Azazil
asalnya adalah hamba Allah yang sangat soleh....
Azazil
bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat
beribadat.
Al-Kahf
[50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah
kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari
golongan jin… Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di
bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000
tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil
beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit
kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam kepada para
malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya,
kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.
Azazil adalah
imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat
yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada
tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat
Allah.
Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat
yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :
“Adanya
satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu
kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat
sehingga hari Kiamat”
Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk
yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil
kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz.
Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu
kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat,
agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh
malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh
malaikat dengan doa :
“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka
(para malaikat)”
Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk
dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga.
Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :
“Ada satu
hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan
Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah
Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”
Lalu
Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat
kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu
bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa
dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud
tanpa dipimpin oleh Azazil.
Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong
dan menjawab kepada Allah :-
Israa [61] Dan (ingatkanlah peristiwa)
ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka
sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang
Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?
Keengganan sujud ini berpunca
dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi
Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia
dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur
dan lupa daratan.
Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah
kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan
manusia serta keturunannya.
Israa [62] Dia berkata lagi: Khabarkanlah
kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri
tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan
zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)....