Google Groups no longer supports new Usenet posts or subscriptions. Historical content remains viewable.
Dismiss

Qur'an says: useless to giving very much evidence about the truth, include muhammad split moon (that proofing is true by sains today) to non moslem (kafirin), and they still non moslem (kafirin) because they close their eyes, hart and ears from the truth

0 views
Skip to first unread message

Adrian Dharma Wijaya (Adri)

unread,
Jul 5, 2009, 5:17:49 AM7/5/09
to
Qur'an says: useless to giving very much evidence about the truth, include
muhammad split moon (that proofing is true by sains today) to non moslem
(kafirin), and they still non moslem (kafirin) because they close their
eyes, hart and ears from the truth

--

Donasi:
https://www.paypal.com/cgi-bin/webscr?cmd=_donations&business=YK7RBVQGANZAS&lc=GB&currency_code=USD&bn=PP%2dDonationsBF%3abtn_donateCC_LG_global%2egif%3aNonHosted
- Yahoo Messenger ID : adrian...@yahoo.com (i usualy in front of my
computer every day at 17:00 - 21:00 (indonesian times); GMT + 7:00, and my
computer usualy 24/7 connect to internet
- website address : http://www.adriandw.com (about christian, jew and
islam; history, knowledge, teaching and practice on life)
- e - mail address : adri...@centrin.net.id
- Cellphone/Mobile/Hand Phone : +62 816 705 818 (video call acceptable/3G
acceptable)
- World Church baptized me Saint John in 1985
- World Church and World Synagogue acknowledged me as Messiah

Adrian Dharma Wijaya (Adri)

unread,
Jul 5, 2009, 6:00:50 AM7/5/09
to
Qur'an says: useless to giving very much evidence about the truth, include
muhammad split moon (that proofing is true by science today) to non moslem

remnant

unread,
Jul 6, 2009, 3:04:55 AM7/6/09
to
Perlukah Al-Masih Isa Mengharungi PenyalibanNya?

Tajuk ini lebih daripada yang lain, telah menimbulkan kontroversi di
kalangan penganut-penganut Islam.Walaupun di dalam Al-quran terdapat
pernyataan tentang kewafatan al-Masih 'Isa sebelum keberangkatan-Nya ke
Syurga, namun golongan ulama' Islam tidak bersetuju di atas penterjemahan
perkataan "inni mutawaffeeka" (bermaksud-mewafatkanmu) yang terdapat di
dalam Surah Al-Imran 55. Sesetengahnya berkata bahawa perkataan ini tidak
menunjukkan "kewafatan", sementara itu yang lain juga menegaskan bahawa
al-Masih 'Isa sebenarnya tidak wafat. Dan kebanyakkan ayat-ayat ini yang
telah digambarkan dalam pembelajaran di sekolah-sekolah agama Muslim dan
juga dalam terjemahan ulama' seperti Al-Tabari dan Al-Zamakshasri dan
lain-lainnya lagi.

Sesetengahnya berkata bahawa perkataan ini membawa makna:

1) Tidur...Al-Munthana mengaitkan "saya telah diberitahu oleh Ishaq (yang
dilaporkan kepadanya oleh Abd. Allah Ibn Jaafar dan Al-Rabia) bahawa "Inni
mutawaffeeka" memberi makna wafat di dalam tidur, dan Tuhan membangunkan Dia
daripada tidurnya.

2) Mengenapi atau menglengkapkan...-oleh Ali Ibn Shuhail, Domra Ibn Rabia,
Ibn Shuthab, dan Matar Al-Waraq, yang mengatakan bahawa ia bermakna "Aku,
Tuhan mengangkat engkau daripada dunia, tetapi tidak dengan kewafatan."

3) Mengenggam atau "memiliki"-oleh Yunis yang berkata "Ibn Wahab dan Ibn
Zeid ada memberitahu kita bahawa "inni mutawaffeeka" yang menunjukkan "Aku
mengenggam-mengambil-engkau...Dia tidak wafat dan tidak akan wafat sehingga
dia membunuh al-Dajjal, kemudian barulah dia akan wafat."

4) Abu Jaafar Al-Tabari mengambarkan tradisi daripada Muhammed yang berkata:
Isa (Yesus) Anak Maryam akan turun dan menghapuskan anti-al-Masih 'Isa yang
tinggal di atas bumi ini untuk suatu ketika (masa tidak dicatatkan) dan dia
akan wafat serta orang-orang Muslim akan merestuinya."

Sebaliknya, kumpulan yang mencadang makna ungkapan ini bermaksud kewafatan
sebenar juga banyak :

1) Al-Munthana berkata : Abd Allah Ibn Salih, Muawiheh dan Ali Ibn Abbas
menyebut bahawa "inni mutawaffeeka" bermakna "Aku menyebabkan kamu
wafat/mati".

2) Daripada Ibn Hamid, seperti yang diberitahu oleh Salma, Ibn Ishaq, Wahab
Ibn Munabbih, "Allah menyebabkan Isa Anak Maryam meninggal untuk tiga jam
dan membangunkan dia." (Jamia Al-Bayan 3.289-292).

Terjemahan daripada Al-Imam Al-Razi, menyebut mengenai ayat ini berkata
apabila Tuhan berfirman, "Hai Isa! Aku mewafatkan dan mengangkat engkau naik
kepada-Ku" menunjukkan bahawa Tuhan berkuasa ke atasnya.

Pertama, "inni mutawaffeeka"-diangkat olehNya dan ayat lain mengambarkan
kepada 'Isa berbunyi, "Apabila Tuhan mengangkatku, Tuhan telah
memperlihatkan kepada mereka, bermakna Tuhan menjaga dia.

Dua baris ayat di atas memberi dua jenis keterangan yang berbeza.
Sesetengahnya menerima ayat ini secara harfiah dan yang lainnya kata makna
ayat tersebut ialah 'wafat' secara terpendam.

Terjemahan Pertamanya-"inni mutawaffeeka" yang bermaksud "Kehidupanmu telah
digenapi, jadi Aku (Allah) akan mewafatkan kamu dan tanpa pengetahuan mereka
(Yahudi) untuk membunuh kamu, tetapi Aku mengangkat kamu ke Syurga dan
menempatkan kamu di kalangan para malaikat-Ku dan Aku akan melindungi kamu."

Terjemahan Keduanya-"inni mutawaffeeka" yang bermaksud "Aku menyebabkan
engkau wafat", merujuk kepada Ibn Abbas dan Hama Ibn Ishaq, ia bermakna,
"Musuhnya orang-orang Yahudi, tanpa pengetahuan mereka yang hendak
membunuhnya, jadi Allah memberi kemuliaan kepadanya dengan mengangkatnya ke
Syurga. Ini juga membawa maksud yang berbeza:

1) Wahab b.Munabbih telah berkata: "Dia telah wafat selama 3 jam dan
kemudian dia bangkit".

2) Muhammad Ibn Ishaq telah berkata: "Dia wafat selama 7 jam, kemudian Tuhan
menghidupkannya semula dan mengangkatnya ke Syurga."

3) Al-Rabia Ibn Unis berkata bahawa Tuhan menyebabkan dia wafat dan
mengangkatnya ke Syurga. Tuhan berfirman: "Allah, mengambil jiwa pada saat
kewafatan, dan mereka tidak akan wafat sewaktu tidur."

Jadi oleh kerana terdapat tiga pendapat yang berbeza di antara ulama'
Muslim, dan dengan terjemahan yang berbeza daripada ayat Al-quran mengenai
hari-hari terakhir dalam kehidupan al-Masih 'Isa, kita seharusnya kembali
kepada kepada catatan Al-Kitab dan Injil, yang telah memberikan terjemahan
yang tepat sekali. Di sini tidak ada pertentangan mengenaiNya berkenaan
dengan kewafatan al-Masih 'Isa, kebangkitanNya dan keberangkatanNya ke
Syurga.

PENYALIBAN MENURUT AL-KITAB/INJIL DAN JUGA AL-QURAN

Daripada nas 1 Korintus 1:22-24, firman Tuhan berkata: "Orang Yahudi
menuntut mukjizat sebagai bukti dan orang Yunani mementingkan kebijaksaan.
Tetapi kami mengisytiharkan al-Masih 'Isa yang disalibkan. Berita itu
menyinggung perasaan orang Yahudi dan dianggap suatu kebodohan oleh
orang-orang bukan Yahudi. Tetapi bagi mereka yang sudah dipanggil oleh Allah
baik orang Yahudi ataupun orang bukan Yahudi, berita itu al-Masih 'Isa, yang
menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah. "Di dalam 1 Kor 2:1-2, Dia
berkata: "Saudara-saudaraku, semasa aku datang kepadamu untuk memberitakan
rancangan Allah yang belum diketahui oleh dunia, aku tidak mengunakan
kebijaksanaan dunia ini ataupun kata-kata yang susah difahami. Aku berbuat
demikian kerana ketika aku bersama-sama kamu, aku mengambil keputusan untuk
memberitakan 'Isa al-Masih 'Isa sahaja, terutama kewafatan-Nya pada kayu
salib."

Jika kita memerhatikan ayat daripada para pengikutnya secara keseluruhannya,
kita dapat memahami utusan khabar Injil yang mereka telah ajari dari
awal-awal lagi tentang pergerakan Kristian Nasrani, dan orang-orang yang
telah menerimanya dan 'diselamatkan' merupakan satu berita gembiraan yang
baru dan ringkasannya di dalam 1 Kor 15:1-4, berbunyi: "Saudara-saudaraku,
sekarang aku hendak mengingatkan kamu tentang Berita Baik yang aku khabarkan
dahulu. Kamu menerimanya dan kepercayaan kamu kepada al-Masih 'Isa
berdasarkan Berita Baik itu. Itulah Berita Baik, perkhabaran yang aku
beritakan kepada kamu. Berita Baik itu akan menyelamatkan kamu jika kamu
berpegang kepadanya dengan teguh. Tetapi jika kamu tidak berpegang kepadanya
dengan teguh, maka kepercayaan kamu adalah sia-sia. Apa yang aku sampaikan
kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting:
al-Masih 'Isa wafat kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam
Al-kitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula".

Walaupun begitu, sesudah 500 tahun telah berlalu selepas para Hawarii,
pengikut-pengikut al-Masih Isa dan penginjil -penginjil yang lain menyebar
Khabar Injil keseluruhan dunia, di mana juga terdapat mereka yang menolak
kebenaran ini dengan mengatakan kepada orang-orang Kristian, "agama kamu
sudah terpesong". Mungkin pembantah ini mengambil idea daripada orang fasik.
Orang-orang Yahudi yang telah memeluk agama Kristian, di mana mereka
merupakan jiran kepada orang lain yang mempercayai bahawa al-Masih 'Isa
sebenarnya tidak wafat. Sebenarnya kami sangat terhutang budi kepada Yahya,
iaitu salah seorang pencatat Kitab Suci Injil, yang mengatakan hal ini
apabila dia mencatatkan kepada kita yang mengatakan tentang orang-orang
Farisi yang bertelagah dengan al-Masih 'Isa di dalam Yahya 12:34, "Orang
ramai berkata kepadanya: "Taurat kami mengatakan bahawa penyelamat yang
diutus oleh Allah akan hidup selama-lamanya. Bagaimana kamu dapat berkata
bahawa Anak Manusia harus ditinggikan di atas bumi? Siapakah anak manusia
itu?"

Bagi kebanyakan pengikut Islam pula, catatan berkaitan dengan peristiwa ini
mengenai penyebaran ajaran Nasrani Kristian di Semenanjung Hijaz(Tanah
Arab), memberitahu bahawa al-Masih 'Isa telah sedia berubah wajah dirinya
kepada mirip orang lain, dan apabila musuhnya telah datang untuk menangkap
dia, kononnya Dia telah berubah wajahnya menyerupai orang lain, dan yang
disalibkan itu adalah sebagai ganti dirinya. Tetapi al-Masih 'Isa telah
diangkat kepada yang Esa yang telah mengutus dia, untuk memberi penghinaan
kepada orang-orang yang memusuhinya itu. Masakan Tuhan akan membenarkan
Rasul-Nya dikutuk dan dihina oleh musuh-musuhNya!

Ayat di dalam Al-quran yang mencatatkan hari-hari terakhir di dalam
kehidupan al-Masih 'Isa juga bersetuju dengan cerita ini dan bercanggah
dengan pernyataan golongan Yahudi. Di dalam Surah An-Nisa' 157-158 yang
berbunyi: "Mereka berkata, (orang-orang Yahudi) 'Kami telah membunuh Mesaya,
Isa Anak Maryam, utusan Allah', mereka tidak membunuhnya, atau menyalibkan
dia, tetapi dia telah diserupakan kepada mereka, dan orang-orang yang tidak
bersetuju, merasa ragu-ragu, mereka tidak mengetahuinya, mendesak mereka dan
dengan tidak berapa pastinya mereka telah membunuhnya, tetapi Allah telah
mengambilnya kepadaNya."

Kami memahami dengan jelas daripada ayat tentang orang-orang fasik yang
berpaut kepada ajaran Kristian, bahawa penyaliban di dalam pemahaman mereka,
bukan daripada peristiwa sebenar, atau daripada doktrin penebusan, tetapi
lambang atau tanda, sebagai bintang yang menunjukkan keajaiban seorang bayi
yang telah dilahirkan di Bethlehem, atau untuk menunjukkan pembaptisan Roh
Kudus yang menjelma dalam bentuk burung merpati, menyucikannya ketika
pembaptisanNya di sungai Jordan. Tetapi penyaliban yang dipikulnya, yang
mana telah menebus, seperti anak domba yang menjadi korban untuk mengambil
segala dosa dunia ini, adalah tidak penting kepada mereka! Mereka menolak
hakikat yang telah diumumkan kepada penduduk di Galilea di dalam surat
Galatia 3:13-14, "Tetapi al-Masih 'Isa telah membebaskan kita daripada
kutukan yang didatangkan oleh Taurat. Dia melakukan hal ini dengan
membiarkan diriNya terkutuk kerana kita. Di dalam Al-kitab tertulis:
"Terkutuklah orang yang wafat digantung pada pokok." al-Masih 'Isa membuat
demikian supaya berkat yang dijanjikan oleh Allah kepada Abraham, juga dapat
dianugerahi kepada orang bukan Yahudi. Dengan demikian kita yang percaya
kepada Allah, dapat menerima Roh yang dijanjikan oleh Allah".

Barangkali bantahan pelik terhadap penyaliban ini berasas di dalam 'Kitab
palsu' yang dilambangkan kepada Yahya yang tetapi 'ditulis oleh orang-orang
fasik'. Tidak ada keraguan terhadap Islam yang telah mewarisinya dan
penolakan penyaliban oleh orang-orang musyrik yang berada di sekitar Tanah
Arab, yang diayunkan oleh Islam. Ini mengecewakan kerana ajaran dan ulamak
ortodoks Islam tidak bersetuju ke atas salah-tafsiran ini terutama sekali
dengan teori 'orang lain yang telah mengambil tempat al-Masih 'Isa', dan
banyak cerita yang wujud mengenainya. Satunya ialah apabila orang-orang
Yahudi menetapkan untuk membunuh al-Masih 'Isa, Tuhan telah mengangkatnya ke
Syurga. Ketua mereka merasa takut untuk berhadapan dengan orang ramai yang
melawan mereka, mengambil serta membunuh dan menyalibkan orang lain, dan
menipu orang ramai dengan mengatakan bahawa itu adalah al-Masih 'Isa. Yang
lainnya berkata bahawa Tuhan telah menyerupai orang lain seperti al-Masih
'Isa, dan yang disalibkan itu kononnya adalah penggantinya!

Banyak ayat yang menceritakannya:

1) Seorang Yahudi yang bernama Yudas telah memasuki rumah di mana 'Isa
berada, dengan bertujuan untuk menangkapnya, tetapi tidak dapat mencarinya.
Tuhan telah menyerupai wajahnya seperti mirip 'Isa, dan apabila dia keluar
daripada rumah itu, orang ramai berpendapat bahawa dia adalah Isa, dan
menangkapnya lalu menyalibkannya.

2) Orang-orang Yahudi, apabila mereka menangkap Isa, dan dia dikawal oleh
pengawal, tetapi 'Isa telah diangkat oleh Tuhan dengan mukjizatNya dan Tuhan
telah menyerupai wajah pengawal itu seperti mirip Isa, jadi mereka telah
mengambilnya serta menyalibkannya, sementara itu dia menjerit dengan kuat
"saya bukannya Isa"

3) Salah seorang daripada kawan Isa yang telah berjanji untuk menyerahkan
dirinya secara sukarela kerana ingin masuk ke Syurga sebagai ganti dirinya
(Isa). Tuhan telah menyerupai wajahnya seperti Isa dan dia telah ditangkap
lalu disalibkan, sementara Isa telah diangkatkan ke Syurga.

4) Seorang daripada pengikut Isa telah mengkhianatinya, (yakni Yudas), yang
telah mendatangi pemimpin-pemimpin Yahudi untuk menunjukkan 'Isa kepada
mereka, dan bersama-sama mereka untuk mengambilnya. Tuhan telah
menyerupainya seperti Isa dan dia pula telah ditangkap dan disalibkan.

Hanya terdapat beberapa ulasan sahaja di dalam Al-quran yang bersetuju di
atas cerita ini. Al-Jalalayn dalam terjemahannya mengenai ungkapan Al-quran
"dirupai kepada mereka" (Shubbihana lahum) yang mengatakan bahawa Allah
menyerupai seperti mirip Isa ke atas seorang yang lain dan mereka
berpendapat bahawa orang itu adalah Isa, dan mereka membunuh dan menyalibkan
dia. Ungkapan ini "mereka yang tidak bersetuju dan merasa ragu-ragu
terhadapnya" (tentang Isa, berhubung dengan kewafatannya)-bermakna bahawa
salah seorang daripada mereka, telah melihat orang yang wafat itu dan
berkata: "Wajah adalah wajah Isa, tetapi tubuhnya adalah bukan tubuh Isa".
Yang lain berkata: "itu adalah dia".(Ulasan Al-Jalalayn, m/s 135)

Al-Baidawi berkata: "Ia menceritakan bahawa kumpulan orang-orang Yahudi yang
menangkap Isa dan Ibunya, dan dia mengutuk mereka dan mereka telah bertukar
menjadi beruk dan babi! Orang-orang Yahudi yang berkumpul bersama-sama untuk
membunuhnya, tetapi Tuhan telah memberitahunya bahawa dia akan diangkat ke
Syurga. Dia berkata kepada kawannya: "Siapakah yang bersedia untuk mengambil
tempatku dan akan dibunuh serta disalibkan dan dimasukkan ke dalam Syurga?
Salah seorang daripada mereka memberi maklum balas dan Tuhan menyerupainya
seperti Isa lalu dia ditangkap dan disalibkan."

Al-Zamakhshari berkata: "perkataan 'dimunculkan(dirupai) kepada mereka'
bermakna bahawa mereka digambarkan ianya berlaku atau mereka membuat
anggapan bahawa mereka telah membunuh serta menyalibkan dia-jadi dia telah
wafat dan tidak hidup. Tetapi dia hidup kerana Tuhan mengambilnya
kepada-Nya."

Tidak ragu-ragu lagi bahawa keputusan daripada pelbagai ayat ini adalah
kurang jelas perkataannya di dalam Al-quran yang berhubung dengan hari
terakhir kehidupan al-Masih 'Isa di dunia ini. Perselisihan ini telah
menimbulkan banyak perbezaan dan pertentangan pendapat. Hakikatnya ialah
dunia Islam sejak dahulu lagi tidak mencapai kata sepakat tentang apakah
yang benar-benar telah berlaku pada hari 'Isa al-Masih disalibkan.Kerana ada
tafsiran yang jelas membuktikan penyaliban Isa, dan ada juga kelompok Muslim
yang ingin nafikannya. Dan sudah menjadi tanggungjawab para ulama' seperti
Imam Fakhred Din ar-Razi yang patut menolak cerita ini secara mutlaknya.
Dalam ulasannya di dalam surah Al-Imran 55: "Hai Isa anak Maryam, Aku
mengambil engkau kepada-Ku, dan mengangkat engkau naik kepada-Ku", dia
menerangkan tentang perkara pertukaran seperti al-Masih 'Isa kepada orang
lain melalui pelbagai cara:

1) Jika ini adalah persetujuan untuk menegaskan bahawa Tuhan telah
menyerupakan seseorang kepada orang lain dan ini membuka jalan kepada
penipuan serta pada masa itu, dengan alasan yang tidak jelas dan akhirnya
membawa kepada ramalan yang tidak sah.

2) Tuhan telah membantunya (Isa) dengan Roh KudusNya. Adakah di dalam hal
ini Dia tidak mampu untuk melakukannya? Dia (Isa) mampu untuk bangkit dari
kewafatannya, dan adakah Dia tidak mampu untuk melindungi dirinya sendiri?

3) Tuhan telah bersedia untuk menyelamatkan dia dengan mengangkatnya ke
Syurga, jadi apa gunanya penyerupaan kepada orang lain untuk menanggung
sepertinya?

4) Dengan melakukannya-bahawa dengan pertukaran kepada orang lain sama
seperti Dia-mereka percaya bahawa itu adalah Isa, walaupun sebenarnya adalah
bukan. Ini adalah satu kebodohan dan bukannya daripada kebijaksaan Tuhan.

5) Kebanyakan orang-orang Kristian samada dari timur atau barat,
masing-masingnya penuh dengan perasaan kasih kepada al-Masih 'Isa dan taksub
terhadap perlakuannya itu, dalam membuktikan bahawa dia memang sebenarnya
telah disalibkan. Lagipun, jika kami menolaknya, kami akan mencemarkan
satu-satunya peristiwa bersejarah yang diakui seluruh dunia, dan lagi kami
mencela ramalan nabi Muhammad, Isa AS serta nabi-nabi terdahulunya.

6) Secara logika bahawa "orang lain" boleh memutus untuk membela dirinya
lalu berkata bahawa dia bukannya Isa dan apakah dia tidak akan bertindak
begitu?

Jika dia tidak melakukanya, kami mengerti bahawa ianya bukan laporan. Jika
Al-quran mengatakan tentang penolakan penyaliban al-Masih 'Isa, mereka
sememangnya tidak menolak kewafatanNya, sebelum dia diangkat ke Syurga.
Apabila kami mengamati hari-hari terakhir Al-Masih 'Isa di atas muka bumi
ini seperti yang digambarkan di dalam Al-quran,terdapat tiga teks yang
mengesahkan tentang kewafatannya dan dua teks yang menyatakan bahawa dia
telah dibunuh.

1.) Surah Al-Maryam 33- "Berbahagialah pada hari Aku dilahirkan, pada hari
Aku diwafatkan dan pada hari Aku dibangkitkan kembali", ayat ini jelas
mengatakan bahawa al-Masih 'Isa dilahirkan, diwafatkan dan dibangkitkan
semula daripada kewafatannya, di dalam bentuk ramalan dan berdasarkan
mukjizat. Ia bersetuju dengan teks di dalam Al-kitab yang merupakan
FirmanNya.

2.) Surah Al-Imran 55- Apabila Tuhan berfirman, "Hai Isa Anak Maryam! Aku
mewafatkan engkau dan mengangkat engkau kepada-Ku dan akan menyucikan engkau
daripada orang-orang yang tidak percaya, dan Aku menjadikan pengikutmu di
atas orang-orang yang tidak percaya sehingga ke hari kiamat.

3.) Surah Al-Maidah 116-117- Apabila Allah berfirman, "Hai Isa anak Maryam,
engkau tidak berkata kepada manusia, "Terimalah Aku dan ibuKu sebagai dua
Tuhan di samping Allah?, .Dia menjawab, "untuk kemulian.Aku memberitahu
kepada mereka bahawa hanya engkau yang memerintah ke atasKu.dan apabila
Engkau mengambilku, Engkau telah mengambil perhatian mereka".

4) Surah Al-Baqarah 87-Dan firmanNya, "Kami telah memberikan Musa kitab, dan
kami telah mengajar utusan berikutnya selepas dia dan kami memberi Isa anak
Maryam bukti yang jelas dan kami membantunya dengan Roh Kudus. Jadi apabila
datang kepada kamu seorang utusan Allah yang mana ianya adalah bukan
kehendakmu, kamu menjadi sombong, dan sesetengahnya kamu tidak percaya, maka
kamu membunuhnya." Perkataan 'membunuh' di sini tidak berapa jelas dan hanya
boleh diterjemahkan sebagai 'membawa maut'. Jika Al-quran tidak menyatakan
bagaimananya pembunuhan al-Masih 'Isa ditempat kejadian itu, Al-kitab adalah
satu-satunya punca yang tulen untuk mencari jawapannya.

5) Surah Al-Imran 183- "Mereka (Orang-orang Yahudi) berkata, "Tuhan telah
mendakwa kita yang kita tidak percaya kepada mana-mana utusan sehingga Dia
membawa kepada kami persembahan daripada api, daripada Syurga akan kerugian.
Berkata kepada mereka: "Hai Muhammad, utusan yang datang kepada kamu sebelum
aku dengan pelbagai mukjizat dan mukjizat apakah yang kamu ada? Mengapa kamu
membunuh mereka? Jawablah jika kamu seorang yang benar!

Jika kita meneliti cerita daripada Al-quran, kita menemui bahawa utusan yang
datang daripada Tuhan dengan persembahan adalah al-Masih 'Isa. Surah
Al-Maidah 114 berkata, "Isa anak maryam berkata: 'Oh Tuhan, Allah kita,
berikanlah kami hidangan makanan daripada Syurga, ini adalah sebagai jamuan
bagi kami.dan tanda daripadaMu, biarlah kami melayaniMu sebagai pelayan yang
terbaik.'

Sekarang kembali kepada Surah An-Nisa': "Mereka tidak membunuhnya atau
menyalibkan dia, tetapi ia dimunculkan seperti itu kepada mereka". Ayat ini
berusaha untuk mengalihkan pandangan pengikut kepada perkataan surat,
sehingga surat dipenjara, untuk meluaskan kebebasannya. Kami tidak
memerlukan sebarang ayat lain kerana ayat di dalam Al-kitab telah cukup
untuk membawa kebenaran. Ini amat penting untuk kita mencari maksud sebenar
pemimpin Yahudi dalam pembunuhan al-Masih 'Isa, dan ini lebih jelas kepada
kita seperti yang diterangkan oleh Yahya dalam catatannya daripada Kitab
Suci Injil, apabila dia berkata di dalam Yahya 11:47-50, "Oleh itu
orang-orang Farisi dan ketua-ketua Imam mengadakan mesyuarat dengan majlis
agama. Mereka berkata: "Apakah yang harus kita lakukan? lihatlah, orang ini
banyak melakukan mukjizat! Jika kita biarkan dia terus berbuat demikian,
semua orang akan percaya kepadaNya. Akhirnya penguasa Rom akan datang lalu
menghancurkan Rumah Tuhan dan bangsa kita!. Seorang daripada mereka bernama
Kayafas, Imam agung pada tahun itu, dia berkata "Kamu tidak tahu apa-apa,
tidakkah kamu sedar bahawa lebih baik satu orang wafat bagi umat kita
daripada seluruh bangsa kita dibinasakan?"

Sememangnya, apabila mereka mengantungkan Dia di atas kayu salib, dan
setelah Dia wafat, Dia dimasukkan ke dalam kubur dan pintu kubur itu telah
dimeterai oleh pemeterai chop mohor Pilatus, mereka sangat bergembira dan
berfikir bahawa mereka akhirnya telah terselamat daripada pengajaran dan
tanda-tanda dan berharap agar dengan kewafatannya secara zalim itu akan
dapat mencegah pengikut-pengikutnya daripada meneruskan aktivitinya. Tetapi
Tuhan telah mengirimkan angin untuk mengubah arah haluan orang-orang Yahudi
walaupun mereka tidak mengkehendakinya: untuk kewafatan penebusannya di kayu
salib, sebelum itu dia telah memimpin ramai orang kepadaNya. Apa yang
diramalkan kepadanya adalah benar, seperti kata-kata 'Isa yang tercatat
dalam Yahya 12:32 "Apabila Aku ditinggikan di atas bumi, Aku akan memimpin
semua orang kepada-Ku".

Dalam cara yang sama, pelbagai mukjizat diteruskan melalui
pengikut-pengikutnya, ini termasuklah kuasa yang telah diberikan kepada
mereka. Kitab Suci Injil memberitahukan di dalam Kisah rasul-rasul 19:11-12,
"Allah melakukan mukjizat yang luarbiasa melalui Paulus. Bahkan saputangan
dan kain yang pernah dipakai oleh rasul Paulus pun dibawa kepada orang
sakit, lalu mereka sembuh dan roh jahat keluar daripada mereka."

Jadi kami boleh menerima ayat di dalam Al-quran sebagai keterangan yang
berlawanan dengan mereka, orang yang tidak percaya, apabila ia berkata: "Hai
orang-orang yang tidak bersetuju tentangnya dan merasa ragu-ragu, mereka
tidak berpengetahuan, mereka membunuhnya dengan tidak pasti. Dia telah
bangkit pada hari ketiga, dan selama 40 hari selepas dia muncul beberapa
kali kepada para pengikutnya, kemudian Dia naik ke Syurga dan duduk
disebelah kanan Tuhan. Di dalam Al-quran ada mengatakan, 'Aku telah
mengambil dan mengangkat engkau-'Isa, kepada-Ku'.

BUKTI TENTANG PENYALIBAN AL-MASIH 'ISA
Ini adalah sangat penting dan ini bukannya di dalam skop untuk menyatakan
kepada mereka secara terperinci, di antaranya ialah :

1. NUBUAT DAN RAMALAN-RAMALAN MENGENAI PENYALIBANNYA

Terdapat banyak ramalan di dalam Al-kitab yang merujuk kepada kewafatan
penebusan al-Masih 'Isa di kayu salib, semuanya penuh dengan kejujuran.

Ramalan-al-Masih 'Isa dijual dengan harga 30 keping wang perak.

Zakaria 11:12 "Aku berkata kepada mereka, "Jika kamu rela, bayarlah upahku.
Jika tidak, tidak usah." Mereka membayar upahku sebanyak tiga puluh keping
wang perak.

Digenapi-Matius 26:14 "Kemudian seorang daripada 12 orang pengikut Yesus,
yang bernama Yudas Iskariot, pergi kepada ketua para Imam. Dia berkata
"Apakah yang akan kamu beri kepadaku jika aku menyerahkan 'Isa
kepadamu?"Mereka mengira 30 keping wang perak lalu menyerahkan wang itu
kepadanya.

Ramalan-Duit itu digunakan untuk membeli tanah Tukang Periuk Belanga.

Zakaria 11:13, "Tuhan berfirman kepadaku, "Masukkan wang itu ke dalam
Perbendaharaan Rumah Tuhan," Oleh itu aku mengambil 30 keping wang perak
itu. Hanya sekian perhargaan mereka kepadaku. Aku pun memasukkan wang itu ke
dalam Perbendaharaan Rumah Tuhan.

Digenapi;-Matius 27:3-8, "Apabila Yudas, pengkhianat itu tahu bahawa 'Isa
telah dijatuhi hukuman wafat, dia menyesal. Lalu dia mengembalikan 30 keping
wang perak itu kepada para ketua Imam dan pemimpin masyarakat Yahudi. Dia
berkata, "Aku sudah berdosa kerana mengkhianati orang yang tidak bersalah
sehingga dihukum mati !". Tetapi mereka menjawab, "Kami tidak peduli! itu
urusanmu". Yudas melemparkan wang itu ke dalam Rumah Tuhan lalu meninggalkan
mereka. Kemudian dia pergi mengantungkan dirinya. Para ketua Imam memungut
wang itu dan berkata, "Wang ini upah seorang pembunuh. Menurut Taurat kita,
wang ini tidak boleh dimasukkan ke dalam peti persembahan di Rumah Tuhan."
Setelah bersetuju mereka mengunakan wang itu untuk membeli tanah yang
disebut Tanah Tukang Periuk. Tanah itu digunakan sebagai perkuburan orang
bukan Yahudi. Sebab itulah sehingga hari ini tanah itu dinamakan , 'Tanah
Darah'.

Ramalan-Diejek dan disalibkan

Mazmur 22:16-18, "Sekumpulan orang jahat mengelilingi aku; seperti
sekumpulan anjing, mereka mengepung aku, mereka menyiat tangan serta kakiku.
Semua tulangku kelihatan. Musuh memandangku sebagai tontonan; mereka
membahagi-bagikan pakaianku dan membuang undi untuk jubahku.

Digenapi-Markus 15:16-20-Askar-askar membawa 'Isa ke balai istana gabenor
dan mengumpulkan semua askar yang lain. Mereka memakaikan jubah unggu pada
Yesus, serta membuat mahkota daripada ranting-ranting berduri lalu
meletakkannya pada kepala Yesus. Setelah itu mereka memberi hormat
kepadanya, "Daulat raja orang Yahudi!" Mereka memukul kepalanya dengan kayu,
meludahinya serta sujud di hadapannya. Setelah mereka mempermainkanYesus,
mereka menanggalkan jubah ungu itu lalu mengenakan pakaiannya semula.
Kemudian mereka membawa 'Isa keluar untuk disalibkan.

Ramalan-Dicederakan serta ditewaskan

Yesaya 53:5, "Tetapi dia dilukai oleh kerana dosa kita, dia diseksa kerana
perbuatan jahat kita, kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya,
kita disembuhkan kerana luka-lukanya.

Zakaria12:10- "Aku akan memberi keturunan Daud dan penduduk Baitul Muqqdis
hati yang suka mengasihani dan suka berdoa. Mereka akan memandang orang yang
ditikam oleh mereka, lalu meratapinya seperti orang yang meratapi kewafatan
anak tunggal. Mereka akan meratap dengan pilu, seperti orang yang kehilangan
anak lelaki sulung."

Digenapi-Lukas 22:63-65- "Semua orang yang mengawal 'Isa mempermainkan dan
memukul Dia. Mereka menutupi matanya lalu bertanya kepadanya, "Tekalah,
siapakah yang memukul kamu? Banyak lagi hinaan lain yang dilemparkan Oleh
mereka kepada Yesus.

Yahya 19:34 "Tetapi salah seorang askar menusuk rusuk 'Isa dengan tombak,
dan pada ketika itu juga keluarlah darah dan air."

Ramalan-Dia menerima kesengsaraan dengan sabar.

Yesaya 53:7 "Dia diperlakukan dengan kasar, tetapi dia menanggungnya dengan
sabar; dia tidak membuka mulutnya seperti anak domba yang dibawa ke
pembantaian, atau induk domba yang dicukur bulunya."

Digenapi- 1 Petrus 2:23-24- "Dia tidak pernah berdosa dan sesiapa pun tidak
pernah mendengar dia berdusta. Apabila dia dicerca, dia tidak membalas
dengan cercaan. Pada waktu dia menanggung penderitaan, dia tidak mengancam
orang, tetapi dia mempercayakan diri kepada Allah, hakim yang adil itu.
al-Masih 'Isa sendiri memikul dosa kita pada tubuhnya di kayu salib, supaya
kita bebas daripada kuasa dosa, lalu hidup menurut kehendak Allah. Luka-luka
al-Masih 'Isalah yang menyembuhkan kamu."

Ramalan-Dia telah ditewaskan serta diludahi.

Yesaya 50:6- "Aku memberi belakangku kepada mereka yang memukul aku, dan
pipiku kepada orang yang mencabut janggutku. Aku tidak memalingkan mukaku
ketika aku dihina dan diludahi."

Digenapi-Markus 15:19 "Mereka memukul kepalanya dengan kayu, meludahinya
serta sujud dihadapannya."

Ramalan-Mereka mengejek Dia.

Mazmur 22:6-7- "Tetapi aku ini ulat, bukan manusia yang dihina dan dicaci
semua orang. Semua orang yang melihat aku mempermainkan aku; mereka
menjelirkan lidah dan mengelengkan kepala."

Digenapi-Matius 27:39-42- "Semua orang yang lalu di situ mengelengkan kepala
sambil mencemuh Yesus. Mereka berkata: "Kamu mahu merobohkan Rumah Tuhan
lalu membinanya dalam tiga hari! Jika kamu anak Allah selamatkanlah diri
kamu dan turunlah dari kayu salib itu!, Para ketua Imam, guru Taurat, dan
pemimpin masyarakat Yahudi juga memperolokkanYesus. Mereka berkata, "Dia
menyelamatkan orang lain, tetapi tidak dapat menyelamatkan dirinya
sendiri!Bukankah dia raja orang Israel? Jika dia turun dari kayu salib
sekarang, kami akan percaya kepadanya!"

Ramalan-Dia hairan kerana BapaNya meninggalkannya.

Mazmur 22:1- "Allahku, ya Allahku, mengapakah engkau meninggalkan aku?Aku
berseru tetapi engkau tetap jauh, dan tidak menolong aku."

Digenapi-Matius 27:46- "Pada pukul tiga petang 'Isa berseru dengan suara
lantang, 'Eli, Eli lama sabakhtani?' yang bererti, 'Ya Allahku, ya Allahku,
mengapa engkau meninggalkan aku?'

Ramalan-Mereka memberinya cuka untuk diminum.

Mazmur 69:21 "Ketika aku dahaga mereka memberikan cuka sebagai minuman"

Digenapi-Yahya 19:28- "'Isa tahu bahawa sekarang semuanya sudah selesai, dan
supaya apa yang tertulis di dalam Al-kitab berlaku, Dia berkata, 'Aku dahaga'.jadi
mereka mencelupkan ke dalam cuka lalu dicucukkan pada batang hisop dan
kemudian dihulurkan ke mulut Yesus."

Ramalan-Askar-askar membahagi-bahagikan pakaiannya.

Mazmur 22:18- "Mereka menbahagi-bahagikan pakaianku dan membuang undi untuk
jubahku."

Digenapi-Yahya 19:23-"Setelah askar-askar itu menyalibkan Yesus, mereka
mengambil pakaiannya lalu membahaginya menjadi empat bahagian, dan
masing-masing mendapat sebahagian. Mereka juga mengambil jubahnya yang
dibuat daripada sehelai kain yang ditenun dari atas sampai ke bawah tanpa
jahitan."

Ramalan-Tulang-temulangNya tidak dipatahkan

Mazmur 34:20- "Tuhan memelihara mereka dengan sempurna, tulang mereka tidak
satu pun patah."

Digenapi-Yahya 19:32- "Oleh itu askar-askar pergi mematahkan kaki kedua-dua
orang yang disalibkan bersama-sama Yesus, tetapi apabila mereka sampai
kepada Yesus, mereka lihat Dia sudah meninggal. Oleh itu mereka tidak
mematahkan kakinya."

Ramalan-Rusuknya ditusuk oleh tombak.

Zakaria 12:10-"Mereka akan memandang orang yang ditikam oleh mereka,

lalu meratapinya seperti orang yang meratapi kewafatan anak tunggal."

Digenapi-Yahya 19:34- "Tetapi salah seorang askar menusuk rusuk 'Isa dengan
tombak, dan pada ketika itu juga keluarlah darah dan air."

Ramalan-KewafatanNya bersama dengan orang jahat, tetapi dimuliakan.

Yesaya 53:9- "Dia dikuburkan bersama-sama dengan orang jahat, dan
dikebumikan bersama-sama dengan orang kaya."

Digenapi-Matius 27:57-60- "Pada waktu petang, seorang orang kaya dari
Arimatea bernama Yusuf datang. Dia juga pengikut Yesus. Dia pergi kepada
Pilatus dan meminta jenazah Yesus. Pilatus memberikan perintah supaya
jenazah 'Isa diberikan kepadanya. Yusuf mengambil jenazah itu lalu
membalutnya dengan kain linen baru. Dia meletakkan jenazah 'Isa di dalam
kubur miliknya sendiri yang baru dipahat dibukit batu. Kemudian Yusuf
mengulingkan sebuah batu besar untuk menutup pintu kubur itu, lalu dia
pergi."

2. PERNYATAAN DARIPADA AL-MASIH 'ISA

Banyak kali sudah al-Masih 'Isa menerangkan kepada pengikutnya bahawa misi
penyelamatannya memerlukan kewafatannya di atas kayu salib. Ini adalah tugas
utama kedatanganNya yang Dia berikan dalam ucapanNya yang terakhir, yang
mana Dia telah memberitahu kepada mereka pada malam Dia dikhianati. Dan Dia
telah pergi untuk menunjukkan keajaiban Al-kitab. Pengikutnya telah
mengisytiharkan tentang kewafatannya di atas kayu salib sebagai penebusan
kemanusiaan.

Matius 16:21- "Sejak itu 'Isa mula berkata dengan terus terang kepada
pengikut-pengikutnya, "Aku harus pergi ke Baitul Muqqdis dan mengalami
banyak penderitaan yang disebabkan oleh para pemimpin masyarakat, ketua Imam
dan guru Taurat. Aku akan dibunuh tetapi pada hari ketiga Aku akan
dibangkitkan semula!"

Matius 17:22- "Apabila semua pengikut 'Isa berkumpul di Galilea, 'Isa
berkata kepada mereka "Tidak lama lagi Anak manusia akan diserahkan ke dalam
kekuasaan manusia. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan
dibangkitkan semula." Oleh itu pengikut-pengikutnya berdukacita.

Matius 26:1-2 - "Setelah 'Isa mengajarkan semuanya itu, Dia berkata kepada
pengikut-pengikutnya, "Kamu tahu bahawa dua hari lagi perayaan Paska akan
dirayakan, dan anak manusia akan diserahkan untuk disalibkan!"

Markus 8:31- "Kemudian 'Isa mula mengajar pengikut-pengikutnya, "Anak
manusia mesti mengalami banyak penderitaan, dan tidak akan diterima oleh
pemimpin masyarakat, ketua Imam dan guru Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi
selepas tiga hari, Dia akan bangkit semula."

Markus 9:31-"Kerana Dia sedang mengajar pengikut-pengikutnya. Dia berkata,
"Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia, lalu Dia akan
dibunuh, tetapi tiga hari kemudian Dia akan bangkit semula."

Markus 10:32-34- "'Isa dan pengikut-pengikutnya sedang dalam perjalanan ke
Yerusalem. 'Isa berjalan di hadapan, sementara pengikut-pengikutnya
mengikutinya dengan cemas. Orang ramai yang mengikut mereka pun takut.
Sekali lagi 'Isa memanggil pengikut-pengikutnya ke tepi, lalu berkata kepada
mereka tentang apa yang akan berlaku terhadap dirinya. "Dengarlah!" katanya,
"Kita sekarang sedang menuju ke Baitul Muqqadis. Di situ Anak Manusia akan
diserahkan kepada para ketua Imam dan guru Taurat. Mereka akan menjatuhkan
hukuman mati kepadaNya, lalu menyerahkan Dia kepada orang bukan Yahudi.
Mereka akan mengolok-olok Dia, meludahi Dia, menyesahkan Dia dan membunuh
Dia. Tetapi selepas tiga hari Dia akan bangkit semula!"

Lukas 9:22- "Dia berkata juga, "Anak manusia mesti mengalami banyak
penderitaan, serta ditentang oleh para pemimpin masyarakat, ketua Imam dan
guru Taurat. Dia akan dibunuh tetapi pada hari ketiga Dia akan dibangkitkan"

Yahya 3:13-14- "Tidak seorang pun pernah naik ke Syurga, kecuali anak
manusia yang turun dari Syurga. Sebagaimana ular gangsa ditinggikan oleh
Musa pada sebatang kayu di padang gurun, begitu jugalah anak manusia harus
ditinggikan, supaya semua orang yang percaya kepada anak manusia beroleh
hidup sejati dan kekal"

3. KESAKSIAN DARIPADA PARA HAWARIYUN

Sesiapa yang membaca kisah rasul-rasul dan mendengar pengajaran daripada
mereka akan mengetahui bahawa doktrin pengajaran dan penyebaran mereka ke
seluruh dunia ini adalah berdasarkan mesejNya yang telah disalibkan di atas
kayu salib untuk penebusan dosa di dunia ini. Pengikut-pengikut yang
mengikuti FirmanNya, selepas menyampaikan pesanan ini, penulisannya adalah
dipimpin oleh Roh Kudus sebagai petunjuk. Kisah rasul-rasul 2:22-23:
"Saudara-saudara orang Israel dengarlah kata-kata saya ini: 'Isa orang
Nazaret itu telah diberi tugas oleh Allah. Hal ini dinyatakan kepada saudara
semua dengan mukjizat dan keajaiban yang dilakukan oleh Allah melalui Dia.
Saudara-saudara mengetahui hal itu, kerana semua peristiwa itu berlaku di
kalangan saudara. Sesuai dengan rancanganNya sendiri, Allah sudah menentukan
bahawa 'Isa akan diserahkan kepada saudara-saudara. Saudara semua membunuh
Dia ketika menyebabkan orang berdosa menyalibkan Dia. Tetapi Allah sudah
membangkitkan Dia daripada kewafatan."

Rasul Paulus berkata di dalam 1 Korintus 2:7-8 "Kebijaksaan yang aku
sampaikan itu kebijaksaan daripada Allah. Kebijaksaan itu tidak diketahui
oleh umat manusia, tetapi Allah sudah menyediakannya untuk kebahagiaan kita,
sebelum Dia menjadikan dunia ini. Semua Roh yang berkuasa dan yang
memerintah dunia ini tidak mengetahui kebijaksaan itu, seandainya roh-roh
itu mengetahuinya, tentu roh-roh itu tidak akan menyalibkan Tuhan yang
mulia."

Pengikut Yahya berkata di dalam 1 Yoh 1:7 " Tetapi jika kita hidup di dalam
cahaya, sebagaimana Allah ada dalam cahaya, maka kita hidup rukun dan darah
Yesus, AnakNya membersihkan kita daripada segala dosa."

Juga terdapat di dalam Kisah rasul-rasul 2:36,Rom 6:5 -6,1 Kor 1:17 -18,1
Kor 1:22-24,1 Kor 2:1- 2,2 Kor 13:3 -4;Gal 3:13,Flp 2:5-8,Ibr 12:2.

4. TANDA-TANDA YANG TELAH MENYUSUL SEMASA WAFATNYA AL-MASIH 'ISA

Matius, penulis Injil memberitahu kita bahawa apabila 'Isa menyerahkan
RohNya, matahari menjadi gelap, dan tirai yang tergantung di Rumah Tuhan
terbelah menjadi dua daripada atas hingga ke bawah. Bumi bergoncang dan
kubur-kubur terbuka. Mat 27:50-54; "Kemudian 'Isa berseru lagi dengan
nyaring, lalu menghembuskan nafasNya yang terakhir. Kemudian tirai yang
tergantung di dalam Bait Suci koyak dari atas sampai ke bawah, sehingga
menjadi dua helai. Bumi bergoncang, gunung batu terbelah, kubur terbuka dan
banyak umat Allah yang sudah meninggal dihidupkan semula. Mereka
meninggalkan kubur dan setelah 'Isa bangkit daripada kewafatan, mereka masuk
ke Baitul Maqqdis. Di sana banyak orang nampak mereka. Apabila ketua askar
dan askar-askar yang sedang mengawal 'Isa nampak gempa bumi dan segala
perkara yang berlaku, mereka ketakutan. Mereka berkata "Dia betul-betul anak
Allah"

Ini adalah tanda-tanda yang luarbiasa, unsur-unsur dipindahkan kerana Roh
mereka telah diusik, jadi ketua askar Rom , seorang musyrikin, bertindak
balas untuk membawa keluar hukuman kewafatan ke atas al-Masih 'Isa, dan yang
ada bersamanya, terkejut lalu terus beriman terhadap 'Isa, beliau telah
berkata "Benarlah, Dia betul-betul Anak Allah". Peristiwa-peristiwa seperti
ini tidak pernah berlaku samada sebelum atau selepas kematianan mana-mana
orang lain.

5. KEBANGKITAN AL-MASIH 'ISA

Kehebatan peristiwa itu telah digenapi di dalam perkataan al-Masih 'Isa
kepada orang-orang Farisi dan mengambarkannya; "Binasalah Rumah ini, dan aku
akan bangkitkannya pada hari yang ketiga". Sememangnya, pada hari ketiga,
hari pertama pada minggu itu, telah berlaku mukjizat yang sungguh ajaib
daripada semua waktu. Tuhan dengan penuh kemuliaan bangkit daripada
kewafatan. Syurga sendiri telah mengumunkan akan kejadian yang sungguh hebat
ini. Sebelum gempa bumi yang dahsyat datang, malaikat Tuhan telah turun
daripada Syurga dan mengulingkan batu penutup daripada pintu kubur itu. Dia
menunjukkan dirinya seperti cahaya, dan penjaga yang diaturkan oleh Pilatus
untuk mengawal keselamatan kubur itu terkejut yang amat sangat. Pengawal ini
diletakkan kerana Ketua Imam telah mengedarkan cerita bahawa
pengikut-pengikut 'Isa merancang untuk mencari jenazah-Nya, atau
menyembunyikannya daripada berkata bahawa Dia telah bangkit.

Pada pagi yang mulia, sekumpulan wanita telah datang ke kubur dengan membawa
bersama ramuan untuk melumuri jenazah 'Isa sebagai penghormatan yang
terakhir. Mereka yang pertama sampai ke tempat itu ialah Maria Magdalena,
dan Maria ibu kepada Yokabus. Apabila mereka mendapati bahawa batu yang
menutupi pintu kubur itu telah terguling daripada pintu kubur itu, dan kubur
itu kosong, mereka sangat hairan. Sementara mereka masih kebinggungan,
malaikat Tuhan telah memunculkan dirinya di hadapan mereka dan memberitahu
mereka supaya jangan takut. Matius 28:1-7, "Setelah hari sabat telah
berlalu, dan fajar mula menyinsing pada hari ahad, Maria Magdalena dan Maria
yang lain pergi melihat kubur Yesus. Tiba-tiba berlaku gempa bumi yang kuat.
Malaikat Tuhan turun dari Syurga, menggulingkan batu penutup kubur itu lalu
duduk di atasnya. Rupa malaikat itu terang seperti kilat dan pakaiannya
putih seperti salji. Askar-askar pengawal ditempat itu begitu ketakutan
sehingga mereka gementar lalu rebah seperti orang wafat. Malaikat itu
berkata kepada wanita-wanita itu, "Janganlah takut aku tahu bahawa kamu
mencari 'Isa yang telah disalibkan itu. Dia tidak ada di sini, Dia telah
bangkit seperti yang dikatakan-Nya dahulu. Marilah lihat tempat jenazah 'Isa
ditempatkan. Sekarang cepatlah pergi dan beritahu pengikut-pengikutnya, 'Dia
sudah dibangkitkan daripada kewafatan, dan sekarang Dia pergi ke Galilea
terlebih dahulu daripada kamu. Di sana kamu akan melihat Dia'. Ingatlah akan
apa yang aku katakan kepada kamu."

Dan Matius 28:9-10, "Tiba-tiba 'Isa datang menemui wanita-wanita itu dan
berkata, "Sejahteralah kamu" mereka menghampiri Dia, memegang kakiNya dan
menyembah Dia. "Janganlah takut," kata 'Isa kepada mereka, "Pergilah
beritahu saudara-saudara- Ku supaya pergi ke Galilea; di sana mereka akan
melihat Aku."

Ini adalah apa yang telah berlaku sewaktu kebangkitanNya. Ia telah dicatat
di dalam Al-Kitab dengan ilham daripada Tuhan dan tidak ada siapa pun yang
berani menolak Firman Tuhan ini. Jika mereka melakukan, seperti mereka
mendakwa bahawa Tuhan dan Malaikat-malaikatnya serta juga al-Masih 'Isa yang
diterima adalah sebagai untuk memperbodohkan orang ramai.

6. KESAKSIAN DARIPADA SEJARAH

Kewafatan al-Masih 'Isa di atas kayu salib adalah disahkan oleh sejarahwan
terawal, golongan musyirikin, dan juga bangsa Yahudi. Mereka ada
mencatatkannya dengan jelas sekali.

1)Tacitus, seorang sejarahwan, musyirikin, dalam tahun 55 A.D (selepas
kewafatan 'Isa), telah menulis di dalam bukunya yang mempunyai pengaruh yang
besar tentang penyaliban al-Masih 'Isa dan penderitaannya secara terperinci.

2) Josephus, orang Yahudi, yang dilahirkan beberapa tahun selepas
penyaliban, menulis sejarah tentang orang-orangnya, dan menulis catatan
secara terperinci tentang penyaliban al-Masih 'Isa, seperti yang diarahkan
oleh Pilatus.

3) Lucien, Yunani, (100 A.D) , seorang sejarahwan Yunani, menulis tentang
kewafatan al-Masih 'Isa dan mengenai orang-orang Kristian. Sebagai seorang
pengikut Epicurus, dia tidak dapat memahami keimanan orang-orang Kristian
dan mereka bersedia wafat untuk al-Masih 'Isa. Dalam tulisannya, dia
mencemuh kepercayaan mereka yang berterusan tentang jiwa dan keinginan
mereka untuk ke Syurga. Dia melihat kepada mereka seperti orang-orang yang
menperdayakan orang lain, berpegang kepada ketidakpastian selepas kewafatan
lebih baik daripada kehidupan sekarang. Salah satu daripada rujukan yang
secara tidak lansung tentang al-Masih 'Isa dalam tulisannya ialah,
"Orang-orang Kristian meneruskan penyembahan mereka terhadap seorang manusia
hebat yang telah disalibkan di Palestin kerana Dia membawa agama baru kepada
dunia".

7. KESAKSIAN DARIPADA PILATUS, GABENOR ROM.

Laporan sepenuhnya tentang penyaliban al-Masih 'Isa telah dihantar kepada
Tiberus kaisar, penguburanNya, kebangkitanNya daripada kewafatan dan laporan
ini ada terdapat di antara catatan Rom. Ini adalah salah satu dokumen yang
menyokong orang-orang ulama' Kristian Tertillian dalam mempertahankan
kemashyuran Kristian.

8. LAMBANG PENYALIBAN

Lambang ini adalah sebagai bukti dan tidak ada sesiapa pun yang boleh
menolaknya, setiap agama mempunyai perbezaan tanda/lambang, seperti enam
penjuru bentuk bintang untuk Yahudi, dan bulan sabit untuk Muslim. Lambang
salib adalah terkenal sejak awal zaman lagi terhadap umat Kristian Nasrani.
Umat Kristian yang terawal telah mengukir lambang Salib pada kubur selepas
setiap kematian dan ditanah perkuburan di mana mereka mengunakannya sebagai
suatu lambang penderitaan.

9. KESAKSIAN SEJARAH DAN KESINAMBUNGAN UMAT KRISTIAN.

Perintah daripada Tuhan, yang mana telah mengingatkan mereka tentang
kewafatan al-Masih 'Isa di atas kayu salib, adalah kesaksian yang abadi
melalui zaman berzaman bahawa al-Masih 'Isa telah wafat melalui penyaliban.
Sudah pastinya adat ini, yang mana pada malam Dia dikhianati, dan Dia telah
mengarahkan pengikut-pengikutNya untuk mengawasiNya, adalah berterusan
mengingatkan kepada kewafatan penebusan dosa dan sebagai bukti yang kuat dan
mustahil untuk ditentang. Para pengikutNya menyimpan kata-kata daripadaNya
dan terikat dengan pergerakan gereja dari mulanya lagi, seperti rasul Paulus
berkata di dalam 1: Korintus 11:23-26 "Aku berkata demikian kerana ajaran
yang aku berikan kepada kamu, aku terima daripada Tuhan. Pada malam itu
ketika Tuhan 'Isa dikhianati, Dia mengambil roti, mengucap syukur kepada
Allah dan membahagi roti itu lalu berkata: "Inilah tubuh Ku yang diberikan
untuk kamu. Lakukanlah hal ini untuk mengenang Aku." Begitu juga setelah
habis makan, Dia mengambil cawan itu lalu berkata, "Cawan ini perjanjian
Allah yang baru, yang disahkan dengan darahKu. Setiap kali kamu meminumnya,
lakukanlah hal ini untuk mengenangkannya." Oleh itu setiap kali kamu memakan
roti ini dan meminum dari cawan ini, kamu memberitakan tentang kewafatan
Tuhan, sehingga Dia datang."

10. KESAKSIAN DARIPADA KITAB UMAT YAHUDI (TALMUD)

Talmud adalah sangat terkenal sebagai Kitab suci menurut pandangan
orang-orang Yahudi. Ia dikumpulkan dalam jumlah yang amat besar, yang mana
setiap orang berminat untuk melihatnya. Salinannya telah dicetak dalam tahun
1943 di Amsterdam, dalam m/s 42 pernyataannya adalah : 'Isa telah disalibkan
sehari sebelum perayaan Paska. Kami memberi amaran kepadanya selama 40 hari
bahawa Dia harus dibunuh kerana Dia seorang ahli sihir dan merancang untuk
memperdayakan Israel dengan pengeliruannya. Dan apabila Dia tidak
melakukannya, Dia disalibkan pada hari perayaan Paska. Tidak ada seorang pun
yang berani tampil untuk membela Dia? Adakah Dia tidak membangkitkan
kejahatan? Melalui para nabi berkata, Ulangan 13:8 "kepada orang yang
melakukan seperti itu, jangan biar orang itu memujuk kamu, dan jangan
dengarkan kata-katanya. Jangan kasihani orang itu dan jangan lindungi dia.
Bunuhlah dia!"

SEBAB-SEBAB MENGAPA AL-MASIH 'ISA DISALIBKAN

Kita sering mendengar pertanyaan ini, khususnya sejak dewasa ini. Ini adalah
jawapan yang jelas kepada orang orang yang percaya kepada keimanan Kristian-
"Ini adalah untuk kita semua dan untuk keselamatan kita, Dia turun daripada
Syurga dan dilahirkan oleh perawan suci Maryam dengan Roh Kudus. Dia menjadi
manusia dan disalibkan untuk kita oleh Pilatus. Dia menderita dan dikuburkan
dan bangkit kembali pada hari ketiga dan naik ke Syurga."

Berikutnya dihurai beberapa Nas-nas Kitab Suci yang menunjukkan perlunya
al-Masih 'Isa wafat di atas kayu salib sebagai penebusan Manusia :

1.Perlunya manusia sejagat untuk penebusan.

Tidak ada keraguan bahawa semua orang memerlukan keselamatan, kerana dosa
terdapat dalam setiap hati manusia. Rom 3:23 berkata: "Semua orang sudah
berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka". Nabi Yesaya 53:6
berkata: "Dahulu kita semua seperti domba yang sesat, masing-masing mengikut
jalan sendiri, tetapi Tuhan menjatuhkan hukuman kepadaNya, hukuman yang
seharusnya dijatuhkan kepada kita." Yahya, dalam surat pertamanya,
1:8-10,berkata: "Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa , kita menipu
diri sendiri, dan Roh Allah tidak ada di dalam hati kita. Tetapi jika kita
mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janjinya dan melakukan
apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita
daripada segala perbuatan yang salah. Tetapi jika kita berkata bahawa kita
tidak berdosa, kita menjadikan Allah pendusta dan firmanNya tidak terdapat
di dalam hati kita."

Di dalam hati setiap manusia terdapat kesedaran bahawa penyesalan tidak akan
menghapuskan akibat-akibat dosa yang telah dilaluinya. Ia mesti mempunyai
makna yang lebih berkesan untuk memperolehi pengampunan; ini bermakna bahawa
kita terpaksa 'ditebusi Nya'. Kalau tidak, bagaimanakah boleh kita
menerangkan kewujudan pengorbanan yang wujud sejak awal masa lagi, dan
tersebarnya hakikat konsep pengorbanan penebusan di kalangan kebanyakkan
agama di dunia ini.

Adakah bukan kerana pertembungan konsep pengertian yang memerlukan sipesalah
untuk menebus dosanya?

2.Bukti daripada alasannya.

Setelah membaca dan mengetahui bahawa Allah adalah kudus dan bahawa manusia
berdosa, dan dosa adalah mengaibkan kesucian nama Allah dan membinasakan
manusia yang telah diciptakan oleh Allah seperti diriNya. Sekarang
sepatutnya Dia menjadi Hakim Tuhan. Tuhan tidak mahu membiarkan kecuali Dia
menghukum pendosa. Penyesalan, tetapi tidak kembali kepada peraturan, tidak
boleh dijadikan ukuran pergimbangan. Tidak ada sesuatu pun yang boleh
menebus dosa, untuk menebus dosa yang lepas. Kemuliaan dan keadilan serta
kesucian Allah tidak boleh dibayar dengan pertaubatan/penyesalan sahaja.

3.Penebusan dituntut oleh Undang-undang

Undang-undang Tuhan tidak boleh menolak kebenaran untuk menghakimi, untuk
itu berkata: "akibat dosa adalah kewafatan". Ia menuntut hukuman daripada
pesalah. Undang-undang yang mana menuntut pesalah adalah bukan sekadar
undang-undang. Undang-undang adalah 'dakwaan awan' dan apabila dakwaan ramai
tidak boleh melepaskan tuntutan undang-undang, pesalah harus dihukum; atau
dia patut dicela kerana tidak jujur dan tidak berpegang kepada undang-undang
keadilan. Ringkasnya, undang-undang, larangan Tuhan, menuntut hukuman
daripada pesalah atau penebusan dosanya. Di sini hati kita mesti sentiasa
penuh dengan pujian dan kesyukuran kepada al-Masih 'Isa yang menawarkan
penebusan ini kepada manusia; dan sebagai keputusannya, setiap orang
mestilah menerima Dia sebagai penyelamat peribadi, dalam namaNya,
mengampunkan dosa. Kerahmatan kepada semua manusia bahawa penebusan al-Masih
'Isa ini adalah untuk semua dan tidak seorang pun yang boleh berkata
al-Masih 'Isa wafat untuk dia. .Bagaimana hebatnya perkataan dalam Yesaya
53:12 "Oleh itu Aku akan ,memberikan Dia kedudukan yang mulia, kedudukan di
kalangan orang besar dan kenamaan. Dia rela mengorbankan nyawaNya, dan dia
dianggap sebagai orang jahat. Dia menanggung dosa banyak orang dan berdoa
agar mereka diampuni.". rasul Paulus berkata di dalam Ibrani 5:8-9, "Tetapi
meskipun 'Isa anak Allah, Dia belajar menjadi taat melalui penderitaanNya.
Oleh itu sesudah Dia menjadi penyelamat yang sempurna, Dia menjadi sumber
penyelamatan yang kekal bagi semua orang yang taat kepadaNya"

4.Penebusan kesusilaan manusia diperlukan.

Ini adalah benar bahawa manusia mempunyai kesusilaan dan perasaan yang
sentiasa untuk penghargaan yang tinggi, keadilan serta kesucian. Jika
seseorang tidak senang dengan dosanya dan tidak dapat mencari penebusan, dia
mempunyai masalah di dalam jiwanya dan akhlaknya terganggu.

Juga bersetuju bahawa manusia, walaupun jatuh ke dalam perbuatan dosa,
perasaan bimbangnya tidak dapat dimusnahkan. Kekuatan kesusilaannya sentiasa
boleh mengerti yang mana betul atau salah dan mengambil keputusan untuk
memusnahkannya ataupun untuk melakukannya (kebajikan).

Kita boleh berkata bahawa perasaan ini adalah suara Tuhan, Penciptanya , dan
sama sekali bertindakbalas kepada hukum undang-undangNya yang telah
diberikan melalui Nabi Musai, walau pun perasaan kebimbangan ini sahaja
tidak dapat menyelamatkan manusia daripada penghakiman.

Ia boleh mempengaruhi manusia daripada melakukan dosa, tetapi tidak boleh
membebaskannya. Percaya kepada undang-undang adalah bagus, tetapi
undang-undang juga tidak dapat melepaskannya. Undang-undang, rasul Paulus
berkata memempin kita kepada 'Isa.

Jadi, perasaan kebimbangan atau kesedaran daripada dosa menuntut kita kepada
pengantara yang benar, yang menebus dosa kita semua, tetapi dengan semua
kepentingan kebenaran ini, semua orang mesti berusaha untuk menyelesaikan
masalah kebimbangan dengan melakukan kerja yang benar, dan mengira kerja
baik ini adalah persamaan untuk pengampunan daripada Tuhan.

5.Rencana Tuhan Untuk Penebusan.

Jika tidak ada sebarang alasan untuk penebusan, Tuhan tidak akan
merancangkannya. 'Isa berkata di dalam Matius 20:28 "Kamu harus berbuat
demikian kerana Anak Manusia datang bukan untuk dilayani : Dia datang untuk
melayani orang serta menyerahkan nyawanya untuk membebaskan banyak orang".
Juga di dalam Yahya 3:16 'Isa berkata: "Allah sangat mengasihani orang di
dunia ini sehingga Dia memberikan Anaknya yang tunggal, supaya setiap orang
yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh kehidupan yang
sejati dan kekal."

Dalam Galatia 4:14 rasul Paulus berkata: 'Tetapi pada saat yang tepat, Allah
mengutuskan AnakNya sendiri ke dunia ini. Anaknya itu dilahirkan oleh
seorang wanita dan hidup di bawah Taurat."

Keagungan ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan mengasihani manusia
dengan kasih sayang yang sebenarnya. Kaya dengan pengampunan, kasih ini
dilimpahi dengan pengampunan yang telah ditunjukkan oleh 'Isa yang memberi
pernyataan melalui Korban Penebusan beliau dan telah pun menyempurnakannya
di atas kayu salib. Dan ini memberitahu bahawa Tuhan bukan sahaja suci dan
saksama, tetapi juga maha penyayang.Kesedaran manusia berdosa terhadap
penebusan melalui kasih dan kasih adalah ikatan yang menghubungkan dia
kepada kayu salib. Tanpanya Tuhan tidak dapat membuktikan kasihNya. Jadi
'Isa telah berkata, "Jika Aku ditinggikan, Aku akan membawa ramai orang
kepadaKu".

Pembaca budiman, kita hidup dengan penuh perasaan. "Berpeganglah kepada
undang-undang baru dan perbuatlah sewajarnya". Dan "di sinilah adanya
persaudaraan baru, terimalah ia". "Kami bersedia menolong", Tetapi kata-kata
ini adalah kosong yang mana ditinggalkan di atas kayu salib al-Masih 'Isa.
Tanpa kayu salib itu, semua "undang-undang baru" adalah sia-sia sahaja dan
"persaudaraan baru" adalah pembohongan dan "pertolongan" bertukar menjadi
perluasan senjata.

Kesilapan generasi kita adalah seperti orang-orang Yunani dan Yahudi dahulu;
yang mana pendapat mereka tentang penyaliban , memandangnya sebagai suatu
kebodohan, kelemahan, remeh serta menyinggung perasaan.

Anggapan kesilapan mereka bahawa mereka terlupa untuk bangun menangis
meminta pertolongan, atau berkata, "Anak domba Tuhan yang mengambil semua
dosa daripada dunia ini". Mereka terlupa Firman bijaksana yang termaktub di
dalam Amsal 14:34, "Keadilan meninggikan martabat bangsa, tetapi dosa
mendatangkan hinaan kepada bangsa".


--------------------------------------------------------------------------------

remnant

unread,
Jul 6, 2009, 3:09:52 AM7/6/09
to
KEBENARAN KITAB SUCI INJIL

Seperti yang telah saya gambarkan sejak awal dalam pencarian rohani saya,
hakikat pertama yang mengalakkan saya untuk memberi perhatian kepada
kebenaran yang terdapat di dalam Kitab Injil adalah satu ayat daripada Surah
Al-Maidah 68, yang mengesahkan bahawa Kitab Suci Injil adalah Kitab yang
benar untuk semua orang yang menyembah Tuhan dalam kebenaran, mengikut
kehendak Allah.

Terdapat banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang sering digunakan oleh
orang muslim,seperti saya dahulunya,yang telah disalah terjemahkan sebagai
bukti,bahawa Kitab Suci Injil adalah palsu dan telah diubah oleh sesetengah
pihak daripada orang jahil.

Selepas saya belajar tentang semua makna yang sebenarnya daripada ayat
Al-Quran yang sebenarnya,saya ingin belajar untuk memahami perkataan di
dalam Kitab Injil dengan sendirinya.

Saya cuba untuk mempercayai dan menguji bagaimana kebenaran yang terkandung
di dalam Al-Quran telah memimpin saya untuk membuat kesimpulan ini:

1.Surah Al-Baqarah 75

"Adakah kamu masih mengharap mereka untuk mempercayai kamu,padahal
sesetengah kumpulan daripada mereka yang mendengar perkataan Tuhan,kemudian
merubah dan selepas mereka belajar,mereka adalah orang yang bijak."

Di dalam terjemahan Muslim umumnya istilah "kumpulan mereka" (fariqun
minhum) adalah pakar Kristian/Yahudi yang mana kononnya telah mengubah
ayat-ayat Tuhan, yang terdapat dalam Taurat dan Injil.

Mengikut penyelidikan saya,makna surah Al-Baqarah 75 ini adalah tidak
begitu.Apa yang dimaksudkan "kumpulan mereka" adalah orang Muslim yang
daripada Yahudi dan Kristian yang menolak Islam selepas mereka telah belajar
pengajaran yang sebenarnya daripada Muhammad.Al-Quran juga telah mendakwa
bahawa mereka telah mengubah makna atau terjemahan ayat-ayat Al-Quran
bukannya Injil.

Ini boleh difahami dengan ayat yang berbunyi : " ...Adakah kamu (Muhammad)
masih mengharap mereka untuk mempercayai kamu? "kamu" dalam ayat ini jelas
menunjukkan Muhammad..Tetapi selepas mereka (Yahudi dan Kristian) telah
menerima Muhammad sebagai nabi mereka, mereka telah menolak Islam pula dan
dituduh menukar makna perkataan dari Tuhan, "Al-Quran", "dan mereka juga
dituduh adalah orang bodoh, penipu dan jahil.

Ayat Al-Quran ini tidak ditulis bertentangan dengan 'pakar-pakar Kristian
atau Yahudi' dan tidak juga mendakwa bahawa mereka ini telah mengubah Injil,
tetapi membincangkan tentang ayat-ayat di dalam Al-Quran sendiri.

2.Surah Al-Baqarah 106

"Yang mana ayat bahawa kami ada menghilangkan atau membuatkan orang
melupakan mereka,kami akan mengubah mereka dengan lebih baik atau sama taraf
antara satu sama lain.."

Dengan "menghilangkan ayat" di dalam Surah Al-Baqarah 106 ini, orang Muslim
berpendapat bahawa ayat di dalam Injil dan Taurat.

Tetapi pada sesetengah terjemahan Al-Quran, kamu boleh mencarinya bahawa
"menghilangkan ayat" bermakna beberapa ayat Al-Quran, kerana undang-undang
mereka dan hukum-hukum mereka sudah dimansuhkan. Buku "Al-Tajuddin Fil
Islam" berkata bahawa terdapat "sekurang-kurangnya 5 hingga 50 ayat di
dalam Al-Quran telah dimansuhkan."

Ramai orang berkata bahawa makna "menghilangkan ayat",adalah kerana
kekhuatiran terhadap mukjizat Nabi Muhammad, kerana Muhammad sebagai nabi
yang diturunkan wahyu dari Allah, tidak mampu untuk melakukan mukjizat
seperti Musa dan Isa, nabi yang datang sebelumnya.Oleh itu ayat surah
Al-Baraqah 106 tidak boleh dijadikan bukti untuk menolak kesahihan Injil
sebagai Kitab Suci dari Tuhan yang berdasarkan kebenaran untuk setiap insan
yang ingin mengikut kehendak Tuhan.

3.Surah Al-Maidah 13

"...kerana mereka telah melanggar janji mereka,kami mengutuk mereka,dan
membuatkan hati mereka keras seperti batu.Mereka seronok menukarkan
perkataan Allah daripada tempat mereka dan mereka (bermaksud) untuk
melupakan sesetengahnya yang mereka ingat,dan kamu (Muhammad) akan sentiasa
melihat pengkhianatan daripada mereka,melainkan beberapa daripada mereka
yang tidak menghianati."

Perkataan "mereka" dalam surah Al-Maidah 13, biasanya mereka menambah
"Yahudi/Kristian" dalam tafsiran mereka, dan daripada ayat ini , "mereka
seronok mengubah perkataan Allah daripada tempat mereka", mereka
menterjemahkan bahawa kebenaran di dalam Injil dan Taurat yang ditukar dan
dihilangkan.

Sebenarnya ayat ini, perkataan dalam surah Al-Baqarah 75,telah diamalkan
oleh sesetengah orang Muslim semasa kehidupan Nabi Muhammad, mereka yang
benar-benar percaya sejak awal lagi akan agama Yahudi dan Kristian ,
berbalik kepada Islam dan kemudiannya beralih semula kepada agama mereka
sendiri dan menolak Islam.Al-Quran menuduh mereka mengkhianati ayat Al-Quran
dengan mengubahnya kepada perkataan mereka.Mereka menolak pengajaran Islam,
selepas mereka belajar pengajaran yang sebenarnya daripada Muhammad. Maksud
ini boleh dibaca di dalam ayat surah Al- Maidah 13:7-14.

Jelasnya,ayat di dalam surah Al-Maidah 13 juga tidak boleh digunakan sebagai
asas untuk menolak kebenaran di dalam Kitab Suci Injil.

PENUTUP

Terdapat banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang sama nadanya seperti di
atas; iaitu yang kononnya sama-sama menolak kesahihan dan kewibawaan Kitab
Suci Injil.Sesudah mengkaji dan menyelidik secara sungguh-sungguh,saya
mengaku bahawa tidak ada satu ayat pun di dalam Al-Quran yang mana tidak
menyatakan pernyataan bahawa Injil dan Taurat adalah palsu atau diubah
daripada kebenaran yang sebenar.

Akhirnya,saya membuat kesimpulan bahawa apa yang dikatakan di dalam Al-Quran
di dalam Surah Al-Maidah 68,Al-Baqarah 62,Al-Sajadah 23,dan lain-lain yang
saya tegaskan daripada dahulunya lagi,adalah kenyakinan bahawa Kitab Injil
dan Taurat adalah benar-benar untuk setiap orang yang mahu menyembah Tuhan
mengikut kehendakNya.


0 new messages