdul Hamid masih mampu campurtangan untuk melindungi kepentingan
umat Islam dalam urusan global. (Buletin Khilafah, Edisi 15, 23 Jun 1989,
England & Ar-Raya, Jilid 3, Isu 4, Zul Qada'a April 1994). Kehebatan Abdul
Hamid diakui sendiri oleh pemerintah Eropah seperti Kaiser Wilhelm II (Raja
Jerman) yang mengatakan:
" Beta telah menemui ramai raja dan pemerintah sepanjang kehidupan beta dan
beta mendapati mereka semua lemah jika dibandingkan dengan beta atau yang
paling kuat sekali pun adalah setanding dengan beta tetapi bila berhadapan
dengan Abdul Hamid, beta merasa gerun."
Kaiser Wilhelm II pernah mengunjungi Abdul Hameed dalam tahun 1898.
Seorang penulis Amerika, Anna Bowman Dodds, menggambarkan bahawa suasana
pertemuan di istana sultan mempunyai 'peculiarly electric quality'
disebabkan daya tarikan (magnetism) Sultan yang berpakaian ringkas dan
berjambang hitam. (h. 316, Constantinople)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Didistribusikan tgl. 6 Apr 2000 jam 16:27:38 GMT+1
oleh: Indonesia Daily News Online <Indo...@indo-news.com>
http://www.Indo-News.com/
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

0 new messages