Alat Muzik Bertali

2 views
Skip to first unread message

Zairi Muhammad

unread,
Dec 23, 2011, 9:26:42 AM12/23/11
to
salam semua,
nk tanya, apakah hukum sebenar bermain alat2 muzik yg bertali? ramai yg kata haram, ada yg kata harus, ada yg kata makruh. kalau main sesama ahli keluarga saja mcm mana?

chicago 1982 03ef.jpg

shuko...@gmail.com

unread,
Dec 23, 2011, 9:33:38 AM12/23/11
to smsp...@googlegroups.com
(Macam Yuna)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

mfaizal...@gmail.com

unread,
Dec 23, 2011, 9:34:39 AM12/23/11
to SMS
Dia ada khilaf ulama, jadi perkara Khilaf boleh main selagi tak melalaikan dan tak berlaku maksiat. Baru ini Ustaz Zulkifli Ahmad bawa Sham Kamikaze buat klinik gitar untuk menarik gologan muda berdakwah di Perlis di pusat Islam Ustaz Yusanani. Dalam klinik gitar itu diselit tazkirah.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

-----Original Message-----
From: "Zairi Muhammad" <za...@emct.com.my>
Sender: smsp...@googlegroups.com
Date: Fri, 23 Dec 2011 14:26:42
Reply-To: smsp...@googlegroups.com
Subject: Alat Muzik Bertali

mfaizal...@gmail.com

unread,
Dec 23, 2011, 9:45:04 AM12/23/11
to SMS
Dalam khilaf tadi lebih ramai ulama yang kata haram


Alat-Alat Muzik Yang Ditegah

Dalam beberapa buah hadis Nabi Shallallahu alaihi wasallam ada menyebutkan
jenis-jenis alat muzik yang diharamkan. Adapun alat-alat muzik yang ditegah
oleh syara itu ialah:

i. Al-Maazif iaitu sejenis alat muzik yang bersenar (bertali) banyak.

ii. Al-Mazamir iaitu alat muzik yang ditiup seperti seruling.

iii. Al-Awtar atau Al-ud iaitu alat muzik yang bertali sejenis kecapi.

iv. Al-Thabl atau Al-Kubah iaitu gendang kecil yang ramping di tengah.

v. Al-Kamanjah iaitu Biola.

vi. Al-Rabab iaitu alat bunyian (seperti biola) yang bertali dua atau tiga.

vii. Al-Shanj iaitu canang, berupa dua piring kekuningan yang diadu.

viii. Al-Junk atau Al-Thunbur iaitu alat muzik yang dipetik yang mempunyai
leher panjang dan mempunyai tali daripada tembaga (berasal dari Parsi).

Pengharaman alat-alat muzik yang dinyatakan di atas berdasarkan hadis-hadis
berikut;

i. Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu anhu telah bersabda Rasulullah
Shallallahu alaihi wasallam :

Maksudnya: "Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya menjadi Nabi
dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah
memerintahkan saya menghapuskan alat maazif (alat bunyi-bunyian) dan alat-alat
mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (bunyi-bunyian bertali), salib
(cross) dan perkara-perkara jahiliah dan Tuhan saya telah bersumpah dengan
kebesaranNya dan kekuasaanNya dan dengan kemuliaanNya: "Tiada minum seorang
hamba daripada hamba-hambaKu itu akan seteguk daripada arak dengan sengaja
ketika berada di dunia melainkan Aku akan meminumkan dia ganti arak itu
daripada darah nanah pada Hari Kiamat, sama ada diampunkan dia atau sama ada
diazabkan dia dan tiada siapa hambaKu yang meninggalkan arak di dunia kerana
takutkan Aku, melainkan Aku beri dia minum akan arak di syurga. Tiadalah halal
dijual benda-benda itu dan tiada halal dibeli akannya dan tiada halal
diperniagakan dan harganya adalah haram.

(Hadis riwayat Abu Daud dan At-Thayalisy)

2. Ahmad bin Mani Al-Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz:

Maksudnya: "Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya (menjadi Nabi)
dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekalian alam dan Allah telah
memerintahkan saya menghapuskan mazamir, maazif, arak dan berhala-berhala yang
disembah pada zaman jahiliah (dan sekarang) dan Tuhan saya telah bersumpah
dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya. "Tiada seorang hamba yang minum arak di
dunia melainkan Aku minumkan dia dari air panas neraka sama ada dia kena azab
atau diampunkan dia dan tiada meninggalkan oleh seorang hamba daripada
hamba-hambaKu itu akan arak (di dunia kerana takutkan dosanya) melainkan Aku
beri dia minum akan arak syurga".

Hadis ini disokong oleh hadis riwayat Ibnu Abbas Radhiallahu anhuma yang
telah berkata:

Maksudnya: "Kubah itu haram, dannu itu haram, maazif (alat muzik bertali) itu
haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram".

(Hadis riwayat Ahmad)

3. Di riwayatkan oleh Al-Bazzar daripada riwayat Ibnu Abbas Radhiallahu
anhuma Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Bahawa Nabi Shallallahu alaihi wasallam telah mengharamkan
bangkai, judi dan kubah yakni thanbur (bukan thunbur perang)".

4. Dalam hadis yang lain Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Ditukarkan keadaan satu golongan daripada umatku kepada keadaan
yang lebih buruk dengan sebab mereka meminum arak dan bermain kubah (sejenis
gendang) dan maazif".

5. Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu anhuma bahawa Rasululah Shallallahu
alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: "Aku diperintahkan untuk membinasakan alat gendang dan alat hiburan
yang ditiup"

(Hadis riwayat Ad-Dailami)

Demikian beberapa hadis yang menjadi dalil tentang haramnya alat-alat hiburan
(muzik). Para ulama mazhab Al-Syafie juga telah menghukumkan bahawa alat-alat
muzik itu adalah haram, sebagaimana yang disebutkan oleh hadis di atas.

Dalam kitab Al-Muhadzdzab karangan Imam Abu Ishak Al-Syirazi menjelaskan bahawa
haram menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan (dipanting atau digendang)
tanpa ada lagu seperti ud, thaunbur, maazifah, thabl (gendang) dan mizmar.
Adapun dalil haramnya bermain muzik itu sekalipun tidak diiringi dengan lagu
berdasarkan firman Allah:

Tafsirnya: "Dan ada di antara manusia; orang yang memilih serta membelanjakan
hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang
berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah".

(Surah Luqman: 6)

Menurut Ibnu Abbas maksud tafsir "perkara hiburan yang melalaikan" itu adalah
alat-alat hiburan. (Al-Muhadzdzab: 2/457)

Begitu juga dalam kitab Hasyiah Qalyubi wa Umairah, Imam An-Nawawi menyebutkan
bahawa makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya, dan
adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak)
seperti thunbur, ud, shanj dan mizmar Iraqi dan (haram) mendengarnya. (Hasyiah
Qalyubi wa Umairah: 4/321)

Imam Ibnu Hajar pula menyebutkan dalam kitabnya Al-Zawajir bahawa Abu Al-Abbas
Al-Qurtubi telah berkata: "Adapun alat-alat muzik yang ditiup (al-mazamir),
alat-alat muzik yang bertali (al-awtar), alat-alat muzik yang digendang
(kubah), maka tiada perselisihan ulama pada mengharamkan mendengarnya dan aku
tidak mendengar seorang pun daripada ulama yang muktabar sama ada daripada
ulama salaf dan juga khalaf yang berpendapat mengharuskannya. Dengan hal yang
demikian tidak syak lagi pada mengharamkannya dan tentang fasik dan berdosanya
orang yang melakukannya, kerana ia adalah syiar (tanda dan lambang) bagi
penggemar-penggemar arak dan penyokong-penyokong perbuatan fasik".

Sesungguhnya ulama-ulama dalam mazhab Syafie bukanlah satu-satunya mazhab yang
mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan kita dapati juga
ulama-ulama mazhab lain seperti ulama mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat
demikian.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

-----Original Message-----
From: "Zairi Muhammad" <za...@emct.com.my>
Sender: smsp...@googlegroups.com
Date: Fri, 23 Dec 2011 14:26:42
Reply-To: smsp...@googlegroups.com
Subject: Alat Muzik Bertali

Azmai Ishak

unread,
Dec 23, 2011, 9:47:42 AM12/23/11
to smsp...@googlegroups.com
Kalau bersiul, adakah d kira alat musik

Zairi Muhammad

unread,
Dec 23, 2011, 10:17:47 AM12/23/11
to
tq faizal. jadi mengikut hadis2 yg diberikan, ada kemungkinan alat2 muzik tersebut diharamkan disebabkan ianya berkait rapat dgn pesta arak, judi (& juga maksiat). wallahualam. kalau tk silap, ada juga hadis yg menyatakan nabi bertemu dgn sekumpulan budak2 perempuan menyanyi di tempat tertutup & tidak pula nabi menyuruh depa berhenti menyanyi. tapi tk pasti pulak samaada terdapat alat muzik mengiringi nyanyian kumpulan tersebut.


Sent from BlackBerry® Bold 9900

mfaizal...@gmail.com

unread,
Dec 23, 2011, 10:26:40 AM12/23/11
to SMS
Ini pula pendapat berlainan.

Menurut pendapat (penganalisa dalil dan madzhab) al-Qardhawi, nas-nas hadis yang mengharamkan alat musik tertentu spt seruling atau bertali itu adalah tidak benar atau ada kecacatannya. Ini juga berdasarkan pendapat al-Ghazali dalam kitab asSima' min Ihya' Ulumiddin. Alat musik adalah semata-mata alat, misalnya gelas adalah alat jika digunakan untuk meminum khamar atau susu. Kereta adalah alat yang digunakan untuk merompak atau bepergian sehari hari. Maka begitulah alat-alat musik boleh digunakan untuk kejahatan atau kebaikan.

Antara hadis-hadis yg ada kecacatan ialah:
#1: HR Bukhari dari Abu Malik ra," Akan ada segolongan dari umatku yang akan menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik."
status Hadis: walaupun ia sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur rawinya) dan mu'allaq (sanadnya terputus). Ahli hadits yang berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu Hatim, alHafeedz azZahabi dan alHafeedz Ibn Hajar Asqalani.
Kalimah mu'adzif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai yang dimaksud alat musik.
#2: HR Imam Hadits muttafaqun 'alaih,"setiap permainan yg dilakukan oleh seorang muslim itu adalah kebatilan kecuali sendagurai suami-isteri, berkuda dan memanah."
alHafeedz alIraqi: statusnya Mudhtarib juga
#3: Dari Aisyah ra,"Sesungguhnya Allah mengharamkan biduanita (hamba perempuan), menjual-belinya, menghargai dan mengajarinya."
Ibn Hazm (alMuhalla) hadis dha'eef
#4: HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah
dari Nafi' bahawa Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa Nabi saw menutup telinganya jika terdengar tiupan seruling pengembara (gembala).

Fatwa MUI pernah mengharamkan permainanan alat musik bertali. Tetapi fatwa itu telah ditarik-balik. Fatwa terkini dari Fatwa MUI adalah harus dan haram sekiranya dicampuri dengan maksiat atau melalaikan kita daripada beribadah kepada Allah dan menunaikan kewajiban-Nya.

Bagaimana pula hukumnya dengan alat-alat musik lain yang bunyinya lebih kurang sama dengan kedua jenis alat musik tersebut seperti keyboard  sebagaimana kita ketahui dapat mengeluarkan bunyi yang berbagai jenis termasukkah kedua alat muzik tersebut?
Dr alImam Prof Yusof alQardhawi berpendapat hadis-hadis yg berkaitan haramnya alat musik tertentu semuanya tidak terlepas dari kecacatan. Ini kerana musik telah dibahaskan di zaman sahabat dan tabi'in. Maka hukum alat musik (baik dari alat atau penghasilan komputer) itu HARUS dan keharusannya bergantung kepada penggunaannya. Kecuali bila alat musik itu menjadi lambang kefasikan dan dinisbatkan kepad agama tertentu menurut pandangan uruf (budaya setempat).

Zairi Muhammad

unread,
Dec 23, 2011, 10:50:01 AM12/23/11
to
tq faizal. ni yg hebat ttg group kita.

AHMAD TAUFIK TORAN

unread,
Dec 23, 2011, 11:02:30 AM12/23/11
to smsp...@googlegroups.com

As salam,

Kalau tak dak gambaq tak percaya.

Zairi Muhammad

unread,
Dec 23, 2011, 11:06:26 AM12/23/11
to
lurusssssss ..
Sent from BlackBerry® Bold 9900

From: AHMAD TAUFIK TORAN <tauf...@gmail.com>
Date: Sat, 24 Dec 2011 00:02:30 +0800

Zairi Muhammad

unread,
Dec 23, 2011, 12:37:41 PM12/23/11
to
ni dia gambax. berhenti makan sat. sat lg sampai la rumah.
IMG-20111223-00816.jpg
IMG-20111223-00818.jpg

Jesli Mat

unread,
Dec 23, 2011, 12:59:48 PM12/23/11
to smsp...@googlegroups.com
Terima kasih Tn Sheikh, ini la rahsia berkawan, dapat macam2 ilmu senang2.

2011/12/23 Zairi Muhammad <za...@emct.com.my>



--
jbm1177

AHMAD TAUFIK TORAN

unread,
Dec 23, 2011, 7:09:07 PM12/23/11
to smsp...@googlegroups.com

As salam,

Tak dak gambaq muka hang tak percaya.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages