AIR YANG KELUAR DARI KEMALUAN WANITA

1,778 views
Skip to first unread message

rosmerah

unread,
Sep 24, 2008, 5:54:57 PM9/24/08
to sinar...@googlegroups.com
AIR YANG KELUAR DARI KEMALUAN WANITA


Soalan;

Ustaz, saya baru melangsungkan perkahwinan. Beberapa persoalan
timbul semasa melakukan hubungan seks dengan isteri di antaranya:-


1) Adakah air yang keluar dari kemaluan isteri hukumnya najis?


2) Sekiranya air tersebut keluar perlu kah si isteri mandi wajib?


Sekian, Tkasih


Jawapan;



Air yang keluar dari kemaluan wanita kebiasaannya tidak lari dari
empat jenis;


1. Air kencing


2. Air Mazi

3. Air Madi

4. Air Mani

Dari empat air di atas, tiga darinya adalah najis iaitu air kencing,
air madi dan air mazi. Adapun air mani ia tidaklah najis kerana ia adalah
asal kejadian. Adapun ciri-ciri setiap air di atas -untuk memudahkan kita
mengenalinya-, maka berdasarkan keterangan ulamak;




- Air kencing; cirinya sebagaimana sedia maklum

- Air Mazi; cirinya adalah melekit dan keluar dari kemaluan (zakar
atau faraj) biasanya tatkala naik syahwat.

- Air Wadi; cirinya ialah kental, berwarna putih dan keluar dari
kemaluan sesudah buang air kecil.




- Air Mani pula; air mani lelaki, cirinya; berwarna putih dan
tebal/kental. Adapun air mani perempuan; warnanya kuning dan nipis/cair
(yakni tidak kental). Kedua-dua air mani lelaki dan perempuan itu ada ciri
kebersamaannya, iaitu;




a) Bau air mani perempuan sama seperti bau air mani lelaki iaitu
seperti bau tepung diuli,
b) Dirasai kelazatan ketika keluarnya dan selepas keluarnya badan
merasai keletihan dan syahwat menjadi reda.

Menyentuh tentang mandi, dari empat air di atas, hanya keluar air mani
sahaja yang mewajibkan mandi. Adapun keluar kencing, mazi dan wadi, tidakah
mewajibkan mandi, akan tetapi ia adalah najis dan membatalkan wudhuk dengan
keluarnya. Oleh demikian, apabila keluar air-air selain mani itu, yang wajib
dilakukan sebelum solat ialah membasuhnya dan mengambil wudhuk.

Perlu diperjelaskan; apabila seorang lelaki mensetubuhi isterinya,
kedua-dua suami-isteri wajib mandi walaupun tidak keluar mani. Ini kerana
persetubuhan itu sendiri telah mewajibkan mandi tanpa mengira keluar mani
atau tidak. Yang dimaksudkan persetubuhan ialah memasukkan zakar ke dalam
faraj.

Wallahu a'lam.

Rujukan;



1. Syarah Soheh Muslim,

Imam an-Nawawi, jil. 2 (juz. 3), bab Wujub
al-Ghasl ʽAlal-Mar,ah.


2. Fiqh at-Thoharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 226.




Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages