AMMAR bin Yasar berkata dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:
“Sesiapa yang membaca ‘auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim’ tiga
kali diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya
Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa)
kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”.
Alangkah bertuah apabila seseorang itu beramal dengan doa berkenaan
pagi dan petang, jika dia mati pada hari itu, Allah kurniakan mati syahid
pula.
Justeru, adalah lebih baik jika bangun saja daripada tidur terus berdoa
atau selepas menunaikan solat Subuh ketika masih bersih daripada sebarang
kekotoran dan hadas.
Selepas berdoa akan diikuti pula dengan bacaan tiga ayat terakhir dari
surah al-Hasyr.
Lebih afdal jika dilakukan ketika bangun mendirikan solat tahajud dan witir
pada akhir malam.
Berkata Yazid bin Raqas dari Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:
“Sesiapa yang membaca akhir surah al-Hasyr hingga akhirnya, apabila mati
pada malam itu maka dia mati syahid”.
Jika badan terlalu letih dan amat mengantuk, bacalah doa yang ringkas
seperti doa:
“Ya Allah, dengan nama-Mu, aku letakkan tubuhku di tempat pembaringan dan
dengan nama-Mu akan aku angkat kembali tubuhku apabila aku bangun
esok.”