Usman Awang on "derhaka" and "pahlawan sebenar": Menang tulis sejarah, kalah buat puisi

236 views
Skip to first unread message

arjunaidi jamaludin

unread,
Sep 6, 2011, 6:44:47 AM9/6/11
to smspp7377

Antara ‘derhaka’ dan ‘pahlawan sebenarnya’ — Lee Ban Chen

September 06, 2011

6 SEPT — Bila baca makalah Tuan Ibrahim Tuan Man yang bertajuk “Menang tulis sejarah, kalah buat puisi” (Malaysiakini, 3 Sept), teringatlah beberapa karya pujangga agung negara kita, Almarhum Usman Awang, yang rasanya tergolong dalam kumpulan yang “kalah buat puisi”!

Sebagai seorang polis yang digabungkan dengan Jungle Squad, Usman telah ditugaskan bersama teman-temannya untuk memburu dan membunuh anggota pasukan komunis dalam hutan pada zaman Darurat.

Usman dan teman-temannya maka terperangkap dalam suatu dilema yang genting sekali: Membunuh atau dibunuh untuk mempertahankan kepentingan penjajah  British demi mencari nafkah hidup.

Justeru itu, sajak “Tulang-tulang berserakan” (1962) bukan saja ditulis demi memperingati teman-teman Jungle Squadnya yang sudah terkorban, dengan ungkapan yang sungguh menggores hati: “gelakmu hangus di hutan malam, tinggallah sedu di bilik ibu”.

Di samping itu, sajak ini juga memperlihatkan simpati dan kekaguman terhadap pasukan komunis “yang tak pernah disapa, atas keberanian dan keyakinan yang tak terkalahkan dengan sedar menerima segala derita”.

“Tulang-tulang berserakan” padahal merupakan tajuk dan tema novel terkenal Usman, yang juga ditulis dalam tahun 1962.

Dalam satu episod novel tersebut, Leman (Usman) telah memberi tahu Majid, teman Jungle Squadnya, bahawa bila teman-teman mereka yang ditembak mati digelar “gugur sebagai bunga bangsa” oleh media penjajah, Cikgu Alimin tidak setuju, lalu dihujahnya:

“Orang yang berjuang untuk kemerdekaan saja yang boleh disebut gugur sebagai bunga bangsa. Macam Indonesia. Katanya, pemuda-pemuda Indonesia dengan bambu runcingnya berjuang untuk kemerdekaan dan mereka ditembak Belanda. Itu baru gugur seperti bunga bangsa. Kalau kerana ladang orang putih kita mati kena tembak, itu mati katak.” (“Tulang-tulang Berserakan”: 196)

Soal “Mati katak” telah dikupas secara lebih terperinci oleh Usman dalam sajaknya “Suara dari Pusara” (PPPUA:78), antara lain tulisnya:

“Kematianku kematian kawan-kawan tercinta

untuk kekayaan yang bukan milik kita

supaya tuan-tuan itu lena tidur mimpinya:

tiap estet menghimpunkan susu getah

tiap lombong melonggokkan bijih

tiap bank nyaman menghitung untung

tiap perusahaan damai mengira pengeluaran

(tiap semua yang bukan hakmilik kita!)

untuk merekalah kematian ini bernama.”

Berlatar belakangkan kesedaran Usman tersebut, maka tidaklah hairan kajian Mohamad Mokhtar Hassan mendapati: “Cerita-cerita Usman mengenai Darurat tidak menunjukkan sebarang rasa dendam terhadap gerila komunis sungguhpun dia sendiri seorang polis dan menyaksikan kekejaman yang dilakukan oleh kedua-dua pihak terhadap musuh masing-masing…kenapa ini boleh berlaku mungkin kerana kedudukan ideologi Usman. Teras pemberontakan komunis di Malaya yang bersifat anti-imperialis dan anti-kapitalis itu padahal tidak mencanggahi kepercayaan politiknya.” (1)

Usman padahal amat mengagumi keyakinan pasukan komunis, dalam sajak “Di Balik Bukit (Kepada Rashid, Shamsiah dan kawan-kawannya),1955” (PPPUA:161), semangat perjuangan, pengorbanan dan keyakinan waja mereka amat disanjungi:

“Sana sini bunga-bunga dan daun berguguran,

Mereka tidak bikin upacara besar-besaran,

Hanya tafakur penuh sikap pejuang.

Mengembara, mengembara terus mereka,

Dalam sejarah rimba tanpa cerita,

Satu-satu gugur dan mereka mara juga,

Kerana padanya keyakinan setebal waja.”

Melalui sajaknya “Pahlawan Kemerdekaan (Kepada Pahlawan Pahang, 1970)”, Usman telah mengisytiharkan:

“PAHLAWAN!

Jika hilangmu tanpa pusara

Jika pusaramu tanpa nama

Jika namamu tanpa bunga

Penjajah mengatakan kau derhaka

Maka kaulah pahlawan sebenarnya.” (PPPUA:72)

Logika Usman amat jelas dan tegas: “Penjajah mengatakan kau derhaka, Maka kaulah pahlawan sebenarnya.” Mengikut logika tersebut: “Penjajah mengatakan Mat Indera derhaka, maka dia pahlawan sebenarnya!”

Bagi Usman, logika tersebut dinamakan “Logika Rakyat (atau) logika sejarah manusia” (“Salut Untuk Said Zahari”,1972,PPPUA:53). Menurut logika rakyat, Mat Kilau, Tok Gajah, Datok Bahaman di Pahang, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Jangut di Kelantan, Datuk Maharajalela dan Si Puntong di Perak, Dol Said di Negeri Sembilan/Melaka dan puluhan pimpinan yang lain yang kini lenyap dari sejarah seperti disebut oleh Tuan Ibrahim Tuan Man padahal semuanya ‘pahlawan-pahlawan yang sebenarnya’!

Demikian jugalah semua pejuang-pejuang/tokoh-tokoh agamawan, nasionalis dan sosialis Melayu yang bekerjasama dengan PKM dalam Barisan Bersatunya untuk menentang penjajah British demi kemerdekaan negara, yang dicap oleh penjajah atau kuasa yang sekongkol dengannya sebagai penderhaka bangsa, termasuk Mat Indera, padahal “pahlawan-pahlawan yang sebenarnya”!

Justeru, apakah salahnya jika Mat Sabu menganggap Mat Indera yang berperang dengan penjajah British sebagai pahlawan mengikut logika rakyat yang telahpun dikemukakan oleh pujangga agung negara kita dengan lantang sekalil 41 tahun dahulu?

Nota: Mohamad Mokhtar Hassan, 2006, Key Concepts in Usman Awang’s Short Stories Developing a Critical Tradition Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, p.299-300: “Usman’s stories about the Emergency do not show any feelings of hatred for the communist guerrillas despite the fact that he was himself a policeman and was witness to the brutality inflicted by both sides on their foes… why this is so is probably due to Usman’s ideological position. The anti-imperialist and anti-capitalist thrust of the communist uprising in Malaya would not have run counter to his political convictions. ”

arshad ahmad

unread,
Sep 6, 2011, 9:08:51 AM9/6/11
to smsp...@googlegroups.com
Very interesting indeed. We've always been duped into thinking that there is no arms struggle bfor we gain our independence. It is true, as far as umno is concerned. But in reality there are many unsung heroes who fought against the imperialist but wiped away from our "history". Though they didn't actually succeeded (in bringing down the imperial power), their effort help hasten the inevitable. And umno simply hijack the initiative and make it theirs (wholly).


From: arjunaidi jamaludin <arju...@gmail.com>
To: smspp7377 <smsp...@googlegroups.com>
Sent: Tuesday, September 6, 2011 6:44 PM
Subject: Usman Awang on "derhaka" and "pahlawan sebenar": Menang tulis sejarah, kalah buat puisi

Azmai Ishak

unread,
Sep 6, 2011, 11:58:03 PM9/6/11
to smsp...@googlegroups.com
Unsung Heroes ? Teringatkan Brahim Libya......

2011/9/6 arshad ahmad <arsha...@yahoo.com>

Harun

unread,
Sep 7, 2011, 12:06:08 AM9/7/11
to smsp...@googlegroups.com
History written by the Victor

Sejarah islam pun sama . Klu sejarah dan hadith stand alone tanpa sync dengan alquran maka ia pun serupa malah lebih teruk . 

Contoh Alquran menklasifikasi sahabat kepada berbelas golongan tp kita buta dan berpegmg pada hadis yang bertentangan dgan alquran , (berkalih pungung dari ayat allah yng di jamin alquran ) . kita matikan fikiran , butakan mata dan pekakan telinga . Kita berkiblatkan  hadis ( yang belum  tentu. dari nabi ) yang mengatakan Sahabat itu bagaikan bintang , ikut yang mana satu pun tak pa .
Kaji lah hadis ni dari segi matan dan sanadnya . Apabila mata dan hati dah terbuka , banyak hadis bercanggh dengan ayat Allah , kdg lucu jd nya 

Apa yang berlaku hari ni serupa serupa dari zman dulu lg . .

Harun Penang

muhamad yusoff

unread,
Sep 7, 2011, 1:33:57 AM9/7/11
to smsp...@googlegroups.com
Macam Karzai di Afghan....

--- On Wed, 7/9/11, Harun <sak...@yahoo.com> wrote:
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages