Darjah Kedudukan Manusia

222 views
Skip to first unread message

Zakaria Noor Bakri

unread,
May 6, 2010, 6:24:18 AM5/6/10
to smsp...@googlegroups.com
Salam Sahabat-sahabat SMSPP,

Ini adalah rajah ringkas berkenaan darjah kedudukan diri. Moga-moga
boleh kita dapat jadikannya sebagai guide-line dalam membetulkan diri
kita setiap hari.

Kalau ada apa-apa kemuskilan/soalan/komen, boleh lah kita selesaikan bersama.

--
Selamat Datang ke SMSPP7377 e-Group
Welcome to SMSPP7377 e-Group
DA.jpg

zawawi musa

unread,
May 6, 2010, 8:23:15 PM5/6/10
to smsp...@googlegroups.com
Assalamua'laikum wr. wb.
 
Tuan Guru Noor Bakri,
 
Mintak maap kalu nak tanya skit..
 
Tuan dapat risalah nih dari mana ? Rujukan kitab boleh bagi sekali ka ?
 
Ana nampak macam ada perkataan Al-Maunah, Silat dan Gayung.. boleh ka tuan cerita serba sedikit..
 
Rajin bertanya tak sesat jalan..
Jawi.

--- On Thu, 5/6/10, Zakaria Noor Bakri <smspp73...@gmail.com> wrote:

Zakaria Noor Bakri

unread,
May 8, 2010, 4:30:25 AM5/8/10
to smsp...@googlegroups.com
Saudara Jawi,

Rajah kedudukan itu dibuat oleh tokguru saya, Sheikh Hj Ahmad Junaidin
6-7 tahun lepas.
Ianya dari rumusan beberapa kitab - bab akhlak.

Walau pun tak ada soalan(direct) dari saudara, saya akan cuba cerita
sikit-sikit atas istilah yang digunakan daram rajah ini,

Yang di namakan/bangsakan 'SILAT' ialah dari perkataan 'Sil silati'
yang bermaksud 'salasilah'.Salasilah yang membawa maksud ilmu dan amal
yang diambil dari tangan ulama yang mengambil dari tangan ulama sampai
kejunjungan Nabi kita Muhammad s.a.w. Dengan itu, apa-apa yang tak ada
kaitan dengan Rasul tidak boleh dipanggil 'silat' walaupun dinamakan
diri itu pada perkataan 'silat'.

Apa-apa ilmu dan amal yang tak ada salasilah, maka dipanggil 'GAYUNG'
iaitu ilmu dan amal yang dicedok/ambil dengan cara tidak terhormat
(curi) dan ia semata-mata pada 'ADAT' bukan 'SYARAK'.

Dengan menggunakan istilah diatas, amalan wirid, tasbih, tahmid dan
doa dalam 'silat' datang dari ulama muktabar dalam bab iman, islam,
ehsan, jihad diri dan harta benda. Amalan-amalan ini dibuat
semata-mata untuk takarub dan tabaruk diri pada Allah semata-mata.
Perkara-perkara mencarik adat yang dzohir darinya berupa
maunah(makwanah) ialah pertolongan yang Allah datangkan pada hambaNya
yang soleh yang mengambilnya sebagai wali, iaitu 'tunduk dan minta
tolong'. Karomah pula dikurniakan Allah pada kekasihNya sebagai tanda
memuliakan hambaNya itu.

Berlainan dengan 'GAYUNG', amalan wirid, jampi dan doa, walaupun
menggunakan ayat-ayat Al-Quran, ia disertakan dengan pantang larang
atau syarat. Ia (gayung) mengajar bahawa 'ayat' (yang diamalkan)
memberi bekas (istilah 'memberi bekas' pun kena sembang panjang) dan
perka-perkara ini merosakkan 'iman' pengamalnya.

Saya berhenti dulu. Perkara macam ni kena dengan perbincangan secara
sikit-sikit/pelahan-lahan dan secara terbuka. Istilah yang digunakan
tidak dengan sia-sia tetapi untuk mendekatkan fahaman. Saya akan jawab
apa-apa kemuskilan/soalan. Saya alu-alukan untuk kebaikan bersama.

Terima Kasih

zawawi musa

unread,
May 8, 2010, 5:48:14 AM5/8/10
to smsp...@googlegroups.com
Saudara Bakri,
 
Masih terlalu awai untuk aku digest apa yang nak disampaikan oleh Tuan Guru hang.. Sabit tuh la kita kena mengaji sampai ke toa..tuh pun aku tak berapa pasti samada hang masih ingat lagi ka atau pun dak apa yang hang belajag 6-7 tahun yang lalu..
 
Kalu Tuan Guru tuh masih ada..alhamdulillah..boleh pi rujuk semula dekat dia..kalu tidak kena la cari Tok Guru lain pulak untuk timbang-tara supaya ianya tidak menyimpang dari matlamat asal dimana ilmu itu hendak diamalkan..
 
Mengenai proses menyalin pula ada berbagai-bagai cara..cuma yang paling baik ialah dengan menulis. Sebab tuh bila kita pi sekolah atau mengaji kita kena bawak buku dan pen. Tapi yang selalu berlaku Tok Guru pegang Kitab..anak murid hanya dengag..depa nanti tangkap apa yang Tok Guru cakap tak betui..kemudian buat repot polis..yang tuh lah kerja puak-puak nih..habih macamana nak cerdik ?
 
Jugak kalu bulih aku nak mintak jugak la pandangan dari Cikgu Mail kita (dia Pengerusi Silat Gayung..) untuk memberi sedikit pandangan mengenai risalah nih..
 
Cuba nak paham..
Jawi.

Zakaria Noor Bakri

unread,
May 8, 2010, 6:38:02 AM5/8/10
to smsp...@googlegroups.com
Saudara Jawi,

Yang kami bawa tak menyimpang. Banyak perkara yang saya ambil dari
guru saya ni. Perjalanan kami ialah perjalanan sufi, dimana, dalam
setiap perbuatan, kami diajar sertakan 'iman, islam, ehsan, jihad diri
dan harta benda' atau 'tauhid, syariat, akhlak, pengorbanan diri dan
harta benda'.

Salasilah ilmu dan amal saya ada tabaqad kesufian, iaitu, saya, Noor
Bakri bin Zakaria Ansari terima dari guru saya, Sheikh Hj Ahmad
Junaidin yang terima dari gurunya Sheikh Mahmud Nasri Osmani yang
terima dari gurunya Sheikh Muhammad Yusuf Kenali yang terima dari
gurunya Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain AlFattani yang menerima sampai
pada Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir AlJilani yang terima sampai pada
Penghulu kita, Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.

Tidak ada kemuskilan dalan pelajaran dan amalan yang diberi.

Saya faham, untuk faham pelajaran bab akhlak dan tauhid bukanlah mudah
kerana bab ini jarang kita jumpa dan kalau ada guru sekalipun, dia tak
sufi apalagi tak ada salasilah.

Dalam bab syariah sendiri, kita bincangkan hukum syarak tampa
kepilkan bab hukum wado-ie (sorry tak tahu ejaan rumi), iaitu sebab,
mani', syarat, sah, batal.Perkara ini perlu dibahaskan (pada diri)
sebelum melaksanakan sesuatu hukum samaada wajib, sunat, makruh, haram
atau harus.

Terima kasih. Hanya saya harap ada soalan supaya senang saya jawab
untuk kebaikan semua. Terus terang, untuk faham rajah kedudukan
manusia bukanlah senang sebab ia satu rumusan dari 40 kitab sufi,
antaranya dari Iman Abdul Wahab Sya'rani, Syeikh muhyiddin Abdul Qadir
Jailani, Sheikh Ahmad Fattani, Sheikh Abdul Samad Palimbang, Imam
Ghazali dan banyak ulam muktabar.

Matlamat saya hantar rajah ini pada kawan-kawan ialah sebagai
guide-line dalam muhasabah diri dan segera keluar dari kejahatan
disisi Allah dan Rasul. Kita tak mahu manusia kata kita baik tetapi
Allah dan Rasul tak begitu. Sama-samalak kita cari baik hakiki, iaitu
baik disisi Allah dan Rasul.

Maaf, sebelum ada tuduhan yang huduh-huduh dari sesiapa, saya tak kata
guru saya seorang sahaja yang dapat bimbing murid secara rohani dan
jasmani. Ada ramai guru diluar sana, hanya saya ingatkan bahawa
carilah guru yang ada salasilah dalam ilmu dan amal.

Yang pelik itu sebab tak biasa dan tak tahu. Walhal banyak lagi yang
perlu dipelikkan.

Terima kasih saudara ku jawi. Kita sambung lagi pada topik seterusnya.
Cuba tengok rencana saudari Hasnah dalam bab Berhala dijiwa, yang saya
namakan sebagai Berhala dalam diri.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages