Hutang, sewa rumah tidak perlu zakat

535 views
Skip to first unread message

RosnahAhmad

unread,
Feb 4, 2007, 3:37:15 PM2/4/07
to sinar...@googlegroups.com

Hutang, sewa rumah tidak perlu zakat

Perlukah seseorang itu membayar zakat pendapatan bulanan walaupun hidupnya
di kelilingi hutang sehingga wang gaji bulanannya hanya cukup makan selepas
ditolak
hutang dan perbelanjaan lain?

Di Malaysia, zakat pendapatan dikira selepas ditolak perbelanjaan yang
dibenarkan termasuk peruntukan diri sebanyak kira-kira RM666 sebulan
(RM8,000 setahun).
Bagaimanapun, peruntukan diri sebanyak RM666 itu terlalu sedikit kerana
seseorang itu perlu membayar sewa rumah, wang petrol dan pelbagai lagi
keperluan
termasuk makanan. Apakah potongan pendapatan yang dibenarkan untuk zakat dan
apa kriterianya?

Pendapatan bulanan adalah tidak tetap kerana selain gaji, ada antara pekerja
menerima pendapatan lain seperti elaun perjalanan yang diperoleh tidak tentu
setiap bulan. Jika seseorang itu dikenakan zakat pendapatan sekitar RM50
sebulan, bolehkah dia membayar lebih seperti RM100 sebulan?

Adakah bonus dan wang hadiah daripada majikan turut dikira dalam zakat
pendapatan?

Pembayar zakat, Kuala Lumpur

Zakat diwajibkan Islam dengan beberapa syarat yang ditetapkan iaitu orang
Islam, berfikiran sempurna, cukup umur, memiliki harta yang mencukupi nisab,
tidak terbabit dengan hutang, berlebihan daripada keperluan asasnya dan
harta itu menjadi miliknya daripada awal hingga akhir tahun. Syarat ini
ditetapkan
berdasarkan kepada dalil syarak dalam al-Quran dan al-Sunnah serta ijtihad
ulama.

Jika syarat ini tidak lengkap maka kewajipan zakat tidak wujud termasuk kes
yang wang gaji bulanannya hanya cukup makan. Anda tidak perlu mengeluarkan
zakat pendapatan bulanan tetapi dicadangkan anda mengeluarkan zakat harta
saja yakni setahun qamariah sekali jika pada akhir tahun harta anda wajib
dibayar
zakat seperti dalam zakat wang simpanan.

Dalam potongan pendapatan yang dibenarkan untuk tidak dikenakan zakat,
penggiat dan pelaksana hukum zakat di Malaysia menyenaraikan beberapa
peruntukan
termasuk untuk diri, isteri, anak, pemberian kepada ibu bapa, Tabung Haji,
Insurans Takaful dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Peruntukan diri sebanyak RM8,000 setahun adalah siasah syariah pembuat
kebajikan dalam hal ehwal zakat. Bagaimanapun, yang perlu diperhatikan dan
diutamakan
dalam potongan pendapatan bukan yang ditetapkan pihak berkuasa tetapi
keperluan si pembayar zakat itu sendiri kerana perbezaan keperluan daripada
setiap
muzakki.

Sepatutnya sewa atau ansuran rumah, ansuran kereta dan keperluan asas harian
setiap muzakki perlu diambil kira untuk dimasukkan dalam senarai potongan
agar sesuai dengan syarat berlebihan daripada keperluan asas dalam syarat
zakat yang telah ditetapkan syarak.

Keperluan asas hari ini berbeza dengan keperluan asas pada zaman dahulu.
Oleh itu, gaji pembantu rumah, pekebun dan pemandu dicadangkan juga agar
disenaraikan
dalam senarai tidak dikenakan zakat pendapatan.

Jika elaun itu dikenakan zakat pendapatan, kita akan mendapat pahala
sedekah, insyaAllah. Allah akan memberkati hidup kita kerana seperti
disabdakan Baginda
Rasullulah saw bahawa tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan.

Oleh kerana bonus dan wang hadiah termasuk dalam kategori sumber pendapatan
maka ia turut dikira dalam zakat pendapatan dalam pandangan penggiat dan
pelaksana
hukum zakat di Malaysia.


Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages