Re: Bangsa Melayu Dari Keturunan Nabi Ibrahim?

392 views
Skip to first unread message

zairimuhammad

unread,
Dec 2, 2009, 2:54:08 AM12/2/09
to
salam anwar,
ini yg dpt aku baca bila go tru internet, mungkin bole support further apa yg hang email.
 
Menurut sebuah manuskrip kuno, bangsa Melayu berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dgn isteri ketiga beliau bernama Siti Qatura/Keturah.

Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Siti Keturah dan telah dikurniakan Allah 6 orang anak - Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.
 
Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah). Nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen. Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba. Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s. Penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. Melayu adalah bangsa Mala yang mempunyai darah keturunan Nabi Ibrahim a.s.
 
Semua bangsa seperti Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.

Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magellan? Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani, sebahagiannya dari era Firaun kuno.
 
......................................................................................................... 
 2009/12/2 Anwar Ahmad<anwar...@yahoo.com>
 
Suku kaum Aryan ini adalah kaum pahlawan yang memiliki kepakaran dalam kesusasteraan Vedic India/Parsi.Para sarjana geneologi dan antropologi telah mengkaji kaum Aryan ini sejarahnya dapat ditelusuri sehingga kerajaan purba Scythia iaitu satu kawasan yang melewati perbatasan Parsi-India,lebih utara dari Bactria.

Ramai sarjana mempercayai agama purba Zoroester berasal dari timur Iran di mana kaum Kambuja berasal.

Beberapa sarjana telah menjejak misteri kaum Aryan ini sehingga ke inkripsi purba Iran yang ada menyebut nama Kambujiya,satu keturunan diraja.Kambujiya adalah nama dalam Parsi Kuno.Nama Kambujiya di dalam bahasa Yunani ialah Cambyses. Kambujiya atau Kambaujiya adalah nama kepada beberapa raja-raja Parsi dalam dinasti Achaemenid.

Emperor Cambyses adalah warisan dari Madayu (Mada,Medes,Madyan,Midian,Medea) telah memerintah lebih lama sebelum Cyrus The Great menaiki takhta.

Lihat puzzle setakat ini:
Keturah,
Nabi Ibrahim,
Jawi,
Cambyses
Kambuja
Scythia
Manessah
Mala
Malai
Mada
Mada-yu
Mala
Mala-yu

Siapakah The Lost Tribe of Mala? Apa kaitan The Lost Tribe of Israel (Manessah dari jurai keturunan Joseph/Nabi Yusof) dengan bangsa Mala? Apakah yg berlaku antara bangsa Melayu dan Yahudi 2,000 tahun sebelum masehi? Jika Red Indian dan Tanah Amerika bukan 'The Promised Land' jadi dimanakah 'The Promised Land' sebenar?

Ralph Olssen mungkin tahu jawapannya.

Sesungguhnya Yahudi Zionis banyak bermain dengan 'The Promised Land'.Mengapa? Selain Palestin, ampaknya banyak lagi 'The Promised Land' yang ingin dituntut mereka.


 

Mafia60

unread,
Dec 2, 2009, 4:36:38 AM12/2/09
to smsp...@googlegroups.com
Kalau ikut Bendera Zionis Yahudi laknatullah ada dua line atas Star of David. Dua line tu sebenarnya ialah Sg Furat di Iraq dan Sg Niles di Mesir, so mereka kawasan antara dua Sungai ini.

2009/12/2 zairimuhammad <zairim...@gmail.com>
--
Selamat Datang ke SMSPP7377 e-Group
Welcome to SMSPP7377 e-Group

arshad ahmad

unread,
Dec 2, 2009, 5:09:33 AM12/2/09
to smsp...@googlegroups.com
Mereka tu memang cukup berwawasan. Nampak macam mereka dah berjaya merealisasikan wawasan itu, walau dengan secara "remote control".


From: Mafia60 <faiz...@gmail.com>
To: smsp...@googlegroups.com
Sent: Wed, December 2, 2009 5:36:38 PM
Subject: Re: Bangsa Melayu Dari Keturunan Nabi Ibrahim?

Hasnah Rashid

unread,
Dec 2, 2009, 8:09:34 PM12/2/09
to smsp...@googlegroups.com
Salam semua,

Dari mana dapat cerita  macam ni. Authenticke sumbernya? Selama yang saya tahu  Nabi Ibrahim hanya ada dua orang isteri Sarah dan Hajar. Dengan Sarah Baginda as dapat Nabi Ishak as, dengan Hajar Baginda as dapat Nabi Ismail as. Dari line Nabi Ishaklah lahir Bani Israel - la ni orang-orang Yahudi. Dari
Nabi Ismaillah dapat keturunan orang Arab Quraish - Bani Hasyim yang darinya lahir Nabi Muhammad saw.

Kena hati-hati kawan-kawan daripada mana anda ambil cerita. Nanti kita jadi kacau!



From: zairimuhammad <zairim...@gmail.com>
Sent: Wed, December 2, 2009 3:54:08 PM

Subject: Re: Bangsa Melayu Dari Keturunan Nabi Ibrahim?
--

zairimuhammad

unread,
Dec 2, 2009, 9:33:58 PM12/2/09
to
salam mek nah,
sebab tu i fwd kat egroup ni kot2 ada yg arif tentang bab ni. yes, agreed, we have to treat this type of article very carefully. but i believe kita perlu tahu juga sebab mana tahu anak2 kita mungkin terbaca atau terdengar dari kawan2 dan akan bertanya kepada kita.
zairi
 
"Menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarah Islam terkenal, bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi lbrahim a.s. Bangsa Melayu, menurut beliau, ialah Bani Jawi, iaitu keturunan lbrahim a.s., dari isterinya yang ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari keturunan Qatura ini, baginda telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur. Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s, itu melahirkan tiga keturunan yang besar, pertama ialah bangsa Arab, dari keturunan anaknya Ismail a.s, kedua ialah bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s, dan ketiga ialah bangsa Melayu (Bani Jawi) dari keturunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qatura. Sejak dari zaman dahulu lagi orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai Tanah Jawi. Bani itu bererti anak-anak atau keturunan, sebagaimana juga nama Bani Lavi (Levi) dari puak Israel (ibid)."
 
[sumber: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. klik sini]
.......................................................................................................................... 
2009/12/3 Hasnah Rashid <ukht...@yahoo.com>

mustakim rashid

unread,
Dec 3, 2009, 5:41:46 AM12/3/09
to smsp...@googlegroups.com
mcm mana pula pak jawi ada no 3..............patut ada pada akhir sekali.....

2009/12/2 zairimuhammad <zairim...@gmail.com>
--

arshad ahmad

unread,
Dec 3, 2009, 6:00:18 AM12/3/09
to smsp...@googlegroups.com
Yg tu Jawi Permai :-)


From: mustakim rashid <mustaki...@gmail.com>
To: smsp...@googlegroups.com
Sent: Thu, December 3, 2009 6:41:46 PM

Subject: Re: Bangsa Melayu Dari Keturunan Nabi Ibrahim?

zawawi musa

unread,
Dec 3, 2009, 8:21:53 AM12/3/09
to arsha...@yahoo.com, smsp...@googlegroups.com
Tajuknya pun Melayu..tu yang sangkut nama aku sekali..last last sekali dia akan masukkan Melayu Umno dalam salasilah Nabi Ibrahim..baru ada umphh... Monyet Nabi Adam. Jawi.

arshad ahmad wrote:
> Yg tu Jawi Permai :-) From: mustakim rashid <mustaki...@gmail.com> To: smsp...@googlegroups.com Sent: Thu, December 3, 2009 6:41:46 PM Subject: Re: Bangsa Melayu Dari Keturunan Nabi Ibrahim?

zawawi musa

unread,
Dec 3, 2009, 8:25:05 AM12/3/09
to arsha...@yahoo.com, smsp...@googlegroups.com
Tajuknya pun Melayu..tu yang sangkut nama aku sekali..last last sekali dia akan masukkan Melayu Umno dalam salasilah Nabi Ibrahim..baru ada umphh... Monyet Nabi Adam. Jawi.

arshad ahmad wrote:
> Yg tu Jawi Permai :-) From: mustakim rashid <mustaki...@gmail.com> To: smsp...@googlegroups.com Sent: Thu, December 3, 2009 6:41:46 PM Subject: Re: Bangsa Melayu Dari Keturunan Nabi Ibrahim?

Mafia60

unread,
Dec 3, 2009, 9:05:01 PM12/3/09
to smsp...@googlegroups.com
Apa pun kita semua anak cucu Nabi. Kan kita semua dari Nabi Adam. Iman tidak dapat diwarisi, tengok anak Nabi Noh tidak beriman. Allah tidak pandang pada paras rupa, harta kekayaan atau pangkat kita. Yang Allah pandang esok ialah taqwa kita. Tu kita tengok Saidina Bilal r.a. rupa gelap, suara pun tak sedap tapi Nabi saw dah dengar tapak kaki bilal dalam syurga.

2009/12/3 zawawi musa <zawa...@yahoo.com>

Hasnah Rashid

unread,
Dec 4, 2009, 12:55:09 AM12/4/09
to smsp...@googlegroups.com
Yes, agree. Kita semua anak cucu Nabi Adam as dan yang paling baik di antara kita adalah yang paling bertakwa.

Tapi, kalau ikut pandangan sayalah. Kalau Nabi Ibrahim as ada meninggalkan satu lagi keturunan yang besar
iaitu Bani Jawi kenapa Allah swt tak sebut di dalam KitabNya yang terakhir Al Qurannul Karim. Allah swt bukannya pelupa. Maha suci Allah swt dari sifat sedemikian. Sedangkan Allah berfirman Dia tidak tinggal satu apa pun dalam Al Quran.Or can we conclude that the other clan that is Bani Jawi was so corrupted (meaning more corrupted than the Jews) that Allah swt decided not to mention it in His Kitab.
In other words this so called Bani Jawi is not worth mentioning.

(Jangan marah. I'm just wondering and trying to make out reasonable conclusion.)

Sent: Fri, December 4, 2009 10:05:01 AM

zawawi musa

unread,
Dec 4, 2009, 4:53:21 AM12/4/09
to smsp...@googlegroups.com
Mola-mola aku ingat topik macam ni biasa saja..biag pi la dekat depa nak sebut nama aku berapa kali pun..ana tak kisah punya..terima kasih kepada Tuan Zairie kita..dia pandai buka cerita..
 
Bila aku cuba search balik..punya la banyak depa sebut..sampai tak larat nak baca..ada yang pi sampai Kampuchia..nusantara..indonesia..gujarat pun ada..nasib baik depa tak cerita pasai Umno..kalu tidak memang cari nahais la..aku pun dah lama tak tibai mat & minah Umno nih..
 
Lama tak dengak ceramah Dato' Dr. Mashitah kita..
Jawi.
 
Don’t just talk, do something

ANALYSIS BY SHAHANAAZ HABIB

POLITICIANS generally are mad on slogans and concepts, said Universiti Kebangsaan Malaysia’s Dr Agus Mohamed Yusof bluntly.

“On the one hand you have this Islamic City slogan and on the other the Islam Hadhari concept. All these are meaningless if there is no substance.

“The intention is good, but what must follow through is emphasis on the essence of it,” said Dr Agus, a political scientist.

The UKM academic “cried and cried” last year when nobody would go to the aid of a very poor family in Kelantan who lives near his wife’s home in the state.

“The mother had cancer. She was forced to give away seven of her nine children because she was too poor. One of her sons needed a liver transplant. I approached both Umno and PAS but help did not come.

“Even poverty is politicised. PAS was trying to capitalise on it as an opportunity while Umno was trying to whack PAS for poverty in the state. It broke my heart. Manusia lebih hina daripada lembu. (Man has less esteem than a cow),” he said sombrely.

For Dr Agus, concepts like “Islamic City” and “Islam Hadhari” are pointless if these do not translate into real action, such as helping the needy and desperate.

Come Oct 1, Kota Baru will be declared an Islamic city by the PAS-led state government.

This will revolve around the “5Ks” concept – keilmuan, kesetiaan, kebersihan, kemakmuran and kebajikan (knowledge, loyalty, cleanliness, prosperity and welfare) – all very palatable concepts.

The plan is to also mould Kelantan’s state capital into an Islamic learning centre – another very commendable aspect.

However, Umno’s Datuk Dr Mashitah Ibrahim laughs this off.

“The way I see it is that PAS is trying to ciplak (copy) our Islam Hadhari. They want an Islamic learning centre, that’s Islam Hadhari for you.

“They are calling for cleanliness. In Islam Hadhari, we emphasise protection of the environment, so that’s the same thing.

“They want prosperity, we have that too in Islam Hadhari because we focus on quality of life and economic development. As for welfare and loyalty, that’s also part of Islam Hadhari.

“In fact, all of PAS’ 5Ks are adapted from Islam Hadhari. PAS should just come out and say that it has accepted Islam Hadhari,” said a gleeful Dr Mashitah, who holds a degree in Islamic studies from the prestigious Al-Azhar University, and a doctorate in Islamic jurisprudence from Cairo University.

There are 10 basic principles in Islam Hadhari.

They are faith and piety in Allah, a just and trustworthy government, freedom and independence to the people, mastery of knowledge, balanced and comprehensive economic development, good quality of life, protection of the rights of minority groups and women, cultural and moral integrity, protection of the environment and a strong defence policy.

However, PAS denies that it is being a copycat.

“This has nothing to do with Islam Hadhari. If we ciplak anything, we ciplak from Islam, not from Islam Hadhari,” said deputy president Nasharuddin Md Isa.

PAS’ Nasharuddin said since he won the deputy presidency three months ago, he had been working on re-imaging the party.

For him, PAS has been running the Kelantan state government for 16 years now and hence it is only natural that it now moves into “other segments of the religion”.

“We take the fundamentals of the teachings of Islam and repackage them to be accepted by the people now. We are talking the language of the day,” he said.

So the 5Ks and the Islamic City concept to him are not mere sloganeering.

“What we are trying to do with Kota Baru is to bring values into the concept. Then we will change the concept into actuality. We are trying to portray an image which is different from the traditional preconception of PAS,” he added.

An interesting element of PAS’ Oct 1 celebrations will be performances by Akademi Fantasia winner Mawi and rocker Ramli Sarip.

For UKM academic Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman the entertainment bit comes as a surprise.

“Having entertainers signals a kind of shift in thinking. PAS is becoming more liberal,” he said.

Dr Ahmad Nidzamuddin puts this down to the fact that PAS only retained Kelantan by a small margin in the last general election.

“They know that to get support, they have to be tolerant to pull in a good crowd,” he said.

Nasharuddin himself acknowledges the shift and the need to engage the people.

“We are interested in how people are looking at PAS. We are very open,” he added.

Dr Nidzamuddin concurs with his UKM colleague Dr Agus that slogans and concepts look pretty on paper.

However, mere words and ideas will not heal diseases, alleviate poverty or give people comfort.


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2005/9/9/nation/11994715&sec=nation


--- On Fri, 12/4/09, Hasnah Rashid <ukht...@yahoo.com> wrote:

Zakaria Noor Bakri

unread,
Dec 30, 2009, 7:23:03 PM12/30/09
to smsp...@googlegroups.com
Maaf kalau perbincangan hal asal-usul melayu yang dibawa saudara saya
Rozairi, dibalas agak lewat.
Cuba versi yang ini pula.
Versi dimana nama 'melayu' atau 'mala-u' yang merupakan satu ijmak
ulamak silam untuk semua bangsa yang menerima agama Islam di
nusantara. Ijmak yang menyatakan bahawa "Melayu itu Islam dan Islam
itu Melayu" (dinusantara).
Ini bukan sembang politik (power) tetapi kenyataan ini lebih
menekankan bahawa sesiapa pun yang berpegang pada lidah, anggota dan
hatinya Islam (dinusantara atau Tanah Melayu), maka dirinya itu di
iktiraf (dari ijmak ulama' - Sheikh Abdullah Al Qumairi serta gurunya
Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al Jilani) sebagai melayu dan berhak
menerima segala keistimewaannya. Begitu pula sesiapa yang menolak
Islam, walaupun yang keluar dari perut 'melayu' (yang kita kenali hari
ini (fahaman terkini), maka gugurlah pangkat 'melayu' dan hak 'melayu'
atas dirinya dan dia kena beralih ke bansa asalnya, tak kira cina,
hindu, arab, parsi, monggolia atau kalau tidak pasti sebab banyak
campuran darah maka dia dikenali sebagai 'orang asli' (orang yang
mendokong agama tok nenek moyang sebelum Islam)

RINGKASAN PENYEBARAN DAN PERKEMBANGAN DUNIA MELAYU ISLAM
Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi, Kumpulan berfahaman Syiah di Iran
telah memulakan gerakan memburu dan menghapuskan Ahli Sunnah Wal
Jamaah yang berada di bumi Iran ketika itu. Golongan Sunni adalah dari
kalangan suku kaum Kurdis (Kalahar) .

Oleh kerana keadaan amat terdesak, golongan Ahli Sunnah Kurdis
terpaksa berhijrah secara besar-besaran ke Afrika, India, Timur
Tengah, Timur Jauh dan New Zealand. Sebahagian daripada mereka juga
telah tiba di Nusantara dan membuka penempatan baru di Kedah yang juga
dinamakan mereka sebagai Kalahar (sempena mengambil nama suku kaum
Kurdis Sunni) yang pada masa itu baru sahaja menerima kesan serangan
Raja Rajendra Chola (Lihat Nota 1).

(Nota 1) Ini dikaitkan dengan serangan tentera Islam ke atas sebuah
Kerajaan Hindi di Pantai Koromandel bernama Chola. Raja Rajendra juga
tidak berpuas hati dengan penguasaan Sri Vijaya di Nusantara. Baginda
telah menghantar ratusan kapal perang untuk memusnahkan Empayar Sri
Vijaya termasuk Kadaram (Kedah) Dalam tahun 1027 -1030M Rajendra Chola
1 [1018-1044M] melancarkan serangan ke atas Sriwijaya dan Sampugita
dengan membawa balik harta rampasan Raja Kadaram [Kedah], Sangrama
Vijayattung –varman tanpa membangunkan pemerentahan di Negara-negara
yang diserangnya. Walau bagaimanapun ia telah menimpakan kemusnahan
yang teruk ke atas Sriwijaya dan Sampugita. Antara negeri yang turut
dimusnah akibat serangan itu ialah Gangga Negara [Perak] dan Medang
Bhumi [Kelantan]. Sriwijaya yang berpusat di Palembang pada masa itu
bersama Sampugita termasuk Jawa menyerang balas Negara Pandya di India
Selatan dan Ceylon. Rajendra Chola 1 akhirnya dibunuh [1044] oleh
tentera-tentera Melayu dari Negara bersekutu itu. Pada 1068-1069M Vira
Rajendradeva putera Rajendra Chola 1 menyerang Kandaram yang dibawah
jajahan Sriwijaya Palembang dan kemudian menyerah kembali lepada
rajanya [serangan ini merupakan pertolongan lepada seorang raja yang
menuntut takhta]. Selepas ini tidak ada tanda-tanda bahawa kerajaan
Sampugita jatuh ke tangan Chola.

Ketika itu, Maharaja Durbar I iaitu Merong Mahawangsa (Sri Vijaya)
menjadi duta Maharaja Rom ( Keturunan Iskandar Zulkarnain -
Macedonia)(Lihat Nota 2) untuk membawa Putera Raja Rom bagi mengahwini
Puteri Maharaja China. Baginda berasal dari Gumarun (Lihat Nota 2),
Parsi dan pernah ditewaskan oleh angkatan suku Iran lain yang lebih
kuat.

(Nota 2) Rom yang dimaksudkan ialah Wilayah Empayar Parsi atau Iran
yang pada suatu masa adalah sebahagian dari Empayar Rom Timur yang
telah lama menerima agama Islam dari zaman Khulafa Ar-Rashidin.
Gumarun juga dikenali sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian.

Rombongan pelayaran Merong Mahawangsa ini telah diserang oleh satu
angkatan perang Hindu yang mempunyai kapal berlambangkan burung garuda
(lambang kenderaan Dewa Wisnu).

Serangan yang begitu kuat ini telah memaksa kapal Raja Merong
Mahawangsa mendarat di kaki Gunung Jerai dan tidak lama kemudian
baginda telah diangkat menjadi raja oleh penduduk tempatan sebagai
Raja (Kedah) Kalahar 1.

Baginda juga telah mengahwini seorang gadis Orang Laut dari suku
gergasi kerana ingin menggalakkan perkahwinan campuran di samping
memperbesarkan lagi keturunan dan kaum kerabat.

Raja Merong Mahawangsa telah memperkenalkan nobat di istana baginda
(Lihat Nota 3) mengambil sempena bunyi-bunyian dari istana Khalifah
Harun Ar-Rashid di Baghdad.

(Nota 3) Istana baginda dibina di Kota Langkasuka di Sok, kira-kira 96
km ke timur Gunung Jerai berhampiran persimpangan jalan perdagangan
Kalaha dan Langkasuka. Baginda juga dikatakan mendirikan sebuah lagi
istana di timur Gunung Jerai berhampiran Kuala Merbok iaitu tapak
permulaan jalan menuju ke Langkasuka dan Pantai Timur.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani (Pengasas Silat Abjad) telah
menceritakan kepada murid-muridnya bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan
Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh (Sayyid)
Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani) berasal dari
Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan Rasulullah
S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia
Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul
Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.

Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari
Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha
(Kedah) dalam Wilayah Asia Tenggara - Dinasti Nusantara bersama-sama
11 orang rakan-rakannya.

- Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh
Muhyiddin Abdul Qadir Jilani yang terkenal) telah dihantar ke
lokasi-lokasi yang berbeza iaitu

i) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,
ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,
iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,
iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,
v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi
vi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri juga telah mengisahkan bagaimana Syeikh
Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia
berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kedah dengan izin
Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di
Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) – (Lihat Nota 4) dan
telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja
Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang
mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni
mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj
dan lain-lain.

(Nota 4) – Semasa zaman Al-Muqtafi menjadi Khalifah di Baghdad.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu
kehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua
hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur
dengan kehebatan Syeikh Abdullah.

Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh
Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara
lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan
Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus memeluk
Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah 3X di tangan Syeikh
Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar dan pegawai-pegawai
Istana.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah memasyhurkan gelaran dan nama baru
kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.

Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama
Islam. Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu
cepat dengan berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah
iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal
daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) (Lihat Nota 5) dan
lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di
negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran
berdagang. Umat Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal
‘Pu’ iaitu Abu.

(Nota 5) – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain
berkumpul pelabuhan Kanton (Guangzhou). Sayyidina Uthman bin Affan
r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli
rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri
China pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan
dari Han Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja
China Tai Ti Sung telah memeluk Islam.

Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Kanton telah
diserang dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti
kerajaan China. Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi
pelarian dan tiba di Kalaha.

Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal
bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa
yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah
Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1
(Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara)

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru
sebagai AL-MALA-U (Lihat Nota 6) bersempena satu kalimah Arab yang
bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya
berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh
dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan
“MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.

(Nota 6) 'Al-Mala-u' disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim
dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni
makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) –
manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia
Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari
Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM –
Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai
dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang
Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian
Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU
MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.)

Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama
semua pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat
jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Akhirnya Negeri Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah
Al-Qumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman
dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran.
Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur”
yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang
bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha
Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)

Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy
sehingga baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai
Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga
seluruh Istana. Sultan Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh
Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda angkat baginda.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak
Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk
dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat.
Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh
Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.

Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy
telah jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu.
Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan
agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan
menara berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh.

Mengikut Tuan Guru Haji Mahmud lagi, Guru Syeikh Abdullah iaitu
Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561
Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk
menziarahi maqam muridnya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah
bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan
Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy.
--------------------
Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan
pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa
maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran
'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang
diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi.

Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul
Aman yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani (Nota
7) bahawa baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan
Abdul Hamid Halim Shah (Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1
adalah :

"Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa
Pemerintahan Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak
di antara India dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."

Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran
"Sultan" daripada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani
sekaligus meletakkan Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di
Alam Melayu.

(Nota 7 - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru
Syeikh Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM
Sultan Badlishah) untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan
Residennya - Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis
(semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan
Badlishah menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji
Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa
menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis yang diketuai
oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh
Mahmud dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga
jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat tetapi
sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang
mengena mereka)
--------------------

Kemakmuran Melayu Islam termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak
Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah
disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi
serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas
Nusantara selepas Siam dan China tidak campurtangan lagi.

Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi
kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan
menggantikannya dengan faham sekular. Akibatnya, tercetuslah pelbagai
pertengkaran dan perselisihan faham dalam agama, bangsa dan siasah
yang menjadikan umat manusia rata-rata :

a) cintakan dunia dan takutkan mati (Al-Wahan),
b) berbangga dengan maksiat dan budaya kuning,,
c) berfahaman ajaran sesat,
d) salah faham terhadap agama,
e) pergaduhan antara kaum dan agama,
f) pengaruh isme yang membahayakan,
g) kepercayaan karut lagi harut marut, bidaah, syirik dsb.
h) menjadi mudah gugur imannya dan lain-lain

Penjajah juga telah menanam kefahaman anti Islam sehingga berjaya
merosakkan kemurnian Islam di Indonesia dengan terbunuhnya sekumpulan
Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia sekitar tahun 1940-an

Selain itu, mengikut satu laman web (lihat rujukan), penjajah telah
banyak melarikan kitab-kitab agama termasuk sejarah Nusantara selepas
zaman penjajahan kerana dipercayai akan memberikan kekuatan kepada
bangsa Melayu Islam untuk bangkit kembali.

Kenapa penjajah melakukan sedemikian rupa terhadap Melayu Islam?

Jawapannya ialah penjajah ketika itu rata-rata berpayungkan satu
fahaman sesat Yahudi dari Kumpulan Illuminati/New World Order
(berlambangkan mata Horus/Osiris – iaitu Mata Dajjal) yang dipecahkan
kepada 2 kumpulan iaitu Priory of Psion (Zionis) dan Opus Dei (juga
berperang sesama sendiri kerana kefahaman yang berbeza terhadap Nabi
Isa a.s.).

Salah satu kesimpulan dari misi Zionis yang tercatat (secara simbolik)
dalam Protocol of Zion ialah untuk

“Memusnahkan agama samawi (Islam) yang dbawa oleh keturunan Nabi
(Ahlul Bayt), Raja-Raja serta diwarisi oleh Ulama Warisatul Anbia
(yang dianggap Zionis sebagai agama palsu)”

Zionis sangat takut kepada kewujudan Imam Al-Mahdi, Pemimpin Islam
dari kalangan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia yang akan
memusnahkan mereka.

Peperangan memusnahkan Islam telah bermula dengan terbunuhnya ahlul
bayt keturunan Rasulullah SAW dan akan terus berlarutan sehingga kini
(Krisis Timur Tengah yang tidak kehabisan) sehinggalah kemuncak -
timbulnya kumpulan Yahudi Isfahan di akhir zaman yang dipimpin oleh Al
Masihi Dajjal Laknatullah bagi memerangi Imam Al-Mahdi.

Antara tanda-tanda yang ada dahulu ialah apabila Inggeris melabelkan
pahlawan Melayu Islam (Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dll)
sebagai Pemberontak (rebel) dan tanda-tanda yang ada kini ialah
apabila Barat melabelkan Islam sebagai Pengganas (terrorist) – Dua
panggilan yang berbeza tetapi membawa satu maksud yang sama. Rata-rata
di Internet didapati kumpulan Zionist telah mula melabelkan Imam
Al-Mahdi sebagai ‘Terrorist Islam’ terbesar dunia.

Kini kumpulan Illuminati diketuai oleh Black Pope, Count Kolvenbach
(The Jesuit) dan dibantu oleh satu kumpulan elit baru zionist dunia
yang dikenali sebagai kumpulan Bilderberg. Pelbagai cara dilakukan
(termasuk menggunakan teknologi) untuk merosakkan minda dan aqidah
orang-orang Islam.

--------------------

Kebangkitan pertama yang direkodkan menentang penjajah dan faham
Zionist serta usaha menaikkan kembali kegemilangan Islam itu Melayu
dan Melayu itu Islam telah bermula sebelum 1940an. Gerakan yang
memimpin ulama dan ahlul bait (berpaksikan Dua Kalimah Syahadah) telah
dipelopori oleh Ulama Terkenal Nusantara iaitu :

a) Ulama Jawi Anak Melayu Negeri Kelantan Darulnaim/Tuan Guru Pondok
Atas Banggol - Kota Bharu Kelantan iaitu :

Maulana Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Mohammad Zain bin Dato
Panglima Kaya Syeikh Wan Mustafa bin Syeikh Wan Mohammad bin Syeikh
Wan Mohammad Zainal Abidin (Fakih Wan Musa Al-Jambusi As-Sanawi
Al-Fatani),

telah dilantik menjadi Ulama besar Masjidil Haram, Mufti Tarim
Kerajaan Othmaniah Turki (yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Turki
ketika itu) dan juga Kerajaan Melayu Islam Asia Tenggara. Ulama besar
ini (juga guru kepada Syeikh Yusof Kenali – Tok Kenali) juga telah
membuat satu himpunan raksaksa Ahli Jawi Melayu Asal Bangsa Kebangsaan
Pegang Teguh Agama islam di Madrasah Darul Ulum Makkatul Mukarramah
yang dihadiri lebih lima ribu ulama Nusantara,

(Di dalam Kitab Hadiqatul Azhar War Rayaihin Edisi Bahasa Arab, Syeikh
Wan Ahmad Fathani telah berdoa - maksudnya "Ya Allah, perkuatkanlah
orang-orang Islam Melayu atas bangsa-bangsa kafir dan kembalikanlah
negeri-negeri kami kepada kami, perkenankanlah Ya Allah, Ya Rabbal
'Aalamiin

b) Syeikh Abdul Rahman Fathani - seorang lagi Ulama Besar juga seorang
guru di Masjidil Haram/Makkatul Mukarramah dilantik menjadi Duta Besar
Islam Melayu Markaz Serambi Mekah berpusat di Pondok Atas Banggol,
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim

Perjuangan kemudian diteruskan oleh Al-Allamah Tuan Guru Maulana
Syeikh Yusof Al-Kenali (Tok Kenali).

Mengikut satu laman web :

Tok Kenali sejak dari usia yang muda lagi meminati pembacaan dan
menaruh pandangan yang begitu tinggi terhadap tugas-tugas penulisan
serta peranan majalah-majalah dan akhbar-akhbar sebagai media-massa
yang berpengaruh untuk menyatupadukan umat Melayu Islam . Atas
kesedaran itulah beliau tampil mempelopori usaha memimpin majalah
‘Pengasoh’ yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan walaupun
beliau terbeban dengan tugas-tugas besar yang lain. Ini dapat
diperhatikan dalam tulisannya dalam keluaran pertama majalah
‘Pengasoh’ :

“ Telah mengakulah saya bahawa saya ini tiada daripada medan kuda ini.
Sekiranya jika ada orang yang mengenangkan pekerjaan saya ini
berhentilah saya, kerana bukan tujuannya saya hendak menunjukkan
kebijakan dan mencari kepujian, kerana adalah orang yang mengarang itu
jadi kikit bagi sekelian penembak. Jika tidak ia pejam matanya,
nescaya mati ia kerana dukacita, tetapi tatkala adalah yang dituntut
daripada sesorang itu manfaatnya atau mudharatnya, beranilah saya
menceburkan diri dalam lautan api yang sentiasa bernyala-nyala. Selama
ada angin yang baik itu tiadalah puas hati saya mati sebelum saya
lihat perubahan yang baru lagi elok ……..

Tatkala saya ketahui bahawasanya tiada ada orang yang boleh jadi
utusan yang usaha pada menghimpunkan antara anak-anak Melayu kita ini,
maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap
sebuah negeri di dalam Semenajung Tanah Melayu kita ini
sekurang-kurangnya satu suratkhabar yang dipunya oleh anak-anak negeri
sendiri supaya menepati ia utusan yang bijaksana menyeru kepada
bersekutu dan bersatu pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan
muslihat bagi watan, bangsa dan agama ………….

Cuba engkau tilik cerah matahari kelebihan orang yang telah dapat
kemenangan kerana amalan yang kebajikan dan pandangan kelam orang yang
telah jatuh kerana amalan yang kejahatan , maka disitulah ‘Pengasoh’
bertimpus membedakkan sekelian yang hadir dengan bedak pengharapan ,
mudah-mudahan subur sekelian dengan darah dan daging yang boleh
menghadamkan tanahair dan menunjukkan kepada raja."

Perjuangan memertabatkan Melayu Islam dipelopori pula oleh muridnya
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :

1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah,
Banggol Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang

(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang
menerusi PEKEMBER)

Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara
lain untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi
semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari
Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi talqin dua kalimah
syahadah bagi membersihkan jiwa raga dari segala bentuk kekufuran,
kesyirikan dan keengkaran yang telah lama merosakkan aqidah umat Islam
Melayu hasil peninggalan penjajahan.

Kini, perjuangan ini telah diwariskan oleh Persatuan Warga Melayu
Malaysia,Yayasan Angkatan Bina Jati Diri dan Pertubuhan Gerak Seni
Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat Malaysia menerusi satu resolusi
muzakarah ulung Warga Melayu pada 12 Rabiul Awal 1429 Hijrah bersamaan
20 Mac 2008 Masihi yang diadakan di Pusat Pengajian Assalam, No. 25,
Persiaran Seroja 1/1, Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani, Kedah Darul
Aman
--------------------

Ahlul Bait

1) Dari keturunan/nasab terus (secara talian darah) dengan Rasulullah
S.A.W. (menerusi Sayyidatina Fatimah r.a. dan Sayyidina Ali bin Abi
Thalib k.w.), (biasanya menggunakan gelaran 'Syed' dan nama-nama
keturunan - Al-Habshi, Al-Edrus, Al-Attas dll)

2) Dari satu keturunan/kaum keluarga/kerabat baginda S.A.W. (Bani Hashim),

3) Mereka yang diisytiharkan sebagai 'keluarga' baginda seperti Zaid
bin Harisah dan Salman Al-Farisi,

4) Ulama Warisatul Anbia - mencintai Allah SWT dan Rasulullah S.A.W.
(dan sunnahnya), memiliki akhlak/budi pekerti yang tinggi (zahir pada
diri mereka Uswatun Hasanah, Rahmatul 'Aalamiin, Huluqin 'Azhiim dan
Makarimul Akhlak) pembela agama - dikatakan sebagai pewaris asabah*
keturunan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.

* Firman Allah SWT :

”Dan orang-orang yang beriman dan anak cucu (dzurriyah)nya mengikuti
mereka dalam keimanan, maka kami golongkan anak cucu itu kepada mereka
(orangtuanya). (QS: Al-Thur :20)

(*Mengikut kajian Ustaz Ahmad Che Din dan Ustaz Haji Idris Haji Mahmud
- hal ini juga dikaitkan dengan maksud sebenar Itrah Ahlul Bait iaitu
: ahli yang sesuai dinasabkan kepada Rasulullah SAW atas nasab
keimanan termasuk sanad perguruan yang disahkan bertalian sehingga
Rasulullah SAW)

5) Mereka yang memiliki kesemua ciri-ciri 1-4 (atau kesemua 1-4 juga
dipanggil ahlul-bait)
--------------------
Rasulullah SAW bersabda:

"Setelah aku wafat (dan) setelah lama aku tinggalkan (dunia ini), umat
Islam akan menjadi lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan
(mengambil peluang) menindas mereka (umat Islam) bagaikan orang yang
makan dengan rakus.”

Sahabat bertanya,

“Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh terlalu kuat?”

Sabda Rasulullah S.A.W.,

“Bahkan mereka (umat Islam) pada masa itu (jumlahnya) lebih ramai
(dari sekarang) tetapi tidak dapat memberikan apa-apa manfaat (tidak
berguna), tidak dapat memberikan apa-apa erti (kesan) dan musuh (orang
kafir) tidak takut (gerun) akan mereka. Mereka (umat Islam ketika itu)
ibarat (hanya) buih di lautan.”

Sahabat bertanya lagi,

“Mengapa seramai itu tetapi (hanya) seperti buih di lautan?”

Sabda Rasulullah S.A.W.,

“Kerana (mereka dilanda) dua penyakit iaitu Al Wahan.”

Sahabat bertanya lagi,

“Apakah itu Al Wahan?”

Sabda Rasulullah S.A.W.,

“Cintakan dunia dan takutkan mati".

Dari Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dan dari pada Nabi
SAW sabdanya:

“Kalaulah usia dunia ini hanya tinggal sehari (sahaja lagi), nescaya
Allah akan panjangkan hari berkenaan sampai diutuskan kepadanya
seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku. Namanya sama dengan namaku
dan nama ayahnya sama dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan
keadilan sebagaimana (ketika itu) ia telah dipenuhi dengan kezaliman”

Dari Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu
Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya :

“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang
sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat
akan (wajah) mereka, maka Rasulullah berlinangan air mata dan wajah
beliau berubah (muram/sedih). Akupun bertanya :

“Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”.

Beliau menjawab :

“Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat melebihi dunia.
Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku
kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa
bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan ,
tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh
kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka
tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki
dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana
bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat
menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji.
Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”

Dari Tsauban r.a. Sabda Rasulullah SAW :

“Akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati
mereka kepingan-kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka,
hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun
merangkak di atas salji. (dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu
Nuaim - dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)

Rasulullah S.A.W. juga bersabda :

“Ulama itu adalah pewaris Nabi (Ulama Warisatul Anbia)”

Dari Ahmad dan Muslim dari Anas, Anas, Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Dajjal yang diiringi oleh 70,000.00 tentera Yahudi Isfahan yang memakai toga”

------------------------
Rujukan

1. Gagasan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu – Modul Memperkasakan
Bangsa dan Negara – menyelesaikan segala masalah serta mematikan
segala hujjah dan menghidupkan bumi yang mati – di tengah-tengah
kegawatan dunia penuh pancaroba, bergolak dan huru-hara – Oleh
Al-Allamah Tuan Guru Haji Ahmad Junaidin bin Che Din dan Yang
Berbahagia Tuan Guru Haji Idris bin Haji Mahmud Nasri Osmani,
Persatuan Warga Melayu Malaysia dan Yayasan Angkatan Bina Jati Diri.

2. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah – Muhammad Hassan bin Muhammad Arsyad.

3. Sejarah Kedah – Buyong Adil – DBP 1980.

4. Rancangan Zionis Memusnahkan Islam dan Nasrani dari Laman
veil-open.blogspot.com (The Truth Now In Malaysia)

5. Rujuk silang kepada Hikayat Merong Mahawangsa, bahan sejarah
mengenai Empayar Srivijaya, Raja-Raja Pasai dll.

6. Rujuk silang kepada khazanah tulisan Ustaz Wan Mohd Saghir Abdullah

7. Perbincangan dengan pengkaji sejarah seperti Tuan Haji Idris bin
Ali Muda Nasution, Mahaguru Seni Silat Firasah

-----------------------------------
(Ringkasan Sejarah dalam Bahasa Inggeris - kandungan artikel berikut
bukanlah terjemahan kepada artikel Bahasa Malaysia di atas)

Kedah Sultanate
From Wikipedia, the free encyclopedia

The Sultanate of Kedah was the earliest sultanate in the Malay
Peninsula and arguably the earliest in Southeast Asia founded in year
1136.


Kedah Kingdom

Kedah Kingdom (630-1136) was founded by Maharaja Derbar Raja of
Gemeron around 630 CE and the Hinduism dynasty ended with Phra Ong
Mahawangsa converted to Islam.

Conversion to Islam

The 9th Hindu Rajah of Kedah Phra Ong Mahawangsa converted to Islam
and changed his name to Sultan Mudzafar Shah, and he ruled the
northern region of Malay Peninsula from 1136 to 1179. According to the
Kedah Annals, the first Raja of Kedah was Maharaja Derbar Raja, a
fleeing king from Gameron of Persia.

History

Around 170 CE a group of native refugees of Hindu faith arrived at
Kedah, joining them soon were peoples from nearby islands and from the
northern Mon-Khmer region. Ancient Kedah covered the areas of Kuala
Bahang, Kuala Bara, Kuala Pila and Merpah, and the inhabitants of
Kedah appointed Tun Derma Dewa and Tun Perkasa as their village
chiefs.

The king from Gemeron

In the year 630 CE, Maharaja Derbar Raja of Gemeron (now known as
Bandar Abbas) in Persia was defeated in battle and escaped to Ceylon,
and he was later blown off course by a storm to the remote shores of
Kuala Sungai Qilah, Kedah. The inhabitants of Kedah found him to be a
valiant and intelligent person, and they made him the king of Kedah.
In the year 634 CE, a new kingdom was formed in Kedah consisting of
Persian royalty and native Malay of Hindu faith, the capital was
Langkasuka.

The Nobat

The Nobat musical instruments of Nagara and Nepiri were introduced to
Kedah by Maharaja Derbar Raja. The instrument is also called semambu.
The band is led by the king, and it consists of drums, a gong, a flute
and a trumpet. Today, Nobat is a Royal orchestra, played only during
royal ceremonies such as inaugurations, weddings, and funerals. The
building which houses the instruments and where the ensemble rehearses
is known as the Balai Nobat, literally the Office of Nobat.

Kedah Sultans

This is a list of Sultans of Kedah. Dates of reign are given beside
the names of each sultan.

Sultan Muzaffar Shah I (1160-1179)
Sultan Muazzam Shah (1179-1201)
Sultan Mohammed Shah (1201-1236)
Sultan Maazul Shah (1236-1280)
Sultan Mahmud Shah I (1280-1320)
Sultan Ibrahim Shah (1320-1373)
Sultan Sulaiman Shah I (1373-1422)
Sultan Atadullah Muhammed Shah (1422-1472)
Sultan Muhammed Jiwa Zainal Abidin I (1472-1506)
Sultan Mahmud Shah II (1506-1546)
Sultan Muzaffar Shah II (1546-1602)
Sultan Sulaiman Shah II (1602-1625)
Sultan Rijaluddin Shah (1625-1651)
Sultan Muhiyuddin Shah (1651-1661)
Sultan Ziauddin Al-Mukarram Shah (1661-1687)
Sultan Atadullah Muhammed Shah II (1687-1698)
Sultan Abdullah I Al-Muazzam Shah (1698-1706)
Sultan Ahman Tajuddin Halim Shah I (1706-1709)
Sultan Abdullah II (1709-1723)
Sultan Atadullah Muhammed III (1723-1741)
Sultan Muhammed Jiwa Zainal Abidin II (1741-1778)
Sultan Abdullah Makarram Shah III (1778-1797)
Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II (1797-1803)
Sultan Ahmad Tajuddin II Halim Shah (1803-1843)
Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah II (1843-1854)
Sultan Ahmad Tajuddin III Mukarram Shah (1854-1879)
Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah III (1879-1881)
Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881-1943)
Sultan Badli Shah (1943-1958)
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (1958-)

Early History of Kedah

Kedah is one of many early Malay Peninsula trade centres that have
been found, many have yet to be identified. Its location at the
entrance to the Straits of Malacca, on the same latitude as south
India provided a natural sailing route between the two points, ships
could sail due east or due west on the Bay of Bengal without danger of
becoming lost. Early west coast trade centres are few in number as
they were overshadowed by Kedah. After the 7th century, Kedah was
subjugated by Srivijaya but due to its well known, the Indian sources
continue to depict Kedah. Early Kedah supplied the most in tin and
jungle products such as rattan, resin, honey, beeswax, elephants,
ivory, areca nuts, sepang wood and black woods, and profited from tax
collections.

The early transpeninsular routeway is part of the Spice Route (Sea
trade route from Arab, Persia, India to China) that occurred in the
Malay Peninsula, as the route through the Straits of Malacca does not
seem to have been in general use. Early sea traders reached the coast
of the peninsula, they let the local porters transport their goods,
using rafts, elephants and manpowers. The porters propelled along the
rivers (Kelantan River, Pattani River, Pahang River, Muda River,
Bernam River, Muar River, and others) to the opposite coast of the
peninsula. The Sungai Muda in particular favoured the development of
Kedah.

The early history of Kedah can be traced from various sources. From
the prehistoric period to the archeological site of Bujang Valley, the
early Maritime trade of India, Persia, Arabs to the written works of
early Chinese pilgrims and early Chinese records, the Hikayat Merong
Mahawangsa (known as Kedah Annals) to Al-Tarikh Salasilah Negeri
Kedah. In the early days, Kedah was known by the Indians as Kedaram,
Kidaram, Kalagam and Kataha, and Kalah or Kalaha by the Persians.

Origins

Prehistoric Malay peoples began colonizing the coastal areas and
remote islands of the Malay Archipelago approximately 5'000 to 10'000
years ago. Their previous homeland isn't known for sure; one theory
has them migrating from Yunnan along the Mekong River, while another
theory has the Malays originating in Taiwan and traveling by sea to
the Philippines and Borneo.

Ancient History

Whatever their origins, the Malays became great seafarers, colonizing
as far as New Zealand, Hawaii and Madagascar. In some regions they
intermarried with the local inhabitants (Orang Asli, India, the
Persian Empire, Arabs, Han Chinese, etc.), becoming the
Deutero-Malays.

Trade connections between the Malays and Tamilakkam (Southern India)
were close during the reign of the Pallavas, from the 4th to 9th
centuries CE. These relations helped spread Indian culture and
religion to the Malays, and also lead to the emergence of Indianized
kingdoms like Old Kedah (Kadaram), Langkasuka, Funan, and Champa.

Some Greco-Roman merchants in the 1st century CE described huge
non-Indian ships coming from the east with rich cargoes, possibly from
the Malay Archipelago. This would indicate that the Malays
participated actively in the Indian Ocean trade and likely handled
much of the traffic between Southeast Asia and India.

Three kinds of craft are described by the author of the Periplus:
light coasting boats for local traffic, larger vessels of a more
complicated structure and greater carrying capacity, and lastly the
big ocean-going vessels that made the voyages to Malaya, Sumatra, and
the Ganges.

Medieval History

Early in the Medieval era, Kedah became part of Srivijaya (the
dominant Malay state and a major power in the Indian Ocean trade).
This led to rivalries with the Indian states, especially the Cholas
from the 9th to 13th centuries CE. The Cholas had a powerful merchant
and naval fleet in the Indian Ocean and the Bay of Bengal. In the
early 11th century, Chola King Rajendra Chola I sent an expedition to
invade Kadaram (Sri Vijaya) on behalf of one of its rulers who sought
his assistance to gain the throne. Chola dominance was brief, but
effectively crippled the power of Srivijaya.

In ancient Kedah there is an important and unmistakably Hindu
settlement which has been known for about a century now from the
discoveries reported 1840s by Col. James Low and has recently been
subjected to a fairly exhaustive investigation by Dr. Quaritch Wales.
Dr. Wales investigated no fewer than thirty sites round about Kedah.
The results attained show that this site was in continuous occupation
by people who came under strong South Indian influences, Buddhist and
Hindu, for centuries.

An inscribed stone bar, rectangular in shape, bears the ye-dharmma
formula in South Indian characters of the fourth century A.D., thus
proclaiming the Budhist character of the shrine near the find-spot
(site I) of which only the basement survives. It is inscribed on three
faces in Pallava script, or Vatteluttu rounded writing of the sixth
century A.D., possibly earlier. One of the early inscription stones
discovered by James Low, at Bukit Meriam and in Muda River, mention of
Raktamrrtika. The word Raktamrrtika means ‘Red Earth’ (Tanah Merah).

Inscriptions, both in Tamil and Sanskrit, relate to the activities of
the people and rulers of the Tamil country of South India. The Tamil
inscriptions are at least 4 centuries posterior to the Sanskrit
inscriptions, from which the early Tamils themselves were patronizers
of the Sanskrit language.

In Kedah an inscription in Sanskrit dated 1086 A.D. has been found.
This was left by Kulothunka Cholan I (of the Chola empire, Tamil
country). This too shows the commercial contacts the Chola Empire had
with Malaya.

Kedah has a long history. The Bujang Valley has remains of a
Hindu-Buddhist kingdom that dates back to the 4th century AD, making
it the oldest civilization of Peninsular Malaysia. The current royal
family can trace their ancestry from this time. According to Hikayat
Merong Mahawangsa or the Kedah Annals, Kedah was founded by a Hindu
king named Merong Mahawangsa. According to the text further, the
Sultanate of Kedah started in year 1136 when the 9th King Phra Ong
Mahawangsa converted to Islam and adopted the name Sultan Mudzafar
Shah.

In the 7th and 8th centuries, Kedah was under the domination of
Srivijaya, and was later under Siam, until the rise of the Malay
sultanate of Melaka in the 15th century. In the 17th century, Kedah
was attacked by the Portuguese after their conquest of Melaka, and by
Aceh. In the hope that Great Britain would protect what remained of
Kedah from Siam, the sultan handed over Penang and then Province
Wellesley to the British at the end of the 18th century. The Siamese
nevertheless conquered Kedah in 1811, and it remained under Siamese
control until transferred to the British by the Anglo-Siamese Treaty
of 1909.

In World War II, Kedah (along with Kelantan) was the first part of
Malaya to be invaded by Japan. The Japanese returned Kedah to their
Thai allies who had it renamed Syburi, but it returned to British rule
after the end of the war. Kedah was a reluctant addition to the
Federation of Malaya in 1948.


An Indigenous style develops

The Tamils coming from Southern India and the local Malays were
already using the rounded script, or Vatteluttu writing styles which
differed from the Devanagiri script of Northern India. Vatteluttu was
also commonly known as the Pallava script by scholars of Southeast
Asian studies such as George Coedes and D.G.E. Hall. The Tamil script
of Vatteluttu later evolved into Old Kawi script which was used in
Java and Bali as well.

There are stone inscriptions which indicate that the Kedah region at
400 CE or before was already an established trade centre. One of the
early Malay texts include the karma verses refers to a king named
Ramaunibha, he may be the first local ruler whose name is recorded in
history. The history of this period showed the influence of Indian
cultures on the region while the locals in return, influenced the
Indians in their living skills on the sea and in the hills.

Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa or The Kedah Annals is an ancient Malay
literature that chronicles the bloodline of Merong Mahawangsa and the
foundation of the Kedah, a state in Malaysia. Though there are
historical accuracies, there are many incredible assertions. The era
covered by the text ranged from the opening of Kedah by Merong
Mahawangsa, allegedly a descendant of Alexander the Great of Macedonia
till the acceptance of Islam.

Merong Mahawangsa was a Hindu and there were nine Hindu rulers before
Phra Ong Mahawangsa converted to Islam in 1136 and took the name
Sultan Mudzafar Shah. The annal also describes Chola's attack on
Kedah.The descendants of Phra Ong Mahawangsa is still ruling Kedah
able to trace their lineage from Merong Mahawangsa.
----------------------------------------------

Dunia Melayu menurut Sheikh Ahmad al-Fathani
Koleksi artikel ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

Dipetik dan disesuaikan kembali dari : BLOG ULAMA NUSANTARA

penulis petik kembali kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani yang beliau
tulis dalam bahasa Arab dan pernah diterjemah dan dimuat dalam buku
Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam,
jilid 1. Petikan itu ialah:

"Iaitu kesatuan semua bangsa Melayu, al-Malayuwiyah itu dibangsakan
kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di
atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya'. Mereka adalah
kelompok atawa segolongan besar manusia. Negeri-negeri mereka adalah
sesubur-subur negeri dunia.

"Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah
alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar
atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa
alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.

"Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan
bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu
satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu
bukanlah daripada orang Jawa.

"Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada
bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan
orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan
dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan
bahasa Melayu.

"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak,
berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai
pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh
pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.

"Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka
kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka."

Tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani asli yang diterjemahkan di atas adalah
dalam bahasa Arab dan ditempatkan pada bahagian tepi karya beliau
berjudul Tashil Nail al-Amani. Kitab ini masih diajar di beberapa
tempat di dunia Melayu, mahupun di tempat-tempat lain di dunia Islam
terutama di Mesir.

Dengan kalimat yang pendek tetapi menyentuh pelbagai aspek tentang
Melayu tersebut di atas, bererti Sheikh al-Fathani telah
memperkenalkan peradaban dan ketamadunan Melayu di peringkat
antarabangsa sejak tahun 1300 H/1882 M, iaitu tahun beliau selesai
menulis kitab Tashil Nail al-Amani itu.

Perlu penulis sertakan penafsiran kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani
tersebut, dimulai dari kalimatnya, "...al-Malayuwiyah itu dibangsakan
kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di
atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya", takrif yang
diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan "mi"
(Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri
ialah "me" (Me-layu).

Tidak terdapat tulisan lanjut pendapat Sheikh Ahmad al-Fathani yang
menyebut apakah perkataan Melayu itu dari bahasa Arab atau pun bahasa
lainnya. Kemungkinan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) yang disebut
oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu adalah berasal dari perkataan Arab.

Dunia Melayu - dari aspek geografi dan kesuburannya

Sheikh Ahmad al-Fathani memastikan letak negeri Melayu dengan katanya,
"Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina". Ini
adalah gambaran bahawa letak dunia Melayu yang strategik kerana diapit
oleh dua tanah besar dalam benua Asia, iaitu Cina dan India.

Ia diperjelaskan lagi dengan kalimat, "Pakar / ahli ilmu geografi
mengibaratkan bahawa adalah alam Melayu itu sebahagian dari
negeri-negeri India-Cina. Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka
menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan
sebutan Jawah."

Menurut Sheikh Ahmad al-Fathani, "iaitu satu golongan manusia di satu
pulau yang besar di sana" atau di dunia Melayu. Dari perkataan "Jawah"
kemudiannya menjadi Jawi. Walaupun antara orang Melayu dengan orang
Jawa adalah serumpun Melayu, namun pada pandangan Sheikh Ahmad
al-Fathani orang Melayu tidak sama dengan Jawa.

Inilah yang dimaksudkan dengan kalimat, "Orang-orang Melayu bukanlah
daripada orang Jawa." Sukar juga kita mencari sebab asal usul dunia
Melayu dinamakan tanah Jawi oleh orang-orang Arab, terutama orang Arab
Mekah. Kemungkinan juga berasal dari nama Pulau Jawa yang terletak
dalam gugusan kepulauan Melayu.

Selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, "Adalah alam Melayu itu
terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau
terpisah-pisah", dalam Hadiqat al-Azhar. Ia adalah petikan Jaridah
Al-Ma'lumat terbitan Betawi.

Sheikh Ahmad al-Fathani menyebut beberapa buah pulau, katanya: "Adalah
Kepulauan Nusantara, iaitu sejumlah pulau-pulau yang terdiri dari:
Sumatera, Bangka, Belitung, Jawa, Madura, Bali, Lombok, Sumbawa,
Flores, Timor, Borneo / Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan banyak lagi".

Kalimat selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, "Negeri-negeri
mereka adalah sesubur-subur negeri dunia ..." yang dimaksudkan di sini
ialah bahawa keseluruhan dunia Melayu mempunyai hasil yang banyak,
baik hasil tanah daratan, hasil laut mahu pun yang terkandung dalam
perut buminya yang demikian luas.

Dalam karyanya Thaiyib al-Ihsan fi Thib al-Insan, beliau berpendapat
tentang kesuburan spesies tumbuh-tumbuhan untuk perubatan terdapat di
bumi Melayu seperti yang beliau nyatakan pada kalimat, "Padahal kita
jenis Melayu aula dengan demikian itu, dari kerana banyak segala
ubat-ubat itu pada bumi kita. Hingga adalah kebanyakan ubat-ubat
mereka itu diambilkan daripada bumi kita. Dan kita terlebih aula pada
merintahkan diri kita daripada jenis yang lain daripada kita".

Aspek bahasa dan ciri-ciri bangsa Melayu

Setelah memperkenalkan bangsa Melayu, letak dan kesuburannya, Sheikh
Ahmad al-Fathani melanjutkan bahasan tentang bahasa. Katanya, "Bahasa
Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada
bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu."

Pada konteks bahasa-bahasa serumpun Melayu dalam Hadiqat al-Azhar,
Sheikh Ahmad al-Fathani menjelaskan, "Bahasa mereka bermacam-macam
iaitu Melayu, Jawa, Sunda, Madura, Bugis, Aceh, Bali, [dan
bermacam-macam lagi]".

Walaupun di dunia Melayu terdapat berbagai-bagai bahasa, namun oleh
sebab "Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan / mudah
...", maka bahasa Melayu adalah menjadi bahasa pengantar.

Sheikh Ahmad al-Fathani menyambung kalimatnya, "Sebab itulah
kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai/menggunakan bahasa Melayu dalam
pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka
dengan bahasa Melayu".

Persyaratan sesuatu bangsa yang berperadaban atau bertamadun, tentang
bangsa Melayu hingga tahun 1300 H/1882 M, Sheikh Ahmad al-Fathani
berpendapat, "Sebahagian ciri-ciri khusus mereka itu ialah, bahawa
seseorang tiada melihat di negeri mereka dan lainnya peminta-peminta
secara paksa, walaupun keadaan mereka sendiri sangat miskin sekali
pun".

Pandangan ini selain ditulis pada nota Tashil Nail al-Amani lebih
lengkap ditulis pada nota karyanya Faridat al-Faraid yang ditulis
tahun 1313 H/1895 M. Catatannya, "Muru'ah, ertinya "kemukaan" atau
"kemanusiaan", iaitu kemuliaan seseorang, dan kesempurnaannya, dan
beberapa adab yang ada sekalian itu pada dirinya yang membawa oleh
memeliharanya akan dia kepada baik segala perangainya dan elok segala
adatnya.

Dan terjemah hamba akan "muru'ah" dengan erti "kemukaan" itu, betul
lagi nyata, kerana "kemukaan" pada bahasa Melayu itu kinayah daripada
keadaan seseorang itu mempunyai nafsu yang dipuji.

Yang membawa akan dia kepada mengerjakan pekerjaan yang baik Lagi
tiada reda ia sertanya mengerjakan barang yang tiada patut dengan
keadaan manusia.

Maka iaitulah 'ain "muru'ah" yang pada bahasa Arab, dikatakan "Si Anu
itu orang yang bermuka". Ertinya: "mempunyai maruah, yang ia malu
mengerjakan barang yang tiada patut dan loba ia atas mengerjakan
barang yang membawa kepada kepujian dirinya".

Dengan dalil memulia mereka itu akan orang dagang yang datang kepada
negeri mereka, istimewa ahlil Hijaz. Dan jika tiada dibalaskan mereka
itu dengan syukur sekalipun. Dan tiada ada pada mereka itu banyak tipu
daya.

Dan tiada ada pada mereka itu menghilangkan air muka dengan meminta.
Bersalahan setengah daripada jenis yang lainnya. Dan "kemukaan" ini
lain daripada "wajahah" yang pada bahasa Arab. Kerana makna "wajahah"
itu "al-hazhu wal ratbah".

Dan iaitu bukannya "kemukaan" yang pada bahasa Melayu. Maka
tertolaklah dengan demikian itu i'tiradh setengah manusia akan tafsir
hamba akan "muru'ah" dengan "kemukaan". Maka ia berkata ia [bahawa]
"kemukaan" itu terjemah "wajahah" yang pada bahasa Arab.

Ada pun tafsir hamba akan "muru'ah" dengan "kemanusiaan", ertinya
"keadaan seseorang itu manusia yang sempurna".

Maka, iaitu terlebih nyata, karena syaan manusia yang sempurna itu
bahawa bersifat ia dengan segala barang yang tersebut pada makna
"muru'ah" itu. Wallahu a'lam."

Masih dalam konteks di atas, sambungan kalimat pada nota Tashil Nail
al-Amani dilengkapi dengan kalimatnya bahawa orang Melayu "memiliki
kehormatan yang sopan ..."

Aspek perkembangan ilmu pengetahuan

Pada sambungan kalimat di atas Sheikh Ahmad al-Fathani menggambarkan
orang Melayu dapat menerima perubahan perkembangan zaman serta cerdas
menerima ilmu pengetahuan.

Inilah yang dimaksudkan dengan katanya bahawa orang Melayu "menguasai
perbaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh
pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman
padanya".

Mengenai perkataannya "menerima pemodenan teknologi" Sheikh Ahmad
al-Fathani dalam beberapa tulisannya turut membicarakan perkara itu.
(Lihat Al-Fatawal Fathaniyah Sheikh Ahmad Al-Fathani, jilid 3,
Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1422 H/2002 M, halaman 31-32).

Aspek kedaulatan pemerintahan

Dalam konteks kedaulatan pemerintahan, Sheikh Ahmad al-Fathani
mengakhiri kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani, katanya, "Bangsa
Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka
kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka. Semoga Allah
memelihara negara-negara Islam daripada mereka (kafir). Amin".

Sheikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin dan beberapa
karangan yang lain menyebut mulai kedatangan Islam di dunia Melayu
sehingga membentuk daulah yang dipegang oleh orang-orang Islam.

Namun selanjutnya bangsa penjajah Portugis, Inggeris dan Belanda telah
datang menjajah dunia Melayu. Khusus mengenai Patani juga beliau
sentuh.

muhamad yusoff

unread,
Dec 31, 2009, 10:34:02 AM12/31/09
to smsp...@googlegroups.com
Sudut lain

Allah yang jadikan manusia berbilang bangsa dan bahasa.
Tujuan apa ? kena tanya dia yang menjadikan....


Melayu sama jugak macam  tangan, kaki.....mai sekali masa dilahirkan....tak perlu di perjuangkan.....Nabi SAW tidak perjuangkan ARAB atau ARAB Quraish.

Kita nak pilih Melayu ka Islam ka.
Dilema kita ...sebab kita adalah kedua2 nya.
Jangan sampai bertukar Hang Tuah dengan Nabi Muhammad SAW.


From: Zakaria Noor Bakri <smspp73...@gmail.com>
To: smsp...@googlegroups.com
Sent: Thursday, 31 December 2009 8:23:03


New Email names for you!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

M Hasni M Hashim

unread,
Dec 31, 2009, 10:49:29 AM12/31/09
to smsp...@googlegroups.com
Chop, hang dok tunggu countdown ke? Tak tidok lagi

--- On Thu, 31/12/09, muhamad yusoff <wi...@yahoo.com> wrote:
S..A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia
dengan kehebatan Syeikh Abdullah..
2.. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah – Muhammad Hassan bin Muhammad Arsyad.
> Bila aku cuba search balik..punya la banyak depa sebut...sampai tak larat nak
> baca..ada yang pi sampai Kampuchia..nusantara...indonesia..gujarat pun
> ada..nasib baik depa tak cerita pasai Umno...kalu tidak memang cari nahais
>>  ..........................................................................................................


Get connected with chat on network profiles, blogs, or any personal websites!
Yahoo! allows you to IM with Pingbox. Check it out!

muhamad yusoff

unread,
Dec 31, 2009, 11:14:40 AM12/31/09
to smsp...@googlegroups.com
Hang pun sama kata kat aku


From: M Hasni M Hashim <mhbmh...@yahoo.com.my>
To: smsp...@googlegroups.com
Sent: Thursday, 31 December 2009 11:49:29


Importing contacts has never been easier..
Bring your friends over to Yahoo! Mail today!

shuko...@gmail.com

unread,
Dec 31, 2009, 11:27:39 AM12/31/09
to smsp...@googlegroups.com
Chop,
Mat Lek memang berjaga malam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: muhamad yusoff <wi...@yahoo.com>
Date: Fri, 1 Jan 2010 00:14:40 +0800 (SGT)

Zakaria Noor Bakri

unread,
Jan 1, 2010, 1:46:26 PM1/1/10
to smsp...@googlegroups.com
Sungguh sauda ku Nabi tidak perjuangkan ARAB atau ARAB Quraish.
 
Maksud dari cerita asal-usul melayu yang saya paparkan bukan bermaksud perjuangan assobiah atau perjuangan kaum atau bangsa.
 
Maksud cerita asal-usul melayu ialah:
 
1. Orang-orang yang berpegang dengan agama islam itu Malau (dengan pelat tok nenek kita kata Mela-yu). Perkataan Malau ada 22 tempat     dalam Al Quran, yang antara maksudnya... memenuhi ruang (dengan cahaya iman), cerdik/pandai (kerana terima HAK dan menolak yang batil).
 
2. Orang yang betul-betul Islam mesti Malau (ambil makna diatas)
 
3. Orang (yang) Malau (ambil makna pada no.1) itu mesti Islam.
 
4. Ulama silam, dari Sheikh Abdullah Al Qumairi serta Tok-Nenek kita mewasiatkan serta mengamanahkan supaya keturunan inilah yang akan menerima Islam dengan sepenuhnya dan menjadi pembela padanya.
 
Saudara ku, ambillah nama asal iaitu Mala-U dan cuba faham hikmah ulama silam dalam menamakan kelompuk ini Mala-U yang kini dikenali sebagai Mela-yu/Melayu.
 
Istilah saya: Melayu (asal Mala-U) itu adalah 'satu kelumpuk manusia' yang 'dibangsakan' kerana sanggup memikul amanah AD DIIN dan dengan itu sesaorang itu bukanlah Mala-U (Melayu)  kalau dia pisahkan Agama (Islam) pada hidup dan kehidupannya.
 
Minta komen.........syok plak

2009/12/31 muhamad yusoff <wi...@yahoo.com>

muhamad yusoff

unread,
Jan 2, 2010, 1:00:45 AM1/2/10
to smsp...@googlegroups.com
Salam,

Melayu tu ada dua

Pertama ... Melayu pada perkataan ARAB

Kedua .... melayu pada bangsa keturunan.

Komen : Bangsa Melayu jadi tak berguna takterpakai dan tak dak nilai bilamana tidak ada ISLAM sebagai pemberatnya.


Macam jugak Israil

Israil pada perkataan maknanya sangat baik berguna

Tapi bani israil yg tinggalkan ajaran Islam jadi tak berguna.




From: Zakaria Noor Bakri <smspp73...@gmail.com>
To: smsp...@googlegroups.com
Sent: Saturday, 2 January 2010 2:46:26

muhamad yusoff

unread,
Jan 2, 2010, 1:29:02 AM1/2/10
to smsp...@googlegroups.com
Salam,

Melayu tu ada dua 

Pertama ... Melayu pada perkataan ARAB

Kedua .... melayu pada bangsa keturunan.

Komen : Bangsa Melayu jadi tak berguna takterpakai dan tak dak nilai bilamana tidak ada ISLAM sebagai pemberatnya.


Macam jugak Israil

Israil pada perkataan dan pada maknanya sangat baik berguna

Tapi bani israil yg tinggalkan ISLAM jadi tak berguna tak dak nilai.




From: Zakaria Noor Bakri <smspp73...@gmail.com>
To: smsp...@googlegroups.com
Sent: Saturday, 2 January 2010 2:46:26

muhamad yusoff

unread,
Jan 2, 2010, 1:31:31 AM1/2/10
to smsp...@googlegroups.com
Salam,

Melayu tu ada dua 

Pertama ... Melayu pada perkataan ARAB

Kedua .... melayu pada bangsa keturunan.

Komen : Bangsa Melayu jadi tak berguna takterpakai dan tak dak nilai bilamana tidak ada ISLAM sebagai pemberatnya.


Macam jugak Israil

Israil pada perkataan dan pada maknanya sangat baik berguna

Tapi bani israil yg tinggalkan ISLAM jadi tak berguna tak dak nilai sebab tidak ada pemberatnya..




From: Zakaria Noor Bakri <smspp73...@gmail.com>
To: smsp...@googlegroups.com
Sent: Saturday, 2 January 2010 2:46:26
Subject: Re: Bangsa Melayu Dari Keturunan Nabi Ibrahim?

Sungguh sauda ku Nabi tidak perjuangkan ARAB atau ARAB Quraish.
 
Maksud dari cerita asal-usul melayu yang saya paparkan bukan bermaksud perjuangan assobiah atau perjuangan kaum atau bangsa.
 
Maksud cerita asal-usul melayu ialah:
 
1. Orang-orang yang berpegang dengan agama islam itu Malau (dengan pelat tok nenek kita kata Mela-yu). Perkataan Malau ada 22 tempat     dalam Al Quran, yang antara maksudnya... memenuhi ruang (dengan cahaya iman), cerdik/pandai (kerana terima HAK dan menolak yang batil).
 
2. Orang yang betul-betul Islam mesti Malau (ambil makna diatas)
 
3. Orang (yang) Malau (ambil makna pada no.1) itu mesti Islam.
 
4. Ulama silam, dari Sheikh Abdullah Al Qumairi serta Tok-Nenek kita mewasiatkan serta mengamanahkan supaya keturunan inilah yang akan menerima Islam dengan sepenuhnya dan menjadi pembela padanya.
 
Saudara ku, ambillah nama asal iaitu Mala-U dan cuba faham hikmah ulama silam dalam menamakan kelompuk ini Mala-U yang kini dikenali sebagai Mela-yu/Melayu.
 
Istilah saya: Melayu (asal Mala-U) itu adalah 'satu kelumpuk manusia' yang 'dibangsakan' kerana sanggup memikul amanah AD DIIN dan dengan itu sesaorang itu bukanlah Mala-U (Melayu)  kalau dia pisahkan Agama (Islam) pada hidup dan kehidupannya.
 
Minta komen.........syok plak

2009/12/31 muhamad yusoff <wi...@yahoo.com>
Sudut lain

Allah yang jadikan manusia berbilang bangsa dan bahasa.
Tujuan apa ? kena tanya dia yang menjadikan....


Melayu sama jugak macam  tangan, kaki.....mai sekali masa dilahirkan....tak perlu di perjuangkan.....Nabi SAW tidak perjuangkan ARAB atau ARAB Quraish.

Kita nak pilih Melayu ka Islam ka.
Dilema kita ...sebab kita adalah kedua2 nya.
Jangan sampai bertukar Hang Tuah dengan Nabi Muhammad SAW.


Selamat Datang ke SMSPP7377 e-Group
Welcome to SMSPP7377 e-Group
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages