Sifat feil (perbuatan) ialah sifat yang tertakluk pada kehendak Allah dan kudratnya seperti sifat:
1. Bersemayam
Tuhan kamu yang bernama Allah yang mencipta alam dalam 6 masa dan dia bersemayam diatas Arasy
2. Al Majiu - datang
Kita pergi pada Allah dan Allah datang pada kita
3. Ad Dhahik i- ketawa
Ketawa Allah lain dengan ketawa makhluk.
4. Al Hubb - cinta
Kita kasih pada Allah dan Allah kasih pada kita. Tandan Allah kasih pasa kita apabila Allah campak tanda kasih pada Allah dengan suka melakukan ibadah. Tanda Allah marah orang itu akan melakukan maksiat. Masa buat dosa Allah marah, tapi bila bertaubat Allah kasih pada dia.
5. An Nuzul - turun kelangit dunia
Allah nak beri keampunan pada orang yang bertahjud dan mohon ampun pada Allah di awal pagi. Atas bumi ada langit, atas langit ada Arasy. Allah turun dengan selayak bagi Allah. Allah lain dengan sifat makhluk.
6. Al Ujub - tartarik hati
Bukan Allah ada hati macam makhluk. Allah suka orang solat fardhu tapi Allah lebih suka orang solat sunat. Solat ini ialah mengingati Allah. Nabi jadikan solat sebagai amalan hiburan, solat sehingga bengkak kaki. Allah tertarik pada orang yang melakukan amalan soleh
7. Al Redha - redha
Allah suka, Allah sebut hai nafsu yang tenang (dengan hanya mengingati Allah hati akan tenang, masuk masjid belajar ilmu tenang) kembali pada tuhan kamu, Allah redha pada kamu.
8. Al Kurh - benci
Allah benci pada orang buat maksiat
9. Al Farh - gembira
10. Al Makr - tipu helah
11. Al Kaidu - merencanakan tipu helah
Mereka merancang dan Allah merancang. Perancangan Allah mengatasi rancangan mereka
Sifat zat dan feil keduanya wajib diisbatkan bagi Allah mengikut pengertian yang layak dengan kesempurnaan Allah iaitu mengikut pengertian yang hakiki, tidak ada tashbih, taktil, tahrif dan takyif sama sekali. Memahami sifta ini secara hakiki yang layak pada sifat Allah. Dalam Surah AnNas Allah sebut Allah tak serupa dengan mana mana makhluk.
Bagi kita wajib berkata sebagaimana dikatakan Imam Syafie "Saya beriman pada Allah dan kepada apa yang datang daripada Allah mengikut kehendak Allah. Dan saya beriman kepada apa yang dibawa oleh nabi saw mengikut apa yang dikehendaki oleh nabi saw."
Diantara doa Allah tak kabul ialah makanan haram, minuman haram dan pakaian haram, perbuatan maksiat dia tak bertaubat pada Allah menghalang doa dia dikabulkan. Kita yang haram jelas, yang halal jelas tapi yang mutasyabihat (samar samar) kena jaga kerana ia hampir pada haram.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone