Umar bin Al-Khattab Sahabat yang kaya dengan ilmu

5,062 views
Skip to first unread message

rosmerah

unread,
Jan 31, 2010, 1:15:39 AM1/31/10
to sinar...@googlegroups.com
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
 
Selawat  dan salam ke atas
jujungan mulia kita nabi Muhammad SAW.
 
Tidak lupa juga
selawat dan salam  kepada kaum kelurga  dan sahabat-sahabat baginda  a yang di kasihi.
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
 

Umar bin Al-Khattab Sahabat yang kaya dengan ilmu

 

Wafatnya Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA telah digantikan oleh Saidina Umar RA sebagai khalifah Islam yang kedua. Kenaikan beliau sebagai pucuk pimpinan Islam ketika itu adalah wajar, memandangkan sifat semulajadi yang sedia ada dalam jiwanya, kekaliberan dan kewibawaan beliau sebagai pemerintah Jelas dapat dibuktikan ketokohannya sebagai seorang pemimpin umat Islam ketika itu.

Menurut riwayat Ibnu Athir bahawa Abdullah bin Mas'ud berkata: "Islamnya Umar adalah suatu kemenangan, hijrahnya adalah suatu pertolongan dan pemerintahannya adalah suatu rahmat." Ini adalah kerana cara dan tindakan beliau dalam menghadapi sesuatu persoalan yang berhubungkait dengan kemasyarakatan dan kenegaraan adalah berlandaskan ajaran al-Quran dan al-Sunnah

Berdasarkan cara inilah telah menjadikan teristimewanya zaman pemerintahan Saidina Umar RA yang telah mencakupi setiap bidang yang bersangkutan dengan masyarakat samada dari segi politik, ekonomi, sosial mahupun di bidang pendidikan.

Aliran keturunan beliau ialah Umar bin al-Khattab Bin Nafa'il Bin Abdul al-Az Bin Qaurah Bin Re' ah Bin Abdullah Bin Ruz'ah Bin Adi bin Ka'ab Bin Luai. Pada generasi Ka'ab inilah bertemu nasab beliau dengan nasab baginda Rasulullah SAW. Ibunya bernama Khantamah Binti Hashim Bin al-Mughirah Bin Abdullah Bin Umar Bin Maqzum. Beliau dilahirkan pada tahun 484M, iaitu kira-kira 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW. Pada masa remaja, Umar mendapat latihan keperwiraan, mempelajari tektik dan siasah perang, serta belajar seni pidato. Dari mula Saidina Umar telah menunjukkan dua sifat utama iaitu; berani dan rajin bekerja. Kerana keberanian dan kerajinannya, namanya mahsyur di seluruh tanah Arab.

Di masa Jahiliah beliau tergolong sebagai bangsa Quraisy yang sangat dihormati dan disegani serta sentiasa diutus keluar negeri di dalam urusan siasah. Andainya berlaku sebarang perselisihan di antara qabilah qabilah, beliau kerap kali dipilih sebagai orang perantaraan. Keistimewaan yang dimilikinya ialah bakat mencipta syair, khususnya syair Arab Jahiliah. Dalam hal ini beliau menggesa anaknya, Abdul Rahman supaya memelihara keelokkan syair.

Saidina Umar merupakan seorang ahli perniagaan yang pintar, baik dalam tugas pengurusan atau mengumpulkan wang. Dengan ini Saidina Umar tergolong dalam kalangan orang kaya atau kaum pemodal. Di samping menjalankan perniagaan, Saidina Umar sempat juga menemui sebahagian besar dari raja-raja Arab termasuk Rom dan Parsi, sehingga timbul keyakinan raja-raja tersebut bahawa Saidina Umar merupakan duty daripada orang Quraisy Mekah. Kebetulan beliau juga mempunyai keistimewaan iaitu mengetahui salasilah dan sejarah bangsa Arab yang dipelajari dari bapanya. Ketika Nabi Muhammad SAW memulai dakwahnya, Saidina Umar berusia 27 tahun, beliau adalah salah seorang di antara yang membenci agama Islam ketika itu. Beliau lebih menyukai cara hidup golongan lama. Tetapi lama-kelamaan Islam mengalami kemajuan sungguhpun tidak begitu cepat. Kemajuan ini menyebabkan beliau merasa takut.

Salah seorang dari pelayan wanitanya telah memeluk agama Islam. Hal ini menimbulkan kemarahan dan memukulnya sepuas-puas hati. Namun pelayan itu tidak mahu melepaskan kepercayaannya. Akhirnya pada tahun ke 6 daripada kerasulan, sejumlah orang Islam menuju ke Habsyah, beliau mengambil keputusan untuk membunuh Rasulullah yang menjadi punca perpecahan.

Rasulullah SAW mengetahui kekuatan Saidina Umar di kalangan kaum Quraisy dan keganasannya terhadap orang Islam. Oleh itu baginda sentiasa berdoa agar ancaman dan halangan bagi perkembangan agama. Islam dapat dihindarkan. Baginda mengharapkan agar terbuka hati kedua umar, iaitu Umar Bin Hisham (Abu Jahal) dan Umar Bin alKhattab. Tidak lama kemudianya memeluk Islam dengan kesedaran dan kerelaan hatinya sendiri.

Saidina Umar memeluk Islam pada tahun ke-5 selepas nabi dilantik menjadi rasul iaitu kira-kira 3 hari selepas Saidina Hamzah memeluk Islam. Nama timangannya ialah Abu Hafs. Selain dari itu beliau juga dikenali dengan nama al-Faruq yang membezakan di antara yang hak dan yang batil.

Beliau juga adalah orang yang mula-mula digelar dengan gelaran "Amirul Mukminin". Gelaran ini diberikan oleh Labib Bin Rabi'ah dan Qaddi Bin Hatim, kedua-duanya ulamak dari Iraq. Kemudiannya diikuti oleh Amru Bin al-Hasi hingga akhirnya menjadi ikutan para sahabat.

Sebab keislaman Saidina Umar boleh dirumuskan seperti berikut:

1. Mendapat hidayah dari Allah setelah Rasulullah berdoa memohon salah seorang dari dua Umar memeluk Islam.

2. Doa Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ya Allah, muliakan Islam pada salah seorang atau kepada lelaki yang bernama Umar Bin Hisham dan juga Umar Bin al-Khattab."

3. Peristiwa Saidina Umar mendengar bacaan al-Quran ketika Fatimah belajar membaca al-Quran daripada Habab. Kemudian beliau sendiri membacanya hingga beliau merasa kagum dengan keelokkan susunan ayat dan bahasa alQuran.

Apabila Saidina Abu Bakar sakit dan merasakan yang dirinya akan menemui ajal, beliau merasa bimbang terhadap kerajaan dibawah pemerintahannya, kerana belum mencari bakal penggantinya yang akan menyatukan pendapat umat Islam. Tanpanya ditakuti akan berlaku perpecahan yang memberi kesempatan kepada musuh-musuh Islam menghancurkan umat Islam atau berlaku peperangan yang mungkin lebih dasyat daripada peristiwa "al-Riddah".

Memandangkan kebimbangan inilah Saidina Abu Bakar meneliti para sahabatnya untuk dipilih sebagai bakal penggantinya. Beliau melihat samada Saidina Umar al-Khattab ataupun Ali bin Abi Talib, berpandukan kepada apa yang pernah dipilih oleh Rasulullah SAW semasa baginda berdoa. Maka akhirnya beliau memilih Umar Bin alKhattab sebagai cadangan untuk pengganti beliau.

Setelah Saidina Abu Bakar meminta pendapat para sahabat terkemuka dan tidak ada sebarang reaksi bantahan, maka beliau yakin pilihan beliau akan diterima oleh seluruh umat Islam. Beliau pun berserah kepada Allah dan seterusnya mengisytiharkan perlantikan itu dengan dibacakan oleh Usman Bin al-Affan dan disokong oleh umat Islam. Dengan itu maka terlantiklah Umar Bin al- Khattab sebagai khalifah Islam yang kedua.

Semasa Rasulullah SAW masih hidup, seluruh jazirah Arab telah masuk ke dalam wilayah Islam. Demikian juga gerakan pengajian ilmu pengetahuan di masa itu merupakan bidang kajian yang diutamakan. Masjid adalah tempat yang menjadi tumpuan para sahabat mendapatkan ilmu.

Setelah Rasulullah SAW wafat, khalifah dan para sahabat telah meneruskan usaha ini. Kegiatan pengajaran dan pendidikan makin meluas seiring dengan pengluasan wilayah wilayah. Pada waktu yang sama berbagai bagai masalah dan persoalan baru yang lebih kompleks telah timbul dan dihadapi oleh umat Islam. Untuk menyelesaikan segala persoalan ini, al-Quran dan as-Sunnah merupakan sumber utama dan sebagai tempat rujukan.

Walau bagaimanapun terdapat masalah masalah yang baru timbul tidak didapati di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Oleh kerana itu ia memerlukan jawapan yang dianggap paling tepat dengan bersandarkan hujjah dan dalil-dalil. Mereka sangat berhati-hati di samping mengharapkan keredhaan Allah dan oleh kerana itu gerakan ilmiah semakin meluas dari sehari ke sehari.

Pendidikan dan Islam itu adalah ibarat dua sahabat yang tidak pernah berpisah sejak muncul dan tersiarnya Islam di tangan Nabi Muhammad SAW yang diutus oleh Allah kepada seluruh umat manusia. Untuk mengajar mereka perkara-perkara agama dan dunianya dan menuntun mereka ke jalan yang benar.

Rasulullah adalah pendidik yang pertama dalam Islam. Sesungguhnya baginda telah membangunkan pendidikan Islamnya di atas dua batu asas yang kuat, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran itu kitab Allah, sunnah itu amalan nabi dan segala pertuturannya. Al-Quran adalah kitab yang tidak mungkin berubah sejak turunnya sehingga ke hari akhirat nanti. Sunnah rasul itu telah terkumpul dan tersusun di dalam beberapa buah kitab yang besar untuk menjelaskan lagi kandungan kitab suci al-Quran. Kedua-dua ini telah menjadi lampu yang menyinari kehidupan mereka, kerana itu tidaklah hairan kiranya Islam teristimewa dengan suatu faktor yang tertentu dalam pendidikan.

Pendidikan Islam sejak dari munculnya agama Islam adalah meliputi empat jenis pendidikan yang besar, iaitu pendidikan jiwa, pembersihan rohani, pembentukan akal fikiran dan kecergasan tubuh. Dengan kata lain , pendidikan menitikberatkan pendidikan agama, budi pekerti, ilmu pengetahuan dan tubuh badan. Kesemuanya dipandang sama pentingnya.

Bila kita menyebut dua institusi pengajian dalam tamadun Islam, maka tidak syak lagi bahawa pusat pengajian dalam Islam yang seawal-awalnya ialah masjid. Pusat-pusat pengajian tidak pernah terpisah dari masjid, yang biasanya didirikan dengan harta wakaf. Umpamanya pada zaman Saidina Umar alKbattab, guru-guru dilantik di masjid, seperti Kufah, Basrah, Damsyik dan lain-lainnya untuk mengajar al-Quran dan sastera.

Daripada pengajaran agama dan bahasa yang awal inilah kemudiannya timbul maktab dan madrasah yang merupakan pusat-pusat pengajian tinggi yang kemudiannya menjadi contoh untuk pembinaan universiti-universiti di Eropah di zaman pertengahan mereka.

Ketinggian ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Saidina Umar sukar ditandingi oleh generasi sezamannya, terutamanya dari sudut pengetahuan fekah dan sejarah. Maka Ibnu Mas'ud menyatakan tentang keyakinan bahawa Umar memiliki Sembilan persepuluh ilmu pengetahuan.
Kesan daripada latar belakang kehidupan agama dan keilmuannya telah mendorong beliau menggalakkan rakyat untuk menuntut ilmu pengetahuan di samping mempelajari al-Quran, as-Sunnah dan pelajaran yang bersangkutan dengan agama. Beliau juga menggalakkan umat Islam mempelajari bidang-bidang lain seperti peribahasa peribahasa Arab dan syair.

Dalam konteks ini jelaslah kita lihat melalui suratnya yang diutuskan kepada seorang rakan di Syam yang berbunyi; "Ajarlah anak-anak kamu tentang menulis, membaca, berenang, memanah, menunggang kuda, pepatah dan syair-syair yang baik.
"
seterusnya beliau menyatakan, syair yang baik menunjukkan kepada kemuliaan akhlak. Al Aqd di dalam bukunya "abqariatul Umar" ada menyebutkan bahawa Umar telah menyatakan berhubung dengan syair: "Riwayatkanlah syair-syair, sesungguhnya syair menunjukkan kepada akhlak."

Dalam usaha menjadikan rakyat berpegang teguh dengan Islam dan hukum-hukum syarak, Saidina Umar telah memberikan penumpuan yang besar terhadap pendidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Beliau sering memberi dorongan dan semangat kepada umat Islam di samping langkah-langkah tertentu agar lebih giat menuntut ilmu, kerana kemajuan sesuatu bangsa diperolehi dengan penguasaan ilmu pengetahuan.


Sumber: Cahaya Mac

 

April 2007 -

 

 oleh Mohd Zuhairi Safuan

 

sekian wassalam

 

yang benar

kakros.

 

 

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages