To: Penolong Pendaftar Akademik
From: Norlidah Marzuki/IPSis/UiTM
Date: 08/15/2012 08:19AM
Cc: Dr Mohammad Nawawi Seroji/FKJE/UiTM@UiTM, Prof Madya Dr Zuhaina Hj Zakaria/IPSis/UiTM@UiTM
Subject: Fw: MyBrain15: Grab It!
Tuan/Puanuntuk makluman dan tindakan jika berkaitan
----- Forwarded by Norlidah Marzuki/IPSis/UiTM on 08/15/2012 08:17 AM -----From: Dr Mohammad Nawawi Seroji/FKJE/UiTMTo: IPSis KPPS Kampus Negeri, IPSis KPPS Shah Alam, IPSis link, IPSis PengurusanCc: IPSis PengurusanDate: 08/14/2012 04:52 PMSubject: MyBrain15: Grab It!
Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan
Dengan usahasama Bahagian Biasiswa MyBrain15 KPT, IPSis menganjurkan satu hari "MyBrain15: Grab It!" bersama wakil-wakil KPT bagi urusan permohonan online untuk biasiswa MyMaster dan MyPhD. Pelajar-pelajar hendaklah datang bersama-sama dokumen (hardcopy & softcopy) yang lengkap mengikut panduan di website MyBrain15 (https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15/index2.php) untuk disemak oleh wakil-wakil KPT. Terminal-terminal PC akan disediakan untuk pelajar terus membuat permohonan online.
Sesi ini akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh: 5 September 2012
Masa: 8am - 5pm
Tempat: Auditorium Akademi
Pengajian Bahasa, UiTM
Untuk makluman YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan, MyBrain15 memperuntukan penerima (untuk 5 tahun dari 2011-2015) sebanyak:
1) MyMaster - 40,000 (8,000/tahun)
2) MyPhD - 5,000 (1,000/tahun)
3) MyPhD Industri - 500 (100/tahun)
Tahun lepas hanya 6,000 penerima MyMaster, oleh itu tahun ini banyak kelonggaran pada syarat-syarat umum dan khusus bagi meningkatkan jumlah penerima, antaranya:
1) TIADA HAD UMUR untuk kedua MyMaster dan MyPhD
2) TIADA CGPA MINIMA untuk kelayakan MyMaster
Oleh itu, IPSis amat berharap Fakulti akan lebih proaktif dalam menyampaikan maklumat-maklumat mengenai bantuan kewangan ini kepada pelajar-pelajar. Disertakan di sini,
maklumat-maklumat lanjut mengenai MyBrain15 untuk makluman pihak Fakulti.
Selamat maju jaya.
![]()
(See attached file: MyBrain15 FROM KPT 31072012.pptx)(See attached file: Brochure MyBrain15 KPT.pdf)(See attached file: syarat MyBrain15 - 08.08.2012 - hebahan.pdf)(See attached file: MyBrain15 120731.jpg)