Besi, Tukang Besi & Tuan punya besi

141 views
Skip to first unread message

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 21, 2010, 5:16:54 AM9/21/10
to smsp...@googlegroups.com
Saja nak cerita........(perumpamaan untuk mendekatkan makna sahaja)

Besi -
Maksudnya manusia yang duduk pada maqam jahat, sangat jahat atau agung jahat. Atau manusia yang pada maqam/nafsu Mulhimah, Lawammah atau Ammarah Bisuu'.
Rupanya atau cirinya ialah campuran besi asli dengan karat dan benda-benda yang tidak perlu ada padanya.
Sifatnya ialah lemah, tak cantik dan tak berguna.
Keperluannya ialah dijadikan barang yang berguna sesuai dengan kehendak dan kebijaksanaan tuan punya besi.

Tukan Besi -
Cirinya mesti pakar atau ahli dalam babnya.
Babnya - mencorakan besi kepada benda berguna atas kehendak tuan besi. Dilantik dan dapat pengiktirafan dari tuan punya besi.
Dirinya - seorang mursyid

Tuan Punya besi -
Juga tuan pada tukang besi. Yang dimaksudkan ialah Allah, tuan milik semua. Juga boleh dimaksudkan pada wakil Allah, iaitu Nabi-Nabi dan Rasul yang lebih diijma'kan pada Muhammad Rasulullah s.a.w.

Ceritanya.....

Bila besi itu dipilih tuannya untuk berkhidmat padanya, besi itu akan diserahkan kepada tukang besi untuk diproses.
Tukang besi kenal akan ciri besi yang dia terima, tahu kelemahannya, tahu kekuatannya, tahu bakat semulajadinya.

Pertama sekali besi dimasukan dalam api, maka kepanasanlah besi itu.
Maksud masuk dalam api ialah diberi wirid,doa dll amalan untuk diamalkan murid.

Suhu api mesti bersesuaian dengan besi itu, tak boleh terlalu rendah atau terlalu tinggi.
Maksudnya amalan yang dikenakan atas murid mesti bersesuaian dengan bakat murid supaya cepat mencapai kajayaan

Panaslah besi itu
Maksudnya tidak ada yang disenangi oleh murid itu kecuali rasa kepayahan kerana perlu ubah cara hidup dalam kehidupannya. Terpaksa wirid panjang kurang tidur, kurang atau tinggal apa yang disukai.

Maka besi yang dibakar berubah warna sehingga sama dengan bara
maksudnya murid itu akan rasa perubahan pada dirinya dari segi sikap atau perangai dan perkara mencarik adat.
Sama seperti bara, maksudnya dipakaikan dengan kehebatan dan kelazatan rohani atau rohani jasmani.

Tukang besi mengingatkan besi supaya jangan lupa yang dirinya besi.
Maksudnya pada ketika itu, banyak murid tersasar sehingga lupakan diri itu makhluk yang lemah yang tiada kehebatan apa-apa pada dirinya. Baru tajjali kehebatan bara api pada diri, bukan yang hak.

Maka mercitlah bahan-bahan lain dari besi.
Maksudnya maka keluarlah sifat-sifat kejahatan dengan segera dari diri murid itu. Tapi tak habis.

Besi yang membara itu diketuk dengan tukul oleh tukang besi
Maksudnya banyak lagi amalan tambahan yang perlu dia buat. Dulu untuk keluar dari jahat, kini untuk duduk dalam baik.

Maka terpercik dari besi bahan-bahan panas masa diketuk (faham dah kot)
Kalau tukang besi rasa tak cukup, besi itu dimasukkan semula dalam api, kemudian diketuk sehingga terbentuk sebilah pedang (kalau itu kehendak tuan punya besi).
Pedang yang terbentuk dengan elok perlu di asah.
Bila hampir tajam perlu di sepuh. (Sepuh maksudnya ialah pedang itu dipanaskan pada suhu yang bersesuaian dan kemudian disejukkan dengan mengejut untuk jadikan pedang itu keras dan kekal tajam) (rasa-rasa boleh faham maksud pada diri kita)
Proses sepuh sangat mencemaskan, kalau tukang itu tak ahli dalam babnya, pedang itu akan patah/rosak dan jadi tak berguna.

Pedang yang disepuh, perlu dilicinkan kemudian dikilatkan. Maka jadilah besi itu pedang yang berguna untuk tuannya. Pada masa itu tuannya memakaikan pedang itu dengan ulu pedang dan sarung yang bersesuain. Pedang yang tinggi mutunya dihiasi dengan permata dan emas.

Maka berkhidmatlah pedang itu pada tuannya, duduk disampingnya tidak bercerai dengan tuannya. Besi buruk kini sudah cantik, bila disayangi akan diberi nama, nama yang dikenali oleh yang menhampiri/berkawan dengan tuan punya pedang.

Sekian. He...he...saja nak buat cerita dongeng pak malau

mohd zaid ahmad

unread,
Sep 21, 2010, 8:26:38 AM9/21/10
to smsp...@googlegroups.com
bakri,
menarik.
kalau nak sepoh besi (quenching), ambik besi yg tengah panas dan sejukkan secara mendadak contohnya celup dlm air.
nak tanya, kalau nak sepoh murid macmana? supaya murid tu kemudiannya menjadi  tahan, lasak, dsbnya.

2010/9/21 Zakaria Noor Bakri <smspp73...@gmail.com>

shuko...@gmail.com

unread,
Sep 21, 2010, 9:50:45 AM9/21/10
to smsp...@googlegroups.com
Hang jalan perlahan lahan di belakang dia. Dah sampai dekat hang sepoh kedua belah telinga dia dengan tapak tangan kuat kuat.
Insyallah dia boleh jadi paling tidak pun macam Bakri.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: mohd zaid ahmad <zaid...@gmail.com>
Date: Tue, 21 Sep 2010 20:26:38 +0800
Subject: Re: Besi, Tukang Besi & Tuan punya besi

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 21, 2010, 3:33:45 PM9/21/10
to smsp...@googlegroups.com
saudara zaid,
Untuk sepuh murid ialah dengan amalan uzlah.

Maksud uzlah ialah menyepi diri dari masyarakat(serta keluarga) iaitu bersendirian dengan cara masuk kehutan/padang pasir/gunung/tempat yang ditinggalkan,

Uzlah ada berbagai cara, samaada masuk kehutan/padang pasir/gunung/tempat yang ditinggalkan untuk bersendirian atau kayuh sampan ketengah laut, campak pendayung dan tawakalallah. Ia juga termasuk berkelana/berjalan (jarak jauh).

Syaratnya ialah tidak dawa bekalan makanan, wang dan tidak boleh meminta apa-apa pada makhluk.

Jangka masa, minima 7hari atau 40hari atau 120hari atau berterusan sehingga dapat arahan untuk keluar dari uzlah itu.

Matlamatnya ialah supaya murid itu nampak sendiri (alami pengalaman) bagaimana Allah memberi rezeki, Allah melindungi dan banyak perkara yang selama ini hanya pada teory sehingga timbul yakin, hakkul yakin dan lebih tinggi akan Allah.

Setakat tu saja yang mampu saya cerita, pokok pangkalnya nak duduk dalam tidak daya (secara total) dan penyerahan secara total.

(Contoh yang saya beri itu sebahagian dari banyak jenis yang hanya seorang mursyid tahu pilih untuk muridnya - tak sama antara murid-murid yang banyak)

2010/9/21 <shuko...@gmail.com>

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 21, 2010, 4:38:15 PM9/21/10
to smsp...@googlegroups.com
Sheikh Abdul Wahab AsSha'rani di suruh jual semua kitabnya dan duit itu diserah pada gurunya Sheikh Ali Khawash. Tak boleh jadi imam dan jadi tukang cuci @ penjaga kasut jamaah masjid selama 40 hari. Begitu juga beliau disuruh beri sebiji epal untuk setiap kanak-kanak yang sudi ketuk kepala dia sekali (dua kali - dua epal).

Dia didik untuk tundukan egonya dan pergantungan kepada kitab/ ilmu kitab beralih kepada ladunni.

2010/9/22 Zakaria Noor Bakri <smspp73...@gmail.com>

muhamad yusoff

unread,
Sep 21, 2010, 9:27:42 PM9/21/10
to smsp...@googlegroups.com
Uzlah hati ?


From: Zakaria Noor Bakri <smspp73...@gmail.com>
To: smsp...@googlegroups.com
Sent: Wednesday, 22 September 2010 03:33:45

JBM

unread,
Sep 21, 2010, 10:50:33 PM9/21/10
to smsp...@googlegroups.com
Salams all,
Tn Sheikh Bakri,
Mungkinkah sdr telahpun alami segala yg dibentangkan di sini sebab dari sudut sufi cuma empunya badan yg mengalami keadaan2 tersebut dibenarkan menceritakan pengalamannya atau keadaan yg telah ia lalui, biasanya mureed tersebut berpegang pada satu tareqah dan bermursiyd yg bersalasiah hingga Baginda Nabi saw.
Bukan apa Tn Sheikh, uzlah, suluk, seclusion perlu pada pembimbing iaitu seorang Mursyid bertualiah (mmg sudah diutarakan oleh Tn)malah dilarang tanpa seorang Mursyid, ada yg salah faham (bukan ahli sms7377)dn buat suluk sendirian sebab nak dptkan rahsia Allah swt atau rahsia diri, akhirnya menjadi anak murid laknatullah setan tanpa disedari, atau disebabkan terlalu banyak rahsia yg terbongkar tanpa pemahaman dan ia mengalami masalah psikologi.

-----Original Message-----
From: Zakaria Noor Bakri <smspp73...@gmail.com>
Sent: Wednesday, 22 September 2010 4:38 AM
To: smsp...@googlegroups.com
Subject: Re: Besi, Tukang Besi & Tuan punya besi

Sheikh Abdul Wahab AsSha'rani di suruh jual semua kitabnya dan duit itu
diserah pada gurunya Sheikh Ali Khawash. Tak boleh jadi imam dan jadi tukang
cuci @ penjaga kasut jamaah masjid selama 40 hari. Begitu juga beliau
disuruh beri sebiji epal untuk setiap kanak-kanak yang sudi ketuk kepala dia
sekali (dua kali - dua epal).

Dia didik untuk tundukan egonya dan pergantungan kepada kitab/ ilmu kitab
beralih kepada ladunni.

2010/9/22 Zakaria Noor Bakri <smspp73...@gmail.com>

> saudara zaid,

>> ------------------------------
>> *From: * mohd zaid ahmad <zaid...@gmail.com>
>> *Sender: * smsp...@googlegroups.com
>> *Date: *Tue, 21 Sep 2010 20:26:38 +0800
>> *To: *<smsp...@googlegroups.com>
>> *ReplyTo: * smsp...@googlegroups.com
>> *Subject: *Re: Besi, Tukang Besi & Tuan punya besi

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 22, 2010, 2:22:07 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
saudara yusuf,

Uzlah hati, itu peringkat yang lebih tinggi dan paling susah. Ini adalah peringkat seorang murid duduk kembali dengan masyarakat tapi dia mesti bersendirian dalam masa yang sama.

Sebelum uzlah, murid diajar kaedah untuk 'fana' (banyak topik yang saya tinggalkan bila kita terus bincang hal uzlah atau suluk). Maksud Fana' (versi sendiri) ialah sekejab tak ada, sekejap ada (macam advert. chipsmore).

Fana' bermaksud lebur atau lenyap kedirian atau keakuan serta alam (yang ada pada kesedaran murid ketika itu ialah Allah semata-mata - NamaNya, PerbuatanNya, SifatNya dan ZatNya (kita tak elaborate sebelum dapat/lulus basic tauhid) Hanya fana' itu dalam satu jangka masa sahaja berbanding dengan Baqa' yang membawa maksud kekal dalam peleburan diri(alam).

Murid yang kini uzlah dalam masyarakat perlu pandang dengan sungguh-sungguh  lebur banyak pada satu serta satu pada banyak serentak (istilah tu jes tau).

Uzlah hati ini paling susah. Murid akan gagal dari masa kesemasa dan tanpa didatangi serta didoakan oleh para Aulia' atau Ambia' (secara rohani atau rohani jasmani) maka mereka ini sentiasa gagal dan kena bertaubat serta perbaharui kalimah tauhid.

Mana tak gagal, bila orang ketuk kepala kita, biasa yang kita nampak pada masa itu ialah perbuatan orang itu, kehendak orang itu, qudrat orang itu, qalam orang itu dan seterusnya.
Maka dengan itu kita marah pada orang itu dengan mempercayai (pada masa itu) yang dia lah yang berkuasa atau kongsi kuasa dengan Allah (tanpa disedari)

Kita gagal juga bila kita berjaya dalam sesuatu. Pada masa itu kita pandang (tak sengaja) yang diri kita pandai,dll. Yang kita tak sedar bahawa kita pada masa itu kita jadikan diri kita tokkong atau berhala (macam mana saudari kita hafsah katu dulu).

Murid sentiasa dalam dosa syiriq bila menjadikan masyarakat serta dirinya sebagai tokkong atau berhala.





2010/9/22 JBM <jesl...@gmail.com>

mfaizal...@gmail.com

unread,
Sep 22, 2010, 2:31:53 AM9/22/10
to SMS
Terima kasih saudara Bakri.

Sebelum belajaq ilmu tinggi ni ilmu basic Aqidah, Fikh dan tasawuf (akhlak) kena beres.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


From: Zakaria Noor Bakri <smspp73...@gmail.com>
Date: Wed, 22 Sep 2010 10:52:07 +0430

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 22, 2010, 2:37:13 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
Saudara Jes,

Saya ini umpama besi yang dimasukan dalam api. Panasnya masyallah!!! Diketuk oleh tukang besinya dan kemudia dimasukan semula kedalam api supaya dapat diketuk lagi. Banyak lagi percikan yang keluar dari besi saya. Dah tu besi saya tak cukup baja (grate rendah - kurang bakat).

Uzlah mesti dilalui tapi macam masuk race, tamat tu tamat (race) tapi kedudukan last. Banyak uzlah yang perlu saya lalui (dalam proses bakar dan ketuk) Sentiasa berdosa dan perlu sentiasa perbaharui adab.

Saya rasa tuan lebih mendalam dalam bab ini.

Saya buka cerita bukan kerana ketinggian mertabat tapi hanya sekadar nak ingatkan kawan-kawan bahawa yang dikatakan duduk dalam 'baik' itu bukan semudah yang disangkakan.

Rasa diri itu "baik" bermakna berada dalam "jahat".

Diri itu tidak di bansakan sebagai baik selagi tak di iktiraf/akui oleh 'yang duduk dalam baik', iaitu para Aulia' atau Ambia'. Walau semua orang kata kita baik, kita tak semestinya 'baik' disisi Allah dan RasulNya.

mohd zaid ahmad

unread,
Sep 22, 2010, 2:39:15 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
tq.

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 22, 2010, 2:51:13 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
Saudara faizal,

Betul sangat tu. Hanya ilmu yang saudara katakan itu tak tinggi. Yang tinggi itu tak berkalam - tak dari kitab tak dari mulut.

Haram mengaji bab ini kalau tak mengaji asas tauhid dan basic fardhu ain!!!

Saya tak mengajar (tak layak mengajar), pelajaran ini tak boleh dipelajari dengan membaca atau sembang. Kena ada mursyid. Lepas tu kena duduk dalam samia' na wa ato' na (tak tahu nak eja) "Aku dengar, aku taat" bukan "Aku dengar, aku fikir, kemudian aku taat" dll.

Itu sebabnya, seorang murid perlu kenal/cam bakal dijadikan mursyidnya sebelum serah diri pada 'mursyid' itu. Jangan main, kalau silap pilihan kita, dikuatiri duduk dengan 'mursyiq syaitan'.

"BANYAK BARANG TIRUAN DALAM PASARAN, BARANG ASLI DIRUMAH AHLI"

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 22, 2010, 2:56:05 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
Saudara Zaid,

Tq

La haiyun wala alimun wala qadirun wala muridun wala samiun wala basirun wala muttakalimun bihakki illallah wala...................................

mohd zaid ahmad

unread,
Sep 22, 2010, 3:18:11 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
tuan bakri,

"BANYAK BARANG TIRUAN DALAM PASARAN, BARANG ASLI DIRUMAH AHLI"

dalam maknanya tu.

Katakan 
1) kita nak beli seluar levis original harga Rm200, kita mampu kerana ada duit, jadi bolehlah kita beli dgn harga tu.Tak jadi maslah pada duit ringgit.
2) Tak mampu beli yg original, jadi beli yang imitation. Mungkin harganya Rm50 saja. Kita pakai seluar tu, orang nampak levis juga. Kita pun puas hati sebab dapat pakai seluar levis dan org pun nampak kita pakai seluar levis.
3) Atau kita tertipu, pi beli terkena yang imitation walaupun kononnya kita beli di kedai authorized outlet.

Macamana tu?


salam

zawawi musa

unread,
Sep 22, 2010, 3:29:37 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
Bakri..Boleh tolong cerita sikit..tadi hang sembahyang Zohor dekat mana, pukui berapa dan sapa jadi Imam ?

On Wed, 22 Sep 2010 14:51 CST Zakaria Noor Bakri wrote:

>Saudara faizal,
>
>Betul sangat tu. Hanya ilmu yang saudara katakan itu tak tinggi. Yang tinggi
>itu tak berkalam - tak dari kitab tak dari mulut.
>

>Haram mengaji bab ini kalau tak mengaji *asas* tauhid dan *basic* fardhu

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 22, 2010, 3:38:49 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
Kalau seluar ke, jam ke, DVD ke atau yang dinamakan barang tu original atau cetak rompak itu terpulang pada diri kita, iaitu atas kemampuan diri. Tak ada masaalah.

Perumpamaan untuk mendekat makna (short version) ialah acuan/mold.
Dimana dalam pasaran kebanyak acuan yang dijual tidak ikut specifikasi betul maka kita dengan menggunakan acuan sedemikian akan mendapat hasil yang tak tepat atau setengahnya tersasar terus.

Acuan yang betul itu adalah dari Rasulullah yang diambil oleh sahabat kemudian tabiin kemudian tabi' tabiin, dari guru (mursyid) ke guru (berulang-ulang) sampai ketangan kita. Tiada alteration atau lari dari specifikasi asal hanya tafsiran yang berbeza-beza kerana kemampuan melihat pada angle yang berbeza (untuk murid).

Boleh?

2010/9/22 mohd zaid ahmad <zaid...@gmail.com>

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 22, 2010, 3:39:47 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
Rumah, lewat, sendiri.

Minta komen. He..he...

mohd zaid ahmad

unread,
Sep 22, 2010, 4:03:22 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
InsyaAllah, sikit-sikit.Pelan-pelan.

Mcmana org dok kata,  guru tak akan ajar sampai habis kepada muridnya ilmu yg dia ada. Contohnya, katakan   seorang  guru silat tu ada 10 buah / bunga,  dia ajar mungkin 9 buah saja, takut nanti anak murid tu terlebih terror dari dia. Jadinya, ilmu silat tak habis disampaikan kepada murid tu. Bila tiba murid tadi tu jadi guru pula, dia yang ada 9 buah saja tu akan buat teknik yg sama, ajar 8 saja dan seterusnya. Lama-lama ilmu silat tu makin cayag. 
Atau mungkin guru silat yg terkemudian ni akan campur buah / bunga dari  silat lain nak bagi steady balik sebab dia rasa dia punya dah cayag.  Dah tak ori lagi dah silat tu.

ada ka dok jadi mcm ni?

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 22, 2010, 4:21:46 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
Zaid,
Betul apa yang saudara kata.

Tu tok guru yang tak ada tauhid. Dia ingat 'buah-pukul'  yang beri bekas, yang boleh cederakan atau bunuh. (antara tanda orang yang tak bertauhid walau zikir banyak, sembahyang banyak, haji banyak dll)

Yang saya cerita sekerat sebab bukan duduk pada bacaan tapi duduk pada rasa dan yakin.............Iaitu tengok dengan mata hati sehingga terpancar pada mata kepala AsmaNYa, PerbuatanNya, SifatNya (Zat kita tak usah sembang)

Saidina Ali Kamullah kata, "Aku tak sembah tuhan yang aku tak nampak" (ambil faham baik-baik ye.., jangan latah atau tiru-tirun nanti tersasar.) (saja bincang boleh, amal tak boleh kecuali bermursyid kalau tak namanya 'BOHONG')

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 22, 2010, 4:43:48 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
Saudara ku,

Orang yang tak ada tauhid pada dirinya, selalunya mencari ilmu kebal. Dia nak kebal untuk menang dalam pertarungan.

Dia lupa yang Allah nak beli diri dan harta mukmin dengan cara syahid. Dengan kebal dia tolak syahid dengan penolakan syahid dia gadaikan imannya (tauhid).

Kebal yang kita nak cari ialah kebal iman, islam, ehsan, jahad diri, jahad harta benda. Bukan kebal kulit atau daging (dzohir semata-mata).

Saya seru pada saudara-saudara saya, marilah kita beri pentaksiran yang bersifat rohani jasmani dari pentaksiran jasmani semata-mata. Dengan itu (penaksiran baru ini yang bersifat rohani jasmani) pandangan tuan-tuan dan puan-puan akan berubah seterusnya tindakan tuan-tuan dan puan-puan akan berubah.

Taksirlah solat, kekayaan, puasa, kuat, baik/jahat dll secara rohani dan bukan jasmani semata-mata. Saudaraku, kamu akan lebih tenang selepas ini melihat alam ini.

Seronok tengok kawan-kawan berjaya rohani jasmani.

syeds...@time.net.my

unread,
Sep 22, 2010, 4:44:12 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
Saudara Bakri,
Cerita besi dengan tukang besi begitu dalam maksudnya
bagi mereka yang mengerti....

Saudara semakin mencerita bab-bab agama yang tinggi. Ilmu rasa ini (zauk)
sukar di ceritakan melainkan orang yang sudah merasai. Hati-hatilah ...

Kalau boleh elakkan kerana pada pandangan saya banyak mudaratnya dari
kebaikan. Para pembaca mempunyai didikan & latar belakang agama serta
tahap
keimanan & ketaqwaan yang tak sama / berlainan.

Contohnya: Ulamak sufi Al Halaj dan Hamzah Fansuri telah dihukum bunuh
oleh pemerintah kerana dikatakan mengamal ajaran menyeleweng.

Saya khuatiri anta boleh didatangi fitnah dan perkara-perkara lain seperti
tuduhan menyampaikan 'ajaran sesat'. Siapa-siapa yang berminat
kena belajar berguru 'one to one' berdasarkan Firman dan Hadis-hadis yang
sahih.

Mohon maaf kerana mencelah.

>>>>>> Haram mengaji bab ini kalau tak mengaji *asas* tauhid dan
>>>>>> *basic*fardhu ain!!!

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 22, 2010, 5:10:19 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
Saudaraku Syed Sabri (Allah muliakan dato' mu dan diri mu, maka jagalah kemulian itu),

Terima kasih. Matlamat saya hanya satu, iaitu mengingatkan pada kawan-kawan bahawa perjalanan kita menuju pada Allah tu masih jauh umpama laut yang tak bertepi. Kalau pergi sendiri nescaya sesat (tu baru sesat). Carilah mursyid.
Atau carilah orang "dah sampai dan ada kapal besar" kita tumpang saja. Dok senyap-senyap pun takpa dalam kapal tu (sebab tak reti), dapat duduk dalam perut kapal tu bergelumang dengan minyak hitam pun kira ok. Janji bersama Murabbi!!!

Jalan ini dilalui dengan rabitah dan wasilah atau kata jesli kita, jalan tawasul. Tak sesat kalau rajin bertanya. Walaupun faham kena tanya, takut kefahaman itu bukan yang sepatutnya, Nak beramal dengan cara kita sembang ni -HARAM!!!! tu kena ada mursyid.

Saudaraku,
Saya seronok dengan teguran dari saudara. Hanya mampu jawab yang perlu diberijawapan itu pun tak tepat (kiasan saja untuk mendekatkan makna) umpama pada perkataan "iklas" "beriman" dll. Kalau tanya saya jawab cara saya.

Kata saya, kita kena ada mursyid kalau tak ada kena carilah satu.

"Kalau tak boleh jadi guru, jadilah murid" (aku murid)

"Tak dijadikan korban pada pengorbanan, tak dimahkota pahlawan"

>>>>>>>>> >> Sent from my BlackBerryŽ wireless device via Vodafone-Celcom

zawawi musa

unread,
Sep 22, 2010, 5:14:22 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
Terima kasih Tuan Syed..Kawan kita Jun ada minat nak berguru.

>>>>>>>>>> >> Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 22, 2010, 5:15:26 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
Bagus sangat lah tu. Tapi kena tahu ciri mursyid dulu.

2010/9/22 zawawi musa <zawa...@yahoo.com>

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 22, 2010, 6:40:46 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
Katakan 
1) kita nak beli seluar levis original harga Rm200, kita mampu kerana ada duit, jadi bolehlah kita beli dgn harga tu.Tak jadi maslah pada duit ringgit.
2) Tak mampu beli yg original, jadi beli yang imitation. Mungkin harganya Rm50 saja. Kita pakai seluar tu, orang nampak levis juga. Kita pun puas hati sebab dapat pakai seluar levis dan org pun nampak kita pakai seluar levis.
3) Atau kita tertipu, pi beli terkena yang imitation walaupun kononnya kita beli di kedai authorized outlet.

Saudar Zaid,

Maaf saya tak jawap soalan tuan tadi. Saya cuba jawab seberapa boleh atas perumpamaan anda.

Yang pertama, itu yang bagus!!! Nak dapat yang ori. kena belanja besar (pengobanan diri/masa dan harta benda) bila dapat yang original, walau pun orang lain sangka itu tak original tak apa. Yang penting kita tahu kita ada barang original.

Yang kedua, itu tipu/jahat namanya.Kita bukan tipu orang tapi yang paling malang kita tipu diri sendiri. Itu yang paling malang dalam hidup sesaorang muslim. Dia tahu tak betul tapi pertahankan juga. sifat ini ada pada munafik yang sentiasa tegak benang basah.Ciri orang kedua ini sangat bahaya, iaitu sesat lagi menyesatkan. Selamat kalau bertaubat!!!

Yang ketiga, itu jahil namanya. Orang jahil sentiasa ditipu, tertipu dan kemudian menipu. Walau bagaimana pun kejahilan tak kekal sebab barang tiruan tak tahan lama, semakin lama, semakin ia tunjuk ketidakasliannya. Masa itu orang itu akan campak yang tak original dan cari yang original (walau berulang kali ditipu).
Ketigori ketiga ini dikira masih boleh diselamatkan

mohd zaid ahmad

unread,
Sep 22, 2010, 7:11:27 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
tuan bakri,
apa pun, kesimpulannya kena masuk jemaah. Tak boleh buat sendiri. Nanti kena banyak gangguan. Dan carilah jemaah yg ori. InsyaAllah.

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 22, 2010, 7:16:08 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com
Betul sangat

Jesli Mat

unread,
Sep 22, 2010, 11:37:19 AM9/22/10
to smsp...@googlegroups.com

Tuan(Syed) Saberi dan Tn Sheikh Bakri

Petikan dari Jalan ke Sufi - Salah Faham Terhadap Sufi (cut and paste indon version)

Kaum yang anti Tarekat Sufi merasa telah bercermin dengan benar, padahal mereka tidak mengetahui jika cermin yang digunakan itu adalah cermin yang buram, retak, dan cara bercermin yang keliru. Ketika mereka menuding orang lain, sesusungguhnya mereka sedang menuding diri sendiri.

Kata-kata yang muncul dari para Sufi sesungguhnya harus difahami menurut kesimpulan Bathiniyah dari kandung Al-Qur’an dan Sunnah. Misalnya ketika seseorang mempraktikkan Ihsan, “Seakan-akan engkau melihat Allah, dan jika tidak melihatNya, Allah melihatmu” pastilah menimbulkan pantulan cahaya Ubudiyah yang agung dengan sesuai dengan kondisi psikholohis rohani masing-masing hamba Allah. Pantulan cahaya Ilahi inilah yang tidak boleh difahami oleh orang yang tidak pernah mengalami perjalanan rohani keimanan dan keihsanan.

Mukasyafah atau keterbukaan Rahsia Ilahi adalah Hak Allah yang diberikan kepada yang dikehendakiNya. “Allah berbuat sebagaimana yang dikehendakiNya.” Termasuk menghendaki hambaNya untuk mengetahui yang ghaib, Rahsia takdir, dan Rahsia alam semesta raya, baik yang fizik maupun yang metafizik.

Diantara Rahsia yang dianugerahkan oleh Allah kepada para Sufi adalah mengenal Rahsia huruf hijaiyah dalam Al-Qur’an. Sebab, hakikat huruf-huruf itu adalah Asma’ Allah, dipastikan memiliki hubungan korelatif dan apresiatif secara berkuasa dengan kehidupan hamba, alam semesta bumi langit seisinya, dan alam akhirat, bahkan Asma’, Sifat, Af’al dan DzatNya.

Mereka menuduh bahawa kaum Sufi menjauhi Qur’an dan Hadits, lalu mendahulukan mukasyafah. Ini tuduhan yang salah benar, kerana seluruh aspek Mukasyafah sesungguhnya merupakan penafsiran dari Al-Qur’an dan Sunnah itu sendiri. Setiap Mukasyafah harus ditimbang dengan Qur’an dan Sunnah, hal demikian sangat popular di kalangan Sufi. Kerana itu dalam dunia Sufi, sangat dibezakan mana yang bisikan Jin, Syaitan, Malaikat, Ilham, dan yang langsung dari Allah.

Ibnu Abbas ra, sendiri telah menegaskan bahawa dirinya diberi Ilmu oleh Allah Ta’ala, sebahagian boleh disebarkan (umum), dan sebahagian bila disebarkan justeru ia akan dikafirkan dan dibunuh oleh banyak orang. Ertinya, aspek Mukasyafah sangatlah "individu", dan memang tidak boleh diungkapkan kecuali pada ahlinya atau orang tertentu yang relevan dengan manfaat dunia akhiratnya.

Mengenai Wihadatul Wujud, Hulul, Al-Faidl (ilmuniasi), sesungguhnya justeru tidak ada dalam dunia Sufi. Yang ada adalah Widatus Syuhud. Orang yang pertama kali mengatakan Wahdiatul Wujud adalah Ibnu Taymiyah yang memang anti dengan pengalaman Dunia Sufi. Ia menuduh Sufi itu Wahdiatul Wujud, sebuah tundingan yang jauh dari pengalaman rohani Sufistik. Kerana Wahdiatul Wujud sering diertikan dengan panteisme, sedang konsep Sufi tentang penyatuan hamba dan Allah jauh dari panteisme. Penyatuan itu bersifat rohani dan musyahadah (penyaksian mata hati, mata ruh dan mata Rahsia batin. Bukan wujud fizik. Hal demikian pun diurai secara lembut melalui kaedah-kaedah Sufi agar tidak menyimpang dari Tauhid, sebagaimana dijelaskan secara rinci oleh Ibnu Athaillah as-Sakandary dalam kitab Al-Hikam.

Kalau kita membaca Al-Qur’an dengan pandangan kulitnya, formula dan penafsiran ayat belaka, maka kita pun ketika memahami wacana Sufi juga akan terjebak sedemikian rupa. Kerana itu dalam tradisi Sufi harus ada Mursyid Kamil Mukammil yang membimbing, agar mereka tidak terkena ghurur (tipudaya) dalam menempuh perjalanan menuju kepada Allah. Tidak begitu mudah orang memahami pandangan Ibnu Araby, Abu Yazid al-Bisthamy, Junaid al-Baghdady, Bisyr Al-Hafy, Syeikh Abdul Qadir al-Jilany, Abdul Karim al-Jily, Al-Hallaj, maupun Abul Hasan asy-Syadzily.

Bagaimana anda boleh memahami erti tenggelam di lautan, sementara anda belum pernah tenggelam, dan hanya mendengarkan kisah tentang orang tenggelam saja?
Tiba-tiba anda sudah merasa tenggelam?

Tuduhan terhadap Dunia Wali

Mereka menuduh kaum Sufi, dengan suatu tundingan keliru. Diantara tundingan mereka yang kontra pada dunia Sufi, tentang Kewalian antara lain:
1.    Sufi dituduh mengutamakan Wali daripada Nabi.
2.    Para Wali dianggap sama dengan Allah dalam setiap sifatNya, bermula dari salah paham mereka mempersepsi tentang ragam dunia Wali dengan tugas-tugas rohani masing-masing, seakan-akan tugas itu menyamai tugas Allah.
3.    Para Wali seperti memiliki dewan, majlis, berkumpul di gua Hira untuk menunggu takdir.

Tiga tundingan itulah yang membuat orang salah paham terhadap dunia Sufi.

JAWAPAN

Ummat Islam sepakat adanya para Auliya' atau kekasih-kekasih Allah. Bahkan mereka yang kontra terhadap dunia Tasawuf pun memiliki definisi khusus, menurut penafsiran rasmi mengenai para Wali ini, yang tentu saja berbeza jauh antara langit dan bumi dengan pemahaman kaum sufi.

1.    Kaum Sufi tidak pernah menempatkan darjat para Wali lebih unggul dibanding para Nabi dan Rasul. Para Auliya adalah sebagai pewaris dan pemegang amanah Risalah setelah Nabi Muhammad SAW wafat. Sebagai Khalifah dan sekaligus juga sebagai pewaris Nubuwwah. Jika, muncul ungkapan-ungkapan kehebatan para Auliya dalam kitab-kitab Tasawuf, sama sekali tidak ada satu pun kata atau isyarat yang menunjukkan keunggulan maqam Auliya' dibanding maqam Anbiya dan Rasul. Semata hanya ingin memperkenalkan jika para Auliya' diberi karomah (hal-hal yang di luar nalar akal rasional) oleh Allah swt, apalagi para Anbiya dan Mursalin.

2.    Para Sufi yang diangkat darjatnya oleh Allah meraih maqam Kewalian atas KehendakNya, diberi anugerah, fadlal dan rahmatNya, menurut kehendakNya. Kesalahpamahan mereka yang kontra terhadap dunia Wali semacam ini bersumber pada fenomena karomah, fenomena hikmah-hikmah terdalam yang tidak boleh dipahami oleh mereka, kerana hanya merujuk pada teks Qur'an dan Hadits tanpa mengenal hakikat kedalaman dibalik ayat-ayat Al-Qur'an dan Sunnah itu.

Apakah anda tega menyalahkan Syeikh Abdul Qadir al-Jilany, Abul Hasan Asy-Syadzily, Hujjatul Islam al-Ghazaly, Ibnu Araby. Al-Bisthamy, Asy-Syibly, Junaid al-Bahgdady, para Imam Mazhab, yang sangat terkenal sebagai para Auliya' Allah, dan sama sekali mereka jauh dari persepsi anda tentang kewalian itu?

Padahal mereka adalah para penjaga Al-Qur'an dan as-Sunnah, para pelestari tradisi Syariat, Tarekat dan hakikat Risalah Nabi besar Muhammad SAW.

Jadi jika ada Istilah Abdal sebagaimana juga pernah disebut oleh Nabi Muhammad SAW, tentu saja, tidak gampang memahami tugas-tugas para Wali itu. Sedangkan siapa pun dalam menjelajah dunia rohani, metafizika, dunia hakikat sentiasa justeru akan diolah (tersesat) sepanjang perjalanannya tidak dibimbing oleh Wali yang Mursyid, sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur'an: "Siapa yang sesat (jalan menuju kepada Allah) maka ia tidak akan pernah menemukan Wali yang Mursyid".

Kriteria Wali Mursyid tentu tidak sesederhana yang mereka pahami. Kata Iman dan Taqwa saja, sangat berlapis-lapis kedalamannya, dan beragam pula wilayah implementasinya dalam dunia jiwa para hamba Allah. Apakah sebegitu mudah orang mengaku menjadi Wali Allah, hanya kerana merasa beriman dan merasa bertaqwa dan bahkan mengaku merasa dirinya beramal soleh?

Sedangkan tahap agar hamba Allah boleh bebas dari rasa takut dan gelisah saja sulitnya bukan main. Gelisah terhadap cubaan dunia dan cubaan akhirat, takut terhadap fitnah dunia dan siksa akhirat, pun manusia akan sulit membebaskan psikhologinya. Padahal para Wali itu tidak pernah takut dan tidak pernah susah, sebagaimana dijelaskan dalam Al-Qur'an.

Inilah yang dipresentasikan dunia Tasawuf sebagai tradisi ilmu-ilmu Islam bidang hakikat, yang juga boleh difahami manaka melalui pendekatan hakikat pula, dengan logika bathiniyah yang suci. Sebab wilayah hakikat bukanlah wilayah rasional ujian, juga bukan wilayah inderawi. Itu pun harus dalam bimbingan mereka yang telah meraih kesempurnaan hakikat sebagai Insan Kamil.

Kerana itu Ibnu Araby, membahagi komuniti para auliya’ menurut komuniti kebajikan yang disebut dalam berbagai ayat Al-Qur'an, semisal, komuniti Sholihun, Muhsinun, Shobirun, Syakirun, Dzakirun, Mujahidun, Muttaqun, 'Aminun, Mukhlishin, Mukhlashin, 'Abidun, dan ratusan komuniti Sholeh disana yang tentu saja, merupakan kelayakan moral yang begitu dalam. Jika Allah menyebutkan suatu kelompok moral, dengan menggunakan istilah tertentu, pasti memilki Rahsia tertentu pula. Kata Robb, beza dengan kata Ilah, beza lagi dengan penyebutan yang menggunakan Sifat dan Asma' sepetri Al-Khaliq, Al-Bari', al-Mushowwir, misalnya.

Munculnya istilah Ghauts, Quthub, Abdal, Nuqaba', Nujaba', tentu memiliki dasar-dasar yang tersirat dalam Al-Qur'an dan Sunnah, dan tugas-tugas amanah kewaliyan mereka tentu Allah sendiri Yang Maha Tahu, yang dengan KemahakuasaanNya, dan Irodah MutlakNya, memberikan wewenang dan tugas khusus. Dan semua tugas itu juga dalam rangka meneruskan amanah Rasul SAW.

3.    Soal adanya dewan para Wali, sesungguhnya juga tidak boleh disamakan sebagaimana kita memahami majlis sosial politik, dengan dewan pimpinan tertentu itu, dengan cara pemilihan ketua dewan atau ketua organisasi. Bahawa dalam dunia Kewalian ada hirarki struktur secara rohani, pasti sangat berbeza hirarki strukturalnya dengan dunia sosial manusia. Kalau suatu saat memang ada tugas bermajlis di gua Hira', itu bukan suatu tugas yang boleh dinilai sebagaimana berkumpulnya sebuah majlis PBB atau lainnya. Namun, kerana tugas kasuistis, menyangkut perkara moralitas ummat manusia di dunia, bahkan yang hidup maupun yang sudah mati, yang begitu tampak jelas dalam Alam Mukasyafah mereka, melalui Nur Ilahi.

Tetapi wajar jika anda mempersoalkan, adanya kelompok tertentu yang mengaku dewan para wali, lalu membuat pertemuan alam ghaib, lalu mereka merasa sebagai para wali, padahal tidak lebih dari sebuah tipudaya alam Jin dan Iblis, boleh saja demikian. Kerana Iblis dan Syaitan pun punya kelompok tandingan Wali yang disebut dalam Al-Qur'an "Auliya' as-Syayathin". Atau para Wali Syaitan, yang seringkali menggunakan jubah agama. Mereka berjubah, tapi penuh dengan kebusukan, ketakaburan, riya' dan 'ujub, hubbud dunya (cinta dunia), penghamba nafsu dan takut mati.

Namun alangkah piciknya kita kalau memahami dunia Wali dari sekadar gelombang sosial ummat atau dari fenomena keagamaan (khususnya di bidang bathiniyah), lalu anda membuat kesimpulan gradual, kesimpulan salah kaprah, sebagaimana para orientalis dan pengamat Sufi yang lebih banyak salah kaprahnya dalam memaknai istilah dan terminologi Sufi itu sendiri. Wallahul Muwaffiq ila Aqwamith Thoriq, wallahu A'lam bish-Showab.



2010/9/22 <syeds...@time.net.my>

>>>>>>>>> >> Sent from my BlackBerryŽ wireless device via Vodafone-Celcom



--
jbm1177

syeds...@time.net.my

unread,
Sep 23, 2010, 5:55:56 AM9/23/10
to smsp...@googlegroups.com
Saudara Jesli,
Satu artikel yang menarik.
Zaman sekarang nii mana nak cari alim yg "mursyid" ......
begitu sukar sekali ..................... yang ramai alimu suk....

Perkara seperti mukasyafah (pembuka rahsia) dan ilmu Laduni (ilmu terus
anugerah dari Allah Taala) mana mungkin dibicara secara terbuka, nanti
masyarakat ramai boleh salahfaham serta mengecap ajaran songsang dan orang
yang cerita itu 'gila'.

Seperti cerita Nabi Musa A.S. yg hendak mengikuti perjalanan Nabi
Khildir A.S. (yg di anugerah ilmu Laduni) dengan syarat tidak boleh
tanya apa yg Nabi Khildir buat ... membuat lobang perahu yg dinaiki,
membunuh budak yg kecil dan meroboh rumah anak yatim....
tapi akhirnya Nabi Musa A.S. bertanya juga kerana tidak faham
(tak masuk akal) .....

Sebenarnya Islam itu mudah, siapa2 yg bertemu alim mursyid atau
mendapat ilmu Laduni maka itu habuan dia ... sungguh bertuahlah dia
....
Tapi macam saya ni tak habis-habis dosa kering (diketahui & tidak
diketahui) memadailah memastikan apa yang di buat ini tidak menyimpang
dari Al- Quran dan Sunnah ... masih menuntut ...hingga liang lahat.

Allahu bisawab


Tuan(Syed) Saberi dan Tn Sheikh Bakri
>

> *Petikan dari Jalan ke Sufi - Salah Faham Terhadap Sufi* (cut and paste

Ertinya, aspek *Mukasyafah sangatlah "individu"*, dan memang tidak boleh


diungkapkan kecuali pada ahlinya atau orang tertentu yang relevan dengan
manfaat dunia akhiratnya.
>
> Mengenai Wihadatul Wujud, Hulul, Al-Faidl (ilmuniasi), sesungguhnya
justeru
> tidak ada dalam dunia Sufi. Yang ada adalah Widatus Syuhud. Orang yang
pertama kali mengatakan Wahdiatul Wujud adalah Ibnu Taymiyah yang memang
anti dengan pengalaman Dunia Sufi. Ia menuduh Sufi itu Wahdiatul Wujud,
sebuah tundingan yang jauh dari pengalaman rohani Sufistik. Kerana
Wahdiatul
> Wujud sering diertikan dengan panteisme, sedang konsep Sufi tentang
penyatuan hamba dan Allah jauh dari panteisme. Penyatuan itu bersifat rohani
> dan musyahadah (penyaksian mata hati, mata ruh dan mata Rahsia batin.
Bukan
> wujud fizik. Hal demikian pun diurai secara lembut melalui kaedah-kaedah
Sufi agar tidak menyimpang dari Tauhid, sebagaimana dijelaskan secara rinci
> oleh Ibnu Athaillah as-Sakandary dalam kitab Al-Hikam.
>
> Kalau kita membaca Al-Qur'an dengan pandangan kulitnya, formula dan
penafsiran ayat belaka, maka kita pun ketika memahami wacana Sufi juga akan

> terjebak sedemikian rupa. Kerana itu dalam tradisi Sufi *harus ada
Mursyid
> Kamil Mukammil yang membimbing*, agar mereka tidak terkena ghurur

>> >>>>>>>>> >> Sent from my BlackBerry� wireless device via

JBM

unread,
Sep 23, 2010, 6:54:56 AM9/23/10
to smsp...@googlegroups.com
Salams all,
Tn Saberi,
Terima kasih kerana memahami maksud saya, betoi bukan mudah mencari mursyid atau alim, bagi saya itu satu kurnia dari Allah swt kepada insan kerdil yg sentiasa bermunajat padanya secara zahir atau batin dengan penuh keikhlasan dan kesabaran, menjadi kekasih manusia bukan mudah lebih2 lagi nak berkasihan dgn Allah Maha Pencipta Semesta Alam dan rasul saw, takut kena tolak atau spurned dari Allah swt, Allah swt yg akan menentukan dan memilih sesiapapun dan pada bila2 masa, dn selepas itu kita akan jumpa mursyid yg telah dikhaskan utk kita sejak azali lagi.
Jgn risau apa yg orang nak mengata, itu sudah lumrah hidup dan sabar adalah satu kunci utk menentukan samada kita akan berada ditahap lama atau akan "advance" dari segi rohaniah.
Betul, disebabkan kurang ilmu dan tidak berguru bersalasilah, jalan mudah ialah melabelkan seseorang dgn pelbagai tohmahan, antara lain kurang siuman dll.
Asalnya bersih, sekian lama dah kotor so kena cuci dulu baru Tuannya akan terimanya semula.
As advice to me and you, saya ni baru nak belajar.

Zakaria Noor Bakri

unread,
Sep 23, 2010, 9:08:48 AM9/23/10
to smsp...@googlegroups.com
Saudara Syed, Jesli and All,


 Zaman sekarang nii mana nak cari alim yg "mursyid" ......

Banyak kenyataan seperti ini yang saya dengar. Saya nak tanya pada tuan syed, sejak bilakah orang alim (yg mursyid) pupus? Cerita macam ini, seolah-olah, pada satu zaman(bila?) ada ramai sangat alim/mursyid dan mula pada satu zaman(bila?), orang alim/mursyid kurang/pupus sama sekali.

Masaalah besar, pada pengamatan saya ialah kebanyakan orang tak tahu keperluan bermursyid, dengan itu tidak pernah hiraukan langsung dalam bab ini. Bila tak ambil kisah (sebab tak tahu kepentingan/keperluan bermursyid), maka tidak ada hajat walaupun sedikit untuk ambil tahu ilmu Agama secara menyeluruh.

Agama Islam itu lengkap dengan 5 bab, iaitu (maaf, saya ulangi)
  1. Iman (Tauhid)
  2. Islam (Syariat)
  3. Ehsan (Akhlak)
  4. Jihad/Pengorbanan Diri/Nafs
  5. Jihad/Pengorbanan Harta Benda
Yang selalu kita tengok, lebih-lebih lagi orang melayu islam, mereka dok belajar mengaji/baca AlQuran, sehingga bab lain yang mereka tak tahu atau mahir, mereka abaikan.

Statement saya diatas bukan bermaksud menyekat orang belajar mengaji AlQuran. Tidak sama sekali!!! Yang saya maksudkan, kita kena tahu kesemua bab sekira-kira lepas kehendak syarie. Sebagai contoh, ramai yang tak belajar bab aqidah (dari mana-mana guru) sehinggakan sangat rapuh dalam bab ini, jadi bila satu-satu kariah tak cukup 40 lelaki (maustatin/tetap) yang mahir dalam bab aqidah, sembahyang jumaat kat tempat tu kira macam mana? Begitu juga Imam setengah-setengah masjid, bab mengaji/doa dia pandai, tetapi bila bab tauhid nampak kecelaruan pada dirinya. Kita ni pula sebagai jemaah, biasanya tak nampak, kerana pada diri kita tak ada pengetahuan sikit pun hal-hal membatalkan syahadah, kecuali kalau sembah tokkong kira syirik (itu saja) (bukan kawan-kawan kita).

2010/9/23 JBM <jesl...@gmail.com>
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages