MAKLUMAN AWALAN: BENGKEL SEMAKAN PENYELIDIKAN INTROP 2012

2 views
Skip to first unread message

aida mazreena

unread,
Jul 19, 2012, 11:15:18 PM7/19/12
to dr. paridah, J. Weber, Harmaen, a_ainuddin, Dr.EdiSyam, Syamsul Herman, Hazandy Hamid, srid...@gmail.com, Ismail Adnan Abd Malek, Prof Madya Dr Luqman, Dr. Luqman, mohd shahwahid, Dr Zaidon, zaisa_ika, norfaryanti kamaruddin, so-i...@googlegroups.com, Kamaazira Md Basiri, Nurshuhada Othman, Maznaliza Mazlan, Ct Najihah Zahari, Mohamad Saroto
Salam,

Y.Bhg Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tuan/Puan,

 

BENGKEL KEMAJUAN DAN HASIL PENYELIDIKAN INTROP 2012

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

 

Sukacita dimaklumkan Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) akan menganjurkan Bengkel kemajuan dan Hasil Penyelidikan INTROP seperti berikut:

 

Tarikh              :           1 Ogos 2012 (Rabu)

Masa               :           8.15 pagi – 4.30 petang

Tempat            :           Bilik Mesyuarat INTROP Infoport


Objektif Bengkel ini adalah untuk mengetahui kemajuan projek penyelidikan di INTROP serta hasil penyelidikan bagi projek yang telah tamat. Bengkel ini diadakan bagi mematuhi prosedur ISO skop pengurusan penyelidikan di mana setiap ketua projek perlu membentangkan kemajuan dan hasil penyelidikan masing-masing selepas setahun projek diterima dan setelah projek tamat pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.

 

Sehubungan itu, saya bagi pihak Pengarah INTROP menjemput Y.Bhg Prof/ Prof Madya/Dr/Tuan/Puan membentangkan kemajuan dan hasil penyelidikan bagi setiap projek penyelidikan yang telah diletakkan di bawah INTROP. Durasi pembentangan projek hanyalah diberi tempoh 5 sehingga 10 minit bagi setiap projek penyelidikan serta tiada format khusus untuk pembentangan.  Sekiranya ketua projek tidak dapat hadir, ketua projek perlu menghantar  wakil projek yang aktif untuk melaksanakan pembentangan tersebut.

 

Di akhir Bengkel ini, setiap ketua projek perlu menghantar Laporan Kemajuan Projek Penyelidikan (PU/PY/BR09/LKP), Laporan Semakan Penyelidikan (PU/PY/BR14/LSP) atau  Laporan Akhir Projek (PU/PY/BR10/LAP) yang lengkap kepada Urusetia.

                                                         

Kehadiran adalah WAJIB bagi setiap Ketua Projek. Sekiranya tiada wakil dari setiap projek semasa bengkel berlangsung, Y.Bhg Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan hendaklah membuat surat tunjuk sebab kepada Pengarah INTROP dan sesalinan kepada Pejabat Naib Canselor (TNCPI). Surat Jemputan Rasmi beserta Borang Makluman Pengesahan Kehadiran akan dihantar kepada Y.Bhg Prof/ Prof Madya/Dr/Tuan/Puan dalam masa terdekat ini.

 

Kerjasama Y.Bhg Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. 


Yang menjalankan tugas,


Aida Mazreena Alauddin

Urusetia


p/s: En.Mad: Anggaran peserta bengkel ini adalah sebanyak 33 orang.


--
Aida Mazreena Alauddin
Science Officer
Institute of Tropical Forestry and Forest Products
Universiti Putra Malaysia

Tel :  03- 8947 1886

e-mail: aidama...@gmail.com
          

I added cool Smileys to my email with Expresso Emoticons - try it here free!
SENARAI PROJEK PENYELIDIKAN DI INTROP.doc
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages