Forum Perdana Maal Hijrah 5 Muharam

244 views
Skip to first unread message

mfaizal...@gmail.com

unread,
Dec 10, 2010, 6:37:33 PM12/10/10
to SMS
Forum Maal Hijrah
Hijrah Mengilas Cermin Kita Hari Ini
Ustaz Riduan. Mohd Noor - Moderator
Ustaz Mohd Noh Hamzah
Ustaz Nik Abduh Nik Aziz ( anak Nik Aziz)

Firman Allah bermaksud Dan ingatlah apabila orang kafir merancang nak usir atau bunuh kamu maka Allah pun merancang dan perancangan Allah lagi baik

Ustaz Nik Abduh
Apa tersirat dalam peristiwa hijrah

Awal hijrah manusia berkumpul dimasjid mengingati hijrahtul rasul. Dua perkara besar disentuh umat Islam. Bila datang tahun baru manusia mula muhasabah diri. Allah beri waktu yang berulang ulang supaya kita data mengingati waktu. Islam kita ada cara kita muhasabah berbanding manusia lain memilih 1 Januari. Syarikat pun menilai prestasi syarikat dan kewangan syarikat.

Diawal tahun kita sambut peristiwa hijrah. Hijrah berlaku pada bulan Rabiul Awal tapi kita sambut awal tahun dibulan Muharam. Pemilihan ini sebenarnya di ilhamkan Allah. Dalam pemilihan tahun ini Saidina Umar meninggal beberapa peristiwa besar seperti tahun kelahiran nabi saw kerana kelahiran nabi bawa rahmat pada alam, atau peristiwa Nabi saw diangkat jadi rasul atau Israk Mikraj atau perang badar ataupembukaan kota Makkah. Dalam memilih tahun hijrah ini Saidina Umar meninggalkan 53 tahun umur nabi. Saidina Umar ini sahabat besar kerana nabi saw pernah sabda kalau ada Nabi selepas aku, Umar lah orang nya. Tahun Islam tidak berlaku semasa zaman nabi tapi di ilham semasa zaman Saidina Umar.

Zaman nabi sahabat hanya kira hari tidak kira tahun. Datang bulan sabit sehingga bulan penuh . Allah sebut dalam Quran supaya guna bulan untuk mengira waktu. Zaman Saidina Umar Islam telah meluas jajahan Islam. Beberap hari akan sambut 31 Disember dan guru akan suruh anak murid tanam azam baru. Tapi ini tidak ada roh. 30 peratus azam tahun baru lenyap lepas 2 minggu dan orang lupa tahun baru.

Dalam surah At Tawba Allah sebut "kalau kamu wahai sahabat nabi tak nak tolong nabi aku sesungguhnya dia telah ditolong oleh Allah." Manusia tanya tapi dalam ayat lain Allah suruh kita tolong nabi. Sebenarnya kita disuruh tolong nabi untuk diri kita. Allah dan nabi tak perlu kita. Soalan kedua disebut Allah tolong nabi tapi 13 tahun nabi dan sahabat dibiarkan terseksa 13 tahun diMakkah. Sehingga ada sahabat tak tahan minta nabi berdoa. Ada yang mati, yang diseksa dan mereka melihat nabi diseksa. Mereka menanti tapi tak sabar. Allah cerita dalam ayat tadi satu peristiwa Muhammad patut dibunuh dalam perancangan kabinet Quraisy tak boleh tangkap, tak boleh ISA tak kena bunuh. Mereka bincang siapa nak bunuh Muhammad sebab Muhammad dari keluarga mulia dan keluarga dia akan tuntut bela. Mereka kata kita bunuh ramai ramai setiap kabilah hantar wakil. Ini ketuanan Arab.

Nabi dalam nak keluar dari Makkah merancang segala strategi, nabi bapa segala strategi rancang pakai kambing buang kesan tapak kaki, jalan ikut jauh. Tapi akhir strategi nabi kalah apabila Quraisy hantar pakar kesan tapak kaki sehingga mereka kesan ke Gua nabi saw bersembunyi. Masa tu Abu Bakar dah menangis kerana lihat tak ada jalan keluar lagi. Allah sebut dalam Quran ketika mana nabi dan Abu Bakar berada dalam gua Muhammad kata pada Abu Bakar jangan bersedih Allah bersama kita. Ini Allah beritahu pada manusia bila kita lihat jalan buntu maka Allah yang tolong Nabi saw. Akhir orang Quraisy pun ingat Muhammad sudah tinggal kota Makkah. Allah campak ketenangan dalam hati Nabi saw dan Abu Bakar. Selepas 13 masa nabi hijrah Allah pusingkan roda kalimah kufur kebawah dan kalimah Islam naik ke atas. Pemimpin seperti Saidina Umar menuntut umat Islam tak boleh duduk dia tapi berfikir bagaimana hendak naikan Islam.

Ustaz Moh Noh Hamzah

Kenapa nabi2 dan rasul2 berhadapan dengan ujian. Allah kata ingat semula tentang sejarah orang2 kafir yang ingkar terhadap Allah dan rukun Iman membuat segala perancang nak usir dan bunuh. Allah juga merancang maka Allah sebaik baik perancang.

Nabi Ibrahim berhijrah. Nabi Ibrahim sebut aku berhijrah ke tuhan ku maka Allah menolong aku. Nabi Musa berhijrah keluar dari kota Mesir, nabi Noh berhijrah dengan bahtera. Nabi nabi berhijrah untuk bina tamaddun Islam. Nabi saw behijrah ke Madinah yang bermaksud tempat Islam atau tamaddun Islam dari kalimah danah atau addin maksud agama. Nabi nak bawa tamaddin dalam pembinaan hidup dunia mereka yang berkait dengan akhirat. Mula nak bina ialah hati dan jiwa manusia. Nak bina hati dan jiwa ialah dengan aqidah. Nak bina kena 3 syarat

1. Manusia yang nak bina tamaddun
2. Pemimpin yang nak bina tamaddun
3. Sumber dari hukum Allah terlaksana

Ini tak dapat dibina di Makkah kerana masyarakat dan pemimpin tak dapat terima.

Di Madinah masyarakat sudah sedia terima tamaddun dan nabi saw sebagai pemimpin. Nabi di Madinah mula buat piagam Madinah sebagai sumber rujukan dan Nabi mula bina Masjid. Nak buat masjid nabi saw biar unta dia jalan kerana Allah memandu nya. Yang ketiga nabi saw bina Ummah. dalam sejarah Islam ramai ulama dipenjara dan dibunuh. Seorang penjajah Inggeris berkata kita tak mampu membunuh dan memenjara mereka semua tapi kita kena jauhkan mereka dari Al Quran. Hari ini orang kafir berjaya memjara dan membunuh minda umat Islam.

Sessi soal jawab
1. Ada dosa besar meninggal hukum Allah

Dalam hadis nabi sebut Islam ini diikat dengan macam macam ikatan. Diakhir zaman ikatan ini akan putus satu demi satu. Putus mesti ada sebab kerana orang kafir berusaha memutuskan. Yang pertama putus ialah hukum Islam. Macam kina nak bunuh pokok kita racun pokok bunuh akar. Yang terakhir akan putus ialah solat. Masa itu hakikat nya Islam pada nama tapi mereka sudah murtad. Umat Islam yang membantu mengekalkan hukum penjajah berbanding menegakan hukum Islam ada lah dosa besar. Dalam surah Al Maidah Allah sebut barang siapa tak berhukum dengan hukum Allah kecuali kamu kafir, zalim atau fasik. Fasik ini tidak berlaku kecuali dengan dosa besar.

2. Bagaimana nak berhadapan dengan mereka yang tak boleh terima hukum Allah

Kita kena tahu sasaran kita. Kalau orang kafir kita tak boleh marah sebab dia memang kafir. Yang masaalah ialah orang Islam yang tolak hukum Islam.

Orang Islam ni kita kena tanya awak nak bincang atas dasar ilmu atau sentimen. Kalau sentimen atas dasar benci payah nak bercakap. Macam poligami kena tanya ditolak hukum poligami atau tolak perlaksanaan poligami. Kalau tolak hukum poligami kafir tapi tolak perlaksanaan poligami maka boleh berbincang. Macam kita tanya kita percaya tak ayat Quran. Kita kata percaya dan baca ada ayat hudud. Dia kata dia percaya tak tak setuju cara perlaksanaan hukum ini. Inteklitual barat yang adil boleh terima hukum hudud Islam sebagai hukum paling adil dan baik. Tapi orang Islam tak dapat terima. Minda umat Islam telah beratus tahun dijajah kita kena guna ilmu untuk buat mereka faham. Tapi ada orang yang Allah beri hidayah untuk terima hukum Islam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

IMG00024-20101211-0625.jpg
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages