GURU SK BUKIT KUCHAI PERLU PEKA DENGAN TUGAS MENGAJAR

89 views
Skip to first unread message

lee5667

unread,
Jul 30, 2009, 3:33:38 AM7/30/09
to Forum SK Bukit Kuchai
Salam satu Malaysia...

Saya sentiasa melihat perkembangan anak saya di SK Bukit Kuchai dan
membandingkan pula dengan anak saya di sekolah yang lain. Rasa sedih
bila beberapa kejadian yang agak merisaukan dan saya yakin beberapa
orang guru di SK Bukit Kuchai tidak komitet dengan kerja sebagai
seorang guru.

Contoh ialah Cikgu Kemahiran Hidup yang saya dengar sering
meninggalkan kelas sewaktu murid berada di dalam dan melaksanakan
aktiviti di bilik kemahiran hidup dan perkara ini bukan omong kosong
tetapi saya melihat sendiri ketika meronda di kawasan sekolah. Apabila
pulang memang anak saya pun ceritakan perkara yang sama.

Yang terbaru iaitu pada 21 Julai 2009 saya dengar anak saya ceritakan
Guru Muzik tiba-tiba masuk kelas mengamuk dan marah-marah murid dengan
kata-kata yang tidak elok setelah dia dimarahi oleh GPK HEM kerana
masuk lambat ke kelas. Malang sekali ketua kelas, pen ketua kelas dan
beberapa murid lelaki ditamparnya. Bahkan semua murid-murid lain
didenda ketuk ketampi. Ah saya sungguh simpati dengan nasib ketua
kelas dan pen ketua kelas walaupun itu bukan anak saya.

Lagi satu, kalau guru berkursus, bercuti aatau MC, yang datang ganti
kelas ambil la inisiatif sikit mengajar subjek tersebut. Contoh cikgu
Mate tak datang mengapa tidak cikgu ganti ambil masa tersebut mengajar
atau ulangkaji mana-mana topik yang boleh memahamkan murid. Hal ini
saya lihat berlaku di sekolah anak saya yang lagi satu. Mengapa tidak
boleh berlaku di SK Bukit Kuchai.

Wahai cikgu-cikgu SK Bukit Kuchai, buatlah kerja dengan ikhlas dan
jujur. Jangan marah-marah murid sebarangan. Al maklum namapun murid
sekolah, bising dalam kelas pasti berlaku. So, cikgu jangan la masuk
kelas lambat. 'Penampar' hanya sesuai untuk murid yang betul-betul
kurang ajar tetapi kalau tak kerana undang-undang mungkin cikgu muzik
itu saya datang dan saya 'tampar' kerana dah kurang ajar.

Yang benar,
Bapa Perihatin.

myusri

unread,
Jul 30, 2009, 8:48:51 PM7/30/09
to Forum SK Bukit Kuchai
Saya berasa agak keberatan sebenarnya untuk membenarkan mesej anda
dipampang di forum ini. Tetapi saya akur juga akhirnya kerana ianya
datang daripada ibubapa pelajar sekolah ini sendiri. Saya mencadangkan
anda membawa perkara ini kepada guru besar sekolah.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages