Apakah benar diatas neraka ada jambatan yang dinamakan Siratul Mustaqim. Banyak ulama bincang ini. Kalau benar diatas neraka ada jambatan, untuk apa jambatan. Ada orang kata jambatan ini rambut dibelah tujuh tapi nas tidak ada. Ada orang kata orang jatuh sebab jambatan itu halus. Di seberang sana ada apa. Syurga ditempat lain.
Dalam kitab terbitan Jakim Mastika hadis di sebut apabila timbangan amal selesai di mahkamah Allah selesai akan dibawa ke satu jambatan yang menyeberangi api neraka.
Dimana punca kesilapan ini. Ini salah tafsir hadis nabi saw. Dan diletakan titian neraka jahanam. Ini kesilapan kerana dia ada hadis lain yang sokong hadis ini. Hadis dari Bukhari Allah akan himpun manusia di Masyar. Yang kafir dan Islam semua manusia akan dibawa ke Masyar. Daraba maksud pukul. Tapi banyak dalam Quran daraba diguna maksud perbandingan.
Surah Ar Radd ayat 17 "Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan." Di sini Allah guna perumpamaan. Semasa kita jalan nak ke Masyar diumpama jalan diatas api neraka.
Dimana letak syurga dan neraka. Dalam Al Waqiah syuga duduk kanan dan neraka dikiri. Baca surah Waqiah dari ayat 26."Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu."
Ditengah ada tembok surah Al Araf ayat 46. "Dan di antara keduanya (penghuni surga dan neraka) ada batas; dan di atas A´raaf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk surga: 'Salaamun ´alaikum'. Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya)."
Jadi kalau benar jambatan atas api neraka, mana syurga yang Allah sebut belah kanan. Masyar ialah satu kawasan tanah yang putih kemerah merahan kerana panas neraka. Masyar ini dekat dengan neraka. Macam mana manusia yang berdiri diMasyar. Berjalan menuju Masyar macam meniti api neraka perumpamaan Allah buat. Manusia, Jin dan Syaitan semua dibawa ke Masyar. Sirat itu jalan menuju Masyar, titi atas neraka itu perumpamaan Allah buat.
Nabi sebut manusia ke masyar dalam 3 golongan ada jalan kaki, ada berkenderaan dan ada jalan dengan muka kaki keatas. Sahabat tanya maca mana. Nabi sebut kalau Allah boleh buat kaki berjalan Allah boleh buat jalan atas muka. Ada berjalan dengan buta, ada bercahaya dan macam bentuk. Macam jalan ke Arafah ada banyak jalan, jalan ke Masyar pu banyak. Surah Al Hadid ayat 12 "(yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): 'Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar'. Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: 'Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu'. Dikatakan (kepada mereka): 'Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)'. Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa."
Surah Toha ayat 125 "Berkatalah ia: 'Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?'"
Ini keadaan gambaran melalui sirat ke Masyar. Ada orang berkenderaan nabi sebut apabila kamu nak buat korban perbesarkan binatang kamu kerana binatang itu akan jadi kenderaan kamu sirat. Ulama kata ada orang satu hari sampai dan ada orang 100 tahun nak sampai ke Masyar.
Sheikh Dawud Fatani terjemah kita lama muka surat 27, bilakah manusia akan dihisab di mahkamah. Dia jawab adapun hisab dan kira bicara serta mengira selepas meniti sirat.jadi sirat sebelum bicara dalam perjalana ke masyar. Surah Waqiah ayat 7 "dan kamu menjadi tiga golongan." Tiga golongan itu ialah orang kafir yang tak menerima ajaran rasul. Ayat 71 surah Al Zumar "Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahannam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: 'Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul di antaramu yang membacakan kepadamu ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan dengan hari ini?' Mereka menjawab: 'Benar (telah datang)'. Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang-orang yang kafir. Dikatakan (kepada mereka): 'Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu, sedang kamu kekal di dalamnya' Maka neraka Jahannam itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri."
Golongan kedua orang bertaqwa. Surah Al Zumar ayat 73 "Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam surga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke surga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: 'Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah surga ini, sedang kamu kekal di dalamnya'."
Yang hadapan sekali ialah nabi saw kita. Nabi aku nabi yang paling ramai umat belakang ku dan orang pertama mengetuk pintu syurga. Malaikat buka dan persilakan semua masuk. Nabi tak masuk sebab nak balik ke Masyar untuk beri syafaat pada umat nabi yang memerlukan syafaat. Surah Dukhan ayat 54 "demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari." Bidadari bukan perempuan tapi makhluk tak punya jantina dari gologan malaikat kadham dan teman untuk kita. Allah sebut dalam surah Al Najm malaikat bukan lelaki atau perempuan.
Golongan ketiga akan tunggu beratus ribu juta tahun di mana Allah sebut manusia akan berdiri menunggu giliran untuk bicara. Nabi sebut 7 jenis manusia akan selamat di Masyar Allah akan naung di hari tak ada naungan melainkan naungan Arasy Allah. Pertama imam pemimpin adil, kedua anak muda yang beribadah pada Allah, ketiga orang yang hati terpikat pada masjid, keempat dua orang lelaki atau dua orang perempuan berkasih kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, kelima orang yang ingat Allah menangis dia, keenam orang lelaki diajak oleh perempuan cantik berkedudukan buat maksiat dia kata aku takut Allah dan ketujuh orang apabila di sedekah dia rahsia sehingga tangan kirinya tak tahu apa yang dihulur tangan kanan. Ini VIP di Masyar.
Kalau umat Muhammad ada 4 syarat mengikut Imam Ghazali umat Muhammad saw, dosa tak banyak, banyak salawat dan banyak hidup sunnah Muhammad saw akan dapat syafaat nabi saw.
Kalau dosa banyak tak layak dapat syafaat akan masuk neraka ikut banyak mana dosa. Disana satu hari sama 1000 tahun didunia.
Ketiga dosa dan pahala sama banyak orang ini syurga tak bawa, neraka pun tak bawa maka dia akan dicop letak atas tembok tengok kiri neraka dan tengok kanan syurga seperti surah Al Araf. Apabila semua bicara dah habis golongan ini akan di ulang bicara dan akhir masuk neraka. Mereka juga akhir keluar dari neraka. Sengaja Allah lambatkan mereka.
Mana ada sirat. Neraka dan Syurga pun Allah masukan ikut pintu. Ini kaji Datuk Hasan dengan nas Al Quran. Titian sirat bukan atas api neraka hanya perumpamaan menuju ke Masyar.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone