Untuk makluman Dato'/Datin/Tuan/Puan sahabat-sahabat sekalian, ada lima (5) kenduri kahwin diadakan pada masa, tarikh dan kampung
yang sama. Oleh kerana itu sayugia
saya ingin menceritakan pelan perjalanan untuk ke rumah saya.
Dari Exit Toll Taiping (U) - sila jalan terus ke Kamunting - tuan/puan nanti jumpa Kilang Silverstone - terus lagi nanti jumpa Pasaraya Econsave - terus lagi naik Flyover - kemudian turun ambik belah kiri (Traffic Light) - belok kiri masuk Kampung Expo.
Dari Taiping - sila jalan terus ke Stesen Bas Kamunting Raya - tuan/puan nanti jumpa Kedai Minyak Petronas - KFC Kamunting - Kedai Minyak Caltex - kemudian belok kanan sebelum flyover - masuk Kampung Expo.
Bila dah masuk Kampung Expo - mudah saja. Jalan terus sehingga jumpa banyak signboard (SM Kamunting, Sekolah Tamil, Sekolah Rendah, dsb.) - JANGAN belok Kiri - Jalan terus lagi sehingga jumpa Jalan Kolam 1 - belok kiri dan nanti akan jumpa rumah saya.
Di Jalan Kolam 1 ada 2 kenduri - rumah aku dengan rumah Tok Penghulu (Ahmad Azam) - Jadi sila pastikan hangpa mai rumah aku dulu.
Di area SM Kamunting dan Sekolah Tamil ada 2 kenduri jugak ( Kenduri rumah Cikgu Razlan dan Kenduri Puan Maryam/Fatimah )
Di area Sekolah Rendah ada 1 lagi kenduri (Kenduri rumah Cikgu Nazmi - seorang blogger )
Semoga dengan kedatangan sahabat-sahabat akan dapat menyerikan lagi
majlis saya ini dan diharap dapat mengeratkan lagi silaturrahim
antara kita.
Sekian. Harap maklum.
Ahmad Zawawi Bin Musa
019-5781827