"Kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang menyamakan antara perokok dengan
haiwan telah di politikkan oleh media sebagai bahan untuk mengurangkan
sokongan perokok-perokok di Negara terhadap PAS yang di pimpin oleh Tuan
Guru.
Pun begitu, setelah pihak TV3 mengambil tindakan untuk melihat undian dari
rakyat, didapati pandangan Tuan Guru telah mendapat sokongan yang baik.
Ini menandakan, walaupun kenyataan tersebut dilihat seakan-akan kasar dan
keras, tetapi setelah dihayati mempunyai pengaruh yang besar bagi
perokok-perokok
untuk berhenti dari menghisap rokok.
SEJARAH ROKOK DAN TEMBAKAU
Apabila menyebut rokok, maka ianya tidak lepas dari perbincangan tentang
tembakau. Berdasarkan kepada maklumat, tembakau ini tidak dikenali melainkan
pada
awal kurun ke 11 hijrah. Ekoran dari itu, ulama-ulama di zaman sebelum itu
tidak memperkatakan hukum rokok.
Mengikut dakwaan sesetengah pihak, amalan merokok ini berasal dari amerika
dan merebak ke eropah dalam kurun ke 16.
Pada awalnya, amalan merokok ini dianggap sebagai salah satu amalan untuk
perubatan. Pada kurun ke 19, amalan merokok ini sudah tersebar di seluruh
dunia,
termasuk dunia umat Islam ketika itu
Setelah amalan merokok ini tersebar, didapati ianya banyak memberi kerosakan
dan menjejaskan kepada kesihatan, terutama kepada kesihatan otak, jantung,
penglihatan mata dan sebagainya.
Apa yang lebih teruk dari itu adalah, terjejasnya kesihatan itu bukan
sekadar dikalangan perokok sahaja, tetapi ianya merebak kepada mereka-mereka
yang
tidak merokok juga.
Perkara ini telah diakui oleh sebilangan besar Doktor-doktor di dunia,
sehinggakan kemudharatan merokok ini sudah boleh dianggap sebagai sesuatu
yang "ijmak"
dikalangan para Doktor. Ekoran dari keadaan rokok yang banyak memberi kesan
buruk kepada manusia, maka ulama-ulama mula berijtihad dalam menyatakan
hukum rokok.
HUKUM ROKOK ADALAH HARAM
Telah dinyatakan di atas, boleh dikatakan seluruh para doctor dunia telah
"berijmak" bahawa merokok adalah sesuatu yang boleh memudharatkan kepada
kesihatan.
Maka dengan itu, Islam telah menetapkan hukum bahawa, merokok itu adalah
haram dengan beberapa alasan.
Antara sebab pengharaman Rokok adalah seperti berikut;
1. ada kaitan dengan arak.
Berdasarkan kepada satu kajian, sebelum rokok di buat, tembakau akan di
peram dengan perahan anggur atau perahan epal. Dalam keadaan ini, perahan
anggur
dan apel ini sebenarnya merupakan antara cirri-ciri arak.
Dalam keadaan inilah, dapat dikatakan rokok ini sebenarnya berasal dari
tembakau yang telah diperam bersama perahan arak yang telah di haramkan oleh
Allah
SWT.
Firman Allah.
yang berMaksud;
"Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan
judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak
panah,
adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah
kamu menjauhinya supaya kamu berjaya"
(Surah Al-Maidah : 90)
2. Rokok membunuh.
Sememangnya diketahui, rokok merupakan antara alat untuk membunuh manusia
secara perlahan. Semuanya berpunca dari kemudharatan disebalik merokok.
Memudharatkan diri sendiri merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah.
Firman Allah.
yang bermaksud;
"dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya
kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya
Segala
usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
Yang berusaha memperbaiki amalannya"
(Surah Al-Baqarah : 195)
Begitujuga, rokok tidak sekadar memberi mudharat kepada diri perokok sahaja,
bahkan rokok dapat memberi mudharat kepada orang tidak merokok juga.
Keadaan ini adalah haram di sisi Islam dengan firman Allah;
yang bermaksud;
"janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah
sentiasa Mengasihani kamu"
(Surah An-Nisa' : 29)
Dan sabda Nabi SAW;
yang bermaksud;
"Tidak boleh memberi mudharat dan tidak boleh memudharatkan kepada
orang lain"
3. Rokok adalah perkara yang buruk.
Firman Allah;
yang bermaksud;
"Iaitu orang-orang Yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi
Yang Ummi, Yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di
Dalam Taurat dan Injil Yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka Dengan
perkara-perkara Yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan
perkara-perkara Yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka Segala benda Yang
baik, dan mengharamkan kepada mereka Segala benda Yang buruk"
(Surah Al-'Araf : 157)
Firman Allah ini dengan jelas Allah menyatakan bahawa, Allah menghalalkan
kepada manusia segala perkara yang baik dan mengharamkan perkara yang buruk
(tidak
baik).
Imam Ibnu Kathir dalam mentafsirkan ayat ini mendatangkan maksud "tayyibat"
dan "Khabisat" dengan beberapa pendapat ulama dengan katanya;
yang bermaksud;
"Setiap yang Allah halalkan daripada makanan, maka ia adalah baik dan
memberi manfaat kepada badan dan agama. Dan setiap perkara yang Allah
haramkan,
maka ia adalah perkara yang buruk, memberi mudharat kepada badan dan
agamam."
Rokok sememangnya tidak memberi manfaat kepada agama dan badan, tetapi
hakikatnya adalah, rokok dapat memberi keburukan dan mudharat kepada badan
dan agama.
Ekoran dari itu, dari firman Allah ini jelas kepada kita bahawa rokok adalah
haram.
4. Merokok adalah pembaziran.
Dengan menghisap rokok, tiada kebaikan yang didapati melainkan keseronokkan
yang tidak memberi faedah kepada diri disamping memberi kesan mudharat
kepada
kesihatan. Ekoran dari itu, dengan menghisap rokok akan menyebabkan perokok
akan melakukan pembaziran yang diharamkan oleh Allah SWT.
Firman Allah;
yang bermaksud;
"Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara
Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada
Tuhannya"
(surah Al-Isra' : 27)
Keharaman membazir ini tidak dikhususkan kepada sesiapa pun, samada dia kaya
atau miskin.
Ibnu Masuud dan Ibnu Abbas mendefinisikan membazir adalah ;
yang bermaksud;
"Membazir adalah menginfaqkan pada yang tidak dijalan kebenaran"
Mujahid pula menyatakan;
yang bermaksud;
"kalau insane menafkahkan semua hartanya pada kebenaran, itu tidak
dinamakan sebagai membazir. Dan kalau dia menafkahkan satu cupak pada bukan
jalan kebenaran, maka itu sudah dikira sebagai membazir"
Adapun Qatadah pula menyatakan;
yang bermaksud;
"Membazir adalah nafkah pada maksiat kepada Allah dan tidak diatas jalan
kebenaran disamping untuk melakukan kerosakan."
Dari ketiga-tiga definisi ini, didapati semuanya bersesuaian dengan merokok.
Ekoran dari itu, dengan ini jelas bahawa rokok adalah haram.
5. Rokok menghasilkan bau busuk
Jika bawang dilarang dari memakannya oleh Rasulullah SAW sehingga ulama
menyatakan atas makruh memakannya disebabkan baunya yang busuk. Iaitu dengan
hadis;
yang bermaksud;
"Daripada Ibni Omar, sesungguhnya Nabi SAW berkata dalam
peperangan khaibar, barangsiapa yang makan daripada ini - iaitu bawang
putih - maka
dia dilarang menghampiri masjid kami."
Dalam hadis ini, nabi SAW melarang makan bawang kerana baunya. Maka
berdasarkan kepada qiyas awla, terlebih melaranglah oleh nabi SAW dari
menghisap rokok
yang baunya lebih busuk dari bau bawang.
PENUTUP
Dari perbahasan ini jelas kepada kita bawah rokok adalah sesuatu yang haram,
terutama rokok-rokok tersebut adalah rokok yang banyak memberi sokongan
ekonomi
kepada Israel yang sedang menyerang islam.
Melihat kepada kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat yang menyamakan
antara perokok dengan haiwan. Dengan ini dapat di akui kebenaran dakwaan
itu.
Ianya adalah kerana, jika dilihat kepada kotak-kotak rokok, tertulis padanya
pesanan tentang bahaya merokok, tetapi manusia tetap juga menghisap rokok.
Dengan keadaan ini, tulisan ini sebagai menyeru umat Islam yang merokok agar
berhenti dari merokok. Ianya adalah kerana perbuatan itu merupakan amalan
yang melibatkan diri dengan dosa kepada Allah SWT.
Sekian