Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah
diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat
yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah
Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan
dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari
terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Hukum – Hukum Puasa
1.Wajib
2.Sunat
3.Makruh
4.Haram
Puasa wajib :
Puasa yang dilakukan dalam bulan
Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.
Puasa Sunat :
1.Puasa dalam bulan Sya’ban
2.Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
3.Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
4.Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram
5.Puasa pada hari
Isnin dan Khamis
6.Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan
15
7.Puasa satu hari berbuka satu hari
8.Puasa lapan hari daripada bulan
Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau
tidak.
9.Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan
Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab
Puasa Makruh :
1.Menentukan hari untuk berpuasa
seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
2.Berpuasa sepanjang
tahun
Puasa Haram :
1.Puasa sunat seorang perempuan
tanpa izin suaminya
2.Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30
Sya’ban
3.Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari
Tasyrik
4.Puasa perempuan haid & Nifas
5.Puasa bagi orang yang bimbang
berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2
:
1.Syarat-syarat wajib
2.Syarat-syarat
sah
Syarat
wajib
1.Islam
2.baligh
3.berakal
4.berupaya(sihat)
5.bermukim
Syarat Sah
1.Islam
2.Berakal
3.Bersih
daripada haid & Nifas sepanjang hari
4.Niat
Rukun Puasa
1. Niat
Menahan diri dari makan
& minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
2. Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar
hingga terbenam matahari
Faedah Puasa
1.Melahirkan perasaan belas kasihan
terhadap golongan miskin
2.Mendidik nafsu & jiwa kearah
kebaikan
3.Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
4.Puasa
merupakan perbuatan taat kepada Allah
5.Mendidik budi pekerti untuk memiliki
sifat-sifat terpuji
6.Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri
sendiri
7.Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
8.Puasa menyebarkan
perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia
Sunat-sunat puasa
1.Makan Sahur serta
melambatkannya
2.Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah
kurma atau benda-benda yang manis
3.Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
4.Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
5.Memperbanyakkan ibadah dan
berbuat kebaikan
6.Membaca Al-Quran
7.Beriktikaf terutama 10 hari terakhir
bulan Ramadhan
Perkara makruh ketika
berpuasa
1.Berbekam
2.Mengeluarkan darah
3.Berkucup
4.Merasa
makanan
5.Bersugi selepas gelincir matahari
6.Mencium
wangian
Perkara yang membatalkan puasa
1.Memasukkan
sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
2.Makan dan minum
sepanjang hari
3.Muntah dengan sengaja
4.Bersetubuh atau keluar mani
dengan sengaja
5.Keluar darah haid dan nifas
6.Gila
7.Pitam atau mabuk
sepanjang hari
8.Murtad
Keuzuran yang mengharuskan berbuka
puasa
1.Musafir
2.Sakit
3.Mengandung dan Ibu yang menyusukan
anak
4.Tua
Keistimewaan Bulan Ramadhan
1.Bulan yang
mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
2.Al-Quran diturunkan dalam
bulan ini
3.Iblis dipenjarakan
4.Terdapat malam yang mulia iaitu malam
Lailatul qadar.
5.Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.
Menghormati Bulan Ramadhan
1.Kita hendaklah
mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti
berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang
perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah
sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk
memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
2.Kita hendaklah berusaha
menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan
Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta
memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil
yang baik di masa hadapan.
Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan
1.Lafaz
niat puasa fardhu Ramadhan :
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari
menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
2.Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan
:
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu
Ramadhan kerana Allah Taala.
Doa Ketika Berbuka Puasa
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku
berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas
kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
Qada’ Puasa Ramadhan
Ialah menggantikan puasa
yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka
oleh syara’
Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan
puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran
ataupun tanpa sebarang keuzuran
Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah)
beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam
musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak
(hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain
dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan
sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak
bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan
puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari
yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu
(daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat
184)
Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
1.Waktunya selepas
bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun
qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah
contohnya seperti di hari raya.
2.Adapun bagi
orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang
berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.
Kifarah Puasa
Ialah seseorang yang merosakkan
puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib
membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’
puasa yang terbatal kerana jima’
walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’
puasa yang terbatal.
Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah
:
1.Membebaskan seorang hamba yang beriman
2.Jika
tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan
berturut-turut
3.Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60
orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri
itu.
Fidyah
Ialah bayaran denda dengan memberi makan
orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa)
dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga
Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak
bersamaan dengan 620 gram.
Hukum Fidyah
Wajib di keluarkan berdasarkan
Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah)
beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam
musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak
(hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain
dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan
sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak
bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan
puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari
yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu
(daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat
184)
Sebab-sebab wajib Fidyah
1.Tidak mampu melakukan
ibadah puasa
2.Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3.Perempuan hamil atau
menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di
kandung dan boleh mengurangkan air susu
4.Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa
uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.