Shad,
Ini ceramah Ustaz Ahmad Awang on Gregorian calender
On Feb 11, 3:46 pm, arshad ahmad <
arshada...@yahoo.com> wrote:
> Tajuk khutbah hari ini . . . "api cinta". Skrip ada, projected lagi. Maaf tak
> dapat ikut. zzzz (Can't help it. I do this every day during lunch time).
>
> Kalender Masehi ini ada nama gregorian atau julian atau roman calender. Kalender hijrah ialah tahun lahir umat Islam. 16 tahun lepas hijrah baru wujud kalender hijrah. Tahun hijrah berasas takwim Qamariah iaitu perjalanan bulan, tahun masehi berasaskan takwim syamsiah iaitu perjalanan matahari.
Bukan orang Arab sebelum Islam sahaja ikut perjalanan bulan tapi orang
Cina, orang Jepun dan orang India kira masa ikut perjalanan bulan.
Pada abad ke 19 dan 20 jepun, cina, korea menerima takwim kristian
ikut bulan.
Dalam Quran Surah At Taubah ayat 36 "Sesungguhnya bilangan bulan pada
sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia
menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah
(ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu
dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya
sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah
bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa."
Allah dah tetapkan pengiraan masa ikut 12 bulan sejak Allah cipta
alam.
Surah Yunus ayat 5 "Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan
bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi
perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan
perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu
melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya)
kepada orang-orang yang mengetahui."
Manzilah itu maksud tempat berhenti. Bulan ini bergerak dan berhenti.
Allah jadikan perjalanan ini untuk manusia kira masa. Dalam ayat At
Tauba Allah sebut ada 12 bulan, jadi Allah tetap dalam setahun ada 12
bulan.
Dalam surah Yasin ayat 37 - 40 Allah cerita tentang perjalanan bulan
dan matahari. Bulan mengelilingi bumi dalam masa 29 1/2 hari dalam
sebulan jadi tahun Qamariah ada 354 hari dan dalam masa sama bumi
mengelilingi matahari 12 kali dalam 365 hari.
Surah Yasin ayat 37 "Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi
mereka adalah malam; Kami tanggalkan siang dari malam itu, maka dengan
serta merta mereka berada dalam kegelapan."
Ayat 38 "dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah
ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."
Ayat 39 "Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah,
sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia
sebagai bentuk tandan yang tua."
Ayat 40 "Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun
tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis
edarnya."
Masa orang Roman mengambil Kristian iaitu Roman Katholik maseh
mengekal Julian kalender. Tak sampai 500 tahun baru roman katholik
ambil Julian kalender sebagai kalender kristian. Asal roman kalender
ini roman tak percaya agama wahyu tapi sembah bulan, matahari. Sebab
itu bulan bulan dalam tahun masehi nama tuhan orang roman, jan dari
junus tuhan jaga pintu, Feb dari tuhan jaga kematian atau bulan mandi
suci. Dulu Feb ialah bulan 12 kerana Dec bulan sepulan. Mar ialah
tuhan perang mereka. April maksud musim bunga. May dari Maya ialah
tuhan perempuan ibu tuhan Jupiter. Jun dari Junus nama tuhan juga.
Julai dari nama raja Julius Ceasar. Nak hormat raja jadi 31, diambil
satu hari Feb tu Feb tinggal 29 hari.
Jadi sekarang kita ambil tahun masehi ini yang penuh dengan kurafat.
Pengaruh nama bulan ini diguna dalam hidup kita. Kita pergi bank Islam
hari ini tulis cek 6/2/1432 kerana akan kata salah haribulan encik.
Moga satu hari kita dapat guna kalender hijrah dalam urusan harian
kita.
> From: arjunaidi jamaludin <
arjuna...@gmail.com>