Isteri Dilarang Bawa Masuk Tamu Tanpa Kebenaran Suami
Dunia hari ini
kian tenat, ibarat si ibu yang sedang sakit melahirkan anak. Maksiat dan
kemungkaran menjadi-jadi di mana-mana, kadang-kadang di depan mata
kepala
kita sendiri. Manusia telah hilang sifat malunya. Punca terbesarnya adalah
tindakan seks yang telah Allah jadikan sejak manusia dicipta.
Setiap kali
terbitnya akhbar harian maka pasti ada saja cerita perogolan disiarkan. Manusia
hari ini sudah banyak hilang pegangan imannya, hidup bertuhankan nafsu. Tidak
kira siapa asalnya nafsu dapat dilepaskan. Apa yang menyedihkan anak sendiri
jadi mangsa si ayah, si adik menjadi mangsa si abang, kanak-kanak menjadi mangsa
si tua.
Sebenarnya semua ini mengingatkan kita bahawa sekarang ini zaman
fitnah. Bila terdedah sahaja aurat, wanita berpakaian menjolok mata, maka
berbagai kemungkinan
maksiat boleh berlaku. Tapi dalam hal ini kita tidak
boleh menyalahkan pihak lelaki saja. Oleh itu kaum wanita kenalah berwaspada,
pakaian biarlah bersopan sebab tidak siapa tahu malang tidak berbau dan tidak
mengenal bulu.
Di dalam Islam memang ada batas-batas aurat untuk lelaki
dan wanita di luar dan didalam rumah di antara sesama keluarga (muhram). Islam
juga meminta setiap
lelaki dan wanita supaya menundukkan mata dan
pandangannya apabila berhadapan dengan yang bukan muhramnya.
Mata punca
segala-galanya, ia berperanan untuk menemu dan memperkenalkan lelaki dan
perempuan. Menurut ilmu tauhid, maklumat yang diperolehi dari mata adalah 50%.
Telinga hanya memperolehi 30% saja maklumat serta 20% dari anggota lain. Di
sini jelas membuktikan rangsangan deria lihat lebih kuat dari yang lain. Sebab
itulah diharamkan lelaki bertemu perempuan.
Tempat yang paling merbahaya
ialah memandang aurat, ianya wajib ditutup dan merupakan bahagian yang aib pada
diri seseorang kerana boleh menimbulkan nafsu dan
syahwat. Akibat dari
itulah menimbulkan berbagai kerosakan yang berlaku di tengah masyarakat.
Lantaran itu aurat wajib ditutup sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt.
Rumah adalah sebuah kediaman untuk kita berlindung dari panas dan hujan
serta musuh. Tempat menggabung dan mengeratkan kemesraan serta kasih sayang satu
sama lain. Telah menjadi tradisi masyarakat hari ini kalau petang-petang hari
maka ramailah keluar makan angin di sekitar kawasan rumah. tetangga. Maka kita
dapati si bujang begitu rancak berbual dengan si dara manis, tidak ketinggalan
isteri-isteri orang pun turut sama.
Suami pula tidak ambil kisah dengan
tingkah laku si isteri yang bebas bergaul dengan sesiapa jua. Suami begitu
sebenarnya adalah seorang suami yang dayus. Orang dayus tidak akan masuk syurga.
Tempat si isteri adalah di sisi suami bukannya dengan orang lain.
Seperkara
lagi yang telah menjadi lumrah di dalam masyarakat kita ialah si isteri
mengizinkan seseorang samada lelaki atau wanita masuk ke dalam rumah, ketika
suami tiada di rumah. Hukumnya adalah haram. Sekiranya yang dibenarkan masuk
ialah lelaki, hukumnya haram kerana Islam melarang wanita dan lelaki yang bukan
muhram tinggal berdua-duaan di bawah satu bumbung. Sekiranya yang dibenarkan
masuk itu adalah muhramnya ataupun seorang wanita, haramnya adalah kerana tidak
mendapat kebenaran suami terlebih dahulu. Si isteri mengajak muhramnya atau
tetamu wanita masuk ke rumah setelah mendapat izin suami terlebih dahulu adalah
dibolehkan.
Begitu juga halnya jika sebuah rumah didiami oleh dua buah
keluarga ajnabi. Katalah si A tiada di rumah, yang tinggal di rumah itu hanyalah
si B, sedangkan
suami si B tiada di rumah, maka haram hukumnya jika suami si
A berada di rumah. Salah seorang darinya mestilah segera mengambil tindakan
untuk keluar bagi mengelakkan berlakunya maksiat.
Sebab itulah di dalam
Islam diharamkan lelaki dan perempuan yang belum bernikah berdua-duaan ke sana
ke mari sebab teman ketiga mereka ialah syaitan yang akan
mencuit hati
teruna dan dara agar hanyut ke lembah kemaksiatan.
Ketika di dalam
peperangan ahzab, semasa orang kafir menyerang kubu orang Islam, orang munafik
berkata kepada Rasulullah saw. “Ya Rasulullah, kami hendak
balik kerana
rumah kami itu ialah aurat.” Memang benar rumah itu ialah aurat yang patut
dijaga kerana itu janganlah kita masuk ke rumah tanpa izin.
Mengenai
masalah aurat rumah ini ada disebut di dalam surah An Nur, ayat 27, 28 dan 29.
yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki
rumah-rumah yang bukan rumah kamu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada
penghuninya.”
di dalam ayat ini mengandungi dua perintah, iaitu meminta izin
sebelum masuk dahulu dan memberi salam. Selanjutnya ayat 28 dan 29 bermaksud:
“Jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk
sebelum mendapat izin. Maka jika dikatakan kepada kamu, “Kembali sajalah” maka
hendaklah kamu kembali. Tidak ada dosa atau kamu memasuki rumah yang tidak
disediakan untuk didiami yang di dalamnya ada keperluan kamu.”
Demikianlah beberapa ayat perintah Allah mengenai memasuki rumah yang
bukan rumah kita. Mengenai adab memasuki ke rumah pernah digambarkan di dalam
riwayat Rasulullah saw ketika baginda mengunjungi rumah anaknya Siti Fatimah,
yang bersuamikan Sayidina Ali r.a. Sebalik sampai sahaja di rumahnya, Rasulullah
memberi salam dan meminta izin masuk. Siti Fatimah menjawab, tetapi tidak
mengizinkan ayahnya masuk.
Masakan seorang anak tidak mengizinkan
ayahnya masuk. Lebih-lebih lagi Rasulullah saw, tetapi sebelum itu baginda
bertanya, “Mengapa tidak boleh masuk wahai anakanda?”
Dijawab oleh Siti
Fatimah dengan mengatakan bahawa bukanlah bersama Rasulullah itu ada seorang
sahabat sedangkan Siti Fatimah ketika itu tidak mempunyai cukup kain untuk
menutupi tubuhnya kerana terlalu miskin. Bila ditarik ke atas ternampak kaki,
kalau diturunkan ke bawah terdedah kepalanya. Untuk berselindung di dalam bilik.
rumah Sayidina Ali tidak ada bilik, di situlah tempat tidur, makan dan tempat
tetamu. Apabila mendengarkannya, Rasulullah terus memberikan kain selendangnya
untuk Siti Fatimah menyelimuti diri. Setelah itu barulah Rasulullah diizinkan
masuk.
Demikianlah adab kesopanan memasuki rumah yang dihadiskan oleh
Rasulullah saw dan patut dicontohi. Jangan anggap tidak releven untuk diamalkan
di zaman
ini.
Sekian Wassalam
Yang ikhlas
Kakros.