Amalan

39 views
Skip to first unread message

mfaizal...@gmail.com

unread,
Nov 3, 2013, 7:40:11 PM11/3/13
to SMS
Assalamualaikum.

بسم الله الرحن الرحيم

Ini jawapan bagi adik yang bertanya :

 Benarkah sebaran mengenai catatan amalan ditutup pd akhir tahun, dibuka pada awal muharram, dan ganjaran org memperingatkan tentang muharram



Ada beberapa perkara yg agak keliru dikaitkan dengan bulan Muharram.

Antaranya, hijrah Nabi saw dikatakan berlaku pada 1 Muharram, doa awal tahun dan buku catatan amalan ditutup dan dibuka yg baru.

HIJRAH

Hijrah Nabi saw ke Madinah bermula pada bulan Safar. Manakala sahabat2 lain ramai yang berhijrah beberapa bulan sebelum baginda.Baginda sampai di Madinah pada bulan Rabi'ul Awwal. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, kitab sirah karangan Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri) Bukan bulan Muharram.
Jadi, ada sedikit kekeliruan pada lirik nasyid yg kita dendangkan semenjak kecil dahulu..."Satu Muharram detik permulaan....perpindahan nabi dan umat Islam..."
Agak pahit utk menyampaikan, apatah lagi hendak ditelan, tetapi kebenaran bukan untuk terus disimpan.

Muharram adalah bulan pertama dari 12 bulan dalam perkiraan orang-orang Arab sejak zaman jahiliyyah. Namun mereka tidak ada sistem tahun seperti sekarang. Maka khalifah Umar al-Khattab ra memutuskan, selepas perbincangan dengan para sahabat yg lain, perkiraan tahun bagi umat Islam ialah bermula pada tahun hijrah nabi saw. Pada tahun nabi berhijrah itu, nabi berhijrah dari tempoh Safar hingga Rabiul Awwal, bukan dalam 1 Muharram.

DOA AWAL TAHUN (DAN BERANGKAI DENGAN DOA AKHIR TAHUN)

Doa itu ibadah, begitu juga memohon ampun, boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah doa kita cthnya, "Ya Allah, semoga bermula tahun baru hijrah ini, bertambah iman dan ilmuku, dan semakin baik amalanku."

Namun doa awal tahun dan akhir tahun, yg dibaca dengan kaifiyyat tertentu dikritik oleh para ulama, kerana ia disandarkan kpd sebuah riwayat 'yang antaranya menganjurkan dibaca doa itu 3 kali, dan syaitan pun dikatakan kecewa tidak dapat menggodanya pd tahun itu.'

Riwayat ini tidak ditemui asal usulnya oleh para ulama. Ia dikemukakan dalam buku tertentu tanpa dinyatakan sanad dan sumber.

Tiada dalam kitab2 hadith mu'tabarah, dan diputuskan sebagai riwayat yg batil.

Jadi, tidak boleh kita yakini bahawa ia adalah anjuran dalam agama Islam.

CATATAN AMALAN

Dakwaan yg mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir zulhijjah, dan dibuka pada awal muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith nabi saw.

Hadith2 yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada :

1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)

Hadith2 sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :

✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ‏"‏‏.
Nabi saw bersabda, maksudnya :
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2Nya :
'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. )✅

-Hadith Sahih-

Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.

✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا ‏"‏ ‏.‏
Nabi saw bersabda, maksudnya :
"Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hambaNya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) ✅

-Hadith Sahih.-

✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)

عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.
Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.)✅
-Hadith Hasan-

 BENARKAH ANJURAN MEMPERINGATKAN?

Tentang hadith anjuran supaya memperingatkan bulan muharram, dengan ganjaran tidak dibakar api neraka, tidak dapat dikesan dari mana datangnya hadith itu.

Agak pelik bila lafaz yg sama juga disebarkan untuk bulan2 lain.

"Barangsiapa yg memperingatkan bulan syaaban...."

"Barangsiapa yg memperingatkan bulan zulhijjah...."

"Barangsiapa yg memperingatkan bulan rejab..."

Berdasarkan panduan para ulama dalam mengenali hadith palsu, dan jika kita biasa dengan hadith-hadith yang sahih, hadith ini perlu kita tawaqquf (jangan sebar, jangan beramal kerana hadith itu).

Sebarkanlah penjelasan tentangnya.

Kesimpulan :

Sedaya upaya yang mungkin, kita cuba pastikan sebaran yang dibuat menepati saranan hadith sahih :

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ ‏"‏‏.
Nabi saw bersabda, maksudnya, "Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. Ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa (jika kamu tidak menyampaikannya atau jika kamu menyampaikannya). Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka biar dia sediakan tempatnya dalam neraka."
(Sahih Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dhukira Bani Israil.)

والله اعلم.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Azmai Ishak

unread,
Nov 3, 2013, 10:02:32 PM11/3/13
to smspp7377

T. Kasih ya Ustaz Mafia....

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "SMSPP7377 - Class of '77" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to smspp7377+...@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.

mohd zabidi mohd zain

unread,
Nov 3, 2013, 10:50:33 PM11/3/13
to smsp...@googlegroups.com
terima kasih mafia
surau kami pun memang dok amalkan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun
tanpa menyedari tiada nas yang menjadi asas amalan tersebut
kerana doa tersebut terdapat dalam beberapa kitab dan juga di belakang beberapa jenis cetakan surah yaasin

mungkin tuan mafia boleh ceritakan lagi
amalan kita selama ini yang tiada sandaran dalam islam

wassalam

mfaizal...@gmail.com

unread,
Nov 3, 2013, 11:02:33 PM11/3/13
to SMS
Nak buat atas dasar doa boleh cuma jangan kait kaifiyah macam perlepasan dari api neraka atau mana mana hadis.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: mohd zabidi mohd zain <zabi...@yahoo.com>
Date: Sun, 3 Nov 2013 19:50:33 -0800 (PST)
Subject: Re: Amalan

Mohd Poad Abdullah

unread,
Nov 3, 2013, 11:05:21 PM11/3/13
to smsp...@googlegroups.com
ikhtiar tak salahkan 

mustakim rashid

unread,
Nov 4, 2013, 12:04:05 AM11/4/13
to smspp7377
Sent from my Windows Phone From: mfaizal...@gmail.com
Sent: ‎11/‎4/‎2013 3:39
To: SMS
Subject: Amalan

Azmai Ishak

unread,
Nov 4, 2013, 12:04:07 AM11/4/13
to smspp7377

Ikhtiar boleh mcm Malaysia boleh, tapi jgn di salah erti...

mfaizal...@gmail.com

unread,
Nov 4, 2013, 12:39:34 AM11/4/13
to SMS
Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff
Ramai yang bertanya saya hukum DOA dan PUASA awal dan akhir tahun. Sebab mereka keliru ada orang (ustaz) yang mengatakan ia sebagai BID'AH dan SESAT.

JAWAPAN SAYA:

1- Sebelum kita membincangkan isu ini, perlu diketahui bahawa BID'AH bermaksud menyandarkan sesuatu perbuatan kepada Nabi SAW sama ada dalam bentuk perbuatan, percakapan atau perakuan. Oleh itu, setiap perbuatan (IBADAH) yg disandarkan kpd Baginda SAW sedangkan Dia tidak melakukannya maka itu dikira BID'AH yang TIDAK BOLEH diamalkan.

2-Hukum berdoa dan berpuasa sunat adalah dituntut secara mutlak. Oleh yang demikian, setiap doa atau puasa sunat tanpa mengaitkan amalan tersebut kepada perbuatan Nabi SAW secara khusus adalah DIBENARKAN dan TIDAK TERMASUK dalam KATEGORI BID'AH yg terlarang. Sesungguhnya galakan BERDOA atau PUASA SUNAT tidak hanya dikhususkan pada akhir dan awal tahun sahaja. Tetapi ia digalakkan pada setiap masa dan ketika.

3- Bagi umat Islam yang ingin membaca DOA AKHIR dan AWAL tahun DIPERSILAKAN untuk melakukannya. Namun, jangan pula dianggap ia sebagai salah satu SUNNAH yg dituntun oleh NABI SAW. Anggaplah ia sebagai salah satu perbuatan yang biasa dilakukan oleh adat orang Melayu. Lagipun kandungan intipati doa-doa akhir dan awal tahun itu juga baik dan tidak pula membawa erti kesesatan dll.
Walaubagaimanapun, JIKA ada yang tidak berminat untuk TIDAK BERBUAT demikian, mereka juga DIBENARKAN dan mereka TIDAK BERDOSA kerana ia bukan satu arahan yg WAJIB atau Sunnah Nabi yg dituntut secara khusus.

4- Begitulah juga hukumnya bagi mereka yang ingin BERPUASA SUNAT. Teruskan puasa itu tanpa menisbahkan perbuatan itu kepada Nabi SAW kerana dikhuatiri termasuk dalam perbuatan BID'AH yang terlarang. Anggaplah puasa yang dilakukan itu sebagai puasa sunat yang biasa dilakukan seperti hari-hari lain.

Semoga dengan penjelasan di atas, TIADA di antara KITA yang berbalah dan bertengkar. Ingat.. Tiada siapa yang sempurna dalam hal ini. Saling hormat menghormati adalah lebih baik daripada menunding jari kepada kesalahan orang lain. ISLAM itu INDAH.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Mohd Poad Abdullah <mohd...@gmail.com>
Date: Mon, 4 Nov 2013 12:05:21 +0800

Noor Bakri Ansari

unread,
Nov 8, 2013, 6:03:47 AM11/8/13
to smspp7377
Cara huraian bab bidaah macam puak wahabi aje. Mungkin bagi tuan sunnah yang ada hanya pada sunnah nabi sahaja. Saudara mungkin juga tergolong dari kalangan yang tolak sunnah sahabat, tabiin dan seterusnya.

Perbincangan sebegini akan timbul isu sunnat terawih, sunat sebelum solat jumaat, bacaan talkin kat kubur......... tapi bagi puak wahabi ia mudah saja, iaitu setiap yang bukan dari nabi adalah bidaab dan bidaah itu sesat.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages