To: Staf Akademik Shah Alam
From: Puteri Murni Salleh Hudin/RMI/UiTM
Date: 07/29/2013 08:54AM
Subject: JEMPUTAN MENGHADIRI 'IOP WORKSHOP IN MALAYSIA'
KepadaPensyarah UiTMPelajar Pasca Siswazah UiTMY. Bhg Datuk/Datin Paduka/Profesor/Tuan/PuanJEMPUTAN MENGHADIRI 'IOP PUBLISHING WORKSHOP IN MALAYSIA'
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2 Sukacita dimaklumkan Unit Impak Penyelidikan (UIP), Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI) dengan kerjasama PTAR 1 akan menganjurkan bengkel penerbitan akademik pada butiran berikut: Tarikh : 30 Julai 2013 (Selasa) Masa : 0930 Pagi - 1145 Pagi Tempat : Pusat IT, Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, UiTM Shah Alam3. Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi penerangan tentang kaedah menerbitkan artikel penulisan akademik dalam jurnal-jurnal di bawah Penerbit Institut Fizik. Untuk maklumat, syarikat penerbitan bahan-bahan ilmiah yang
berpangkalan di United Kingdom ini telah menerbitkan sebanyak 70 jurnal dan majalah penyelidikan yang berkaitan dengan bidang fizik. 4. Sehubungan itu, Y. Bhg Datuk/Datin Paduka/Profesor/Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengikuti bengkel ini dengan mengisi borang pendaftaran yang disertakan dan hantar melalui e-mel kepada: pmu...@salam.uitm.edu.my. Bersama-sama ini disertakan aturcara program sebagai rujukan dan tindakan selanjutnya.
5. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, boleh menghubungi sekretariat UIP, RMI (Puan Puteri Murni/Cik Fatimatun Nur) di
talian 03-55437873. Kerjasama dan keprihatinan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. (See attached file: BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN IOP WORKSHOP IN MALAYSIA.doc)
Bagi pihak:PROFESOR DR ABU BAKAR ABDUL MAJEEDPenolong Naib Canselor (Penyelidikan) _______________________________________________ ATURCARA PROGRAM
0930 –1000 : Pendaftaran
peserta 1000 – 1130 : ‘How To Publish in IOP Journals
Oleh Dr. Nicola Gulley,
Pengarah Editorial
IOP Publishing, Bristol, United Kingdom
1130 - 1145 : Sesi Soal Jawab/Bersurai