Ucapan Terima Kasih

1,281 views
Skip to first unread message

Pon

unread,
Nov 18, 2010, 7:54:36 AM11/18/10
to SMSPP7781
Assalamualaikum Geng,

Deen mewakilkan aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
memberi ucapan takziah kepadanya melalui blog dan sms.
Untuk Pengetahuan semua Bonda kesayangan Deen telah selamat
disemadikan pada jam 6.50 ptg. tadi (18/11/2010) sebelum itu kami
menyembahyangkan jenazah beliau di Surau Kpg. Besar Tasek Gelugor pada
jam 6.00 ptg.
Walaupun langit mendung seperti hujan akan turun dgn lebat tapi dgn
kuasa ALLAH S.W.T hanya hujan gerimis saja yg turun sepanjang masa
pengkebumian tadi Alhamdullilah diatas kurniaan ALLAH S.W.T.
Sama-samalah kita berdoa agar roh Bondanya ditempatkan bersama insan2
yg beriman dan beramal soleh. Amin.......

Wassalam

Yong Rashidah Mat Tuselim

unread,
Nov 18, 2010, 10:46:47 AM11/18/10
to smsp...@googlegroups.com
Ameen...
Salam takziah buat Deen & keluarga.  Semoga tabah dan redha menghadapi ketentuanNya.
Al-Fatehah buat bondamu.

InsyaAllah Deen, semua amalan dan doa yang dihadiahkan pahalanya kepada arwah akan sampai kepadanya...


AMALAN YANG BERTERUSAN SETELAH MENINGGAL:


Diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah saw telah bersabda;       "Ada tida pekara yang mengikut mayat, antaranya dua pulang dan satunya tidak. Yang mengikutinya ialah harta dan keluarganya, kemudian kedua-duanya pulang dan yang hanya tinggal tetap adalah amalannya."  Telah diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari hadis Qatadah dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah bersabda "Ada tujuh pekara yang pahalanya tetap berlaku bagi seorang hamba setelah ia meninggal dan ketika ia berada di kuburan. Iaitu orang yang pernah mengajar ilmu, yang mengalirkan sungai, yang menggali kolam air, yang menanam pokok korma, yang mendirikan masjid, yang mewarisi Mushaf atau yang meninggalkan anak soleh yang mahu mendoakan keampunan untuknya setelah ia meninggal dunia ".  Hadis Qatadah ini gharib kerana hanya diriwayatkan secara tunggal oleh Abu Nu'aim dari Al Azrami Muhammad bin Abdullah dari Qatadah.  Tetapi hadis ini juga telah diriwayatkan oleh Imam Abu Abdullah bin Muhammad bin Yazid bin Majah al Qazuwaini dalam sunan nya dari hadis al Zuhri.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Abdullah al Aghar dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya termasuk amal dan kebajikan yang menyusul seorang mukmin setelah kematiannya ialah ilmu yang ia ajarkan dan ia disebar luaskan, anak soleh yang ditinggalkan, mushaf yang ia wariskan, masjid yang ia dirikan, rumah yang ia bangunkan untuk Ibnus Sabil, sungai yang ia alirkan atau sedekah yang ia keluarkan dari hartanya sewaktu ia masih sehat yang menyusul setelah ia meninggal dunia".


Diriwayatkan oleh Abu Hadiyah @ Ibrahim bin Hadiyah bahawa ia mendengar Anas bin Malik mengatakan bahawa Rasulullah bersabda  "Sedekah yang kamu keluarkan atas nama mayatmu akan dibawa oleh malaikat dan diletakkan di atas dulang dibuat dari cahaya. Kemudian ia berdiri di atas bahagian kepala mayat yang ada di dalam kubur lalu menyeru "Wahai penghuni kubur yang asing, keluargamu mengirimkan hadiah ini kepada mu maka terimalah ". Kemudian malaikat itu masuk ke dalam kuburnya hingga kuburnya diperluas dan diberi cahaya di dalamnya. Penghuni kuburan itu berkata "Semoga Allah memberikan balasan terbaik kepada keluargaku". Berkata penghuni kuburan di sebelahnya "Sayang sekali aku tidak meninggalkan seorang anak atau sesiapa pun yang mahu mengingatiku dengan mengirimkan sesuatu". Ia berasa sedih manakala yang lain merasa gembira berkat sedekah."  Hadis ini adalah sebuah hadis daaif yang terdapat dalam kitabnya bertajuk "as Silsilat adh Dhaifat" (486).


Basyar bin Ghalib bercerita " Aku bermimpi bertemu dengan Rabi'ah al Adawiyah, seorang wanita yang soleh dan sangat tekun beribadah. Aku selalu mendoakannya, ia berkata " Hai Basyar, hadiahmu telah aku terima dalam sebuah dulang yang diperbuat dari cahaya ditutupi sehalai sapu tangan dari sutera. Begitulah, hai Basyar, doa orang-orang mukmin yang masih hidup kepada saudara-saudara mereka yang telah meninggal dunia. Doa mereka diterima dengan berkata "Ini hadian sipulan untuk mu ".


 - Sirah Imam al Qurthubi Andalusia.





From: Pon <sbr...@gmail.com>
To: SMSPP7781 <smsp...@googlegroups.com>
Sent: Thursday, November 18, 2010 20:54:36
Subject: Ucapan Terima Kasih
--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "SMSPP7781" group.
To post to this group, send email to smsp...@googlegroups.com.
To unsubscribe from this group, send email to smspp7781+unsub...@googlegroups.com.
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/smspp7781?hl=en.


Shakirah Mohd Abd Rahman

unread,
Nov 18, 2010, 10:30:57 PM11/18/10
to smsp...@googlegroups.com
Assalamualaikum Deen dan rakan-rakan yang lain!
 
Saya sempat juga ziarah Allahyarhamah Ibunda Deen sebelum asar semalam. Takziah buat Deen sekeluarga atas kehilangan Ibunda yang tersayang. Saya harap Deen dan keluarga bersabar atas pemergiannya dan kita seharusnya redha dengan pemergiannya dalam bulan yang mulia dan Allah mempermudahkan pemergiannya berkat amalannya yang kuat beribadat dan selalu ke Masjid. Semoga
rohnya ditempatkan bersama-sama roh para solehin. Amin


From: Pon <sbr...@gmail.com>
To: SMSPP7781 <smsp...@googlegroups.com>
Sent: Thu, November 18, 2010 8:54:36 PM
Subject: Ucapan Terima Kasih

deenj...@gmail.com

unread,
Nov 18, 2010, 10:43:46 PM11/18/10
to Smspp
Thanks Kirah tak sedak pun U mai Pon n Ana/Suami ada masa tuu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: Shakirah Mohd Abd Rahman <kir...@yahoo.com>
Date: Thu, 18 Nov 2010 19:30:57 -0800 (PST)
Subject: Re: Ucapan Terima Kasih
To unsubscribe from this group, send email to smspp7781+...@googlegroups.com.

zzulk...@gmail.com

unread,
Nov 18, 2010, 10:46:18 PM11/18/10
to Tuan2 & Puan2 Ex-SMSPP7781
Salaam semua,

Sahabat kita Nizar Zulkifli SMSPP7680 meninggal dunia awal pagi tadi di sek 5, Wangsa Maju, KL. Tolong sebarkan berita sedih ini.

Alamat rumah Allahyarham:
74 Jalan 2/27C, Seksyen 5 Wangsa Maju (dekat Carrefour Wangsa Maju). kebumi tak tau kat mana lagi.

Moga rohnya di tempatkan bersama mereka yg beriman dan beramal soleh..Amin..

Al-Fatihah
Zull n family

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Date: Fri, 19 Nov 2010 03:43:46 +0000

jalil karim

unread,
Nov 19, 2010, 3:48:26 AM11/19/10
to smsp...@googlegroups.com
Assalamualaikum semua sahabatku,

Aku. ArtLeh,Derigh telah sempat menziarahi jenazah aruah Nizar tadi. Untuk makluman semua, aruah meninggal jam 8.30 pagi tadi akibat kanser paru-paru/hati.

Jenazah telah disembahyang selepas solat Jumaat dimasjid Abu Ubaidah (Tmn Sri Rampai, Setapak) dan telah dikebumikan dlm jam 3.30 di Taman Batu Muda, Batu Caves.

Rezeki aruah, ,meninggal pagi Juma'at dan disembahyang oleh ramai jemaah di Masjid after solat Jumaat. Aruah nampaknya begitu tenang dan aman, Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.  Al-Fatihah


Kepada kita yang masih hidup,
Kubur sentiasa memanggil kita,
Dimana? Bila? Sebab apa? Kenapa kita mati?
Hanya Allah SWT sahaja yang tahu,

Mari buat persiapan awal,
Sediakan amalan2 utk bekalan,
Harta benda bukan lagi jadi sukatan
Iman dan Amalan jadi ukuran

Mari kita lipat gandakan taubat
Mari bangun malam utk tahjud
Buat kesalan, akui kesalahan
Mohon Kemaafan
Semoga kita bejaya di Dunia & Akhirat


Untuk peringatan semua sahabatku dan diriku sendiri...Allahuakbar

Sharifah Mastura Syed Mohamad

unread,
Nov 19, 2010, 7:08:46 AM11/19/10
to smsp...@googlegroups.com
Takziah diucapkan kpd Deen atas pemergian bonda tercinta. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersemadi bersama sebagai hamba yang soleh.

 


From: Pon <sbr...@gmail.com>
To: SMSPP7781 <smsp...@googlegroups.com>
Sent: Thu, November 18, 2010 8:54:36 PM
Subject: Ucapan Terima Kasih

Sharifah Mastura Syed Mohamad

unread,
Nov 19, 2010, 7:09:56 AM11/19/10
to smsp...@googlegroups.com
Takziah kpd keluarga Nizar.


From: "zzulk...@gmail.com" <zzulk...@gmail.com>
To: Tuan2 & Puan2 Ex-SMSPP7781 <smsp...@googlegroups.com>
Sent: Fri, November 19, 2010 11:46:18 AM
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages