dr.raudah
unread,Feb 24, 2009, 4:07:05 AM2/24/09Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to Forum SK Bukit Kuchai
Assalamualaikum buat AJK PIBG dan para ibubapa.
Mengikuti perkembangan SKBK hati sering diburu resah. Bagaimana
agaknya anak-anakku diajar di sekolah?
Mampukah mereka meniti setiap pelajaran dan aktiviti sekolah bagi
meningkatkan faham ilmu asas untuk persiapan menuju usia remaja yang
semakin hampir dengan kehidupan mereka. Usia yang penuh dengan dugaan.
Usia yang penuh dengan cabaran. Cabaran persekitaran yang memerlukan
hambatan masa dan ruang kepada ibu bapa dan guru untuk memberi
kemahiran kepada anak-anak yang masih mentah ini untuk mengharunginya
dengan positif.
Guru bukan pula malaikat untuk mampu menyentuh nurani setiap anak
didiknya yang seramai sekelas itu. Bahkan mereka manusia biasa yang
tidak mampu mengawal sempurna emosi dan perasaannya- marahnya,
ketawanya, geramnya, bencinya dan sayangnya. Sedang anak-anak sendiri
kadang terbiar sepi dilalai oleh kesibukan waktu dan persiapan
pengajaran esok hari.
Ibu...
atau mama atau umi atau ma atau mum atau emak atau mak....
seharian waktunya adalah rumahnya yang menjadi syurga kehidupannya.
Dua atau tiga atau lima anaknya menjerat lelahnya. Pun masih tetap
tabah untuk membimbing anaknya, amanahnya, warisannya biar jam terus
berdenting menyapa dini malam. Sedang esoknya ada ibu yang perlu
memakai seragam untuk menuju ke tempat kerja- tempat mencari rezeki
untuk membantu ekonomi keluarga - memenuhi keperluan persekolahan anak-
anak. Lantas, pastinya seorang ibu perlu bersemangat waja dan kental
kerana anak-anak dan keluarga adalah matlamat utama sebelum
tanggungjawab kerjanya.
Bapa...
melihat wajah seorang bapa atau daddy atau abi atau father what
ever....
terpaksa menilai masa depan yang ingin disemai dalam keluarga, benih
syurga dan jaya pasti menjadi harapan setiap doa selesai usai solat.
Cukupkah makan pakai anak yang ingin bersekolah. Cukupkah keperluan
untuk menambahkan pengetahuan dan kemahirannya mengharungi usia muda?
dan yang penting, adakah anak-anak yang sedang membesar itu bakal
menjadi pemimpin dunia serta pemimpin keluarga agar memberi jalan dan
ruang kepada seorang ayah meniti syurganya.
Guru, Ibu dan Bapa,
Bersatu membimbing anak akan menjadi jaya kerana kecilnya kita,
lemahnya kita dan manusianya kita bila bersatu mampu menjadi kekuatan
anak-anak.
Ingat lagu wonder pet
"Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah..."
Oleh itu, tugas kita masih belum selesai, selagi anak-anak belum
membesar untuk membentuk hidup sendiri .....
Matlamat keluarga adalah membantu ahlinya menuju keredhaan Allah SWT.
Waulahu aklam.