KONGSI MAKLUMAT

7 views
Skip to first unread message

dr.r...@gmail.com

unread,
May 28, 2008, 6:38:02 AM5/28/08
to Forum SK Bukit Kuchai
Saya sudah menyertai PIBG sejak tahun 2000, iaitu anak pertama saya
memasuki tahun 1. SK Bukit Kuchai merupakan sekolah yang masih
terpinggir dari segi kemajuan prasarana untuk pendidikan anak-anak
berbanding sekolah-sekolah baru yang berada di persekitarannya
termasuk di BK 4, BK 5... saya sendiri tidak pasti kenapa. Sehinggakan
hendak mengecat sekolahpun, guru-guru terpaksa bergotong-royong
mengecat sekolah kerana PPD hanya membekalkan cat tapi tiada
peruntukan upah mengecat.

Penduduk di kawasan SKBK pula bukan di kalangan orang berada untuk
PIBG mengutip dana bagi membantu perkembangan prasarana sekolah.
Malahan untuk mendapatkan sponsorpun bermasalah kerana biasanya
Institusi yang dipohon akan bertanya tentang apakah benefit yang
mereka akan perolehi....

Oleh itu, saya berharap pihak PIBG dan Pihak sekolah memberi tumpuan
kepada pembangunan pendidikan terutama mengadakan kelas-kelas tambahan
secara intensif bagi menaikkan nama sekolah agar pihak PPD akan
kembali memberi perhatian kepada SKBK seterusnya memberi bantuan yang
sepatutnya. Jika kemajuan pelajaran kita ditakuk lama, saya kira, ibu
bapa akan memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain atau PPD hanya
akan pejam mata dengan kekurangan yang ada pada SKBK.

jadi apakah saranan ahli yang lain?

myusri

unread,
Jun 15, 2008, 10:12:35 AM6/15/08
to Forum SK Bukit Kuchai
Saya tak pasti sama ada saya boleh berkata sesuatu mengenai PPD
kerana baru saya terlibat dengan pendidikan awam di Malaysia. Anak
saya yang bersekolah baru saja darjah 2. Apa yang saya harapkan
PPD Petaling tidak memilih kasih dalam memberi peruntukan.
Bahkan, seharusnyalah PPD memberi lebih tumpuan untuk
memperkukuhkan sekolah yang lemah atau daif. Berkenaan
bergotong-royong untuk memperbaiki segala kepincangan
sekolah, saya rasa itu tidak menjadi halangan kepada PIBG dan
pentadbiran sekolah untuk melakukannya.

Memang satu hakikat yang sekolah kita ini tidak begitu "seksi"
pada pandangan ibubaba yang bakal mempersekolahkan anak-
anak mereka. Mudah saja bagi mereka untuk membuat pandu
lalu selamba dan membuat penilaian kasar berkenaan kemudahan
yang ada di antara sekolah-sekolah yang ada di sekitar kawasan
kita. Kami pun sebenarnya tergolong daripada kalangan ibubapa
skeptik ini pada awalnya (dan tentu kami tidak dapat membuat
pengakuan yang sama setelah terlibat secara langsung dengan
PIBG sekolah sekarang :-) ). Tetapi akibat lewat mendaftar, anak
kami telah ditempatkan di SKBK. Kami ada pilihan untuk
membuat rayuan untuk mendapatkan sekolah lain tetapi kami
membuat keputusan untuk memberi mandat kepada SKBK
untuk mendidik anak kami.

Apa yang penting, pada pendapat saya, kita perlu menaikkan
nama sekolah dan mutu pembelajaran di sekolah kita secara
perperingkat-peringkat dan tidak secara mendadak seperti
orang kebuntuan jalan. Kita perlu menyenaraikan dan
menentukan prioriti segala usaha yang kita mahu jalankan.
Tidak perlu usaha besar. Selangkah demi selangkah. Biar
pun langkahnya kecil.

Itu pendapat saya, bapa yang baru saja menyekolahkan anaknya.
Mungkin lain pula pendapat mereka yang sudah lama berkecimpung
dengan sekolah ini?
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages