dr.raudah
unread,Sep 8, 2008, 2:13:49 AM9/8/08Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to Forum SK Bukit Kuchai, in...@skbukitkuchai.net
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah, Kem Ibadah dan jati Diri telah selamat berlangsung pada
15 - 16 Ogos 2008 yang dikendalikan oleh Mahasiswa Universiti Malaya.
Penyertaan murid tahun enam adalah menggalakkan walaupun 14 orang
murid tidak hadir tanpa alasan (mungkin bercuti lebih awal atau
sempena kenduri perkahwinan saudara mara).
Bermula pada malam 15 Ogos, satu majlis solat hajat diadakan bermula
dengan solat maghrib, kuliah maghrib, solat Isyak, Solat Hajat dan
bacaan yassin. walau bagaimanapun penyertaan ibubapa pelajar kurang
menggalakkan kerana hanya sekitar 15 orang sahaja yang hadir untuk
menyokong anak-anak mereka.
Program berakhir pada 16 Ogos 2008, jam 5.30 ptg dengan ditutup oleh
YDP PIBG, Encik Khairul.
Semoga program ini akan meningkatkan ketahanan rohaniah anak-anak kita
untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 9 - 11 September ini.