thanks in advance
mike
The following letter is from the Ministry of International
Trade and Industry (Malaysia) on how to bring your vehicles back to
Malaysia. Note that the word "kenderaan" applies to all types of
vehicles, and not just to cars. A side note: all correspondence to
the Ministry of International Trade and Industry MUST be conducted in
Bahasa Malaysia.
-----------------------
Saudara,
Pengeluaran Lesen Import Bagi Kenderaan Persendirian
----------------------------------------------------
Saya ingin merujuk kepada perkara yang tersebut diatas. Kerjasama
saudara adalah diminta supaya memaklumkan kepada semua
pelajar-pelajar/warganegara-warganegara Malaysia yang bermastautin di
luar negeri melalui papan-papan notis, surat edaran ataupun disebarang
perjumpaan mengenai pengimportan kenderaan persendirian yang ingin
di bawa masuk ke Malaysia.
2. Sebagaimana yang saudara sedia maklum, selaras dengan dasar
perlindungan semasa, lesen import tidak dikeluarkan kepada pihak
individu di Malaysia. Pengecualian hanya diberikan kepada:
1) warganegara yang bermastautin lebih dari satu tahun di
negara asing dan
2) Telah pun mendaftar dan menggunakan kenderaan yang ber-
kenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan
sebelum mereka pulang ke tanahair.
3) Kementerian juga tidak akan mengeluarkan sebarang lesen
import sebelum seseorang warganegara pulang terus ke
Malaysia.
4) Sebarang lesen import kenderaan hanya dikhaskan untuk
kegunaaan persendirian sahaja. Warganegara yang layak
tidak boleh membeli dan membawa pulang kenderaan untuk
mana-mana pihak seperti ahli keluarga, kawan-kawan dan
sebagainya.
3. Kementerian ini telah memperolehi bukti bahawa terdapat
pihak-pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan lesen import tersebut
untuk meraih keuntungan. Sebagai langkah untuk memastikan tidak ada
pihak ketiga yang mengambil kesempatan, Kementerian ini telah
mengenakan syarat dimana pemohon sendiri hadir untuk mengemukan
permohonan lesen import kenderaan persendirian. Walau bagaimanapun,
ingin ditegaskan disini bahawa kemudahan memperolehi lesen import
untuk membawa pulang kenderaan ini adalah merupakan satu keistimewaan
dan bukanlah satu hak. Oleh yang demikian, Kementerian ini boleh
menolak mana-mana permohonan lesen import yang diragui.
4. Oleh yang demikian, pemohon-pemohon perlulah diberitahu dengan
sewajarnya mengenai syarat-syarat yang diterangkan seperti di para 2
di atas supaya mereka tidak akan menghadapi masalah setelah pulang
ketanahair dan mengemukakan permohonan lesen import yang diperlukan.
Sekiranya terdapat warganegara yang menghadapi masalah, sila
nasihatkan supaya mereka berhubung dengan pihak saudara ataupun terus
di alamat berikut:-
Unit Import Eksport,
Bahagian Perdagangan Antarabangsam
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Tingkat 2, Blok 10,
Kompleks Bangunan Kerajaan,
Jalan Duta,
50622 KUALA LUMPUR.
Tel: 03-2546022, 2540033, 2548044.
Fax: 03-2550827
Sekian, terima kasih.
"CINTAILAH BAHASA KITA"
----------------------------
===------
NorAazizam MohdAAsif
The white man made many promises to us but they never kept but one; they
promised to take our land and they took it.
Red Cloud