FW: AKU, LIM DAN ISLAM

23 views
Skip to first unread message

zairi muhammad

unread,
Dec 9, 2010, 8:35:01 PM12/9/10
to zairi muhammad

sebagai pengajaran. semoga allah mengampuni kita yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai islam & seterusnya memberi kita kekuatan untuk memperjuangkan islam.

 

AKU, LIM DAN ISLAM
Jeram Pasu, 6 Sep 2010

Aku ada seorang rakan baik sejak zaman kanak-kanak, Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

 

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

 

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. dulu mana ada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat sama2 lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku. Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin
berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya sambil mengeluarkan air mata.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"  Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul  tak? Memanglah..Sebab apa tanya macam tu? Kalau kau kawan baik aku, sebab apa kau biarkan aku diseksa?

 

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.  Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian? Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau  dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

 Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalaubangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir
kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.   Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk  memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!  Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang
kebenaran Islam?
 

mfaizal...@gmail.com

unread,
Dec 9, 2010, 8:44:12 PM12/9/10
to SMS
Thanks Zai. Pagi tadi Tanya Ustaz TV9 ustaz dia ialah engineer JKR chinese yang convert. Stau cerita dia pasal masuk Islam kawan dia yang ajak.

Masa dia dah kata ok kawan dia bawa dia pergi satu masjid jumpa Imam. Masuk pintu pejabat Imam tengok Imam dok pegang rokok, then Imam tu tanya lu tahu ka masuk Islam tak boleh makan babi. Ustaz ni fasih bahasa Melayu sebab dari sekolah kawan orang Melayu, dia jawab dengan bahasa Melayu tak pelat sikit pun Ya saya tahu Tuan. Imam tu tak dengar agak cara ustaz tu jawab dan masih tanya dalam loghat pelat cina lu masuk Islam mahu kawin ka. Ustaz ni kata kalau tak kerana kawan dia, dia dah lari tak jadi masuk Islam sebab cara Imam ni layan.

Akhir Ustaz ni masuk Islam and now boleh jadi pendakwah.

Kita pun biasa dengan cerita begini ajk surau masjid yang sikap tak menarik pada orang bukan Islam, macam mana nak tarik orang masuk Islam.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


From: "zairi muhammad" <za...@emct.com.my>
Date: Fri, 10 Dec 2010 09:35:01 +0800
To: zairi muhammad<za...@emct.com.my>
Subject: FW: AKU, LIM DAN ISLAM

shuko...@gmail.com

unread,
Dec 9, 2010, 8:56:49 PM12/9/10
to smsp...@googlegroups.com
Correction
Dia dah ucap shahadah the day before that kat masjid lain. Kawan dia dan dia gi masjid negara tu nak register as muslim.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Date: Fri, 10 Dec 2010 01:44:12 +0000
Subject: Re: AKU, LIM DAN ISLAM

ghazali ibrahim

unread,
Dec 9, 2010, 9:14:25 PM12/9/10
to smsp...@googlegroups.com
Salam,

Baru ni balik kampong sempat berbual dgn tauke Yap Tailor, kedai kat Bazaar BM depan panggung Cheok Sah. Sembang pasai mengapa susah orang cina nak terima Islam. Dia kata di Malaysia kalau masuk islam kena jadi Melayu...itu yg jadi masalah. Kalau orang cina masuk islam dan boleh kekalkan budaya cina maka mungkin lebih ramai akan tertarik mendekati islam. Dia China kata dia, orang islam sana masih kuat dengan adat resam orang cina tapi keimanan islamnya lebih hebat dari kita diMalaysia.



2010/12/10 <shuko...@gmail.com>



--
Mohd Ghazali Ibrahim
GranuLab (M) Sdn Bhd
Lot 14, Jalan Anggerik Mokara 31/47
Kota Kemuning
40460 Shah Alam
Tel: 603 51249622 Fax : 603 51248623

Noor Bakri Ansari

unread,
Dec 10, 2010, 2:45:24 AM12/10/10
to smsp...@googlegroups.com
zairi,

oleh sebab cerita ni dari saudara, saya sangat berminat nak dengar pandangan dari saudara sendiri. Begitu juga sangat menarik statement dari tauke yap tailor - "Sembang pasai mengapa susah orang cina nak terima Islam. Dia kata di Malaysia kalau masuk islam kena jadi Melayu" (oleg saudara ghazali). Mesti ada sebab tauke tu kata "kalau masuk islam kena jadi melayu" atau pada setengah tempat depa akan kata "jadi melayu atau masuk melayu".

2010/12/10 ghazali ibrahim <ghaza...@gmail.com>

zairi muhammad

unread,
Dec 10, 2010, 2:53:27 AM12/10/10
to zairi muhammad

salam bakri,

kalau kita ambik secara umum, aku setuju dengan apa yg dikatakan oleh Lim. Di Malaysia, Islam masih lagi seolah-olah confined to the Malays saja. banyak salah tanggapan tentang islam & melayu ni perlu diperbetulkan. dengar cerita dari kawan2, PERKIM pun tak begitu berkesan dalam menjaga kebajikan mualaf-mualaf jadi ada yang berpatah bali kepada ugama lama depa, wallahualam.


No virus found in this message.
Checked by AVG - www.avg.com
Version: 10.0.1170 / Virus Database: 426/3306 - Release Date: 12/09/10

Noor Bakri Ansari

unread,
Dec 10, 2010, 3:39:58 AM12/10/10
to smsp...@googlegroups.com
Salam Zairi,

Tanggapan orang bukan Islam di Tanah Melayu yang apabila mereka masuk/menerima Islam, maka juga kena masuk/menerima Melayu adalah berdasarkan kepada sejarah Tanah Melayu, iaitu sejarah yang terlalu lama, hanya beberapa "keyataan/statement/pegangan" yang ada tapi cerita menyeluruh dalam bab ini sudah dilupai (baik oleh orang yang bangsakan diri sebagai melayu, apalagi orang bukan melayu dan Islam) Kalau kita tanya pada orang-orang bukan Islam (berumur 60tahun keatas), kenapa mereka keluarkan statement yang sebegitu, "masuk melayu atau kena jadi melayu", kita akan dapati bahawa pengambilan fahaman itu dari satu sejarah yang agak kabur.(Fahaman ini tiada pada bangsa lain di Tanah Melayu untuk generasi muda = bawah 60tahun).

Disini, ingin saya tegaskan bahawa kita, walaupun berbangsa melayu tak tahu sejarah melayu sendiri, yang dalam sejarah, manusia yang dibangsakan dengan nama melayu itu mempunyai kaitan dengan agama Islam. Kekaburan dalam sejarah akan menyebab manusia mengulangi kesalahannya tanpa tahu akibatnya(kesalahan itu) dan apabila hasil(akibat) dari kesalahan itu tiba, ia(masa itu) sudah terlambat dan akibat itu buruk sekali.

Zairi,

Saya tak mahu komen hal melayu buat masa ini. Sekarang ini, issue nya ialah dalam bab dakwah.

Ini satu bab yang agak menarik. Lim persalahkan kawannya kerana hanya mahu berkawan dengannya(Lim) didunia dan bukan diakhirat, iaitu dengan tidak berdakwah kepadanya.

Dakwah!?!
Dakwah ini untuk semua (bangsa), dimana setiap orang itu dilahirkan mengikut bangsa. Setiap bangsa itu perlu mengambil agama, maka bangsa yang mengambil agama itu ialah bangsa yang beragama dan tiada agama yang Allah iktiraf kecuali Islam.

Dakwah yang paling utama bagi diri saya ialah dakwah kepada orang-orang yang bangsakan diri sebagai "melayu". Kita akan dapati, bahawa kebanyakan "melayu" tak tahu rukun syahadah, apa yang membatalkanya dan seterusnya. Agama Islam bagi dirinya ialah seperti "Adat", iaitu sesuatu yang dibuat semata-mata kerana kebiasaan. Ini disebabkan oleh kejahilan atu semata-mata mengunakan akal (tahsinul akli) dan tahsinul radhi (adat semata-mata) dalam melaksanakan hukum agama.
Stop dulu.

2010/12/10 zairi muhammad <za...@emct.com.my>

arjunaidi jamaludin

unread,
Dec 10, 2010, 5:54:16 AM12/10/10
to smsp...@googlegroups.com
Aku persalahkan extremis macam Perkosa dll yang menuntut Ketuanan Melayu, Kedaulatan Melayu dan seumpamanya.

get into your bebal otak that Islam is not equal to Melayu!  Islam=Universal.

2010/12/10 Noor Bakri Ansari <smspp73...@gmail.com>

zairi muhammad

unread,
Dec 10, 2010, 9:32:36 AM12/10/10
to zairi muhammad

A response from my Malay friend who has resided in Virginia, USA.

 

Great reminder. Saya pernah terjumpa orang Malaysia asal beragama Hindu tapi bila melanjutkan pelajaran di sini dia memeluk agama Islam (bukan sebab nak kahwin orang Islam).

I certainly understand why Indian and Chinese say when one of them marries a Malay in Malaysia - dia masuk Melayu.  The non Malay is expected to take on Malay culture on top of being a Muslim.  In my own family, my sister in law was expected to stop using chopsticks.  Malays have a long way to go in inviting their neighbors to Islam.

arshad ahmad

unread,
Dec 10, 2010, 10:43:28 AM12/10/10
to smsp...@googlegroups.com
Well well well. It looks like I've lost a bit of my "religion". I like to use chopsticks when I eat noodles at home. The thing is we have to acknowledge that it was the culture that uses chopsticks that introduced noodles to the world. So if I am going to adopt that noodle eating culture, I might as well adopt the other culture as well.

I got to the stage that, I always get compliments (even from chinese friends) when they saw me use the chopsticks.



From: zairi muhammad <za...@emct.com.my>
To: zairi muhammad <za...@emct.com.my>
Sent: Fri, December 10, 2010 10:32:36 PM
Subject: RE: AKU, LIM DAN ISLAM

Noor Bakri Ansari

unread,
Dec 10, 2010, 12:32:02 PM12/10/10
to smsp...@googlegroups.com
get into your bebal otak that Islam is not equal to Melayu!  Islam=Universal.

please get into your otak that your defination of Melayu might not be correct.

2010/12/10 arshad ahmad <arsha...@yahoo.com>

Noor Bakri Ansari

unread,
Dec 10, 2010, 12:44:26 PM12/10/10
to smsp...@googlegroups.com
saudara arjunaidi,

Tolong jangan pamirkan sikap diktator anda dengan sewenang-wenangnya. Kalau e-group ini adalah semata-mata untuk tunjuk taring, saya rasa kurang senang dengannya.

2010/12/11 Noor Bakri Ansari <smspp73...@gmail.com>

Zairi Muhammad

unread,
Dec 10, 2010, 12:55:02 PM12/10/10
to
salam bakri al ansari,
u sounded different, care to explain?
r u refering to arju or me? sori if i hv offended u by any means.

From: Noor Bakri Ansari <smspp73...@gmail.com>
Date: Sat, 11 Dec 2010 01:44:26 +0800

Noor Bakri Ansari

unread,
Dec 10, 2010, 12:58:56 PM12/10/10
to smsp...@googlegroups.com
please refer to arjunaidi's statement


get into your bebal otak that Islam is not equal to Melayu!



2010/12/11 Zairi Muhammad <za...@emct.com.my>

zairi muhammad

unread,
Dec 10, 2010, 1:08:22 PM12/10/10
to zairi muhammad

bakri al ansari,

i believe arju was not referring to you specifically. “your bebal otak” means “our bebal otak” and not you alone. anyway, let’s wait for arju to explain.

Nungsari Radhi

unread,
Dec 10, 2010, 7:15:49 PM12/10/10
to smsp...@googlegroups.com
if we resolve the "bebal otak" issue, is "Islam not equal Melayu" objectionable?



From: zairi muhammad <za...@emct.com.my>
To: zairi muhammad <za...@emct.com.my>
Sent: Sat, December 11, 2010 2:08:22 AM

arsha...@yahoo.com

unread,
Dec 10, 2010, 7:17:20 PM12/10/10
to smsp...@googlegroups.com
Apa lah yg aku dah kata sampai kena tegoq macam tu teruk sekali.

Tak pernah ada org pernah kata aku ni 'bebal otak'. Aku pakai chopstick pun dah kena lable sampai macam tu sekali.



-----Original Message-----
From: Noor Bakri Ansari
Sent: 11/12/2010, 01:32
To: smsp...@googlegroups.com
Subject: Re: AKU, LIM DAN ISLAM

get into your bebal otak that Islam is not equal to Melayu!
Islam=Universal.

please get into your otak that your defination of Melayu might not be
correct.

2010/12/10 arshad ahmad <arsha...@yahoo.com>

> Well well well. It looks like I've lost a bit of my "religion". I like to
> use chopsticks when I eat noodles at home. The thing is we have to
> acknowledge that it was the culture that uses chopsticks that introduced
> noodles to the world. So if I am going to adopt that noodle eating culture,
> I might as well adopt the other culture as well.
>
> I got to the stage that, I always get compliments (even from chinese
> friends) when they saw me use the chopsticks.
>
>

> ------------------------------
> *From:* zairi muhammad <za...@emct.com.my>
> *To:* zairi muhammad <za...@emct.com.my>
> *Sent:* Fri, December 10, 2010 10:32:36 PM
> *Subject:* RE: AKU, LIM DAN ISLAM


>
> A response from my Malay friend who has resided in Virginia, USA.
>
>
>
> Great reminder. Saya pernah terjumpa orang Malaysia asal beragama Hindu
> tapi bila melanjutkan pelajaran di sini dia memeluk agama Islam (bukan sebab
> nak kahwin orang Islam).
>
> I certainly understand why Indian and Chinese say when one of them marries
> a Malay in Malaysia - dia masuk Melayu. The non Malay is expected to take
> on Malay culture on top of being a Muslim. In my own family, my sister in
> law was expected to stop using chopsticks. Malays have a long way to go in
> inviting their neighbors to Islam.
>
>
>

> *From:* smsp...@googlegroups.com [mailto:smsp...@googlegroups.com] *On
> Behalf Of *Noor Bakri Ansari
> *Sent:* Friday, 10 December, 2010 4:40 PM
> *To:* smsp...@googlegroups.com
> *Subject:* Re: AKU, LIM DAN ISLAM

> *From:* smsp...@googlegroups.com [mailto:smsp...@googlegroups.com] *On
> Behalf Of *Noor Bakri Ansari
> *Sent:* Friday, 10 December, 2010 3:45 PM
>
>
> *To:* smsp...@googlegroups.com
> *Subject:* Re: AKU, LIM DAN ISLAM


>
>
>
> zairi,
>
> oleh sebab cerita ni dari saudara, saya sangat berminat nak dengar
> pandangan dari saudara sendiri. Begitu juga sangat menarik statement dari
> tauke yap tailor - "Sembang pasai mengapa susah orang cina nak terima Islam.
> Dia kata di Malaysia kalau masuk islam kena jadi Melayu" (oleg saudara
> ghazali). Mesti ada sebab tauke tu kata "kalau masuk islam kena jadi melayu"
> atau pada setengah tempat depa akan kata "jadi melayu atau masuk melayu".
>
> 2010/12/10 ghazali ibrahim <ghaza...@gmail.com>
>
> Salam,
>
> Baru ni balik kampong sempat berbual dgn tauke Yap Tailor, kedai kat Bazaar
> BM depan panggung Cheok Sah. Sembang pasai mengapa susah orang cina nak
> terima Islam. Dia kata di Malaysia kalau masuk islam kena jadi Melayu...itu
> yg jadi masalah. Kalau orang cina masuk islam dan boleh kekalkan budaya cina
> maka mungkin lebih ramai akan tertarik mendekati islam. Dia China kata dia,
> orang islam sana masih kuat dengan adat resam orang cina tapi keimanan
> islamnya lebih hebat dari kita diMalaysia.
>
> 2010/12/10 <shuko...@gmail.com>
>
>
>
> Correction
> Dia dah ucap shahadah the day before that kat masjid lain. Kawan dia dan
> dia gi masjid negara tu nak register as muslim.
>
> Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

> ------------------------------
>
> *From: *mfaizal...@gmail.com
>
> *Sender: *smsp...@googlegroups.com
>
> *Date: *Fri, 10 Dec 2010 01:44:12 +0000
>
> *To: *SMS<smsp...@googlegroups.com>
>
> *ReplyTo: *smsp...@googlegroups.com
>
> *Subject: *Re: AKU, LIM DAN ISLAM


>
>
>
> Thanks Zai. Pagi tadi Tanya Ustaz TV9 ustaz dia ialah engineer JKR chinese
> yang convert. Stau cerita dia pasal masuk Islam kawan dia yang ajak.
>
> Masa dia dah kata ok kawan dia bawa dia pergi satu masjid jumpa Imam. Masuk
> pintu pejabat Imam tengok Imam dok pegang rokok, then Imam tu tanya lu tahu
> ka masuk Islam tak boleh makan babi. Ustaz ni fasih bahasa Melayu sebab dari
> sekolah kawan orang Melayu, dia jawab dengan bahasa Melayu tak pelat sikit
> pun Ya saya tahu Tuan. Imam tu tak dengar agak cara ustaz tu jawab dan masih
> tanya dalam loghat pelat cina lu masuk Islam mahu kawin ka. Ustaz ni kata
> kalau tak kerana kawan dia, dia dah lari tak jadi masuk Islam sebab cara
> Imam ni layan.
>
> Akhir Ustaz ni masuk Islam and now boleh jadi pendakwah.
>
> Kita pun biasa dengan cerita begini ajk surau masjid yang sikap tak menarik
> pada orang bukan Islam, macam mana nak tarik orang masuk Islam.
>
> Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

> ------------------------------
>
> *From: *"zairi muhammad" <za...@emct.com.my>
>
> *Sender: *smsp...@googlegroups.com
>
> *Date: *Fri, 10 Dec 2010 09:35:01 +0800
>
> *To: *zairi muhammad<za...@emct.com.my>
>
> *ReplyTo: *smsp...@googlegroups.com
>
> *Subject: *FW: AKU, LIM DAN ISLAM


>
>
>
> sebagai pengajaran. semoga allah mengampuni kita yang tidak faham apa itu
> erti nikmat dilahirkan sebagai islam & seterusnya memberi kita kekuatan
> untuk memperjuangkan islam.
>
>
>

> *AKU, LIM DAN ISLAM
> **Jeram Pasu, 6 Sep 2010*
>
> Aku ada seorang rakan baik sejak zaman kanak-kanak*,* Lim Wei Choon.


> Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM. Aku
> masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
> pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman
> remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
>
>
>
> Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk
> menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada
> kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke
> rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun
> Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
>
> Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia
> sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi
> jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya
> kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan
> perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.
>

> * *


>
> 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya
> mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari

> kakaknya.* *Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan


> pelajaran. dulu mana ada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma

> sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat* *sama2


> lelaki amat malas kami rasakan.
>
> Suatu pagi aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu
> Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang
> kudengar dari kakaknya.
>
> " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5
> years ago. ..Subhanallah!
>
> Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T.
> Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah
> menjadi saudara seagama denganku. Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan
> petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian
> istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah
> semakin
> berkurangan. ..
>
> Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh
> berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan
> berpelukan dengannya sambil mengeluarkan air mata.
>
> 'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"
> Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami
> berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi
> kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman
> rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk
> berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada
> diperantauan.
>
> Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah..Sebab apa tanya

> macam tu?* *Kalau kau kawan baik aku, sebab apa kau biarkan aku diseksa?
>
> * *

> ------------------------------


>
> No virus found in this message.
> Checked by AVG - www.avg.com
> Version: 10.0.1170 / Virus Database: 426/3306 - Release Date: 12/09/10
>
>

> ------------------------------

Noor Bakri Ansari

unread,
Dec 10, 2010, 7:33:15 PM12/10/10
to smsp...@googlegroups.com
Nung,

Sejarah Bangsa Melayu yang bermula dari pengislaman Pra Ong Mahawangsa (Kedah Tua) dan Sheikh Abdullah AlQumairi menamakan orang-orang/rakyat nya (yang berbilang bangsa) sebagai Mala-u yang dengan slang penduduk tempatan kemudian jadi Melayu ini adalah yang di sampaikan oleh Syeikh Ahmad AlFattani.

Syeikh Ahmad AlFattani ialah seorang ulama besar dizamannya, bukan sahaja ditanah melayu, malah beliau dilantik sebagai pembesar dikerajaan Islam Othmaniah.

http://moneygenerator.com.my/sheikh_ahmad_alfatani.htm



mfaizal...@gmail.com

unread,
Dec 10, 2010, 7:54:46 PM12/10/10
to SMS
Today pasal we equate Islam to Melayu tu we have problem attracting other races.

The other some ada melayu that comes from Hindu like tepung tawar dan bersanding people equate to Islam.

Islam is for all mankind and terima ada yang tak bercanggah dengan syariah n sunnah. Sahabat nabi ada salman farisi dari Iran, bilal orang habsyi, suhil orang rom and many more. So Islam is not arab or melayu but all races

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


From: Nungsari Radhi <nungsa...@yahoo.com>
Date: Fri, 10 Dec 2010 16:15:49 -0800 (PST)

Nungsari Radhi

unread,
Dec 10, 2010, 8:39:46 PM12/10/10
to smsp...@googlegroups.com
ok bakri. dont want to get into a debate on this, but "melayu" starts with islam? who were they - the people- before that?

i am not an expert but early evidence of islam's presence in the malay archipelago was in the 13th century, parts of northern sumatera which naturally led to the hypothesis that it came from the west (india). the batu bersurat terengganu was about 14th century which led to the other hypothesis that islam came to the east coast of the malay peninsula via china. 13th or 14th century is during the abbasid caliphate, earlier than the ottomans. Islam reached (western)china much earlier in the 7th century itself. there is however the scholarly view that arrival of islam defined malayness in a particular way - re naquib al-attas' islam dalam sejarah dan kebudayaan melayu, for example.

to me, the beauty of islam lies in its continuity and universality, for all of mankind and for all times. the quran enjoined us to know/learn from one another as in "O people, We have created you from a male and a female and made you into races and tribes so that you may know each other. Surely the most honored of you in the sight of Allah is the one who is the most righteous of you” (49:13) so we should not be too hung up on race in my view. we have to be adil. we have to be humans first, hamba allah.

melayu=>islam is a political definition, not an anthropological definition, surely not religious one. whether people subscribe to it or not is not a big issue to me, an equally political decision in my view. but to equate islam and melayu even in malaysia (islam=melayu) is wrong in my view, on so many fronts.

so its ok arshad, pakai chopstick kah, fork and spoon, daun pisang kah, cheese kah, dulang kah, pinggan kah has no bearing on being muslim. not sure what "bebal otak" means but from my recollection, the stuff between your ears is pretty good!



From: Noor Bakri Ansari <smspp73...@gmail.com>
To: smsp...@googlegroups.com
Sent: Sat, December 11, 2010 8:33:15 AM

Junaidah Amir

unread,
Dec 10, 2010, 10:32:45 PM12/10/10
to smsp...@googlegroups.com
Salam Noor Bakri Ansari, boleh saya tolong reword for you: Semua orang Melayu adalah Islam tapi bukan semua orang Islam adalah Melayu, batoi tak. Contohnya saya orang Islam tapi berdarah kerurunan Cina dan dibesarkan dalam keluarga mamak.


From: Noor Bakri Ansari <smspp73...@gmail.com>
To: smsp...@googlegroups.com
Sent: Sat, December 11, 2010 1:58:56 AM

mfaizal...@gmail.com

unread,
Dec 10, 2010, 10:37:00 PM12/10/10
to SMS
Jun tak juga majoriti orang Melayu Islam ada orang melayu di Sabah Sarawak tak Islam and ada orang melayu sekarang masuk kristian malah ada jadi paderi besar di Asia.

Melayu pun dari macam rumpun ada bugis macam sayang minangkabau campur pakistan, ingerris belah emak.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


From: Junaidah Amir <junaid...@yahoo.com>
Date: Fri, 10 Dec 2010 19:32:45 -0800 (PST)

Junaidah Amir

unread,
Dec 10, 2010, 10:53:48 PM12/10/10
to smsp...@googlegroups.com
Orait, betoi apa mfaizalariffin kata. Makanya, ada masalah la pada orang-orang Melayu yang memperlekehkan bangsa sendiri, kalu saya jadi Noor Bakri Ansari pun nak marah jugak pada orang2 yang kutok bangsa sendiri. Tapi yang saya tau orang Cina pun kutok bangsa depa kalu ada mana yang tak betoi, saya biasa dengar yang muda2 kata kat yang toa2' he's a typical Chinaman, must do bussiness the way their grandfather do'. So biasa la yang tak betoi kita tegog bagi pebetoi, apa salahnya. So kalu ada orang Melayu kata orang Melayu pemalas, jangan la orang Melayu yang pemalas melenting mare, perbetolkan diri, jangan jadi malas lagi. (Hm... am I insync with you guys, otherwise please don't spam my mail)


From: "mfaizal...@gmail.com" <mfaizal...@gmail.com>
To: SMS <smsp...@googlegroups.com>
Sent: Sat, December 11, 2010 11:37:00 AM

mfaizal...@gmail.com

unread,
Dec 10, 2010, 11:21:38 PM12/10/10
to SMS
Actually kita bukan kutuk bangsa sendir kita criticize kerana sayang bangsa kita. Satu bentuk muhasabah. Kalau kita dok ingat kita elok nanti syok sendiri tapi realiti dia lain. Kritik selagi tak sentimen, emosi dan sentuh peribadi rasanya tak pe. Macam Tsun Tze art of war kita kena dengan apa pandangan musuh kita kerana kritik mereka lebih betul.

Anyway minta maaf kalau tersentuh perasaan mana mana pihak rambut sama hitam hati lain lain ada yang extra sensitive

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


From: Junaidah Amir <junaid...@yahoo.com>
Date: Fri, 10 Dec 2010 19:53:48 -0800 (PST)

genera...@gmail.com

unread,
Dec 10, 2010, 11:34:19 PM12/10/10
to smsp...@googlegroups.com
Fai, dah 50 ni kena ubah sikit "rambut sama putih....". Sorry lah seminggu dua ini aku banyak melawak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Date: Sat, 11 Dec 2010 04:21:38 +0000

arsha...@yahoo.com

unread,
Dec 10, 2010, 11:35:19 PM12/10/10
to smsp...@googlegroups.com
I agree with yr wise word Faizal. Let's not be too emotional up to a point of being personal. We must keep our decorum in this group. Critical we shud be but not emotional. Use logic to argue points not emotion.

-----Original Message-----
From: mfaizal...@gmail.com
Sent: 11/12/2010, 12:21
To: SMS
Subject: Re: AKU, LIM DAN ISLAM


Actually kita bukan kutuk bangsa sendir kita criticize kerana sayang bangsa kita. Satu bentuk muhasabah. Kalau kita dok ingat kita elok nanti syok sendiri tapi realiti dia lain. Kritik selagi tak sentimen, emosi dan sentuh peribadi rasanya tak pe. Macam Tsun Tze art of war kita kena dengan apa pandangan musuh kita kerana kritik mereka lebih betul.

Anyway minta maaf kalau tersentuh perasaan mana mana pihak rambut sama hitam hati lain lain ada yang extra sensitive
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


2010/12/11 Zairi Muhammad <za...@emct.com.my>

>>>>Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.Hubungan ku

>>>>dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. dulu mana ada internet,
>>>>email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya

>>>>khabar. Untuk menulis suratsama2 lelaki amat malas kami rasakan.


>>>>
>>>>Suatu pagi aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim
>>>>akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari
>>>>kakaknya.
>>>>
>>>>
>>>>" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years
>>>>ago. ..Subhanallah!
>>>>
>>>>Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T.
>>>>Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi
>>>>saudara seagama denganku. Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu
>>>>aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa
>>>>sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin
>>>>
>>>>berkurangan. ..
>>>>
>>>>Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh
>>>>berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan
>>>>dengannya sambil mengeluarkan air mata.
>>>>
>>>>
>>>>'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"  Ibu
>>>>Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami
>>>>berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana
>>>>amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim
>>>>mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih
>>>>fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
>>>>
>>>>Talha, kau kawan baik aku kan? betul  tak? Memanglah..Sebab apa tanya macam

>>>>tu?Kalau kau kawan baik aku, sebab apa kau biarkan aku diseksa?

mfaizal...@gmail.com

unread,
Dec 11, 2010, 12:01:09 AM12/11/10
to SMS
Ada rambut hitam mcm Zai siap remos

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Date: Sat, 11 Dec 2010 04:34:19 +0000

Noor Bakri Ansari

unread,
Dec 11, 2010, 2:49:51 PM12/11/10
to smsp...@googlegroups.com
Saudara Nung, Faizal, Junaidah dan semua,

Maaf hari ini saya ada diluar hampir 24jam, jadi tak dapat bersama dengan isu dan soalan yang diajukan.

Kita cuba ambil isu ini satu persatu dan cuba untuk tidak campur aduk sehingga benda yang mudah jadi kusut/complex.

Pertama: Asal usul Melayu - iaitu kita menceritakan bagaimana jadinya "Bangsa Melayu" atau "The First Malay" (Melayu Pertama atau Bapa Melayu).

Pendapat dari Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain AlFattani (yang dibawa juga oleh Tok Kenali Kelantan dan Syeikh Mahmud Nasri Othmani) :-

  1. Merong Mahawangsa ialah seorang raja yang besar.
  2. Beliau (Merong Mahawangsa) perpusat di Kedah Tua (Lembah Bujang).
  3. Keluasan kerajaan beliau ialah dari Tanah Semenanjung,Kemboja, Indonesia dan Filipina.
  4. Beliau berbangsa Parsi
  5. Rakyat beliau terdiri dari bangsa Cina, India, Arab, Parsi, Monggol
Bangsa melayu tak ada pada masa itu.!!!

Agama yang ada pada masa itu ialah:

  1. Agama majusi -Merong mahawangsa dan suku sakatnya yang berasal dari parsi menganuti agama ini.
  2. Agama lain (rakyat dan pembesar)- Agama Hindu, budha, sembah dewa atau gunung/alam.
  3. Agama Islam juga ada tapi minoriti

Noor Bakri Ansari

unread,
Dec 11, 2010, 3:21:34 PM12/11/10
to smsp...@googlegroups.com
Sambung,

Keturunan dari Merong Mahawangsa yang diberi nama Pra Ong Mahawangsa. Pada zaman beliau, seorang ulama, Sheikh Abdullah AlQumairi dan 11 sahabat beliau dihantar oleh guru mereka untuk sebarkan Agama Islam di nusantara.

Pendek cerita, Sheikh Abdullah AlQumairi telah mengIslamkan Pra Ong Mahawangsa diikuti oleh pembesar-pembesar beliau dan dalam masa pendek, Agama Islam (yang disebarkan oleh Sheikh Abdullah AlQumairi dan 11 sahabat beliau) diterima oleh rakyat secara masal/beramai-ramai.

Dari peristiwa itu, Pra Ong Mahawangsa mengambil nama Raja Mudzaffar Shah(1) dan beliau (Raja) perentah:

  1. Semua rakyat beliau mesti terima Agama Islam.
  2. Rakyat (yang bermustatin) yang tidak mahu terima agama Islam diusir masuk kehutan, Raja Mudzaffar beri gelaran kepada mereka - Orang Asli (yang bermaksud orang yang kekal dalam agama tok nenek dan tolak Islam.
  3. Pendatang yang menumpang (sementara) atas nama dagang/perniagaan/pekerjaan tidak diperintah untuk menerima agama Islam, kecuali atas kerelaan diri.
Sheikh Abdullah AlQumairi dan 11 ulama(sahabat beliau) telah mengeluarkan fatwa:

  1. Kesemua rakyat Raja Mudzaffar Shah yang menerima agama Islam itu diberi nama Mala-u yang bermaksud "memenuhi ruang(diri) (dengan Iman dan taat)
Dengan istihad ini,maka:

  1. Rajanya jadi Raja Melayu
  2. Kumpulan orang menjadi Orang Melayu
  3. Negeri itu menjadi Negeri Melayu
  4. Gugusan itu menjadi Gugusan Kepulauan Melayu
  5. Anak itu jadi anak Melayu
Ada sesiapa boleh buat conclusion dari peristiwa ini. Tolong jangan lupa yang saya hanya cerita asal usul melayu sahaja (buat masa ini). Saya minta jangan campur aduk dengan peristiwa lain

Insyaalah saya akan beri rumusan bedasarkan kepada pandangan Syeikh Ahmad AlFattani (kemudian)




2010/12/12 Noor Bakri Ansari <smspp73...@gmail.com>

Zairi Muhammad

unread,
Dec 11, 2010, 5:52:51 PM12/11/10
to
interesting.

From: Noor Bakri Ansari <smspp73...@gmail.com>
Date: Sun, 12 Dec 2010 04:21:34 +0800

Noor Bakri Ansari

unread,
Dec 12, 2010, 2:22:31 AM12/12/10
to smsp...@googlegroups.com
Zairi & Friends,

Kerajaan Kedah Darul Aman yang bermula dengan Sultan Mudzaffar Shah (1) dan Sheikh Abdullah AlQumairi (sebagai menteri, guru, ayah angkat serta mufti) bertahan selama 700 tahun, dimana 500 dalam keadaan aman (tanpa ganguan besar) dan 200 tahun dalam keadaan berperang dengan kuasa siam. (ini berlaku kerana ada unsur khianat), selepas itu, kerajaan itu dijajah oleh siam.

Akibat dari keruntuhan kerajaan Kedah Darul Aman (pengasas Sultan Mudzaffar Shah), timbullah kerajaan baru - Singgosari, SriVijaya, Palembang, Majapahit, Melaka dll.

Akibat dari kekalahannya juga, ulama dibunuh beramai-ramai. Rakyat hilang pedoman Agama. Unsur agama buddha dan hindu mula menyerap masuk melalui latihan pertahanan diri (silat dan ilmu batin), bomoh, pawang, tukang jaga kampung dan banyak lagi.

Rumusan cerita Melayu:

  1. Bangsa melayu ini tak ada sebelum Pra Ong Mahawangsa menerima Agama Islam dan mengambil nama Sultan Mudzaffar Shah (1).
  2. Bangsa yang ada di sini (Malaysia -hari ini) ialah Cina, India, Parsi, Arab, Monggol dan campuran di antara mereka.
  3. Bangsa-bangsa ini (yang menerima Islam) dinamakan sebagai Mala-u yang dengan pelat (jadi) Melayu. Dengan maksudnya bangsa yang memenuhi ruang (diri) dengan Iman dan taat, iaitu bangsa atau orang yang mengamal agama Islam dan hidup dan kehidupan mereka
  4. Membangsakan orang yang berbagai bangsa ini sebagai Mala-u atau Melayu ialah dari Ijtimaq Ulama (12 ulama diketuai oleh Syeikh Abdullah Al Qumairi) maka untuk membatalkannya juga perlu pada Ijtimaq juga.
Maaf, cerita dan huraian yang panjang ini saya pendekan.

Kebaikan Ijtimaq Ulama yang memberi nama Mala-u atau Melayu:

  1. Siapa-siapa yang menerima Agama Islam di panggil Mala-u atau Melayu. Ini bermakna, tanpa kira asal keturunan, cina, india, parsi, arab, monggol, mat salleh dll, orang ini (beragama Islam) akan menerima hak keistimewaan (yang dipanggil keistimewaan orang melayu) (termasuk boleh jadi pembesar/pemerentah).
  2. Zuriat dari perkahwinan yang bercampur-campur, contoh india kahwin dengan cina, parsi kahwin monggol dll ini ada nama bagi mereka - Mala-u atau Melayu (syarat utama - Islam)
  3. Pergaulan banyak-banyak bangsa ini adalah tanpa diskriminasi kerana Islam dan mereka dikira sebagai satu bangsa manusia, iaitu Mala-u atau Melayu. Konsep ini sama dengan 1 Malaysia tapi jauh lebih baik/sempuran dan praktikal, iaitu konsep yang menyatukan berbagai bangsa dalam satu agama - Islam.

2010/12/12 Zairi Muhammad <za...@emct.com.my>

Junaidah Amir

unread,
Dec 12, 2010, 4:58:27 AM12/12/10
to smsp...@googlegroups.com
Salam Noor Bakri Ansari,
Amat menarik sekali tentang asal usul orang Melayu nih, boleh bagi rujukan untuk saya buat huraian yang secara genetik pun terdapat heterogeneity dalam populasi Melayu berbanding dengan populasi orang India dan Cina.

'Tengah dok perabih thesis'


From: Noor Bakri Ansari <smspp73...@gmail.com>
To: smsp...@googlegroups.com
Sent: Sun, December 12, 2010 3:22:31 PM

Jesli Mat

unread,
Dec 12, 2010, 5:25:35 AM12/12/10
to smsp...@googlegroups.com
bro Zai and co., sori hari ni ada visitors frm USA, so pendek aje, siang2 tak boleh panggil Batman, ini sambungan, sepatut ni dulu.

Oh ya fyi,  pls see text attached CNP, Suvarnabhumi maksudnya " Bumi Emas" itu Thailand kot dan Suvarnadvipa maksudnya "Semenanjung Emas" Malaysia la kot, rupa2nya kita adik-beradik!

2010/12/12 Zairi Muhammad <za...@emct.com.my>



--
jbm1177
Bab 2 Interaksi Antara Tamadun.pdf

Noor Bakri Ansari

unread,
Dec 12, 2010, 1:50:20 PM12/12/10
to smsp...@googlegroups.com
Saudari Junaidah,

Insyallah akan saya beri rujukan. Minta 2-3hari, ya.

2010/12/12 Jesli Mat <jesl...@gmail.com>

Noor Bakri Ansari

unread,
Dec 19, 2010, 6:44:35 AM12/19/10
to smsp...@googlegroups.com
Saudari Junaidah, Zairi , Jes dan lain-lain,



2010/12/13 Noor Bakri Ansari <smspp73...@gmail.com>
RINGKASAN PENYEBARAN DAN PERKEMBANGAN DUNIA MELAYU ISLAM DI KEDAH DARUL AMAN.pdf
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages